Pensyarah muzik maut sesak nafas selepas bayar tol


DUNGUN: Sesak nafas selepas bayar tol. Tutup mata selepas mendapatkan rawatan. Hasrat menemui rakan juga tidak kesampaian.

Nasib itu menimpa Che Ku Mohd Rafi Che Ku Li, seorang pensyarah muzik berusia 47 tahun di Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit Terengganu.

Kejadian berlaku di Plaza Tol Bukit Besi, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) apabila allahyarham alami sesak nafas secara tiba-tiba selepas selesai membayar tol.

Selesai membayar tol, mangsa yang merasakan sesuatu luar biasa bertindak memberhentikan kenderaan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Bukit Besi Dungun untuk mendapatkan rawatan kecemasan oleh pasukan peronda lebuh raya.

Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia sejam kemudian pada pukul 10:45 malam.

Semasa kejadian, allahyarham dalam perjalanan dari kediamannya di Batu Rakit untuk bertemu rakannya di Dungun, kira-kira sejam perjalanan melalui LPT2.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Polis yang dihubungi sahkan kejadian dan mengklasifikan kes sebagai mati mengejut.



Source link

read more

Wanita diasingkan kerana haid akhirnya mati sesak nafas



ADAT, budaya atau tradisi. Bagaimanapun, ada di antaranya dilihat memudaratkan jika sesuatu komuniti itu taksub untuk mengaplikasikan adat, budaya dan tradisi tersebut.

Perkara itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Nepal apabila tradisi memaksa wanita yang datang haid untuk mengasingkan di sebuah bangsal bersendirian membawa padah.

Terbaharu, seorang wanita berusia 21 tahun di kawasan terpencil di Nepal itu ditemui mati dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan bagi memanaskan diri dengan suhu tinggi kampung di pergunungan itu,” katanya pegawai kerajaan Tul Bahadur Kawcha.

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Malah, kematian tetap berlaku walaupun pengubal undang-undang tahun lalu menetapkan amalan memaksa wanita keluar dari rumah ketika haid adalah salah.

Di bawah undang-undang, sesiapa yang menguatkuasakan amalan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda $30.

Amalan ini, yang dikenali sebagai Chhaupadi, telah menjadi tumpuan selepas sekurang-kurangnya dua wanita meninggal dunia tahun lalu ketika tidur di bangsal.

Ramai wanita haid masih lagi meninggalkan rumah mereka di bawah tradisi Hindu purba dan berlindung di pondok yang tidak bersih, tidak selamat atau bangsal lembu sehinggalah kitaran bulanan mereka berakhir.

Semasa diasingkan, wanita-wanita ini berdepan ancaman cuaca sejuk melampau atau serangan haiwan liar selain keadaan yang tidak bersih yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Wanita yang datang haid atau yang baru melahirkan kadang-kadang dilihat sebagai ‘tidak suci’ atau  ‘pembawa nasib buruk’.

Mereka dilarang menyentuh lembu dan lelaki, serta dihalang daripada menggunakan tandas.

Pengasingan mereka ke ‘pondok haid’ itu juga mengehadkan wanita-wanita muda pergi ke sekolah.



Source link

read more

Kanak-kanak perempuan hembus nafas terakhir selepas dihubungi Kanye West



SEORANG kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit kanser menghembuskan nafas terakhir selepas dihubungi oleh penyanyi kegemarannya, Kanye West.

Sebelum ini, keluarga peminat cilik itu cuba menghubungi Kanye untuk menggembirakan hatinya tetapi usaha tersebut menemui jalan buntu.

Setelah Kanye mengetahui tentang perkhabaran tersebut, dia mengambil kesempatan untuk menghubungi peminat ciliknya itu menerusi sebuah panggilan video minggu lalu.

Kanye turut memenuhi permintaan kanak-kanak itu dengan menyanyikan lagu kegemarannya, I Love Kanye.

Peminat cilik itu nyata gembira dengan panggilan tersebut dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sumber & Foto: TMZ



Source link

read more

Peminat hembus nafas terakhir setelah puas bercakap dengan Kanye West



Kanye West sempat membawa kegembiraan buat seorang peminat, meskipun peluang itu hadir pada saat-saat terakhir.

Menurut portal berita hiburan TMZ, penyanyi itu diberitahu mengenai seorang peminat muda yang menghidap penyakit kanser.

Keluarga peminat itu dilaporkan telah mencuba menghubungi Kanye beberapa kali sebelum ini tetapi gagal.

Minggu lalu, setelah Kanye mendapat berita tersebut, dia segera mengambil peluang untuk menghubungi kanak-kanak perempuan itu melalui aplikasi FaceTime.

Semasa bercakap dengannya, Kanye turut memenuhi permintaan dengan menyanyikan lagu rap I Love Kanye, yang merupakan lagu kegemaran peminatnya itu.

Peminat muda itu sangat gembira dengan panggilan Kanye dan menghembus nafas terakhir tidak lama kemudian.



Source link

read more

Maut sesak nafas bakar arang dalam kereta


KOTA KINABALU: Akibat tindakan ‘kurang waras’ dengan membakar kayu arang di dalam kereta, seorang lelaki ditemui mati disyaki membunuh diri kerana lemas terhidu asap dalam kejadian berhampiran semak di pantai Tanjung Aru Dua, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian jam 5.27 petang, individu berkenaan, Liew Ka Ket, 42, ditemukan tidak sedarkan diri di kereta jenis Hyundai Ascent oleh sepasukan anggota polis yang menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran kenderaan terbabit yang mencurigakan di kawasan semak pantai itu.

Difahamkan ketika diperiksa, anggota bertugas mendapati kenderaan itu terkunci dari dalam sehingga memaksa mereka mendapatkan bantuan dari pihak bomba untuk memecahkan cermin sebelah kiri penumpang kereta itu bagi menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, hasil pemeriksaan mendapati asap yang berada di dalam kereta itu berpunca daripada arang yang dibakar di dalam sebuah bekas memanggang.

Arang yang dipercayai dibakar oleh mangsa di dalam sebuah bekas pemanggang di dalam keretanya sendiri.
“Lelaki itu dipercayai meninggal dunia akibat lemas di dalam kereta miliknya sendiri akibat terhidu kepulan asap arang yang dibakarnya.

“Arang yang dibakar oleh mangsa masih lagi hidup waktu keretanya dibuka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Chandra berkata, sepasukan petugas perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi proses bedah siasat.

Tiada sebarang kesan luka atau lebam dijumpai di badan mangsa, kata polis.

“Pemeriksaan ke atas anggota badan mangsa juga tidak menjumpai sebarang kesan luka dan lebam.

“Setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada sebarang unsur jenayah ditemukan,” katanya.



Source link

read more

Tragedi Lenggong Bapa tiga beradik maut hembus nafas terakhir



TAIPING: Ismail Yaacob, 53, ayah kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Lenggong pada Ahad menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.50 pagi tadi.

Anak sulungnya, Muhd Hafiz Ismail, 27, menyampaikan berita mengenai pemergian ayah tersayang kepada Astro AWANI melalui pesanan ringkas pagi tadi.

“Kak, abah saya dah selamat pergi,” katanya yang berjiwa cekal tersebut.

Ismail, yang merupakan seorang guru besar di SK Santong dan pernah mencurahkan bakti sebagai guru disiplin di SK Batu 48 sebelum ini meninggalkan dua anak lelakinya serta seorang anak perempuan dan isteri yang terselamat dalam insiden berkenaan.

BACA: “Lori ‘sapu’ semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan” – Saksi

BACA: Tragedi Lenggong: “Tunggu Mama di syurga…”

Hafiz, diberitahu mengenai keadaan ayahnya yang mempunyai harapan tipis oleh pihak perubatan sekitar pukul 3 petang Isnin dan redha dengan kejadian yang menimpa ayah tercinta.

“Saya redha, jika ayah pergi menemani adik-adik saya yang telah meninggal dunia. Saya tak sanggup tengok ayah lagi menahan sakit begitu.

“Saya doakan Allah permudahkan, dan percepatkan sekiranya ajal abah dah tiba, sebab saya tak sampai hati tengok ayah dalam keadaan hidup bergantung pada mesin,”katanya lagi.

Hafiz, yang bertugas sebagai Inspektor Kesihatan di Pejabat Kesihatan Baling ditemui di Hospital Taiping dan telah menjaga Allahyarham Ismail Yaacob sejak dimasukkan ke wad pada Ahad.



Source link

read more

Pemuda obesiti meninggal dunia akibat sesak nafas



KUALA NERUS: Seorang pemuda obesiti, Muhamad Faisal Md Ali, 29, meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Kampung Gelam, Mengabang Telipot, kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Jenazah pemuda seberat 286 kilogram itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot, dekat sini selepas solat Zuhur.

Ibunya, Kasma Md Nor, 58, berkata beliau menyedari Faisal mula sesak nafas setengah jam sebelum itu ketika ingin bangun menunaikan solat Subuh.

“Ketika itu saya melihat wajah Faisal berpeluh dan dia semacam sukar bernafas. Saya tepuk-tepuk pipinya dan meminta abangnya supaya segera memanggil pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Batu Rakit untuk melihat keadaan anak saya.

“Tidak lama selepas pembantu perubatan sampai dan memeriksa Faisal, anak saya disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Faisal.

Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kira-kira dua bulan akibat sesak nafas dan baru sahaja pulang ke rumah empat hari lalu.

Mengulas antara permintaan akhir anaknya sebelum meninggal dunia, Kasma berkata ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital, arwah anaknya pernah memintanya membuatkan makanan kegemarannya iaitu nasi kerabu.

“Tetapi saya beritahu pada dia tak boleh, Doktor tak bagi. Sepanjang di hospital memang Faisal hanya diberikan minum susu enam kali sehari oleh doktor,” katanya sebak.

Kasma yang juga seorang pengusaha kuih-muih di kampung tersebut berkata pemergian Faisal satu kehilangan besar baginya kerana selama ini arwah antara anak yang rajin membantunya membuat kuih-muih untuk jualan harian.

“Arwah juga seorang yang periang, boleh kata dia merupakan penghibur kepada keluarga kami, makcik akan rindu senda gurau Faisal nanti,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons