Gara-gara lubang najis AU desak Trump mohon maaf


WASHINGTON: Kesatuan Afrika (AU) yang mewakili negara-negara benua Afrika mendesak permohonan maaf daripada Presiden Donald Trump, kerana gelaran ‘lubang najis’.

Pejabat kesatuan itu yang berpangkalan di Washington menyatakan ia terkejut, kecewa dan marah gelaran berkenaan dan menyifatkan pentadbiran Trump mempunyai anggapan yang salah terhadap negara di benua Afrika.

“Kenyataan berbaur perkauman oleh Trump, menghina warga Amerika Syarikat yang menghormati kepelbagaian martabat manusia.

“Kesatuan Afrika percaya wujud salah faham besar terhadap negara-negara di dalam blok kami, oleh pentadbiran White House ketika ini,” jelas AU dalam satu kenyataan.

Kenyataan celupar Trump terhadap pendatang asing di negara itu dibuat ketika satu mesyuarat bersama anggota Kongres.

Beliau mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump

Sehari selepas membuat kenyataan itu, Trump tampil buat penafian, menerusi akaun Twitternya.

BACA: Presiden Trump nafi terlepas cakap

Kesatuan Afrika mewakili 55 anggota negara di seluruh benua.



Source link

read more

Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis – Donald Trump



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terus mengeluarkan kenyataan celuparnya terhadap pendatang asing di negara itu.

Kali ini Trump mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

White House tidak membuat penafian sebaliknya mempertahankan kenyataan Trump itu yang telah disebar secara meluas oleh media AS.

“Ada dalam kalangan ahli politik Washington yang memilih untuk berjuang bagi negara asing, namun Trump sentiasa berjuang untuk rakyat Amerika,” jelas jurucakap White House Raj Shah menerusi satu kenyataan.

Jelas Shah lagi Trump ketika ini berjuang bagi mendapatkan penyelesaian muktamad dalam isu pendatang di negara itu.

“Matlamat Trump hanya pendatang yang mampu menyumbang kepada kekuatan ekonomi dan keutuhan masyarakat dibenarkan menetap di negara itu,” tambah Shah ketika mepertahankan tindakan ketuanya itu.

The New York Times tiga minggu lalu melaporkan Trump mengeluarkan kenyataan menghina terhadap pendatang Haiti dengan mendakwa mereka semua dijangkiti AIDS.

Kenyataan itu dibuat Trump dalam mesyuarat berkaitan pendatang pada Jun lalu.

Trump pada awal tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila mengharamkan sementara pelancong dari Syria dan enam negara Islam lain iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dari memasuki AS.

Dakwaan Trump itu bertujuan menghalang AS daripada jadi sasaran serangan pengganas.



Source link

read more

Pelancong terlebih dos dadah seks nekad bogel baling najis sendiri di lapangan terbang



PHUKET: Terlebih dos Viagra, berbogel dan baling najis. Namun tindakan melampau pelancong warga Amerika itu tidak lama selepas dia kemudiannya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Steve Cho selepas dipercayai mengambil dos Viagra telah bertindak berkeliaran dalam lapangan terbang berkenaan dalam keadaan bogel. Bukan itu sahaja, disebabkan kesan pil perangsang seks terbabit, dia  memusnahkan harta dan menjerit tanpa kawalan sebelum mula membaling najisnya kepada pekerja dan orang ramai.

Akibat perbuatannya itu, Cho, 27 tahun dan berasal dari New York, dikawal oleh enam pengawal kesleamatan dan petugas lapangan terbang sebelum ditahan polis pada 11.30 malam pada Khamis.

Salah seorang saksi, Wannee Ming, 28 tahun berkata, “Kelakuannya sangat menakutkan dan menjijikan. Saya akan menjauhkan diri daripada lelaki ini jika dia menyerang.

“Petugas lapangan terbang cuba menenangkannya. Mereka cuba bercakap dengannya tetapi dia tidak mengendahkan mereka. Petugas terbabit sudah melakukan yang terbaik untuk mengawalnya.”

Menurut Mirror Online, Steve dilaporkan memberitahu polis telah “mengambil terlalu banyak dadah seks”, meminta maaf dan bersetuju membayar ganti rugi jika terdapat sebarang kemusnahan akibat tindakannya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dalam satu kenyataan pula berkata, “Lelaki itu ditahan bagi tujuan mengawal situasi selain mengelakkan penumpang lain daripada terancam.”

Steve dibawa ke stesen polis tempatan sebelum dihantar ke hospital terdekat untuk pemeriksaan kesihataan dan penilaian psikiatri.



Source link

read more

Gara-gara najis anjing lelaki warga emas maut



PARIT BUNTAR: Hanya kerana najis anjing yang menjadi punca pertengkaran dan pergelutan kecil, seorang lelaki warga emas meninggal dunia di Taman Pekan Baru di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, Shee Hun Kong, 68, bertengkar dengan seorang lelaki berusia 52 tahun yang berang selepas haiwan peliharaan mangsa membuang najis di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata, akibat pertengkaran itu mangsa ditampar di muka sebelum lelaki terbabit bertindak mencurahkan air paip kepada mangsa dan anjingnya.

“Mangsa kemudiannya rebah dan terbaring di hadapan rumah lelaki terbabit lalu sebelum ditemui penduduk yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis kira-kira 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Omar Bakhtiar berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kegagalan saluran darah jantung.

“Selain itu, terdapat luka kecil di bahagian kepala dan lutut kiri mangsa dipercayai kesan daripada terjatuh,” katanya.

Menurut beliau, lelaki yang terlibat dalam pertengkaran dengan mangsa direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu isteri mangsa, Tan Poh Suan, 52, berkata suaminya sering membawa anjing peliharaan mereka keluar bersiar-siar pada waktu malam.

Tan berkata suaminya juga menghidap penyakit jantung dan darah tinggi namun tidak menjangka sama sekali kejadian itu menyebabkan suaminya meninggal dunia. — Bernama



Source link

read more

Tiga sekeluarga maut terhidu gas beracun ketika gali lubang najis



PASURUAN: Semalam, kita dikejutkan dengan berita empat sekeluarga di Lombok Timur yang maut seorang demi seorang akibat terkena renjatan elektrik di sawah milik mereka.

Hari ini, khabar mendukacitakan dengan jalan cerita yang hampir sama pula berlaku di Pusuruan, Indonesia pada Rabu.

Menurut laporan media tempatan, tiga sekeluarga terkorban pada 8.40 pagi tadi setelah terhidu gas beracun di belakang rumah mereka.

Menurut laporan portal Warta Bromo, ketika kejadian, si ayah Suparno, 40 tahun, yang dibantu anaknya Junaidi, 20 tahun, dikatakan sedang menggali lubang tangki septik baharu di belakang rumah ekoran tangki lama yang sudah penuh dan tidak lagi berfungsi.

Dikhabarkan lubang yang digali Suparno sejak beberapa hari lalu hanya terletak kira-kira 30 cm di sebelah tangki lama tersebut.

Suparno sempat menggali lubang sedalam lebih 4 meter apabila secara tiba-tiba dinding tanah itu bocor dan air kumbahan serta gas beracun daripada tangki septik lama mencurah masuk dan memenuhi lubang yang baru digali.

Suparno yang berada di dalam lubang tersebut terendam di dalam air limpahan selain melemah setelah dipercayai terhidu gas beracun daripada tangki septik tersebut.

Melihat keadaan ayahnya, Junaidi cuba memberi bantuan dengan menariknya keluar dari lubang sambil berteriak meminta pertolongan. Tetapi malang bagi Junaidi apabila dia juga terhidu gas beracun dan pengsan.

Mujiono, 45 tahun, yang terdengar teriakan anak saudaranya Junaidi meluru ke lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan kedua-dua mereka.

Malang baginya apabila dia sendiri turut rebah dan pengsan.

Seorang lagi ahli keluarga, Jamin, 65 tahun, iaitu ayah kepada Suparno yang tiba seketika kemudian cuba memberikan pertolongan kepada dua anak dan cucunya itu, namun dia sendiri rebah dan tidak sedarkan diri.

Penduduk yang menyedari kejadian itu berjaya menarik keluar kesemua mangsa yang terjatuh ke dalam lubang septic tersebut, namun hanya Jamin yang berjaya diselamatkan.

Ketiga-tiga mangsa yang lain disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Pusdik Shabara Porong, manakala Jamin masih dirawat dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Polis Indonesia mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.



Source link

read more

Syak susu tiruan Ibu terduduk lihat najis anak berdarah


KUALA LUMPUR: Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak menderita sakit hingga meragut separuh nyawa.

Apatah lagi apabila pasukan perubatan gagal untuk mengesahkan punca penyakit yang dialami anak mereka.

BACA: Susu tiruan: Rasa susu anak anda, jangan selalu tukar – Pakar

Itulah yang terpaksa dilalui Norseila Nawi apabila anaknya yang hanya berusia 10 bulan pada Oktober lalu menderita kulit melepuh, muntah tanpa henti hingga mengeluarkan najis berdarah.

Norseila yang menetap di Setia Alam, Selangor terpaksa membeli sekotak susu di sebuah kedai serbaneka terkemuka. - Foto Norseila Nawi

Norseila mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan anaknya, Adruce Mikael Ahmad Solahuddin selepas tular di media sosial isu susu bayi tiruan.

BACA: 210 kotak susu tiruan bernilai RM42,000 dirampas

Menceritakan kepada Astro AWANI, sukar untuk beliau ungkapkan apa yang berlaku kepada anaknya.

Terdesak beli, bekalan habis

Pada lewat petang 9 Oktober lalu, Norseila yang menetap di Setia Alam, Selangor terpaksa membeli sekotak susu di sebuah kedai serbaneka terkemuka yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia lantaran bekalan susu anak keduanya itu habis.

“Saya ke kedai rangkaian serbaneka dan saya membeli susu berjenama yang sama seperti biasa saya beli kerana di pasaraya yang selalu beli telah habis bekalan.

BACA: Susu tiruan: Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web

“Pada subuh 10 Oktober, saya membuka susu berpaket dalam kotak itu dan masukkannya dalam tin. Itu yang selalu saya lakukan.

“Selepas saya bancuh dan bagi kepada anak saya, dia terus muntah dan keadaan sama berulang. Boleh dikira hampir sembilan kali dia muntah sejak pagi hingga pukul 3 petang.

“Selain muntah, kemudian naik ruam berwarna merah yang kelihatan agak melecur di seluruh badan dia. Pukul 3 petang anak saya tak bangun dan susu pun tak nak minum, jadi saya bawa dia ke hospital,” katanya.

Norseila berkata beliau tidak mengesyaki langsung susu menjadi punca kejadian itu kepada anaknya kerana baginya susu berjenama terkemuka itu adalah produk berkualiti tinggi. - Foto Norseila Nawi

Syak makanan, persekitaran

Setelah membawa anaknya ke unit kecemasan sebuah hospital, doktor yang merawat anaknya mengesyaki Adruce Mikael mengalami dehidrasi atau kesugulan akibat muntah yang berterusan.

“Doktor ada bertanya saya susu apa yang saya berikan, saya sebutkan jenama susu yang saya beri. Kemudian doktor tidak langsung mengesyaki alahan susu kerana ia antara susu yang dicadangkan oleh doktor.

“Jadi doktor mengesyaki makanan (solid food) yang saya beri atau anak saya memasukkan sesuatu dalam mulutnya dari persekitaran rumah kerana dia sudah pandai merangkak,” ujarnya.

BACA: Susu tiruan atau tercemar? KPDNKK, KKM mesyuarat petang ini

Jelas Norseila, ketika itu beliau masih tidak menerima sebarang jawapan kukuh daripada doktor berkenaan punca sebenar penyakit yang dialami anaknya.

“Selepas itu, doktor masukkan saliran air garam (water drip). Perkembangannya sangat positif bila dia berhenti muntah dan ruam berkurangan.

“Doktor kata jika ada apa-apa sakit baki kesan sampingan akan keluar melalui najis. Memang benar, najis anak saya sangat busuk dan agak berlendir.

“Empat hari di hospital, saya ada berikannya dua kali sahaja susu yang sama dan dua kali juga anak saya alami cirit birit selepas minum susu itu,” katanya.

Bagaimanapun, Norseila berkata beliau tidak mengesyaki langsung susu menjadi punca kejadian itu kepada anaknya kerana baginya susu berjenama terkemuka itu adalah produk berkualiti tinggi.

Menurut Norseila, doktor telah menjalankan ujian darah bagi mengesan virus Rota atau Influenza, namun keputusan adalah negatif. - Foto Norseila Nawi

Diberi susu sama, bertambah serius

Menurut Norseila, doktor telah menjalankan ujian darah bagi mengesan virus Rota atau Influenza, namun keputusan adalah negatif.

Pada 14 Oktober, Adruce Mikael dibenarkan keluar hospital. Setiba di rumah, Norseila memberi anaknya susu jenama sama tanpa memberi sebarang makanan lain kerana gusar kejadian sama akan berulang.

Namun, tanggapannya meleset apabila keadaan anaknya bertambah serius berbanding 10 Oktober lalu.

“Pada 16 haribulan, keadaannya makin serius apabila dia muntah yang mengeluarkan lendir berwarna kekuningan dan berbuih. Malah, najis sangat banyak.

“Saya terus bawanya ke hospital dan doktor terpaksa menahan anak saya di dalam wad. Doktor mengesyaki virus. Tetapi hari ketiga, saya dapati najis anak saya berdarah.

“Adruce Mikael terpaksa melalui prosedur memasukkan antibiotik dalam badannya. Dia beransur pulih dan saya tidak memberikan langsung susu kepadanya,” jelas ibu berusia 33 tahun itu.

Norseila memberi anaknya susu jenama sama tanpa memberi sebarang makanan lain kerana gusar kejadian sama akan berulang. - Foto Norseila Nawi

Laporan rampasan susu tiruan

Selepas media melaporkan rampasan susu tiruan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tempoh hari, Norseila menghubungi semula doktor yang merawat anaknya.

“Doktor akui tidak membuat sebarang ujian darah berhubung pengambilan diet Adruce Mikael. Doktor kemudian minta saya datang semula baru-baru ini dan membuat ujian fungsi buah pinggang dan hati.

BACA: Mead Johnson keluarkan cara kenal pasti susu formula palsu

“Tapi keputusan ujian itu masih belum keluar lagi dan saya masih menunggu laporan penuh ujian darah tersebut.

“Saya juga telah membuat laporan kepada syarikat pengeluar produk susu berkenaan dan kepada KPDNKK, tapi masih belum ada maklum balas.

Kali pertama Adruce Mikael dimasukkan ke hospital adalah pada 10 Oktober lalu dan kemudian pada 16 Oktober akibat mengalami gejala yang sama. Foto Norseila Nawi

Meruntun hati ibu lihat anak menderita

Norseila yang bekerja sebagai usahawan akui tinggal berjauhan dengan suaminya membuatkannya lebih cekal hadapi segala dugaan sebegitu.

“Saya ini agak kuat orangnya, sebab saya tinggal berjauhan dengan suami. Saya tidak akan menangis kalau anak saya sakit atau terpaksa ke hospital tengah malam.

BACA: Awas! Jangan terpedaya susu bayi murah

“Tapi bila lihat najis pun berdarah, saya terus terduduk, demi Allah. Sekecil 10 bulan terpaksa tanggung derita sebegitu.

“Apatah lagi bila melihat anak saya melalui prosedur memasukkan antibiotik kerana saya tahu apabila antibiotik itu masuk ke dalam badan, ia akan terasa sangat sakit. Dia menangis tanpa henti.

Norseila menasihati ibu bapa yang mempunyai gejala yang sama seperti anaknya untuk mendapatkan rawatan segera di hospital. - Foto Norseila Nawi

Justeru, beliau menasihati ibu bapa yang mempunyai gejala yang sama seperti anaknya untuk mendapatkan rawatan segera di hospital dengan melakukan pemeriksaan terperinci



Source link

read more

Budak 13 tahun penggal buang kepala ibu dalam tong najis



SEORANG remaja berusia 13 tahun di bandar Wenxing, China didakwa membunuh ibunya sendiri dipercayai kerana tidak mendapat sejumlah wang yang diinginkan.

Menurut laporan Dailymail, remaja itu didakwa memenggal dan membuang kepala ibunya ke dalam tong najis.

Lebih menyayat hati lagi, perbuatan keji itu dirakam remaja tersebut dan dihantar kepada rakan-rakan sekolahnya.

Kejadian yang berlaku pada Ahad, 3 Disember itu walau bagaimanapun hanya disedari pada Rabu, 6 Disember apabila video rakaman pembunuhan itu disebar dalam grup WeChat remaja itu.

Polis menahan remaja itu di sekolah setelah menerima laporan daripada seorang ibu kepada rakan remaja itu yang melihat video tersebut lalu melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Menurut laporan, setelah membunuh ibunya, remaja itu tidur dengan mayat tidak berkepala itu dan pergi ke sekolah seperti biasa keesokan harinya.

Remaja itu dipercayai berulang kali meminta wang berjumlah 400 yuan (RM247) daripada ibunya namun tidak diendahkan, lalu berlaku perbalahan di antara mereka.

Polis mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons