Najib doa Zizan cepat sembuh – Selebriti


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kejadian pelakon, Zizan Razak, yang pitam ketika lokasi penggambaran Polis Evo 2, baru-baru ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram @zizanrazak869, kata-kata semangat pemimpin nombor satu itu terselit antara lebih daripada 3,000 komen yang mendoakan agar pelakon kesayangan ramai itu kembali pulih seperti sedia kala.

“Semoga cepat sembuh Zizan. Saya doakan cepat sembuh, kembali kejar penjenayah dalam Polis Evo 2,” ucap Perdana Menteri yang turut dibalas pelakon itu dengan ucapan terima kasih.

“Insya-Allah Datuk Seri. Saya akan usaha yang terbaik demi menjaga keamanan Malaysia. I love you Datuk Seri,” ujar Zizan pula.

Dalam kejadian Isnin lali, Zizan mengakui terlalu letih sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Dia kini dalam proses berehat buat masa ini dalam masa yang sama mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor bagi mendapatkan semula momentumnya.

Entri yang dikongsi beberapa jam selepas kejadian mencemaskan di Kuantan, Pahang, pada 20 November lalu itu turut mendapat 181,000 ‘like’ daripada pengikutnya.

Selain Zizan, filem terbabit membariskan Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira dan Hairul Azreen. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Najib berjaya batal saman Zaid Ibrahim – Politik


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bersama dua pihak lagi untuk membatalkan saman oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim berhubung isu 1MDB.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail membenarkan permohonan tersebut dengan kos RM4,000.

Dengan keputusan tersebut, Zaid turut menarik balik saman pemula beliau yang memohon agar Ambank Islamic Bhd. mendedahkan tiga akaun peribadi Ahli Parlimen Pekan itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BN harapan rakyat – Najib – Politik


PEKAN 19 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada parti selain Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat secara keseluruhannnya di negara ini.

Pengerusi BN itu berkata, jika hendak diharapkan kepada pembangkang, gabungan mereka kucar-kacir dan berdepan dengan pelbagai masalah dalaman.

“Orang muda hendak harap kepada siapa? Pembangkang Pembangkang berpecah, tipu orang muda. Kata ada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tetapi tiada dalam perlembagaan parti berkenaan.

“Kumpulan orang muda sudah kena tipu dan marah, buat perlembagaan ikut UMNO tetapi tidak mampu melaksanakannya,” katanya ketika berucap merasmikan Pemukiman Jentera BN Pemuda Pekan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Semarak, Tanjung Selangor di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad.

Baru-baru ini, bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas mendedahkan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut Mohamad Taufik, perlembagaan parti itu yang disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hanya menyatakan mengenai penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi tanpa menyebut secara khusus pembentukan Armada. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PM Najib pemimpin disegani di peringkat antarabangsa



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disegani di forum peringkat antarabangsa dan Malaysia mendapat manfaat kerananya, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah, yang memegang portfolio menteri luar itu lebih lapan tahun di bawah kepimpinan perdana menteri serta kerap ke luar negara bersama bagi tugasan rasmi, bagaimanapun sedih kerana ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai sumbangan Najib sedangkan Perdana Menteri begitu disegani di peringkat antarabangsa.

“Disebabkan Datuk Seri Najib disegani, maka banyak kelonggaran-kelonggaran, persetujuan-persetujuan boleh dicapai dengan negara-negara lain dari aspek dua hala, FTA (perjanjian perdagangan bebas), perdagangan,” katanya.

Dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan sidang kemuncak berkaitan di sini, Anifah berkata pemimpin dunia mengiktiraf perdana menteri bukan sahaja dari segi substantif isi-isi keperluan Malaysia tetapi juga dari segi penyampaian dan ketrampilan beliau yang begitu ketara di peringkat antarabangsa.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila, Filipina baru-baru ini, Anifah berkata pemimpin-pemimpin yang hadir menghargai pendirian Malaysia terhadap pelbagai isu seperti Rohingya, Laut Cina Selatan dan situasi di Semenanjung Korea.

“Ini jelas membuktikan keberkesanan dalam penyampaian oleh Perdana Menteri yang amat meyakinkan semasa sidang-sidang kemuncak, telah menjadikan beliau disegani dan dihormati oleh para pemimpin lain,” katanya.

Menegaskan kepuasan serasi bekerja dengan kepimpinan perdana menteri, Anifah berkata ;”Alhamdullillah, saya senang bekerja dengan beliau, jika tidak, saya tidak akan bertahan sehingga lapan tahun.”

Anifah berkata perdana menteri mudah dihubungi tanpa mengira waktu dan mampu membuat keputusan pantas dan cepat.

Berkongsi pengalaman di belakang tabir ketika menghadiri Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Anifah berkata beliau menghubungi perdana menteri pada ketika itu pukul 3 pagi waktu Malaysia untuk mendapatkan pandangan pentingnya.

“Saya menghubungi beliau, (dan) beliau sentiasa ada. Beliau berkata ianya okay saya sudah jaga. Mudah sangat bekerja dengan Datuk Seri Najib,” katanya.

Anifah turut menceritakan pengalaman bagaimana beliau menghubungi Najib pada pukul 3 pagi waktu Malaysia di tengah-tengah sidang Majlis Keselamatan PBB sedang berlangsung untuk mendapatkan keputusan penting Perdana Menteri berhubung resolusi majlis keselamatan.

“Saya beri taklimat kepada beliau…Kita mencadangkan ini, beliau (Najib) berkata teruskan. Beliau membuat keputusan dalam dua minit,” kata Anifah.

–BERNAMA



Source link

read more

PM Najib rakan dipercayai diberi perhatian Presiden Trump



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rakan yang boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan merupakan rakan yang diberikan perhatian penting termasuk dalam isu-isu yang diketengahkan Malaysia.

Itu kesimpulan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang melihat dan menilai keselesaan serta penghargaan Presiden Trump terhadap beliau terutama ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman penyertaannya itu dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, Anifah berkata pada sesi dialog ASEAN-Amerika Syarikat sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu, Trump memuji perdana menteri atas peranan cemerlang yang dimainkan oleh Malaysia sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat.

Trump turut membuat penegasan di hadapan pemimpin yang hadir mengenai persahabatannya dengan perdana menteri yang telah terjalin sebelum beliau menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, katanya.

“Perdana Menteri Najib adalah kawan baik saya, sahabat baik saya. Kami telah lama kenal sebelum saya menjadi Presiden ketika saya berada di dalam dunia perniagaan. Dalam kehidupan, anda tidak akan tahu di mana kesudahannya”, kata Trump, yang menurut Anifah diungkapkan pada awal sesi dialog itu sambil melihat wajah-wajah pemimpin ASEAN.

Anifah menyifatkan kenyataan Trump bahawa perdana menteri adalah kawan baiknya merupakan satu penghargaan kerana Presiden Amerika Syarikat itu adalah seorang yang “lokek” dengan perkataan yang memuji pemimpin-pemimpin dan negara.

“Tapi dia (Trump) memilih Malaysia, dia kata Datuk Seri Najib adalah kawan baik saya,” katanya.

Ini bukan kata-kata yang mudah dikeluarkan Trump, dari segi bahasa gerak geri, dia juga ikhlas,” katanya.

Anifah yang mengikuti rapat gaya Trump sejak berkempen sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapati beliau seorang yang tidak berselindung dan terus terang dalam kata-katanya seperti slogan kempennya “Make America Great Again”.

Menurut Anifah, Trump dengan berpandukan slogan berkenaan dalam penyertaan pertamanya pada dialog ASEAN-Amerika Syarikat itu telah menyatakan komitmen tentang kepentingan ASEAN dan menghargai hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat serta turut menggalakkan untuk kerjasama yang saling menguntungkan kedua belah pihak.

Presiden Trump, menurut Anifah, telah menyeru kepada amalan perdagangan yang bebas dan adil bagi menyelaraskan jurang imbangan perdagangan antara ASEAN dan Amerika Syarikat.

Anifah berkata Najib mempunyai kualiti yang menyebabkan Trump menghargainya dan mempercayainya.

Anifah berpendapat sikap konsisten yang dipamerkan Malaysia dalam pelbagai isu dan pendirian seperti Rohingya dan Laut China Selatan menyebabkan Trump menghargai Najib sebagai rakan pemimpin yang boleh dipercayai.

Selain itu, katanya, walaupun Malaysia rapat dengan China namun ia tidak berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara.

Menurut Anifah, Trump mendengar dengan tekun apabila Najib membentangkan isu-isu.

“Sekiranya Datuk Seri Najib tidak menarik perhatian Trump berhubung isu-isu nasional, serantau dan antarabangsa, saya tidak fikir Trump akan memberi perhatian kepadanya,” katanya.

Beliau berkata ia sudah semestinya di atas penilaian Trump sendiri terhadap Najib bahawa ia adalah berbaloi untuk mempunyai rakan di bahagian rantau ini dan seorang rakan “yang anda boleh percaya”.

Anifah berkata persahabatan yang terjalin antara Najib dan Trump sebelum ini antara faktor yang memungkinkan Najib dijemput ke White House selepas beberapa bulan Trump menjadi presiden.

Berkongsi pengalaman penglibatannya dalam mengatur pertemuan Najib dan Trump, Anifah berkata beliau mengemukakan surat cadangan pertemuan dua pemimpin itu untuk membincangkan isu-isu utama kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson pada Mei tahun ini.

“Tak payahlah kita bayar konsultan. Kita tidak pernah mengambil perunding atau membayar sesiapa pun,” katanya, sambil menambah beliau dimaklumkan ketika mengemukakan surat berkenaan bahawa pertemuan Najib dan Trump akan menjadi senarai keutamaan.

Pertemuan Najib dan Trump di White House berlangsung pada 12 Sept lepas.

“Mei hingga September ialah empat bulan. Sekiranya Datuk Seri Najib tidak kenal Trump, adakah kemungkinan boleh adakan pertemuan dua hala dalam masa empat bulan,” kata Anifah.

Anifah berkata perancangan menjemput Presiden Trump ke Malaysia mungkin akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.

–BERNAMA



Source link

read more

PM Najib janji terus beri tumpuan kepada pembangunan Sabah



PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebagai perdana menteri, katanya, beliau berpegang kepada prinsip keadilan dalam soal agihan pembangunan negara supaya seluruh ceruk negara dari Sabah hinggalah ke Perlis dapat menikmati kemajuan dan pembangunan sewajarnya.

“Saya tahu inilah nilai orang Sabah (bersama-sama) membentuk Malaysia. Kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah negara, bila orang Sabah mengambil keputusan nak masuk menyertai Malaysia, mestilah kita menjamin bahawa keputusan itu menjanjikan masa depan yang cukup cemerlang bersama.

“Bukan senang orang Sabah nak masuk Malaysia. Saya dibawa ke rumah OKK Sodomon (seorang pejuang kemerdekaan) di Keningau. Rupa-rupanya di rumah itulah allahyarham ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) menemui pemimpin Kadazandusun Sabah untuk meyakinkan mereka (pemimpin Sabah) supaya menyertai Malaysia.

“Dan hari ini, ia menjadi tanggungjawab saya supaya apa yang telah diputuskan, apa impian dan cita-cita mereka (pemimpin) dahulu, mestilah kita terjemahkan dalam bentuk bahawa keputusan itulah (bersama membentuk Malaysia) yang menjamin kecemerlangan masa depan rakyat Sabah,” kata beliau.

Najib mengadakan lawatan kerja sehari di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32  di Dewan Hongkod Koisaan KDCS di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN.    

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2018, yang dibentangkannya baru-baru ini, dirangka sebegitu menyeluruh bagi memastikan jurang perbezaan pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat dikurangkan dan dihapuskan suatu hari ini nanti, meskipun mungkin mengambil sedikit masa.

Katanya beliau merangka Bajet 2018, yang memberi peruntukan besar kepada Sabah dan Sarawak serta mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat, kerana bekas perdana menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun tidak melakukannya sehingga kedua-dua negeri itu agak tertinggal berbanding negeri lain.

“Saya kena buat apa yang dia tidak buat…sebab itulah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak lebih tinggi dalam Bajet 2018,”kata beliau.

Beliau berkata dalam Bajet 2018, kerajaan Persekutuan memperuntuk RM2 bilion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibina tanpa tol, RM1 bilion untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sabah menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik kepada rakyat Sabah.

Melalui kemudahan pendidikan yang baik, katanya, rakyat Sabah yang sememangnya berpotensi tinggi untuk maju, boleh cemerlang dalam pendidikan seterusnya melahirkan rakyat berpendidikan dan mahir untuk menerajui pentadbiran kerajaan di negeri berkenaan.

Dalam Bajet 2018 juga, Sabah dan Sarawak diberi peruntukan RM500 juta untuk pembangunan jalan luar bandar,  RM600 juta untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk bekalan air bersih, namun berharap peruntukan berkenaan dipergunakan sebaiknya tanpa ketirisan, kata beliau.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan dana pemudah cara sebanyak RM500 juta untuk pembangunan projek ekopelancongan di Tanjung Aru sebagai daya tarikan pelancong tambahan.

“Inilah sokongan kerajaan pusat kepada projek yang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri sebagai satu projek tarikan untuk pelancong yang bertaraf dunia,” katanya.

–BERNAMA          



Source link

read more

Isu Rohingya Usaha PM Najib di pentas antarabangsa membuahkan hasil – Anifah



PUTRAJAYA: Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan isu Rohingya di pentas antarabangsa mula membuahkan hasil apabila Myanmar sedang mengambil langkah menyelesaikan krisis Rohingya di Wilayah Rakhine, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia berpuas hati dengan jaminan yang diberikan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila baru-baru ini.

Menurut Anifah, Pemenang Hadiah Nobel itu antaranya memberi jaminan cadangan-cadangan Laporan Suruhanjaya Penasihat Rakhine yang dipengerusikan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan itu akan dilaksanakan.

“Malaysia mengetengahkan isu Rohingya di peringkat ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan PBB. Tidak salah kalau saya katakan ia adalah usaha Najib,” katanya dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini.

Anifah berkata Aung San Suu Kyi turut menyatakan bahawa Myanmar dan Bangladesh dijangka menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk penghantaran semula pelarian Rohingya kembali ke tempat asal.

“Beliau (Aung San Suu Kyi) menyatakan MoU itu akan dapat dilaksanakan secepat mungkin selepas ditandatangani Bangladesh dan Myanmar. Kemungkinan Myanmar akan dapat melaksanakan penghantaran balik (pelarian) Rohingya dalam tempoh masa tiga minggu.

“Perdana Menteri juga memaklumkan saya supaya mengikuti perkembangan antara Bangladesh dan Myanmar.

“Oleh itu, kita tunggu dan lihat sekiranya ia dapat dilakukan. Saya akan menghubungi Menteri Luar Bangladesh untuk mengetahui syarat-syarat yang dikenakan Myanmar supaya mereka boleh kembali ke negara itu,” katanya.

Anifah berkata Perdana Menteri membangkitkan agar MoU tidak meletakkan syarat-syarat yang sukar untuk pelarian Rohingya kembali ke tempat asal.

“Sekiranya Myanmar mahu dokumentasi tertentu, ini tidak dapat dilaksanakan kerana mereka ini tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya.

Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan tentera Myanmar terhadap orang awam dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

— BERNAMA



Source link

read more

Najib Rosmah lawat Anwar di HKL



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.

Dalam muat naik ke akaun Facebook miliknya, Najib juga mendoakan agar Anwar cepat sembuh.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.

HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.



Source link

read more

Agenda keamanan pragmatisme tolak ancaman ekstremis – Najib



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru penggerak kesederhanaan dari semua negara dan agama untuk kembali menuntut agenda keamanan serta pragmatisme dalam usaha menolak sebarang bentuk ekstremis.

Perdana Menteri menegaskan kesederhanaan bukan satu pilihan yang mudah tetapi perlu diusahakan agar menjadi sebahagian daripada kehidupan serta cara kita berfikir dan bertindak.

“Ia satu keperluan untuk kita dalam sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kepercayaan dan etnik untuk memahami serta menghargai perbezaan antara kita.

“Namun, ini hanya boleh berlaku sekiranya kita mengamalkan kesederhanaan yang merangkumi penerimaan, hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain dengan sebaiknya. Ini bukan mudah untuk semua orang,” katanya ketika berucap melancarkan laman web dan penerbitan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Malaysia (GMMF) di sini hari ini.

Beliau memetik peristiwa serangan di Marawi, Filipina tempoh hari serta serangan lain di serata dunia terutamanya di Syria dan Iraq yang digerakkan oleh kumpulan pengganas Daish sebagai kesan buruk ekstremis.

“Ini sebabnya saya menjuarai kesederhanaan atau wasatiyyah sebagai jalan terbaik kerana kesederhanaan adalah jalan kesempurnaan untuk manusia, sebuah idea yang diajar Islam dan setiap agama lain,” ujarnya.

Sambil menghargai usaha yang dijalankan GMM, Perdana Menteri percaya kewujudan laman web baharu itu akan lebih mendedahkan orang ramai terhadap kerja-kerja yayasan tersebut sekali gus menggalakkan mereka untuk bersama dalam perjuangan ke arah keamanan dan kemakmuran.

Dalam majlis itu juga, Najib menandatangai penerbitan pertama GMM bertajuk ‘The Movement of Moderates: The Revitalisation of An Ancient Philosophy’, sebuah kompilasi ucapan yang disampaikan beliau di serata dunia sejak yang pertama pada 2010 di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke-65.

Sementara buku kedua bertajuk ‘The Movement of Moderates: Building Bridges Breaking Barriers’ mengandungi ucapan terpilih serta kertas kajian daripada Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMM Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.



Source link

read more

Najib ziarah Anwar keluarga rakam penghargaan



KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Muhamad Ihsan Anwar dalam satu kenyataan turut memohon agar Anwar dibenarkan mendapatkan rawatan di luar penjara selama mana yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya.

“Perdana Menteri dan isteri sempat menziarahi ayah kami, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menjalani rawatan selepas pembedahan bahu, yang kecederaannya menjadi semakin parah akibat pemenjaraan dan kemalangan bulan lepas semasa dalam jagaan Kerajaan Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon supaya Kerajaan Malaysia mempertimbangkan agar ayah kami dibenarkan berada di kemudahan perubatan di luar penjara untuk menjalani rawatan, selama mana yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya seperti yang dicadangkan oleh panel doktor yang merawat beliau,” katanya.

Muhamad Ihsan juga merakamkan penghargaan kepada pasukan pakar perubatan serta kakitangan HKL dan kakitangan penjara atas rawatan dan pemulihan terhadap Anwar.

Petang Jumaat, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah melawat Anwar yang kini sedang mendapatkan rawatan di HKL.

Menerusi akaun facebooknya, Perdana Menteri turut mendoakan Anwar agar cepat sembuh.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons