Lagi pasangan bercumbuan dihukum sebat di Aceh mungkin kali akhir di khalayak ramai


BANDA ACEH: Wilayah Aceh di Indonesia pada Jumaat menjalankan hukuman sebat kepada beberapa pasangan bukan mahram kerana menunjukkan aksi intim di tempat awam.

Selain itu, agensi berita AP melaporkan, dua wanita yang terlibat aktiviti pelacuran juga dihukum sebat di khalayak ramai.

Hukuman tersebut dipercayai yang terakhir dilaksanakan di hadapan orang ramai di Aceh selepas gabenor wilayah itu pada awal bulan ini mengumumkan bahawa hukuman seumpamanya akan dilakukan di ruang tertutup.

Sebelum ini, hukuman sebat yang dijalankan ke atas dua lelaki kerana mengamalkan hubungan homoseksual, telah mencetus perdebatan global tentang pelaksanaan undang-undang syariah yang ketat di wilayah itu.

Wanita yang dituduh terlibat aktiviti pelacuran ini disebat di pekarangan masjid di depan khalayak ramai di Aceh. - AP

Dua wanita yang dituduh terlibat dalam pelacuran itu telah disebat 11 kali. Salah seorang daripada mereka, mengangkat tangan selepas sebatan kelima, bagi memberi isyarat bahawa kesakitannya terlalu berat untuk ditanggung. Dia kemudiannya diberi minum sebelum sebatan seterusnya dilakukan.

Sementara itu, enam orang muda yang ditahan kerana aksi intim di tempat awam disebat antara 11 hingga 22 kali. Polis syariah mahu mendakwa mereka atas kesalahan yang lebih besar, namun tiada saksi.

Segolongan penduduk Aceh membantah keputusan untuk hukuman seumpamanya dilaksanakan di ruang tertutup. Kira-kira 1,000 orang menjalankan protes di luar pejabat Datuk Bandar Banda Aceh pada Khamis.

Menurut mereka, jika hukuman sebatan itu dibuat di tempat tertutup, kesan pengajarannya kepada umum kurang dirasai.



Source link

read more

TPM Thai akui Daish mungkin telah cuba bina jaringan operasi di bahagian selatan



BANGKOK: Pihak Thai berkuasa mengakui ada kemungkinan kumpulan pengganas Daish telah cuba membina rangkaian operasi di Selatan Thai sebagaimana mereka telah lakukan di negara-negara serantau lain.

Bagaimanapun, percubaan Daish menubuhkan sarang keganasan di wilayah selatan negara ini telah dapat digagalkan.

“Mungkin ada percubaaan untuk masuk (membina rangkaian berkenaan) tetapi kami sentiasa dapat menyekatnya,” kata Timbalan Perdana Thai Jen Prawit Wongsuwan pada Rabu.

Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri ditanya mengenai seorang warga Thai yang dikehendaki oleh polis Malaysia kerana penglibatannya dengan Daish.

Polis Malaysia masih memburu lelaki Thai itu Awae Wae-eya, 37, dari Cho Airong di Narathiwat, bersama tiga rakyat Malaysia – Nor Farkhan Mohd Isa, 31, dari Skudai, Johor; Muhamad Hanafi Yah, 51, dan Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, empat ‘pelarian’ itu dianggap berbahaya.

Sementara itu, setiausaha agung Majlis Keselamatan Nasional (NSC) Thai Jen Wanlop Raksanor memperkecilkan peranan lelaki Thai itu dengan Daish atau cawangan serantaunya, dengan menyatakan lelaki itu hanya seorang laskar maya untuk kumpulan pengganas itu.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa lelaki itu adalah warga Thai.

“Lelaki itu mengikuti Daish dari internet atau Facebook. Beliau jenis orang yang menyokong dan menyukai idea Daish tetapi bukan penyokong tegar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Di PATTANI, jurucakap Tentera Wilayah Empat, Kol Pramote Prom-in pada sidang akhbar di sebuah kem tentera, bersependapat dengan Wanlop berhubung penilaiannya tentang lelaki Thai itu.

Beliau berkata berasaskan siasatan, penduduk asal Cho Airong itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan pengganas itu, tetapi suka menonjolkan hubungannya dengan Daish di media sosial.

Namun, Daish tidak pernah menjejakkan kaki dan menjalankan operasi di selatan Thai, kata Pramote.

— BERNAMA



Source link

read more

Peranti Keluaran ZTE Mungkin Diharamkan Dari Menggunakan Sistem Operasi Android – Amanz


Semalam kami laporkan ZTE dihalang dari membeli komponen keluaran syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Ini adalah disebabkan oleh ZTE melanggar sekatan menjual peranti dengan komponen Amerika Syarikat ke negara Iran. Pengharaman ZTE ini akan berkuatkuasa selama tujuh tahun.

Akibatnya ialah ZTE tidak lagi boleh membeli pemproses dari Snapdragon. Alternatif buat mereka kini ialah menggunakan pemproses keluaran MediaTek. Tetapi halangan lebih besar bagi ZTE ialah mereka mungkin akan turut kehilangan hak menggunakan sistem operasi Android.

ZTE adalah antara syarikat yang diiktiraf di bawah Android Certifed Partners. Menurut laporan Reuters, pihak ZTE dan Google kini sedang melakukan perbincangan mengenai penggunaan sistem operasi Android. Pengharaman yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat turut melibatkan penggunaan perisian.

Tanpa sistem operasi Android, masa depan ZTE sebagai pengeluar telefon pintar kelihatan amat kelam. Tidak seperti dahulu, Google kini menghalang log masuk aplikasi GApps seperti Play Store pada peranti yang tidak diiktiraf di bawah program Android Certified.



Source link

read more

Spotify Mungkin Akan Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka Baru Untuk Aplikasi Mereka Minggu Hadapan – Amanz


Spotify boleh dikatakan aplikasi penstriman musik yang paling terkemuka di dunia. Mereka dilihat mengembangkan katalog muzik mereka kepada lagu-lagu dari Korea dan Jepun, dan pada Januari 2018, mereka mempunyai 70 juta pengguna berbayar di seluruh dunia.

The Verge baru-baru ini melaporkan bahawa syarikat penstriman audio tersebut telah mengeluarkan sebuah jemputan untuk sebuah acara minggu depan dimana mereka dikatakan akan menunjukkan antaramuka dan ciri-ciri baru untuk aplikasi mudah-alih mereka.

Buat masa ini, Spotify masih belum mengumumkan apakah ciri-ciri baru yang bakal diumumkan, tetapi terdapat beberapa ura-ura yang menyatakan bahawa mereka mungkin akan memperkenalkan ciri kawalan suara melalui aplikasi tersebut, disamping kemaskini antaramuka Spotify yang tidak ditukar sejak sekian lama.

Dalam pada itu, Spotify juga dilihat mungkin akan hadir dengan pembesar suara pintar mereka sendiri, dan ia akan diumumkan pada acara Spotify tersebut yang akan diadakan pada 24 April kelak.



Source link

read more

Apple Watch Mungkin Menambah Sokongan Untuk Muka-Jam Daripada Pihak Ketiga – Amanz


Apple Watch telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan sejak daripada itu, penawaran muka jam hanya terhad kepada penawaran daripada pihak Apple sahaja, tanpa sokongan pihak ketiga seperti beberapa jam tangan pintar yang lain. Namun, perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui kod pembangunan yang ditemui oleh <em9to5Mac, ia dilihat Apple mungkin kelak menambah sokongan muka-jam daripada pihak ketiga tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkannya secara rasmi. Namun, dengan pembangunan sokongan untuknya yang telah mula diintegrasikan, kita mungkin akan dapat melihatnya tidak lama lagi – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam menjadikan paparan jam Apple Watch selari dengan citarasa mereka.



Source link

read more

Xiaomi Mi A2/Mi 6X Mungkin Akan Dilancarkan Pada 25 April Ini – Amanz


Peranti gantian kepada Xiaomi Mi A1/Mi 5X  mungkin akan dilancarkan pada 25 April ini. Pihak Xiaomi akan mengadakan acara pelancaran pada tarikh tersebut berdasarkan jemputan yang mula diterima pihak media di China.

Sebelum ini rekaan peranti yang dipercayai adalah Mi A2/Mi 6X telah tertiris ke laman TENAA. Rekaan dwi-kamera peranti tersebut menyamai rekaan yang digunakan pada Mi MIX 2S. Spesifikasi lain yang diketahui ialah skrin 5.99″ dengan bateri sebesar 2910 mAh.



Source link

read more

Honor 10 Dijangka Hadir Ke Pasaran Tempatan Seawal Mungkin Selepas Pelancaran Di China – Amanz


Honor 10 bakal dilancarkan secara rasminya di China pada minggu hadapan, dan kini, pihak Honor Malaysia telah hadir dengan gambar acah khusus bertemakan warna peranti berkenaan – sekaligus memberikan petanda yang mana Honor 10 mungkin ke pasaran tempatan seawal mungkin.

Honor 10 Malaysia

Mengikut info awal yang tertiris, Honor 10 dijangka hadir dengan skrin 5.8-inci, dijana cip Kirin 970, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dijangka dilengkapi dwi-kamera belakang, selain menawarkan penambah-baikkan dari segi kamera dan perisian pada peranti berkenaan.

Honor menjadualkan pengenalan Honor 10 pada 19 April di China. Sekiranya mereka mengikut pengenalan peranti Huawei sebelum ini, maka kita mungkin akan dapat melihat Honor 10 dilancarkan untuk pasaran tempatan pada bulan ini.

Selain Honor 10, pihak Honor juga diperkatakan merancang untuk memperkenalkan sebuah komputer riba mereka tersendiri.



Source link

read more

Android P Mungkin Membenarkan Pixel 2 Menetapkan Gambar Latar Pada Mod Ambient Display – Amanz


Seperti peranti Samsung, Motorola dan LG, Google Pixel mempunyai fungsi Ambient Display (atau Always on Display) yang memaparkan maklumat notifikasi sepanjang masa walaupun ketika skrin dimatikan. Fungsi ini sebenarnya diperkenalkan oleh Nokia sebagai Sleeping Screen ketika zaman Symbian lagi.

Sebelum ini kami laporkan AOD untuk Samsung Galaxy S8 dan Note 8 kini menyokong latar belakang GIF. Pixel juga tidak ingin ketinggalan, kerana Android P untuk Pixel 2 mungkin akan menawarkan ciri AOD yang boleh diubahsuai.

Fungsi ini ditemui terlebih dahulu oleh ahli XDA. Terdapat beberapa barisan kod dalam Android P versi percubaan pembangun pertama yang dikelaskan dalam “DozeWallpaperState”.

Jika anda lihat pada imej bahagian atas terdapat barisan kod “wallpaperFadeOutDuration” dan “wallpaperVisibilityDuration”. Kod-kod ini adalah antara tanda jurutera perisian Google sedang menguji gambar latar belakang AOD secara perlahan dan lancar bertukar kepada skrin kunci peranti.

Selain itu, dalam imej di bahagian bawah pengkelasan kod “DozeWallpaperState” menunjukkan tugas apa yang perlu dilakukan oleh peranti jika ia beralih kepada mod AOD.

Namun begitu tetapan sebenar mengenai pengubahsuaian apa yang boleh dilakukan dengan AOD pada Android P ini masih belum diketahui sehingga versi Android P akan datang. Fungsi ini dilihat agak menarik dan kini Android asli yang dikatakan kekurangan fungsi dan bosan ini menawarkan semakin banyak ciri menarik. Sama-sama kita nantikan kehadiran Android P tidak lama lagi.



Source link

read more

Pedrosa mungkin terlepas aksi Grand Prix Amerika Syarikat – Lumba Motosikal


LONDON 11 April – Pelumba MotoGP pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa mungkin tidak dapat beraksi pada bulan ini termasuk perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat, 22 April ini selepas menjalani pembedahan pergelangan tangan di Barcelona pada Selasa.

Pelumba veteran Sepanyol itu terpaksa menjalani pembedahan semalam selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan sewaktu menyertai Grand Prix Argentina pada Ahad lepas.

Pasukannya dalam satu kenyataan berkata, Pedrosa mengalami patah tulang di bahagian pergelangan tangan kanan hingga menyebabkan satu pembedahan terpaksa dilakukan bagi memasukkan skru titanium.

“Jika keputusan positif dia mungkin akan menjalani proses pemulihan pada Sabtu ini.

“Penyertaannya dalam Grand Prix di Amerika Syarikat akan diputuskan berdasarkan keadaannya,” kata kenyataan daripada Repsol Honda, hari ini. – AGENSI



Source link

read more

Spotify Mungkin Memperkenalkan Pemain Audio Dalam Kenderaan Tidak Lama Lagi – Amanz


Spotify sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan bakal hadir dengan perkakasan mereka tersendiri. Kini, hadir info terbaru memperlihatkan yang mana produk pertama daripada mereka berkemungkinan adalah sebuah pembesar suara untuk digunakan dalam kenderaan.

Spotify Car Audio

Info ini tertiris melalui ujian yang dilakukan oleh Spotify, memaparkan iklan pemain audio dalam kenderaan ini untuk sesetengah pengguna. Daripada ujian yang dijalankan, Spotify seperti menawarkannya dalam bentuk langganan bulanan dengan komitmen selama 12 bulan.

Dengan adanya pemain audio ini, ia akan memudahkan lagi pengguna mendengar bukan sahaja lagu, tetapi juga mendengar podcast ketika sedang memandu.

Spotify sendiri dilihat menjadualkan tarikh 24 April kelak untuk suatu pengumuman khas. Ia tidak diketahui lagi sama ada Spotify akan memperkenalkan pemain audio dalam kenderaan ini pada acara berkenaan, atau mempunyai perancangan pengenalan produk baru yang lain.



Source link

read more