Setem peringati ulang tahun perkahwinan Ratu Elizabeth mula dijual



LONDON: Setem pos untuk memperingati ulang tahun perkahwinan ke-70, Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip akan dijual di seluruh Britain pada Isnin, menurut Royal Mail, lapor agensi berita China Xinhua. 

Selain gambar perkahwinan pasangan diraja itu pada 1947 di Westminster Abbey, setem berkenaan juga menampilkan gambar pertunangan serta berbulan madu.

Set setem berkenaan telah menerima kelulusan Istana Buckingham, kata Royal Mail.

Perkahwinan Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip, ketika itu adalah acara diraja yang pertama selepas tamatnya Perang Dunia II, dengan orang ramai mengunjungi Istana St James untuk melihat pameran sejumlah 2,500 hadiah untuk pasangan tersebut.

Jurucakap Royal Mail, Philip Parker, berkata, “Ulang tahun perkahwinan platinum jarang berlaku, dan untuk keluarga diraja ia merupakan sesuatu yang unik.”

“Kami gembira dapat mengeluarkan enam setem untuk menandakan ulang tahun perkahwinan ke-70 pasangan diraja tersebut,” katanya.

Istana Buckingham mengesahkan Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip akan meraikan saat indah itu dengan acara peribadi, dan menikmati makan malam bersama keluarga di Windsor Castle pada petang Isnin.

Mulai pukul 1 petang waktu tempatan pada Isnin, loceng di Westminster Abbey akan dibunyikan. 

Ratu Elizabeth dan Putera Philip, merupakan pasangan diraja yang usia perkahwinanan terpanjang dalam sejarah.

Pada musim luruh tahun ini, Putera Philip mengumumkan bersara daripada tugas rasmi sementara Ratu Elizabeth, 91, menjadi raja paling lama memerintah dalam sejarah Britain iaitu selama 65 tahun, dan paling lama hidup.

— BERNAMA



Source link

read more

Wow … GV4 belum mula Liza Hanim dah disambar LOL Entertaiment



Fuh! Hebat betul penangan GegarVaganza musim keempat (GV4) ni ek? Semalam Miss K sempat tengok majlis sidang media memperkenalkan barisan bintang GV4 di Facebook Live Astro Gempak.

Ketika pengacara majlis Dollah Cantik memperkenalkan barisan bintang GV4, ada di antara penonton yang kompelin kenapa artis-artisnya tak sama seperti yang dinyatakan sebuah forum gosip!

Yang kelakar tu, ada yang marah kononnya mereka ditipu! Eh…halo…rasanya tak ada apa-apa pun yang dikeluarkan Astro tentang GV4, sebelum pengumuman rasmi semalam?

Itu sebab Miss K sendiri pun, kalau nak tahu apa-apa perkembangan tentang GV, Miss K akan tengok Facebook Astro Gempak dan yang terbaru Instagram Gegar Vaganza, @gegarvaganzaofficial. Sumber-sumber lain Miss K tak percaya, sebab memang suka memandai-mandai!

Tapi…Miss K tak nafikan, bila wujud akaun dan berita palsu itu juga tandanya GV program yang berjaya dan sentiasa ditunggu-tunggu.

Haa..tempias kehangatan GV4 juga terkena pada salah seorang bintang GV4, Liza Hanim yang khabarnya sudah disambar syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

Amboi Liza…belum apa-apa lagi dah disambar! Miss K dengar lagi…Liza dan LOL Entertainment juga sedang merancang untuk keluarkan single.

Tapi disebabkan tawaran daripada GV4, Liza akan fokus kepada singlenya selepas tamat GV4 ini nanti.

Baguslah begitu, Miss K nak sangat ‘comeback’ Liza kali ini betul-betul menggegarkan industri hiburan tanah air.

Tahniah juga kepada Astro kerana berjaya menyediakan pelantar yang baik untuk bintang-bintang hebat kita kembali ke persada seni.

Okaylah, kepada semua bintang GV4 all the best dan good luck ya! Miss K belum fikir lagi nak joint team siapa sebab semuanya hebat-hebat!

Manakala di media sosial pula ramai yang mula hashtag team (#team) Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, Hazami dan Ferhad, Miss K aja yang masih pening kepala nak pilih yang mana satu!

Miss K: Tak sabar tunggu konsert separuh akhir AF Megastar Ahad ini…Agak-agak semua ke pergi final?

 



Source link

read more

Benar atau tidak netizen mula ucap tahniah kepada Fattzura



KUALA LUMPUR: Meskipun kesahihan berita masih belum diperolehi, kumpulan netizen pantas berkongsi ucapan tahniah kepada pelakon terkenal Fattah Amin dan Fazura susulan laporan pernikahan pasangan selebriti itu malam tadi.

Seorang sumber rapat dengan pelakon Fattah Amin ketika dihubungi Astro AWANI juga tidak berani untuk memberikan sebarang komen.

“Saya tak pasti, saya di pihak pengurusan jadi saya tidak berani untuk komen.

“Memang benar Abang Faz (panggilan untuk Fattah dalam kalangan rakan rapat) akan menunaikan umrah hari ini,” ringkas katanya.

Ada yang tertanya-tanya dengan kesahihan berita ini. 

Sebelum ini, Fattah ada membuat pengumuman tentang hasrat beliau untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.



Source link

read more

Isu Rohingya Perjuangan Malaysia mula membuahkan hasil – PM Najib



MANILA: Myanmar telah menyatakan komitmen awal dan langkah yang sedang diambil oleh kerajaan tentera negara itu dalam menyelesaikan krisis Rohingya di wilayah Rakhine pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu berkata demikian ketika beliau membangkitkan isu Rohingya pada sidang pleno ASEAN itu.

“Bila saya bangkitkan isu Rohingya, Suu Kyi dalam respons beliau telah menyatakan beberapa perkara yang sedang dilakukan Myanmar…ini penting kerana beliau tidak menyatakan apa-apa langsung pada sidang lalu di Manila pada April lepas,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia di sini.

Najib berkata Myanmar kini sedang berunding dengan Bangladesh, yang menjadi tumpuan lebih 600,000 pelarian sejak krisis ini bermula Ogos lalu, bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.

“Beliau nyatakan MOU ini akan ditandatangani tidak lama lagi. Saya terima baik apa yang dinyatakan oleh beliau, namun kita nak tengok soal MoU itu dan syarat-syarat penghantaran balik, sama ada munasabah atau terlalu ketat,” katanya.

Najib berkata jika syarat syarat terlalu ketat yang menyebabkan dari realitinya ia tak benarkan terlalu ramai pulang semula ke Rakhine, ia mungkin tidak memberi penyelesaian sepenuhnya seperti yang dikehendaki Malaysia dan negara-negara ASEAN lain.

Selain menyuarakan isu pelarian Rohingya di peringkat antarabangsa dan memberikan bantuan kemanusiaan, Malaysia juga akan menyediakan Hospital Lapangan untuk etnik Rohingya di Bangladesh.

Najib juga berkata Suu Kyi pada sidang pleno itu telah menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.

Pemenang Hadiah Nobel itu juga telah menyatakan perlunya satu penyelesaian jangka panjang berdasarkan “kepercayaan dan keharmonian” tetapi menegaskan ia tidak boleh dicapai semalaman kerana ia akan mengambil masa, tambah beliau.

Ia akan mengambil kira dan berpaksikan laporan mantan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBBB) Kofi Annan yang telah menyerahkan laporan terakhirnya mengenai negeri Rakhine, di mana Rohingya Islam menghadapi pelanggaran yang meluas, kepada pemerintah Myanmar.

“Semua ini merupakan kemajuan yang signifikan…beliau beri satu pendirian dan jaminan lebih jelas dan positif daripada forum ASEAN sebelumnya,” katanya.

Najib berkata beliau memberitahu pemimpin ASEAN lain bahawa Malaysia dan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan tidak mampu berdiam diri terhadap krisis ini kerana ia telah memalukan blok serantau itu dan telah menjadi isu antarabangsa sehingga Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan presiden.

“Saya kata sebagai satu pertubuhan, kita tak mampu berdiam diri, tak boleh berdiam diri. Apa respons ASEAN terhadap krisis yang melibatkan Rohingya di Rakhine?” katanya.

Katanya, ia bukan hanya masalah Myanmar semata-mata kerana kesannya melimpah keluar, sehinggakan penduduknya menjadi pelarian di Malaysia dan Bangladesh.

Lebih membahayakan, kata beliau, mereka yang kecewa mungkin menjadi rekrut kepada kumpulan pengganas seperti IS dan Daish jika tiada penyelesaian cepat dicapai.

— BERNAMA



Source link

read more

Vingada mula terasa bahang – Bola Sepak


BURIRAM 11 Nov. – Selepas dibelasah Korea Utara 1-4 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan Nelo Vingada kini dihantui tekanan susulan beberapa siri kekalahan sejak mengemudi Harimau Malaya, Mei lalu.

 

Selain tekanan peminat bola sepak yang mahu melihat skuad negara bangkit, persoalan berhubung kedudukan Vingada selaku jurulatih juga turut menjadi topik, semasa sidang media selepas perlawanan di Stadium i-mobile di sini malam tadi.

Berasal dari Portugal, jurulatih berusia 64 tahun ini mempunyai pengalaman kerjaya yang sungguh baik, sebelum ini mengemudi skuad kebangsaan Arab Saudi, jarang mempamerkan emosinya dan menjawab dengan tenang mengenai masa depannya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Mengenai jawatan saya, semuanya bergantung kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia),” katanya dan menambah beliau mempunyai kontrak dua tahun dengan FAM.

Menurut Vingada, beliau telah berusaha yang terbaik untuk menghidupkan kembali kegemilangan skuad bola sepak negara dan mengingatkan perjalanan untuk meraih kejayaan masih panjang dengan banyak rintangan dan halangan yang perlu diatasi.

“Saya kecewa dengan kekalahan teruk semalam tetapi saya tidak akan berputus asa,” katanya dan menambah pemain telah berjaya menunjukkan peningkatan dan standard permainan Harimau Malaya dengan pasukan lain tidak jauh bezanya.

Lawan mereka malam tadi, mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada Malaysia, iaitu Korea Utara pernah menyertai Piala Dunia dan kini berada di kedudukan ranking ke-132 dunia.

Bermain dalam stadium yang hampir kosong kecuali dengan kehadiran beberapa warga Malaysia, peminat Korea Utara dan penonton Thailand, pemain Jorn Andersen, sebahagian daripadanya kini menyertai Liga terkemuka di Jepun dan Eropah, dengan mudah menembusi benteng pertahanan Harimau Malaya dengan hantaran tepat dan silang.

“Mereka (Korea Utara) standardnya lebih baik daripada kita,” kata Vingada, juga mengakui perbezaan fizikal antara kedua-dua pasukan juga memberi kelebihan tambahan kepada lawan terutama menguasai hantaran bola tinggi.



Source link

read more

Kembara bermotor kemanusiaan Rohingya mula 1 Disember ini – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Satu kembara bermotor ke seluruh negara oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dilaksanakan bermula 1 Disember ini bagi memberi kesedaran berhubung kesengsaraan yang dialami oleh etnik Rohingya di Myanmar.

Kembara yang dijangka disertai 50 motor berkuasa tinggi akan diketuai oleh Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kembara itu diadakan bagi memberi kesedaran dan mengumpul dana untuk membantu etnik Rohingya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kembara itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hujan lebat, beberapa kawasan di P. Pinang mula dilanda banjir kilat – Terkini


PULAU PINANG 4 Nov. – Beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Penyelamat dan Bomba negeri berkata, lebih 10 kawasan di bahagian Seberang Perai dan pulau ketika ini dilaporkan dinaiki air dengan puluhan rumah penduduk terjejas.

Katanya, antara kawasan terlibat adalah di Bukit Tengah; Sungai Pinang; Relau: Sungai Nibong dan beberapa kawasan di sekitar Jalan Masjid Negeri.

Menurutnya, selain taburan hujan tinggi, bencana banjir kilat turut berpunca daripada pertembungan air pasang sekali gus menyebabkan air beberapa batang sungai melimpah.

“Bagaimanapun buat masa ini, belum ada pusat pemindahan dibuka dan kita sedang berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat pada amaran tahap jingga ini dijangka berterusan sehingga pagi esok dan menjejaskan semua negeri di wilayah utara. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

iPhone X mula dijual di lebih 50 negara



SYARIKAT teknologi terkemuka Apple Inc mula menjual edisi terbaharu telefon bimbitnya iPhone X (dibaca iPhone 10) di pasaran hari ini.

Model terkini telefon pintar oleh Apple itu boleh didapati mulai hari ini di lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Singapura, Australia, Jepun dan India.

Pelancaran rasmi iPhone X di Malaysia walau bagaimanapun masih belum diumumkan.

Ia dijangka dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB.

Apple sebelum ini membuka pra-pesanan untuk pembelian model itu pada 27 Oktober lalu.

Versi unik yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-10 ini mempunyai skrin menyeluruh berpaparan Super Retina, pengecasan tanpa wayar dan Animoji iaitu revolusi emoji baharu.

BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X

Ia juga boleh didapati dalam dua warna iaitu Space Grey dan Silver.

Buat pertama kalinya, Apple menampilkan iPhone tanpa butang ‘home’.

Berbanding dengan iPhone 8 atau sebelumnya, iPhone X mempunyai skrin 5.8 inci dan boleh diakses melalui ciri baharu “face ID” iaitu pengesanan wajah.

Edisi ini turut menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision dan HDR10.



Source link

read more

Abang Long Fadil 3 mula penggambaran 2018 kualiti bertaraf Hollywood



FILEM Abang Long Fadil 2 (ALF2) berjaya memecahkan rekod kutipan filem tertinggi sebanyak RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu, sekali gus membenam kutipan filem tertinggi sebelum itu yang pernah dipegang oleh Polis Evo.

Susulan kejayaan tersebut, pengasas Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam mengesahkan penggambaran filem sekuel “Abang Long Fadil 3” akan dimulakan tahun depan.

“Abang Long Fadil 3” dijangka membabitkan kos sebanyak RM4 juta dan merupakan hadiah kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap industri filem Melayu tempatan.

“Penggambarannya dijangka akan dilakukan selepas Aidilfitri tahun depan iaitu selepas tayangan filem ketujuh Syafiq iaitu ‘KL Special Force’ pada Mac 2018,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Yusof ditemui pada majlis meraikan kejayaan Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu, semalam yang menjadi pawagam memperoleh kutipan tertinggi dan jumlah penonton terbesar seluruh Malaysia untuk filem ALF2 terbitan Skop Production itu dengan jumlah kutipan lebih RM700,000.

“ALF3 akan membabitkan kos lebih tinggi berbanding sebelumnya kerana filem itu juga bakal menampilkan lebih ramai bintang dan nama besar dalam industri.

“Filem itu nanti bakal mengambil masa penggambaran yang panjang bagi menghasilkan filem aksi yang lebih berkualiti setaraf dengan filem Hollywood.

“Dengan mengekalkan pelakon utama selain barisan pelakon baru dan lama serta kecanggihan teknologi yang diserapkan dalam filem itu, saya yakin ia mampu mencatat kutipan lebih daripada apa diperolehi menerusi ALF2,” katanya.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons