Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik – Sufian Suhaimi nafi pertunangan goyah



PENYANYI lagu Terasa Ada, Sufian Suhaimi menafikan ikatan pertunangannya bersama aktres Elfira Loy sedang retak menanti belah.

“Hubungan kami masih baik. Saya dan Elfira sudah lama tak bersua kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk, begitu juga dengan Elfira.

“Saya dan tunang juga mengikut nasihat orang dulu-dulu untuk tidak selalu bersua selepas mengikat tali pertunangan,” kata Sufian.

Dikatakan bakal menamatkan zaman bujang pada Mac nanti, Sufian menjelaskan yang sebenarnya tiada sebarang kata putus untuk tarikh sebenar hari bahagia mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, Insya-Allah majlis akan dilangsungkan tahun ini juga. Tarikh spesifik itu belum diketahui.

“Keputusan untuk mengadakan majlis bukan terletak sepenuhnya kepada saya dan tunang.

“Kami perlu sedikit waktu untuk melakukan perbincangan serta mencapai kata sepakat keluarga masing-masing sebelum menetapkan tarikh sebenar,” katanya lagi.



Source link

read more

METMalaysia nafi suhu terendah 17 darjah Celsius yang ditularkan


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah Celsius yang kini tular menerusi media sosial.

Dalam satu kenyataan di sini, jabatan itu berkata suhu minimum yang direkodkan hari ini ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang lazim berlaku pada awal pagi.

“Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga Ahad (esok),” demikian menurut kenyataan itu.

Jabatan tersebut turut menasihati orang ramai mendapatkan maklumat sahih berkaitan cuaca menerusi laman sesawangnya di www.met.gov.my atau aplikasi mudah alih (myCuaca), laman Facebook malaysiamet, Twitter @malaysianmet dan talian 1 300 22 1MET (1638).

Maklumat yang tular itu antara lain mendakwa berdasarkan ‘Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia’ seluruh negara mengalami penurunan suhu dengan Tawau mencatatkan suhu terendah pada 17.6 darjah Celsius serta menasihati orang ramai memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak dan seterusnya membawa demam panas.

–BERNAMA



Source link

read more

Presiden Trump nafi terlepas cakap



TERLAJAK perahu, boleh diundur, terlajak kata banyak padahnya.

Pepatah ini sesuai untuk Presiden Donald Trump, yang sering menafikan segala kenyataan dibuat.

Selepas dikecam gara-gara mempersoal kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’, di akaun Twitter, Trump menafikannya pula.

Kata Trump, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan menghina orang Haiti.

Kenyataan ini didakwa dibuat dalam mesyuarat tertutup dengan anggota Kongres.

White House pada awalnya tidak buat penafian kenyataan sedemikian dikeluarkan.

Namun, Trump pada Jumaat mengakui bahasa yang digunakan agar melampau, tetapi tidak menghina Haiti atau negara-negara miskin lain.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump



Source link

read more

Pentagon nafi AS terlibat dalam serangan dron atas Rusia



ARLINGTON: Pentagon menafikan sekeras-kerasnya Amerika Syarikat terlibat dalam serangan dron ke atas dua pangkalan udara milik Rusia di Syria.

Perkara berkenaan dinyatakan Pengarah Ketua Turus, Leftenan Jeneral Fenneth F Mckenzie Jr pada Khamis.

“Saya boleh nyatakan di sini Amerika Syarikat tidak terlibat langsung dalam apa jua serangan dron ke atas pangkalan udara Rusia pada bila-bila masa,” jelas Mckenzie pada satu sidang media di Pentagon.

Kementerian Pertahanan Rusia pada Khamis mempamerkan dua dron yang didakwa berjaya dirampas susulan serangan itu.

Walaupun tidak menamakan negara asing yang dituduh dalang serangan, Presiden Rusia, Vladimir Putin membayangkan pihak tersebut adalah Amerika Syarikat.

Kremlin mendakwa serangan melibatkan tiga belas dron berteknologi tinggi.

Tujuh daripadanya berjaya ditembak jatuh.

Sementara enam dipaksa mendarat dengan menggunakan unit elektronik Rusia.



Source link

read more

Selepas dituduh Trump China nafi jalankan urusan minyak dengan Korea Utara



BEIJING: China pada Jumaat menafikan laporan bahawa negara itu menjual produk minyak kepada Korea Utara dan melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti yang didakwa oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Beijing sudah menuruti syarat sekatan dengan sepenuhnya, yang bertujuan menghalang kerajaan Kim Jong Un daripada meneruskan penerokaan teknologi nuklear dan peluru berpandu, tegas jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.

Pada Jumaat, Trump berang dengan tindakan China menjalankan transaksi tersebut dengan Korea Utara. Kenyataan Trump itu dipetik dari laman Twitter-nya yang menulis “Caught RED HANDED”.

Menurut Trump, janji yang dilontarkan Beijing berhubung sekatan ekonomi ke atas Pyongyang jelas palsu, selepas China didapati masih menjalankan urusan ekonomi melibatkan jual beli minyak dengan Korea Utara.

BACA: Beijing ‘ditangkap’ bersubahat dengan Pyongyang – Trump

Diplomat Majlis Keselamatan PBB berkata, China pada Khamis telah menyekat usaha AS dalam pertubuhan dunia itu untuk menyenarai hitam enam buah kapal dagang, yang Washington percayai digunakan untuk berurusan dengan Korea Utara.

“Selama ini saya berlembut dengan China kerana satu-satunya yang lebih penting bagi saya selain perdagangan adalah peperangan.

“Jika mereka membantu saya dengan Korea Utara, saya akan melihat hal perdagangan secara berbeza, untuk tempoh masa tertentu. Itulah yang sedang saya lakukan. Namun, apabila ia melibatkan minyak, saya tidak gembira,” ujar Trump.



Source link

read more

KKM nafi jemaah umrah dirawat di Hospital Putrajaya akibat MERS-CoV



KUALA LUMPUR: Penularan maklumat di media sosial berhubung seorang jemaah umrah sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat disyaki dijangkiti penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata ujian makmal dijalankan ke atas sampel milik pesakit lelaki tersebut didapati negatif jangkitan penyakit itu.

“Tindakan tidak bertanggungjawab menularkan maklumat tidak sahih ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat dan adalah amat dikesali,” katanya.

Maklumat tersebut tular di Twitter sejak tiga hari lalu selepas seorang wanita yang dipercayai anggota keluarga pesakit memuat naik status berhubung lelaki tersebut yang dikatakan pengsan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari mengerjakan Umrah.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya sentiasa memantau rapi perkembangan jangkitan MERS-CoV yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengeluarkan nasihat kesihatan sebagai langkah pencegahan jangkitan kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat Malaysia semasa berada di Tanah Suci dan selepas pulang ke Malaysia.

“Pemantauan yang berterusan bermula sejak akhir 2012 sehingga kini telah merekodkan lebih 3,000 orang telah menunjukkan gejala MERS-CoV.

“Bagaimanapun, hasil ujian MERS-CoV yang dijalankan ke atas mereka kesemuanya didapati negatif kecuali kes yang pernah dilaporkan pada April 2014 melibatkan seorang lelaki berumur lingkungan 50-an yang baru pulang dari mengerjakan umrah,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang penyakit itu boleh melayari laman sesawang KKM di http://www.moh.gov.my atau melalui Facebook CPRC Kebangsaan (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis).



Source link

read more

Jabatan Kesihatan Pahang nafi penularan kes jangkitan malaria zoonotik



KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada Jumaat menafikan laporan kononnya terdapat 64 kes jangkitan malaria zoonotik yang dirawat di wad pediatrik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, seperti yang tular di media sosial sejak 19 Disember lepas.

Pengarahnya Dr Sha’ari Ngadiman menegaskan bahawa maklumat tersebut tidak tepat dan tidak menggambarkan situasi sebenar jangkitan malaria zoonotik di Pahang.

“Pada 2017 dari Januari hingga 16 Disember lepas, sejumlah 85 kes malaria dilaporkan di seluruh Pahang dan daripada jumlah itu, 77 kes (91 peratus) merupakan kes malaria zoonotik manakala selebihnya lapan kes (9 peratus) kes import jangkitan human malaria,” katanya dalam kenyataan di sini.

Berdasarkan jumlah keseluruhan kes malaria zoonotik itu, katanya daerah paling tinggi dilaporkan adalah Lipis sebanyak 38 kes, Jerantut (15 kes), Rompin (6 kes), Temerloh (5 kes), Bera (4 kes), Kuantan (3 kes), Maran (2 kes), Raub (2 kes) dan masing-masing satu kes di Bentong dan Cameron Highlands.

Setakat ini, beliau berkata hanya satu kes kematian malaria dilaporkan di Pahang yang berlaku di daerah Lipis.

Dr Sha’ari berkata jangkitan malaria zoonotik merupakan jangkitan sejenis parasit malaria iaitu Plasmodium Knowlesi yang berasal dari monyet dan disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Katanya jangkitan itu boleh dirawat dengan rawatan menggunakan ubat Artemisinin Combination Therapy (ACT).

Kejadian jangkitan, katanya sering berlaku di kawasan hutan atau pinggir hutan yang terdapat kehadiran populasi monyet yang berkemungkinan menjadi pembawa parasit malaria zoonotik.

Beliau berkata majoriti jangkitan malaria zoonotik berlaku kepada individu yang menjalankan aktiviti di dalam hutan seperti memburu, mencari hasil hutan atau melawat kawasan rekreasi hutan.

Sejak 19 Dis lalu, tular di media sosial kononnya terdapat 64 kes jangkitan malaria zoonotik dirawat di HTAA, dikatakan kebanyakan mangsa mendapat jangkitan setelah melawat kawasan peranginan di Teluk Chempedak yang mempunyai banyak habitat monyet. — Bernama



Source link

read more

Indah Water nafi kenakan caj berganda



KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menafikan dakwaan pihaknya mengenakan caj berganda untuk perkhidmatan pembentungan di kawasan Ipoh dan Bidor di Perak.

IWK dalam kenyataan hari ini berkata wakil IWK di Ipoh sedia berjumpa dengan pihak berkaitan untuk menjelaskan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan mengenakan caj sebanyak RM150 yang disiarkan akhbar berbahasa Cina.

IWK menjelaskan terdapat dua sistem pembetungan di Malaysia iaitu perkhidmatan bersambung dan pengosongan tangki septik individu.

Bagi perkhidmatan bersambung untuk kategori domestik, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM2 ke RM8 sebulan. Jika terdapat sebarang masalah sekatan di paip pembetungan persendirian, IWK akan mengenakan caj tambahan RM190.80 (termasuk GST) untuk mengeluarkan satu sekatan.

Bagi perkhidmatan pengosongan tangki septik individu pula pelanggan IWK akan dikenakan caj sebanyak RM2 ke RM 6 sebulan untuk tempoh dua tahun.

— BERNAMA



Source link

read more

Korea Utara nafi lakukan serangan siber – Luar Negara


SEOUL 21 Dis. – Korea Utara buat pertama kalinya tampil menafikan penglibatan negara itu dengan mana-mana serangan siber seperti yang didakwa Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara memberitahu, negaranya tidak mempunyai kaitan dengan serangan tersebut dan tuduhan AS itu tidak masuk akal.

“Seperti yang telah kami tegaskan, kami tidak terlibat dengan serangan siber justeru tidak perlu kami memberi penjelasan bagi setiap tuduhan tidak masuk akal yang dibuat oleh AS,” katanya.

AS menyalahkan Korea Utara ekoran serangan siber besar-besaran di seluruh dunia pada Mei lalu yang melumpuhkan pengurusan hospital, bank dan banyak syarikat. – REUTERS



Source link

read more

PM Britain nafi rayu untuk kekal dalam EU



LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May nafi merayu untuk negaranya terus kekal dalam Kesatuan Eropah (EU) bagi tempoh dua tahun lagi.

Sebaliknya, May tegaskan tempoh dua tahun yang dipohon adalah tempoh peralihan bagi memastikan perubahan dapat dilaksana dengan lancar.

Kata May, ia merujuk kepada peralihan pentadbiran kerajaan serta urusniaga perniagaan dari hubungan sedia ada di bawah EU kepada kerjasama masa depan yang bakal diwujudkan.

“Ia bukan tempoh tambahan dua tahun untuk berunding dengan EU, ini adalah mengenai tempoh apabila semua peralihan boleh dilaksanakan dengan lancar,” kata May kepada Jawatankuasa Hubungan Britain.

Beliau juga beri jaminan tarikh pemisahan rasmi Britain dari EU masih kekal, dan hanya akan berubah di bawah situasi luar biasa.

May juga mempertahankan kerajaannya sehingga kini berjaya memenuhi keperluan rundingan Brexit.

Pentadbirannya juga komited mengekalkan status London sebagai kota kewangan global.

EU sebelum ini memberi mesej sedia memulakan rundingan fasa kedua dengan Britain, melibatkan masa depan perdagangan dengan blok itu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons