Penunggang motosikal maut rempuh treler – Johor


KLUANG 14 Nov.- Seorang lelaki maut selepas gagal mengawal motosikal Yamaha 135LC yang ditunggangnya sebelum merempuh sebuah treler di 19.5 Jalan Benut-Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.25 tengahari itu, mangsa, PV. Mahalingam, 30, meninggal dunia akibat cedera parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Benut menuju ke Simpang Renggam.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh bahagian belakang treler yang berhenti akibat tayar meletup.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mohamad berkata, pemandu treler berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Adam tekad buru mata – Lumba Motosikal


KUALA LUMPUR 11 Nov. – Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin mengakui dirinya tidak rela untuk menamatkan perlumbaan terakhir pada musim ini tanpa sebarang pungutan mata di Grand Prix (GP) Valencia apabila bakal memulakan perlumbaan di petak ke-12 esok.

ADAM NORRODIN

Pelumba SIC Racing Team itu melakukan catatan masa satu minit 39.615 saat pada aksi kelayakan di Circuit Ricardo Tormo yang berlangsung sebentar tadi.

Adam yang kini sudah pun mengumpul 42 mata secara keseluruhan berkata dia berasa gembira dengan catatan masa yang dilakukannya dan berharap dapat meneruskan rentak kecemerlangannya itu dalam perlumbaan terakhir musim ini esok.

“Saya berasa sangat baik kerana dapat melakukan pusingan kelayakan dengan baik namun tetap sukar. Catatan masa yang bagus untuk hari ini.

“Tidak seperti sesi latihan bebas di mana saya bergelut dengan jentera namun untuk sesi kelayakan saya lebih tenang. Saya menjangkakan perlumbaan yang sukar esok namun saya cuba untuk kekalkan tempat dalam perlumbaan kerana saya mahu mengutip mata dalam perlumbaan terakhir pada musim ini,” kata Adam.

Tahun lalu, pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan perlumbaan di GP Valencia di tempat ke-27 dan menamatkan musim di tangga ke-28. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Marquez hampiri gelaran juara dunia – Lumba Motosikal


SEPANYOL 11 Nov. – Harapan Marc Marquez untuk muncul juara keseluruhan Motogp pada musim ini hampir menjadi kenyataan apabila pelumba berusia 24 tahun itu memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia di petak pertama esok.

Marquez yang sudah pun mengumpul 282 mata melakukan catatan masa satu minit 29.897 saat manakala pencabar terdekatnya, Andrea Dovzioso bakal memulakan perlumbaan di petak kesembilan selepas merakam 1’30.961s.

Selepas memiliki kelebihan 21 mata di depan Dovizioso, itu bermakna Marquez hanya perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya kedudukan 11 terbaik untuk bergelar juara dunia. – AFP



Source link

read more

Penunggang motosikal maut – Nahas & Bencana


TAWAU 3 Nov. – Seorang pemuda maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser di Kilometer 52 Jalan Tawau-Kalabakan di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Asmin Yusri, 24, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang cuba memotong kenderaan lain di hadapannya secara bahaya.


“Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang apabila pemandu kenderaan dalam perjalanan dari arah Kalabakan menuju ke bandar Tawau telah bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.


“Akibatnya, penunggang motosikal tersebut tercampak ke sebelah kiri jalan dan jatuh ke dalam saliran parit konkrit manakala motosikalnya terseret kira 20 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.


Menurut Fadil, pemandu kenderaan itu telah ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons