Najib keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.

“Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya’ di Masjid Nabawi (di Madinah).

“Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.

“Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja, dan tidak ramai mendapat peluang tersebut,” katanya menerusi akaun Facebook @najibrazak pada Rabu.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula Selasa hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi.

Menurutnya lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia tahun lalu.

Selain itu, adalah menjadi hasrat perdana menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja tersebut, kata kenyataan itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Suri rumah hina nabi dipenjara enam bulan denda RM15000



IPOH: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman denda RM15,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina nabi dengan kata-kata kesat di sebuah masjid di sini tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Md Sah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, Yut Mooi didakwa mengeluarkan kata-kata menghina iaitu ‘Nabi Babi’ yang didengari oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53, Mohd. Yunus Harun,72, dan Mohd. Halim Buyong, 43, dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan.

Perbuatan tersebut dilakukan di ruang solat Masjid Ubaidah, Ulu Kinta dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 4 Mei 2016.

Pertuduhan terhadap Yut Mooi dikemukakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab. Wahab manakala tertuduh diwakili peguam bela, Chiang Woei Chien.

Siti Hanum turut menetapkan tambahan hukuman penjara selama sembilan bulan sekiranya Yut Mooi gagal membayar denda yang ditetapkan.

Mahkamah juga membenarkan pelaksanaan hukuman penjara terhadap tertuduh ditangguhkan sehingga rayuan kes tersebut selesai dengan menetapkan syarat tambahan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport Yut Mooi diserahkan kepada mahkamah.



Source link

read more

Fattah Amin jadikan Nabi Muhammad rujukan jika jodoh dengan wanita berusia



PELAKON sensasi, Fattah Amin tidak menolak seandainya menemui jodoh dengan wanita yang lebih matang dan berusia daripadanya.

Kata Fattah, 27, dia menjadikan kisah Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan berkaitan jodoh dan menganggap usia bukan penghalang.

“Saya tidak kisah siapa isteri saya, terima sahaja tua atau muda sebab jodoh itu rahsia Allah.

“Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun memperisterikan Siti Khadijah yang berbeza usia 15 tahun.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja,” kata Fattah ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Gosip kisah cinta Fattah dan pelakon jelita Nur Fazura mula diperkatakan apabila kedua-duanya digandingkan untuk membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada pertengahan tahun ini.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons