ZTE Kini Mempunyai Kedai Atas-Talian Rasmi – Tawar Blade V8 Mini Pada Harga RM499 – Amanz


ZTE hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan kedai atas-talian secara rasminya di Lazada dan 11Street, sekaligus bersempena dengannya, mereka menawarkan diskaun khusus untuk beberapa produk.

Salah satunya adalah untuk telefon pintar ZTE Blade V8 Mini yang mana ditawarkan pada harga RM499 berbanding harga jualan biasa RM669.

ZTE Blade V8 hadir dengan skrin 5-inci, menggunakan cip Snapdragon 435, memori 2GB RAM dan storan 16GB. Melengkapkannya juga adalah kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 5-megapixel. Ia menyertakan bateri berkapasiti 2800mAh.

Disamping Blade V8, promosi khusus turut ditawarkan untuk AXON 7 dan Blade V8.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman jualan rasmi ZTE Malaysia hari ini.

Layari : Kedai ZTE Malaysia



Source link

read more

Robot Spot Mini Keluaran Boston Dynamics Kini Mampu Membuka Pintu – Amanz


Di dalam dunia penghasilan robot, Boston Dynamics mungkin yang paling dikenali ramai kerana menghasilkan robot berinovatif. Tahun lalu mereka memperlihatkan Atlas yang boleh melakukan balik kuang dan Handle yang mampu melompat. Mereka telah memperlihatkan model terkini Spot Mini yang kini berkemampuan membuka pintu.

Spot Mini yang sudah dalam pembangunan sejak 2016 direka untuk digunakan di dalam rumah. Ia mempunyai empat kaki dan satu tangan yang boleh dilihat membuka pintu bagi membolehkan sebuah lagi Spot Mini melaluinya. Robot yang bersaiz seperti seekor anjing ini hanya sebesar 30 kilogram, mampu membawa beban sehingga 14 kilogram dan beroperasi selama 90 minit.



Source link

read more

Ulasan – Elysium Iron Mini – Pembesar Suara Kecil Dengan Bunyi Yang Menggemparkan – Amanz


Pembesar suara bersaiz kecil nampaknya semakin popular kebelakangan ini, dengan jenama-jenama seperti JBL, Logitech dan sebagainya hadir dengan peranti-peranti pembesar suara mereka, dan walaupun kebanyakannya hadir dengan kualiti audio dan ciri-ciri yang menarik, harga jualan peranti-peranti tersebut cukup mahal untuk membuatkan dompet anda berlubang untuk satu jangka-masa yang cukup lama.

Elysium, sebuah jenama elektronik di bawah Leapfrog, syarikat sama yang membawa anda Edifier, SonicGear, Armaggeddon dan sebagainya kini hadir dengan sebuah pembesar suara bersaiz kecil yang pada pendapat kami, hadir dengan kualiti audio yang cukup baik sekali pada harga yang agak berpatutan.

Memperkenalkan Elysium Iron Mini.

Spesifikasi Dan Rekaan

Bermula dengan rekaan pembesar suara Iron Mini ini, Elysium membuakkan rasa nostalgia orang ramai dengan membuatkan pembesar suara ini hadir dengan rekaan radio klasik ala 70-80an yang hadir dengan jeriji berwarna kroma.

Menurut Elysium, pembesar suara ini hadir dengan empat jenis warna yang berbeza, termasuklah putih, merah, hitam dan juga hijau. Warna-warna ini semuanya kelihatan cukup klasik dan menarik sekali.

Dari segi spesifikasi, Iron Mini ini mempunyai dua driver 52mm 10W yang mengeluarkan bunyi yang cukup merdu sekali. Ia mempunyai empat butang di bahagian atas pembesar suara tersebut, termasuklah butang kuasa, butang Bluetooth/Play & Pause dan juga dua butang yang digunakan untuk mengawal tahap bunyi. Terdapat juga punat yang boleh digunakan untuk mencari stesen radio FM apabila pembesar suara ini digunakan didalam mod radio.

Di bahagian belakang pembesar suara ini pula dua port, iaitu port pengecasan micro-USB dan juga port 3..5mm yang boleh digunakan untuk menyambungkan peranti anda kepada pembesar suara ini menggunakan kabel audio yang biasa.

Bahagian belakang Iron Mini ini juga merumahkan sebuah subwoofer yang memastikan audio yang keluar daripada pembesar suara ini hadir dengan bass yang cukup kuat.

Apa yang kami suka mengenai rekaan Iron Mini ini ialah bukan sahaja rekaan retronya yang menarik, tetapi juga kuali binaan pembesar suara ini, yang bukan sahaja mempunyai warna dan rupa yang cukup menarik, tetapi juga rekaan keseluruhan yang berkualiti tinggi, terutama sekali butang-butang dan tombol yang hadir pada pembesar suara ini.

Tapak bergetah yang hadir pada bahagian Iron Mini ini juga berfungsi sebagai penyerap getaran, dan ini memastikan bahawa kualiti bunyi tidak terjejas oleh getaran yang hadir daripada driver dan subwoofer yang mengalir ke rangka pembesar suara ini.

Ciri-Ciri Dan Fungsi

Pembesar suara Elysium Iron Mini ini menggabungkan estetik zaman 70-80an dengan teknologi zaman moden, dan hadir dengan ciri-ciri yang membolehkannya digunakan dengan pelbagai cara yang cukup menarik.

Iron Mini ini hadir dengan tiga mod, termasuklah mod Bluetooth, mod radio dan juga mod AUX. Mod Bluetooth membolehkan pengguna menyambungkan peranti-peranti mereka ke pembesar suara ini melalui sambungan Bluetooth, termasuklah laptop, peranti pintar dan sebagainya.

Oleh kerana Iron Mini ini menggunakan sambungan Bluetooth 4.2, diantara perkara yang paling saya suka mengenai pembesar suara ini ialah sabungan Bluetooth ini menggunakan kuasa yang cukup sedikit dari kedua-dua belah peranti.

Mod kedua pula ialah mod AUX, dimana anda boleh menyambungkan seutas kabel audio 3.5mm di antara Iron Mini ini dan peranti anda. Dari segi penggunaan tenaga pula, Iron Mini ini masih boleh digunakan selama enam hingga tujuh jam dengan satu pengecasan penuh.

Mod ketiga, iaitu mod radio pula membolehkan Iron Mini ini digunakan sebagai sebuah radio mudah-alih, Dengan menggunakan tombol di bahagian atas pembesar suara ini, anda boleh memilih stesen radio anda secara manual, sama seperti apa yang dilakukan pada zaman 70-80 an dahulu.

Untuk mengubah mod, anda hanya perlu menekan butang kuasa tersebut sekali, dan ia akan berubah dari mod Bluetooth ke mod radio dan AUX. Setiap mod ini dapat dilihat melalui lampu LED yang hadir di bahagian atas pembesar suara ini. Biru melambangkan mod Bluetooth, hijau melambangkan mod radio dan oren pula melambangkan mod AUX.

Dari segi bateri pula, Iron Mini ini mampu bertahan selama lima ke enam jam dengan satu pengecasan penuh, dan ini konsisten tidak kira anda menggunakannya dalam mod Bluetooth, AUX ataupun radio. Dari segi pengecasan pula, bateri sebesar 2000mAH pembesar suara ini boleh dicas dengan penuh dari kosong hingga penuh dalam masa empat jam dengan kabel micro-USB.

Pengalaman Pengguna

Pembesar suara Iron Mini ini cukup mudah digunakan, dan hadir dengan kertas manual yang menunjukkan cara-cara untuk menggunakan peranti ini yang cukup komprehensif sekali.

Menyambung peranti-peranti kami kepada pembesar suara Iron Mini ini juga cukup mudah kerana ia menyokong sambungan Bluetooth 4.2 yang menyambungkan kedua-dua peranti ini dengan pantas.

Sepanjang beberapa minggu kami menggunakan pembesar suara Elysium Iron Mini ini, kami kagum dengan kualiti audio peranti ini, kerana walaupun ia bersaiz kecil, bunyi yang keluar daripada pembesar suara ini cukup lantang dan berkualiti tinggi.

Apa yang lebih mengagumkan daripada kelantangan audio pembesar suara ini buat kami ialah bunyi bass yang cukup padu sekali. Subwoofer di bahagian belakang pembesar suara ini membuatkan bunyi bass kedengaran cukup kuat sekali, walaupun saiz Iron Mini ini adalah kecil.

Akan tetapi, kualiti audio yang bagus ini hanya dapat diperdengarkan apabila pembesar suara ini berada pada mod Bluetooth dan AUX. Apabila ia ditukar kepada mod radio, kami dapati bahawa kualiti bunyi jatuh dengan mendadak, dan disamping itu, kualiti siaran radio FM tersebut juga naik turun, dan sangat bergantung kepada lokasi dimana anda meletakkan radio tersebut.

Satu lagi perkara yang kurang kami gemari tentang mod radio ini ialah penukaran stesen harus dilakukan secara manual sama seperti radio zaman lama. Buat beberapa kali pertama, kami suka memutar dail tersebut untuk mencari stesen radio, tetapi tidak lama selepas itu, ia cukup menjengkelkan, terutama sekali apabila kami ingin mendengar stesen radio yang mempunyai jarak frekuensi yang jauh daripada apa yang sedang didengari.

Patutkah Saya Membelinya?

Pada harga RM299, Elysium Iron Mini ini merupakan sebuah pembesar suara yang mudah dibawa kemana-mana dan hadir dengan kualiti dan kelantangan audio yang cukup kuat sekali.

Jika telefon anda tidak mempunyai pembesar suara yang elok, ataupun anda sering melakukan aktiviti riadah di luar dan mahukan sedikit hiburan, pembesar suara Elysium Iron Mini ini cukup sesuai sekali dengan gaya hidup anda.

PRO dan Kelebihan
  • Harga mampu milik
  • Kualiti binaan yang baik
  • Tiga mod yang cukup berguna
  • Kualiti audio yang cukup baik dan lantang melalui mod Bluetooth dan AUX
  • Jangka-hayat bateri yang panjang
  • Mudah digunakan
KONTRA dan Kekurangan
  • Kualiti audio kurang menyerlah pada mod radio
  • Perlu mencari stesen radio secara manual
  • Tiada penunjuk jangka-hayat bateri khusus



Source link

read more

Pandang Pertama Google Home Mini – Pembesar Suara Pintar Bersaiz Donat – Amanz


Google Assistant ialah pembantu digital yang sangat pintar dan mampu membantu pengguna memudahkan kerja harian. Pembesar suara pintar dari Google ini dikuasakan oleh Google Assistant, di mana setiap kawalan hanya menggunakan arahan suara pengguna. Google mempunyai 3 jenis pembesar suara pintar iaitu Google Home, Google Home Mini dan yang terkini Google Home Max. Google Home Mini juga dikatakan sebagai pesaing kepada Amazon Echo Dot iaitu pembesar suara pintar dari Amazon yang dikuasakan oleh pembantu digital mereka Alexa.

Rekaan

Google Home Mini ini berbentuk bulat seakan sebiji kuih donat. Ia mempunyai kemasan fabrik pada keseluruhan permukaan kecuali di bahagian bawah .Bahagian bawah Google Home Mini ini diperbuat daripada getah untuk cengkaman lebih kuat apabila diletakkan di atas permukaan yang licin. Pada bahagian bawah belakang hanya terdapat port pengecasan MikroUSB dan juga butang senyap (mute). Kawalan pada pembesar suara ini selain daripada menggunakan suara ialah melalui sesentuh pada bahagian kiri dan kanan atas untuk mengawal aras suara dan juga lampu LED untuk memberi tahu pengguna arahan telah diterima.

Pengalaman Penggunaan

Mikrofon yang terbina pada Google Home Mini ini agak sensitif dan mampu mengesan arahan suara dalam rangkuman diameter 3 Meter. Untuk memainkan lagu, Google Home Mini hanya boleh menstrim lagu melalui perkhidmatan penstrim lagu berbayar seperti Spotify, YouTube Red dan banyak lagi.  Bunyi yang dihasilkan adalah 360° dan agak kuat, walaupun tidak mempunyai bass yang sebaik pembesar suara lain. Tetapi pada hemat kami apa yang dihasilkan oleh Google Home Mini ianya sudah memadai.

Selain dari menstrim lagu, ia juga boleh mengawal hampir semua aksesori untuk rumah pintar seperti Philips Hue, Yeelight dan Nest. Penggunaan Google Home Mini wajib disambungkan kepada internet. Tanpa sambungan internet Google Home Mini tidak boleh berfungsi dan ia akan memberitahu bahawa mereka memerlukan sambungan internet.

Untuk mula menggunakan pembesar suara ini, pengguna harus menyumbangkannya kepada telefon pintar melalui aplikasi Google Home. Mereka kemudian hanya perlu mengikuti  beberapa langkah mudah yang ditunjukkan di dalam aplikasi untuk melakukan penyambungan. Selesai sahaja membuat sambungan, Google Home Mini terus aktif dan sedia mendengar arahan.

Google Home Mini juga boleh memainkan suara dari televisyen anda, dengan syarat televisyen anda mempunyai fungsi cast terbina. Cara lain adalah menggunakan Google Chromecast atau Google Chromecast Audio. Jika anda mempunyai lebih dari sebuah Google Home Mini anda boleh menggabungkan semua Google Home Mini memainkan audio yang sama, menjadikan set Google Home Mini seperti set pembesar suara stereo ataupun ala-ala Home-Theater. 

Google Home Mini juga boleh memancarkan suara atau mesej dari satu Google Home Mini kepada yang lain, dengan syarat setiap Google Home Mini itu disambungkan kepada sambungan internet yang sama. Disebabkan Google Home Mini adalah saingan kepada Amazon Echo Dot, jika memberi arahan kepada Google Home Mini “Hey Google Say Hi To Alexa” Echo Dot akan menyahut dan akan membalas kembali soalan Google.

Mungkin suara yang dihasilkan dari Google Home Mini ini tidak sehebat seperti Google Home. Tetapi kombinasi saiz yang padat, kemasan premium dan harga yang kurang dari separuh dari Google Home, ia sangat berbaloi untuk dimiliki iaitu hanya $35 (~RM 152). Jika fokus anda adalah untuk memiliki pembesar suara pintar yang mempunyai aras suara yang kuat, bass yang hebat anda boleh beli Google Home Max yang berharga $399 (~RM1562).

Beli : Google Home Mini



Source link

read more

Wanita berskirt mini dalam suhu -40 Celsius kini tanggung derita gigitan fros



ASTANA: AKIBAT buat perkara tidak masuk akal seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital.

Itu yang menimpa seorang pelajar di Astana, Kazakhstan yang kini terpaksa menahan derita gara-gara terkena gigitan fros di kedua-dua pahanya.

Puncanya adalah dia keluar bersiar-siar memakai skirt mini ketika suhu di luar mencecah 40 darjah Celsius di bawah paras beku, lapor portal berita Metro.co.uk.

Ketika keluar, pelajar semester akhir jurusan undang-undang di universiti tempatan itu turut menyarungkan sepasang seluar ketat kononnya pakaian itu mampu melindunginya daripada kesan cuaca sejuk ekstrem tersebut.

Namun, seluar ketat dengan material nipis itu tidak mampu melindungi kakinya daripada kesan gigitan fros, sekali gus membuatkan kedua-dua belah pahanya menjadi kemerahan.

Jurucakap hospital mengesahkan wanita itu mengalami gigitan fros tahap dua. Dia bagaimanapun dibenarkan pulang namun perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan.



Source link

read more

Tasek Gelugor bakal miliki stadium mini – Sukan


TASEK GELUGOR 18 Dis. – Penduduk di kawasan Parlimen Tasek Gelugor mampu mengukir senyuman apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menawarkan pembinaan sebuah stadium mini di kawasan berkenaan tidak lama lagi.

TASEK GELUGOR 20 MAC 2016 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya menjawab keengganan beliau bersemuka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai kontroversi pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada sidang akhbar di pejabat UMNO Bahagian Tasek Gelugor di sini hari ini.Gambar : AZMAN ASMAYATIMPemberita : Mohd Firdaus Ismail (UTUSAN)Slug : Ppg-Shabudin-Sprm

Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Shabudin Yahaya berkata, lokasi cadangan stadium mini tersebut adalah di kawasan Desa Puri dekat sini bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah bandar baharu dalam jangka masa lima hingga 10 tahun akan datang.

Menurutnya, cadangan kawasan tersebut timbul daripada permintaan penduduk di kawasan itu memandangkan mereka tidak memiliki kawasan untuk menjalankan aktiviti riadah.

“Pembinaan stadium mini itu yang akan dijangka dimulakan awal tahun hadapan di atas tanah berkeluasan dua hektar itu diyakini melengkapkan keperluan penduduk di situ menjalankan aktiviti riadah.

“Stadium mini ini dijadualkan siap pada 2019 yang memberi manfaat kepada penduduk dan ini bukti bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengetepikan hak kita. Ini hadiah Barisan Nasional kepada kita,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan uniform sekolah, beg dan kasut bernilai RM150 setiap satu kepada 1,000 murid yang merupakan anak-anak polis dan bomba dalam Program Penyerahan Bantuan Persekolahan ‘Happy 2 School’ hasil sumbangan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M).

Selain pembinaan stadium mini, kata Shabudin, Kerajaan Persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) telah meluluskan sebanyak RM13 juta untuk pembinaan dewan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

“Dewan yang dibina berdekatan Midtown Perda, Kubang Menerong boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1,500 orang yang mana telah siap 60 peratus dan dijangka selesai Jun 2018.

“Buat masa ini kita mempunyai sebuah dewan tertutup dan dua dewan terbuka memuatkan 3,000 orang tetapi dengan adanya dewan baharu ini nanti akan lebih memajukan kawasan tersebut,” jelasnya.

Pada masa sama jelas Shabudin, pihaknya juga telah berbincang dengan Pos Malaysia untuk mendirikan sebuah pejabat pos di kawasan Teluk Ayer Tawar bagi kemudahan penduduk di kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bekas pensyarah pengsan, Mini Cooper S dilarikan penyamun – Jenayah


KUALA LUMPUR 20 Nov.- Seorang bekas pensyarah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) cedera manakala kenderaan jenis Mini Cooper S miliknya dilarikan penjenayah dalam kejadian samun di Jalan 3/6 Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, wanita berusia 67 tahun terbabit ditemukan terbaring di tepi jalan oleh seorang jiran dengan kesan cedera di muka dan belakang kanan kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya namun dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan tidak dipastikan semasa tiba di simpang berhampiran kediamannya.

Menurutnya, tiba-tiba muka mangsa telah terhantuk kepada stereng kereta dan terus tidak sedarkan diri sebelum ditemukan oleh jirannya di tepi jalan.

“Mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.

“Bagaimanapun, mangsa masih tidak mengingati jenis senjata digunakan atau kejadian yang menimpanya dan hanya menyedari kenderaan serta beberapa barangan peribadi dilarikan penjenayah selepas dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sabri, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan pihaknya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merompak.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Makmal mini proses dadah dibongkar tiga sekeluarga antara diberkas



KLANG: Polis membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan lima individu termasuk tiga sekeluarga dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, pada 2 November lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata makmal berkenaan beroperasi di sebuah rumah mewah tiga tingkat yang disewa khas bagi tujuan tersebut di Bandar Botanic, di sini.

“Tiga sekeluarga, ayah, anak lelaki dan isteri kepada anaknya ditahan bersama seorang lagi suspek di sebuah kedai makan di Pandamaran, antara 1 petang dan 4.30 petang.

“Seorang lagi suspek lelaki ditahan dalam serbuan serentak di sebuah rumah di Taman Sejati. Rumah yang dijadikan makmal memproses dadah berkenaan diserbu susulan tangkapan kesemua suspek terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu diubahsuai untuk dijadikan makmal memproses dadah dan antara barangan dirampas dari rumah berkenaan adalah alatan makmal serta bahan kimia berupa serbuk dan cecair dipercayai untuk memproses syabu.

Turut dirampas, katanya cecair “Meth Oil” seberat 3.85 kilogram (kg) yang mampu menghasilkan syabu seberat 1.5kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM110,000.

Selain itu, beliau berkata polis turut merampas empat kereta, wang tunai berjumlah RM1,600 dan empat bentuk cincin milik suspek yang dianggarkan bernilai RM450,000.

“Kesemua suspek berusia antara 18 dan 53 tahun kini direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons