Hina Sultan Pahang: Mahfuz enggan mohon maaf – Politik


KANGAR 14 Jan. – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan tidak akan memohon maaf berikutan tindakannya yang dikatakan menghina dan menjadikan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenaka ketika memberi ceramah politik.

Katanya, dalam ucapan itu yang boleh disemak di YouTube mengenai perbandingan Sultan Pahang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bukan bermaksud menghina sebaliknya memuji di mana di dalam usia tua kedua-dua mereka masih boleh memimpin.

Malah katanya, beliau juga mendoakan agar Sultan Ahmad diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin Pahang.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana bukan menghina (Sultan Pahang),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai bersama beliau di Kampung Syed Omar di sini hari ini.

Pemuda UMNO Pahang dalam satu kenyataan hari ini menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

Ketua Pemudanya, Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, tindakan itu jelas mencerminkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi diraja di negara ini.

Sebelum itu, video berdurasi 6.38 minit memaparkan ceramah politik Mahfuz bersama Pakatan Harapan yang antara isi kandungannya membandingkan antara Sultan Pahang dan Dr. Mahathir  tular di laman media sosial.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Individu gelar Zulin Aziz sundal mohon maaf


INDIVIDU yang menggunakan nama Dura Hatta di laman sosial Facebook (FB), telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyampai radio dan pengacara Zulin Aziz.

Zulin sebelum itu, memuat naik entri di FB dan Instagram (IG) meminta Dura Hatta tersebut meminta maaf sebelum dia mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna laman sosial tersebut.

Tidak lama selepas itu, Dura membuat permohonan maaf menerusi posting di FBnya dan telah dikongsi semula oleh Zulin di FB dan IG.

BACA: Zulin Aziz kesal digelar ‘perempuan Melayu jahat’ 

Menerusi permohonan maaf tersebut, Dura Hatta mengaku terlanjur memanggil Zulin dengan gelaran kurang menyenangkan kerana terkesan dengan kenyataan penyampai radio itu dalam artikel bertajuk Zulin tak kisah bermadu.

Dia juga mengaku kata-katanya itu telah memberi implikasi tidak baik kepada pihaknya dan Zulin.

Permohonan maaf Dura Hatta disambut baik oleh Zulin dan tindakan tersebut dipuji pengikutnya di FB dan IG.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada Zulin kerana tidak menyimpan dendam terhadap Dura Hatta dan berharap individu itu ikhlas membuat permohonan maaf.

Dalam pada itu, Zulin meminta agar pengikutnya di FB dan IG menghentikan tohmahan terhadap Dura Hatta kerana semuanya sudah berakhir.

Di IG, pada ruangan kapsyen Zulin menulis;

“Terima kasih ya Allah.

“Dengan rendah hati saya memaafkan segala apa yg dia kata pada saya.sedangkan nabi maafkan umat apatahlagi saya manusia biasa.. Semoga dapat jadi pengajaran pada yang lain.

“Saya juga mohon hentikan segala tohmahan keatasnya oleh kerana dia sudah pun meminta maaf dan sedar akan perbuatannya.

“Saya juga berterima kasih pada yang mendoakan saya.

“Ikhlas dari hati saya, saya tidak mahu memusuhi sesiapa apatah lagi memanjangkan perkara negatif dalam hidup saya.

“Saya juga memohon maaf sekiranya statement saya menyinggung mana-mana pihak.
Allahuakhbar! Alhamdulillah..Walaupun typo tak apalah saya maafkan. (Saya betulkan, saya penyampai radio @suriamalaysia, nama saya Zulin Aziz).”

 



Source link

read more

Gara-gara lubang najis AU desak Trump mohon maaf


WASHINGTON: Kesatuan Afrika (AU) yang mewakili negara-negara benua Afrika mendesak permohonan maaf daripada Presiden Donald Trump, kerana gelaran ‘lubang najis’.

Pejabat kesatuan itu yang berpangkalan di Washington menyatakan ia terkejut, kecewa dan marah gelaran berkenaan dan menyifatkan pentadbiran Trump mempunyai anggapan yang salah terhadap negara di benua Afrika.

“Kenyataan berbaur perkauman oleh Trump, menghina warga Amerika Syarikat yang menghormati kepelbagaian martabat manusia.

“Kesatuan Afrika percaya wujud salah faham besar terhadap negara-negara di dalam blok kami, oleh pentadbiran White House ketika ini,” jelas AU dalam satu kenyataan.

Kenyataan celupar Trump terhadap pendatang asing di negara itu dibuat ketika satu mesyuarat bersama anggota Kongres.

Beliau mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump

Sehari selepas membuat kenyataan itu, Trump tampil buat penafian, menerusi akaun Twitternya.

BACA: Presiden Trump nafi terlepas cakap

Kesatuan Afrika mewakili 55 anggota negara di seluruh benua.



Source link

read more

Iklan berunsur perkauman Syarikat jenama HM mohon maaf


STOCKHOLM: Kumpulan syarikat jenama fesyen H&M mengeluarkan permohonan maaf pada Selasa berikutan iklan kempennya yang memaparkan seorang kanak-kanak kulit hitam yang memakai baju yang tertera slogan “coolest monkey in the jungle”.

Reuters melaporkan, kempen koleksi pakaian terbaru itu menerima kecaman banyak pihak yang mengaitkannya dengan diskriminasi kaum.

Pihak H&M berkata, iklan itu sudah ditarik semula dari semua platfrom pemasarannya.

Bintang pop Kanada, The Weeknd, yang pernah bekerjasama dengan H&M, turut mengkritik cara syarikat itu menjalankan promosinya.

Dia yang pernah berkolaborasi dengan H&M dalam dua koleksi pada tahun 2017, berkata tidak lagi mahu bekerjasama dengan jenama itu pada masa akan datang.

“Sedar dari tidur pagi ini, terkejut dan malu dengan gambar itu. Saya sangat terhina dan tidak akan bekerjasama dengan H&M lagi,” ujar The Weeknd, yang nama sebenarnya Abel Tesfaye, menerusi akaun Twitternya pada Isnin.

Perkataan “monkey” (monyet) telah lama digunakan oleh sesetengah pihak dalam ungkapan yang bersifat perkauman.

H&M dalam satu kenyataan berkata, mereka memahami dan bersetuju dengan reaksi The Weeknd tentang imej kanak-kanak lelaki kulit hitam itu.

“Kami mohon maaf gambar itu diambil, dan kami juga kesal atas cetakan tersebut,” kata pihak H&M yang berjanji akan menilai semula amalan syarikat untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Selebriti lain yang turut mengecam iklan tersebut di media sosial termasuk penyanyi rap Diddy dan bintang bola keranjang LeBron James.



Source link

read more

Fitnah Rahman Dahlan tuntut Rafizi mohon maaf


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah mengemukakan surat tuntutan kepada Naib Presiden Parti Keadilan (PKR) Rafizi Ramli untuk menerbitkan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.

Abdul Rahman berkata surat tuntutan terhadap Rafizi bertarikh 5 Jan 2018 dikeluarkan menerusi peguamnya, Tetuan Raja Riza

“Surat tuntutan tersebut antara lain menuntut Rafizi menarik balik kenyataan tersebut dan menerbitkan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahman berkata tempoh surat tuntutan itu masih belum matang.

Sekiranya Rafizi gagal mematuhi surat tuntutan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau akan mengarahkan peguamcaranya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Pandan itu.

BACA: ‘Rafizi, jumpa anda di mahkamah!’ – Rahman Dahlan

Abdul Rahman berkata serahan ke diri pada hari berkenaan gagal berikutan Rafizi tiada di pejabatnya di Pusat Khidmat Parlimen Pandan.

“Cubaan serahan ke diri (Rafizi) buat kali kedua dilakukan semalam (8 Jan) di alamat yang sama namun, Rafizi masih tiada di pejabatnya. Oleh yang demikian, surat tuntutan tersebut telah diterima oleh Mohd Shariffudin dipercayai kakitangan di Pusat Khidmat Parlimen Pandan,” katanya.

Rafizi sebelum ini mendakwa kontrak Ekspo Negaraku diberikan kepada syarikat yang didakwa milik abang Abdul Rahman iaitu Raslan Dahlan, menyebabkan Abdul Rahman bertindak mahu mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, Rafizi semalam dilaporkan berkata beliau belum menerima saman fitnah walaupun tiga minggu berlalu sejak Abdul Rahman menyatakan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Gelar Rasulullah dengan nama Che Mat Iqram Dinzly mohon maaf



PELAKON Iqram Dinzly membuat permohonan maaf selepas terlepas cakap memanggil Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Che Mat.

Video Iqram menggunakan gelaran itu dirakam ketika menjadi tetamu sebuah rancangan hiburan yang disiarkan di sebuah stesen televisyen pada Ahad, dan pantas menjadi buah mulut netizen.

Ia juga dikritik seorang ustaz, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, yang melalui satu entri di Facebook, meminta agar Jabatan Agama Islam mengambil tindakan ke atas Iqram kerana gelaran itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

BACA: Selepas jumpa Ustaz Kazim, Iqram Dinzly kini ‘taksub’ pisang pula

BACA: Iqram Dinzly punya pemikiran halus – Ustaz Kazim Elias

BACA: “Biarlah apa orang cakap, kita tak mampu tutup mulut mereka” – Ibu Iqram Dinzly

Dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi sesi Facebook Live portal Sinar Harian selepas kejadian itu, Iqram meminta maaf sambil menjelaskan dia tidak pernah terniat untuk merendahkan apatah lagi menghina Nabi Muhammad SAW.

Apa yang terjadi, kata Iqram, berpunca daripada kelalaiannya akibat kurang tidur, selain rasa gementar apabila muncul dalam program yang disiarkan secara langsung.

“Sebelum program itu bermula, memang saya agak kelam kabut. Saya bertolak dari Perak dalam keadaan tidak cukup tidur, dan sebelum sampai ke stesen televisyen itu, tayar kereta saya pula pecah.

“Perkataan itu terkeluar tanpa sengaja dan apabila sedar, saya cepat-cepat perbetulkannya semula.

“Tiada niat langsung untuk menghina junjungan besar kita yang mulia,” kata Iqram.

Nama Iqram dipalit kontroversi selepas kerap tampil dengan aksi pelik di laman sosial sejak kebelakangan ini, malah turut dikaitkan dengan masalah psikologi.



Source link

read more

Rafizi terpaksa mengaku silap, enggan mohon maaf


imageMO, 13/12/2017, KUALA LUMPUR  – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi kantoi apabila terbukti melakukan kesilapan dengan menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sebagai kontraktor pelaksana Ekspo NegaraKu.

Malah Rafizi sendiri meng­akui kesilapan tersebut dan te­lah memadamkan turun segala bahan di laman-laman media sosial di bawah kendaliannya yang mengaitkan Abdul Rahman mempunyai pertalian darah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pico Integrated Exhibit Sdn. Bhd., Nor Raslan Mohd. Dahlan.

Ahli Parlimen Pandan itu pada masa sama memohon maaf kepada Nor Raslan tetapi sebaliknya enggan membuat perkara yang sama terhadap Abdul Rahman kerana mendakwa menteri itu mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Saya sedia meminta maaf terhadap Raslan, tetapi bukan Abdul Rahman,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, dengan video sidang akhbar itu turut dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Rafizi bagaimanapun tetap mempertahankan dirinya yang mencetuskan pelbagai isu mengenai pameran tersebut, termasuk mempertikaikan kaedah penganugerahan kontrak serta kredibiliti Pico Integrated Exhibit.

Malah beliau menyatakan dirinya sedia menerima tindakan saman daripada Abdul Rahman, namun bersungguh-sungguh men­jelaskan terdapat beberapa faktor di dalam perundangan yang menyebabkan beliau yakin ber­depan tindakan undang-undang tersebut.



Source link

read more

Jambatan maut Gadai nyawa anak bapa mohon maaf



KUALA LUMPUR: Seorang bapa hari ini memohon maaf susulan membawa anaknya melalui sebuah jambatan gantung yang uzur di Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.

Abdul Jalil Sulaiman turut memohon maaf mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman yang memuat naik video tersebut hingga tular di laman sosial Facebook pagi tadi.

Tegas Abdul Jalil, penerangan telah diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkenaan proses baik pulih jambatan gantung tersebut.

BACA: Jambatan maut: “JKR dah lulus, bot pun ada” – ADUN Jelai

“Ini cuma salah faham dan perkara ini telah dapat kita selesaikan secara baik.

“Yang Berhormat (Wan Rosdy) telah berjumpa dengan saya dan terangkan situasi sebenar.

“Saya dengan ini memohon maaf bagi pihak isteri saya yang telah viralkan isu jambatan gantung itu dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat serta Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Sebelum itu, Wan Rosdy serta Abdul Jalil mengadakan perjumpaan di sekolah anaknya, SK Batu Yon, Bukit Betong.

Malah, Wan Rosdy menegaskan peruntukan sejumlah RM462,414.40 telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Jan dan berakhir 18 Mac 2018.

Malah, beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negari Pahang menegaskan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.



Source link

read more

Mohon pembantu rumah asing dalam 10 hari



PUTRAJAYA : Sistem Maid Online (SMO) yang diperkenalkan Jabatan Imigresen akan mempercepatkan proses pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kepada hanya 10 hari.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, sistem berkenaan yang akan bermula 1 Januari nanti lebih cepat, tepat dan jimat.

“Melalui SMO, permohonan PRA menjadi lebih cepat dan jimat kerana boleh dilakukan dalam masa singkat jika tiada sebarang masalah, berbanding mengambil masa berbulan, malah bertahun sebelum ini.

“Ia juga lebih tepat kerana majikan akan memasukkan sendiri maklumat dan perincian peribadi dan PRA yang mahu digaji berbanding oleh ejen sebelum ini, selain kos yang lebih murah iaitu RM1,635 berbanding RM12,000 hingga RM18,000 sebelum ini,” katanya.

BACA: Hanya RM1,635 untuk ambil pembantu rumah asing – TPM Zahid

Prosedur permohonan oleh majikan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) dijangka mengambil masa tiga hingga lima hari manakala proses oleh Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum lima hari.

Tambah Mustafar, majikan juga boleh memohon menggaji pembantu rumah asing yang sudah tinggal lebih masa di negara ini iaitu bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2017 atas Pas Lawatan Sosial.

Bagi majikan yang berhasrat mengambil pembantu rumah terus dari negara sumber, mereka tertakluk kepada syarat, prosedur dan kos yang dikenakan negara berkenaan.

Sembilan negara sumber tersebut adalah Indonesia, Filipina, Sri Langka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.

Permohonan PRA boleh dibuat di laman sesawang maid-online.imi.gov.my manakala untuk mengetahui syarat kelayakan dan maklumat lanjut, majikan boleh membuat pertanyaan melalui e-mel admin_maidonline.imi.gov.my atau menelefon 03-88801468.



Source link

read more

Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori mohon maaf kepada rakyat



LIMA: Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori yang dipenjara 25 tahun kerana sabitan kesalahan membunuh 25 orang, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada warga Peru, dua hari selepas dia diberi pengampunan khas.

“Saya memahami polisi ketika pemerintahan saya diterima baik oleh sesetengah pihak, tetapi saya mengakui pada satu sisi lain, saya juga telah mengecewakan ramai pihak, dan kepada mereka saya memohon maaf,” kata Fujimori dalam keadaan  terlantar di katilnya.

Fujimori dikejarkan ke hospital pada Isnin kerana masalah jantung.

Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski kemudian mengumumkan memberi pengampunan khas kepada Fujimori, atas faktor kesihatan dan jasa Fujimori selama ini kepada negara.

Fujimori, kini berusia 79 tahun disabit kesalahan pertama pada 2009 dan dihukum penjara 25 tahun atas peranannya dalam pembunuhan 25 orang, termasuk kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, ketika kempen menentang kumpulan pengganas berhaluan kiri, Shining Path.

Beliau kemudian disabit dengan empat lagi kesalahan, termasuk tuduhan membiaya skuad khas untuk membunuh orang awam yang didakwa menjadi anggota Shining Path. 

Fujimori sudah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Presiden Kuczynski dalam ucapan ketika mengumumkan pengampunan ke atas Fujimori menegaskan sudah tiba masanya rakyat Peru membuka lembaran baru.

Beliau menyifatkan mereka yang percaya kepada demokrasi tidak boleh membenarkan Fujimori mati di dalam penjara.

Pengumuman pengampunan ke atas Fujimori mengundang protes besar-besaran, dan disifatkan usaha menyelamatkan masa depan politik Presiden Kuczynski.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons