Dua maut 22 cedera letupan bom di Myanmar



YANGON : Dua pekerja bank terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kejadian letupan bom Lashio, utara Myanmar pada Rabu.

Menurut jurucakap polis siasatan telah dilancarkan bagi mengenalpasti punca kejadian dan individu yang bertanggungjawab.

Laporan awal menyebut 11 orang awam tercedera dalam kejadian.

“Kami telah menerima laporan mengenai kejadian letupan bom di Lashio hari ini,” kata Kolonel Thet Naing.

Menurut jurucakap kerajaan Zaw Htay menerusi laman Twitter miliknya, dua wanita maut dalam kejadian manakala 11 orang awam tercedera.

Menurut saksi, Lway Dehnin, 27 tahun, satu letupan kuat berlaku kira-kira jam 4.30 petang berdekatan dua bank di pusat bandar yang terletak berhampiran pejabat Kementerian Kesihatan negara itu.

“Letupan itu berlaku berdekatan bank Aya dan Yoma yang menyebabkan tingkap di kedua-dua bangunan tersebut serta Kementerian Kesihatan dan beberapa rumah berdekatan pecah,” kata Lway Dehnin.

Bank Yoma dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, dua pekerjanya yang berkhidmat di cawangannya di Lashio maut dalam kejadian manakala dua cawangannya lagi di bandar tersebut akan ditutup buat sementara waktu.

“Bank Yoma akan terus berdiri teguh dan situasi yang sedih ini,” tambah kenyataan itu.



Source link

read more

Kem pelarian tegang, Rohingya enggan pulang ke Myanmar – Luar Negara


GUNGDUM, Bangladesh 21 Jan. – Ketegangan dilaporkan memuncak di beberapa kem pelarian Rohingya di Bangladesh hari ini berikutan rancangan penghantaran pulang etnik itu ke Myanmar.

Berpuluh-puluh daripada mereka dikatakan membantah operasi tersebut dengan memegang kain rentang ketika wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee dijadual melawat kem-kem berkenaan hujung minggu ini.

Pemimpin Rohingya di situ mendakwa, beberapa anggota tentera Bangladesh mengugut untuk merampas kad catuan makanan milik mereka jika enggan pulang ke Myanmar.

Di bawah perjanjian yang dipersetujui antara kerajaan Myanmar dan Bangladesh minggu lepas, kumpulan pelarian tersebut dijangka dihantar pulang ke dua pusat penerimaan termasuk sebuah kem sementara bermula Selasa lalu untuk tempoh selama dua tahun.

Bagaimanapun, kumpulan pelarian terbabit dikatakan enggan memberikan kerjasama melainkan jika keselamatan mereka terjamin.

Selain itu, mereka juga mahu supaya kerajaan Myanmar mengiktiraf dan memberikan kerakyatan selain menyediakan kediaman baharu, masjid serta sekolah yang dibakar atau dirosakkan dalam operasi ketenteraan Myanmar sebelum ini.

Ketika ini, dianggarkan seramai 655,500 penduduk Rohingya berada di Bangladesh selepas melarikan diri dari Rakhine, utara Myanmar gara-gara kekejaman tentera negara tersebut. -REUTERS



Source link

read more

Myanmar finalises Rohingya repatriation preparations as doubts mount



YANGON: Myanmar was making final preparations to take back the first batch of Rohingya Muslims who had fled conflict in troubled Rakhine state, state media said on Saturday, despite growing doubts about the plan among refugees and in the United Nations.

Rakhine state Chief Minister Nyi Pu “insisted on completion of the finishing touches on buildings, medical clinics and sanitation infrastructures” during a visit to repatriation camps in the state on Friday, the Global New Light of Myanmar newspaper said.

It published a photo of his delegation standing by a long, wooden house that will be used to house returnees at the camp near the town of Maungtaw. A wire-mesh fence topped by barbed wire appears in the background of the photo.

Over 655,500 Muslim Rohingya fled to Bangladesh after the Myanmar military cracked down in the northern part of Rakhine in response to militant attacks on security forces on Aug. 25. The United Nations described the operation as ethnic cleansing of the Rohingya, which Myanmar denies.

Myanmar will start receiving Rohingya refugees from Bangladesh at two reception centres and the temporary camp near Maungtaw starting on Tuesday and continuing over the next two years, under an agreement the two countries signed this week.

Bangladesh will provide an advance list of prospective returnees with forms attesting to their residency in Myanmar, the newspaper said. Some returnees will cross over by land and others via a river along the border, it said.

Rohingya refugees at the sprawling Kutupalong camp in Bangladesh are balking at going back until Myanmar can guarantee their safety, among other demands listed in a petition drawn up by camp leaders and shown to Reuters.

Even as Myanmar gets ready to start receiving the Rohingya next week, more of them are fleeing continued military operations in Rakhine, newly arrived refugees camp have told Reuters.

More than 100 Rohingya Muslims from northern Rakhine fled into Bangladesh and scores more were waiting to cross the Naf river that forms the border, they said.

‘CONCENTRATION CAMPS’

Rohingya Muslim insurgents said on Saturday the repatriation plan was “not acceptable” and “the Burmese terrorist government is deceitfully and crookedly offering Rohingya refugees to settle down in so-called temporary camps”. Burma is the former name of Myanmar.

“Repatriated Rohingya refugees from Bangladesh will never be able to settle down in their own ancestral lands and villages, rather than spending not only the rest of their lives but also the lives of their next generations to come in those concentration camps,” the Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) said in a statement on Twitter.

Myanmar has said it would build a transit camp that can house 30,000 returnees before they are allowed to return to their “place of origin” or “nearest to their place of origin.”

Government spokesman Zaw Htay did not respond to requests for comment on the ARSA statement.

Paul Vrieze, the United Nations Refugee Agency (UNHCR) spokesman in Myanmar, cautioned that the returnees must not be rushed out of Bangladesh prematurely “without the informed consent of refugees or the basic elements of lasting solutions in place”.

“Further measures are also required to ensure safe, voluntary and sustainable repatriation of refugees to their places of origin and to address the underlying root causes of the crisis,” he told Reuters.

The UNHCR, which is helping to administer the refugee camps, is not involved in the repatriation exercise between Bangladesh and Myanmar.



Source link

read more

Wanita warga Myanmar ditahan dalangi sindiket penyeludupan PATI



BUKIT KAYU HITAM: Demi mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang wanita warga Myanmar terpaksa menukar modus operandi secara berkala bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Wanita berusia 35 tahun itu kini terpaksa menyembunyikan PATI yang diseludup di sebuah hotel sebelum pihak lain mengambil warga asing itu lalu dibawa ke lokasi seterusnya.

Malah lebih mengejutkan apabila wanita yang merupakan dalang sindiket penyeludupan terbabit telah menyalahgunakan kad pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) yang dimilikinya untuk tinggal di negara ini sekali gus meneruskan kegiatan haram untuk mengaut keuntungan lumayan.

Bagaimanapun kegiatan wanita itu terbongkar apabila sembilan PATI warga Myanmar anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, di sebuah hotel di sini.

Menurut Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Mohd Shahar Ibrahim kesemua PATI itu dibawa masuk melalui lubang tikus di kawasan sempadan dan dipercayai untuk dihantar ke Pulau Pinang bagi mendapatkan pekerjaan.

“Kita berjaya menahan sembilan PATI warga Myanmar yang terdiri daripada enam perempuan dan tiga lelaki di sebuah hotel di sekitar Changlun Kedah, kemudiannya menangkap seorang wanita warga Myanmar yang disyaki sebagai dalang dalam aktiviti penyeludupan PATI itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Mohd Shahar turut menyaksikan majlis serah dan terima tugas daripada Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 2 Kulim, Deputi Superintendan Mohd Razali Melin kepada Pegawai Pemerintah Batalion 18 Pengkalan Hulu, Perak, Superintendan Khalid Sayon yang akan mengambil alih tugas menjaga Ops Wawasan Kedah/Perlis di sempadan Malaysia-Thailand dari Perlis ke Bukit Kayu Hitam..

Tambah Mohd Shahar, kesemua PATI yang ditahan berusia 25 hingga 35 tahun dan pemeriksaan awal mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Selain itu, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry yang disyaki digunakan wanita terbabit untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Imigran 2007 (ATIPSOM).



Source link

read more

Wartawan Malaysia ditahan di Myanmar selamat tiba di Singapura



SINGAPURA: Penerbit filem dokumentari dari Malaysia Mok Choy Lin dan jurukamera warga Singapura Lau Hon Meng tiba di sini petang Jumaat dari Yangon, di mana mereka menghabiskan masa dua bulan di penjara Myanmar, demikian dilaporkan media tempatan di sini.

“Mereka dibebaskan pada 7 pagi, dan kedua-dua wartawan asing itu diiring pegawai Imigresen ke Lapangan Terbang (Yangon),” kata peguam bela Khin Maung Zaw yang dipetik sebagai berkata oleh The Straits Times.

Menurut laporan itu, Mok, 47, seorang penduduk tetap Singapura, meninggalkan Lapangan Terbang Changi tanpa bercakap dengan media.

Kedua-dua wartawan yang bekerja dengan Turkish Radio and Television (TRT) dijatuhi hukuman penjara dua bulan atas kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Aerodrom Myanmar 1934.

Mereka ditahan pada 27 Okt oleh pihak berkuasa Myanmar atas dakwaan membuat rakaman video bangunan Hluttaw (bangunan Parlimen) di Nay Pyi Taw, menggunakan dron tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Mereka disabitkan atas kesalahan itu pada 10 Nov dan sepatutnya menjalani hukuman itu sehingga 9 Jan.

Menurut laporan media asing, tuduhan itu digugurkan kerana mereka tidak bermaksud untuk membahayakan keselamatan negara.

Tambahan pula, Myanmar mahu memperbaiki hubungan dengan Singapura dan Malaysia, kata laporan itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Wartawan Malaysia dipenjara di Myanmar dibebaskan lebih awal



NAYPYITAW: Wartawan Malaysia Mok Choy Lin yang kini menjalani hukuman penjara dua bulan di Myanmar kerana didapati bersalah menjalankan penggambaran dengan dron negara itu, akan dibebaskan lebih awal.

Ini selepas pihak berkuasa Myanmar memutuskan untuk menggugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas Choy Lin, dan tiga yang lain.

Choy Lin, jurukamera warga Singapura Lau Hon Meng, penterjemah Aung Naing Soe, serta pemandu mereka Hla Tin, yang merupakan warga tempatan, ditahan 27 Oktober lalu.

Keempat-empat mereka bertugas dengan syarikat penyiaran Turki, TRT ketika menjalankan penggambaran menggunakan dron di parlimen di ibu negara Naypyitaw.

Wakil kerajaan, Tun Tun Win ketika mengemukakan permohonan menggugurkan tuduhan itu memaklumkan, keempat-empat tertuduh tidak mempunyai niat untuk membahayakan keselamatan negara.

Tun Win juga menjelaskan keputusan menggugurkan tuduhan dibuat bagi menjaga hubungan dengan negara jiran, merujuk kepada Singapura dan Malaysia.

Tuduhan ke atas keempat-empat mereka dijangka digugurkan secara rasmi oleh pihak pendakwa raya selewat-lewatnya pada Khamis.

Mereka dijangka dibebaskan lebih awal daripada tempoh tamat hukuman pada 9 Januari depan.

Kes melibatkan wartawan TRT ini mengundang perhatian dan kebimbangan antarabangsa, berhubung isu kebebasan akhbar di Myanmar di bawah pemerintahan Aung Sang Suu Kyi.

Dua wartawan agensi berita Reuters turut ditahan dua minggu lalu, atas dakwaan memiliki dokumen sulit.

Mereka berdepan hukuman penjara 14 tahun jika didapati bersalah atas dakwaan tersebut.



Source link

read more

Myanmar kecam resolusi PBB berkenaan Rohingya



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa Bersatu meluluskan resolusi mengecam pencabulan hak asasi manusia di Myanmar.

10 negara menentang resolusi berkenaan, 122 menyokong dan 24 tidak mengundi.

Wakil Tetap Myanmar ke PBB, Hau Do Suan terdahulu menyifatkan resolusi tersebut sebagai satu penyelewengan dan bermotifkan politik dan cubaan secara terang-terangan untuk meletakkan tekanan politik yang tidak sepatutnya ke atas Myanmar.

Tambahnya, Naypyidaw gusar dengan cubaan secara berterusan untuk memburukkan kerajaan dan pihak berkuasa Myanmar.

Tegasnya lagi, ini adalah satu usaha negara-negara lain untuk menggunakan PBB demi menekankan agenda politik mereka ke atas Myanmar.

Hau Do Suan menambah, resolusi berkenaan tidak akan menyelesaikan isu di negeri Rakhine dan berkenaan pelarian Rohingya.

Beliau melaporkan ketika ini kerajaan Myanmar berusaha untuk membawa keamanan, harmoni dan pembangunan ke kawasan tersebut.

Sehingga kini beratus ribu etnik Muslim Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine atas dakwaan wujudnya kekejaman dari pihak berkuasa Myanmar.



Source link

read more

Pelarian Rohingya akan mula kembali ke Myanmar Januari – Nasional


DHAKA 20 Dis. – Bangladesh dan Myanmar semalam mengulangi komitmen kedua-dua negara untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya bermula Januari ini di sebalik kebimbangan tiada jaminan keselamatan terhadap etnik itu sekiranya mereka pulang.

Setiausaha luar kedua-dua negara mengadakan pertemuan di Dhaka, semalam bagi memuktamadkan perjanjian yang ditandatangani pada 23 November lalu untuk penghantaran pulang pelarian secara sukarela melibatkan hampir tiga perempat daripada satu juta etnik Rohingya yang tinggal di kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh.

Kementerian luar Bangladesh dalam satu kenyataan berkata, kumpulan kerjasama baharu ini akan mematikan penghantaran pulang dalam tempoh dua bulan dengan membangunkan jadual untuk pengesahan identiti pelarian dan logistik kepulangan pelarian. – AFP



Source link

read more

VIP Fellowship dikembangkan ke Laos Vietnam dan Myanmar – Mohd Irwan



CYBERJAYA: Program Fellowship Volunteering for the International Professional (VIP) 4.0 akan diperluaskan ke tiga negara ASEAN yang menerima kurang tumpuan seperti Laos, Vietnam dan Myanmar mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata langkah ini akan membantu negara-negara berpendapatan rendah di ASEAN mendapat manfaat, yang seterusnya, akan memperbaiki kehidupan masyarakat mereka.

Katanya, program VIP, yang telah dijalankan sejak tiga tahun lepas, kini sedang diadakan di Kemboja dan Indonesia.

Pengembangan idea bagi tahun keempat telah dibuat berikutan kejayaan program-program VIP di negara berkenaan di bawah Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), katanya lagi.

“Kita perlu membantu masyarakat di Laos, Vietnam dan Myanmar, khususnya Rohingya.

“Itulah sebabnya mengapa Malaysia menawarkan bantuan untuk menyediakan sebuah hospital di Cox Bazar dengan kemudahan moden untuk mereka. Saya diberitahu masyarakat Rohingya ini, tidak mahu keluar dari hospital tersebut,” katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Program Fellowship VIP di sini hari ini.

Mohd Irwan berkata program itu telah memberi kesan kepada 25,105 penerima faedah di Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia sejak tiga tahun lepas.

Sebanyak 29 warga asing dan 19 penduduk tempatan menyertai program VIP 2017, bekerja dalam 10 projek berimpak lestari di seluruh ASEAN khususnya di bandar dan desa.

Katanya, program VIP ini bertujuan untuk mengumpul golongan profesional bagi menyumbang kepakaran mereka kepada pembangunan sosial serta ekonomi Malaysia dan ASEAN melalui aktiviti-aktiviti sukarelawan.

Mohd Irwan, yang juga hadir bagi menutup program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M), menambah kerajaan sentiasa memberikan rakyat Malaysia peluang untuk meningkatkan kemahiran diri mereka dan berusaha ke arah visi Transformasi Nasional 2050 (TN5O).

Beliau berkata ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia antara negara terbaik dalam pembangunan ekonomi, kesejahteraan hidup rakyatnya dan inovasi.

“Kita mahu memperbaiki standard Bahasa Inggeris dengan mengajar kemahiran asas komunikasi dalam bandar dan luar bandar yang akan meningkatkan peluang mencari kerja serta mempromosikan perniagaan dalam pertumbuhan negara untuk membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju daripada aspek ekonomi.

Program BI1M program menggunakan kembali perkhidmatan bekas-bekas guru, pesara dan pengalaman graduan-graduan yang baru bekerja sebagai fasilitator tempatan. Ia membabitkan lebih 218 acara komuniti dan telah memberi kesan kepada 15,485 individu sejak dua tahun lepas.

Pada majlis itu, Mohd Irwan turut menyampaikan sijil kepada sukarelawan dan peserta-peserta program.

— BERNAMA



Source link

read more

Lelaki Myanmar dibunuh rakan sekerja – Terkini


KAMPAR 11 Dis. – Seorang lelaki warga Myanmar ditemuikan mati dipercayai dibunuh oleh rakan sekerjanya di kebun betik di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar di sini hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng. Kong Soon berkata, mayat mangsa, SP. Biak Sang Nawl, 35, ditemukan oleh majikannya pada kira-kira pukul 10.30 pagi dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas katil di dalam rumah di kebun tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan pada mayat mangsa menemukan beberapa kesan luka pada muka dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Polis turut menemui sebatang kayu dengan kesan darah dipercayai senjata yang digunakan suspek di bawah katil mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Kong Soon, suspek berusia 50an yang merupakan rakan senegara mangsa telah melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit serta dompet mangsa di kawasan kebun selain tin arak.

Jelasnya, mangsa dipercayai dibunuh kurang 12 jam dan mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

“Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons