Jangan nak tunafoto sangat… | Astro Awani


KUALA LUMPUR: Selaras dengan pertambahan pelbagai istilah baharu Bahasa Inggeris dalam dunia digital, Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu turut memperkenalkan beberapa istilah baharu dalam Bahasa Malaysia. Antara perkataan baharu yang diperkenalkan adalah tunafoto dan suafoto maut yang berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu fotobomb dan killfie.

Berikut senarai perkataan baharu yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia:Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu perkenal istilah baharu selaras dengan perkembangan dunia digital.



Source link

read more

BARU SEKARANG JAWI NAK SIASAT SITI KASSIM??? ~ SEMUT HITAM


Selepas sekian lama orang sibuk memperkatakan mengenai ajaran yang dibawa oleh Mak Lampir Liberal ni, baru sekarang Jabatan Agama Islam Wilayah nak ambik tindakan terhadapnya?

Soalnya kenapa selama hari ini Si Mak Lampir Liberal itu boleh dibiarkan begitu sahaja mengajar dakyah songsang dia mengenai hal agama sesuka hati tanpa sebarang tindakan diambil?

Sebagai rekod, Si Mak Lampir Liberal kesayangan DAPigs itu sebelum ini banyak kali tampil memperlekehkan Islam termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk semua agama.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa tindakan terhadap individu seperti Si Mak Lampir Liberal itu tidak terhad kepada perundangan sahaja.

Sebaliknya, ada tindakan lain diambil institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas “Raja Bomoh” Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telahpun ambil tindakan. Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya sewaktu menjadi ahli panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 hari ini.

Kenyataan itu dibuat menjawab soalan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap Si Mak Lampirt Liberal itu yang dilaporkan sering mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

Namun jika difikir dari sudut logiknya, adakah orang seperti Si Mak Lampir Liberal itu mudah untuk diperbetulkan akidahnya dengan hanya mengikuti kelas agama semata – mata?

Adakah tindakan itu dapat mengubah pendiriannya terhadap Islam dan membuatkan dia tidak lagi menganuti ajaran songsang Islam Liberal seperti mana yang dianutinya pada ketika ini?

Pokok pangkal persoalannya ialah, dari mana orang seperti Si Mak Lampir Liberal itu dapat kekuatan untuk memperlekehkan Islam secara terbuka? Takkan mungkin dia berani melakukannya secara bersendirian jika tidak disokong oleh puak – puak yang nak menjahanamkan Islam!!!




Source link

read more

K-Pop Bukan senang nak cari soulmate – Nana After School



PELAKON dan anggota kumpulan K-Pop After School, Nana akui masih solo kerana sukar mencari pasangan yang baik.
 
“Ya, saya masih belum mempunyai teman lelaki buat masa sekarang kerana saya rasa agar sukar untuk bertemu lelaki yang baik.
 
“Tetapi tidak mengapa, walaupun saya masih ‘single’, saya tetap akan cuba yang terbaik untuk menghadiri temu janji sehingga bertemu dengan jejaka pilihan.
 
“Siapa yang tidak mahu bercinta, cuma untuk mencari pasangan ‘soulmate’ buat diri sendiri bukanlah satu perkara yang mudah.
 
“Andai kata saya dah ada kekasih, saya tidak akan lepaskannya dan akan mencintainya sepenuh hati,” katanya.
 
Nana berkata demikian ketika sesi temu bual bersama OSEN baru-baru ini.
 
Dalam perkembangan terbaru, Nana akan muncul dengan filem pertamanya bertajuk ‘The Swindlers’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 November ini. Sumber: Soompi/Allkpop



Source link

read more

Tercepat 20 saat syarikat kereta api Jepun minta maaf bagai nak rak



TOKYO: SEBUAH syarikat kereta api di Tokyo, Jepun hari ini membuat permohonan maaf kepada pengguna pengangkutan awam negara itu.

Semuanya gara-gara tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada saat yang ke 40, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 20 saat lebih awal pada Selasa.

Lapor portal Herald Sun, walaupun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berkenaan, pekerja di syarikat itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Ketepatan masa merupakan satu perkara perkara yang penting yang dianggap amat penting di negara matahari terbit itu.

Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.



Source link

read more

Tak nak kembali bercinta ke – Nabil usik Hans Isaac dan Neelofa



POTONGAN video temu bual antara pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa bersama tetamu undangan, Datuk Hans Isaac mencuri perhatian netizen.

Biarpun baru dimuat naik semalam, video yang disiarkan menerusi laman YouTube MeleTOP itu mendapat lebih 150,000 tontonan.

Nabil sempat mengusik Neelofa dan Hans yang pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

Menerusi sedutan video tersebut, Nabil sempat bertanya kepada Hans, adakah jejaka itu akan kembali semula bercinta bersama Neelofa memandangkan Hans kini sudah kembali solo.

Tenang menjawab persoalan Nabil, Hans mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh rancang apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain

“Bagi saya, buat masa sekarang, ‘kedai’ dah tutup, ‘kedai’ saya tutup maksimum, saya tak tahu bila kedai itu nak buka balik.

“Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula,” kata Hans.

Sementara itu, peminat memuji sikap yang ditunjukkan oleh Neelofa dan Hans di ruangan komen.

Biarpun pernah bercinta dan putus di tengah jalan, mereka tetap berkawan dan profesional atas dasar kerja.

Hans muncul di MeleTOP untuk mempromosikan program baru, Lawak Ke Der Coverline setiap Jumaat, jam 9.30 malam di Astro Warna dan Astro Warna HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Video: YouTube & Instagram @meletop

 



Source link

read more

MUDAHNYA NURUL IZZAH BERI ALASAN NAK BEBASKAN ANWAR!!! ~ SEMUT HITAM


Amboi! Senang betul alasan Si Nurul Izzah ni nak desak Kerajaan suruh bebaskan Si Ketua Penipu tu ya. Dia ingat, undang – undang di Malaysia ni bapak dia yang buat ke? Suka – suka hati dia je.

Sebelum ini Si Nurul Izzah tu mendakwa tahap kesihatan Si Ketua Penipu itu perlu dijadikan sebagai peluang untuk mendesak Kerajaan membebaskan Si Ketua Penipu itu dari penjara.

Kata Si Nurul Izzah, kesihatan bapanya tidak akan bertambah baik, jika Si Ketua Penipu itu yang baru selesai pembedahan bahu kanannya sebelum ini, menjalani proses pemulihan dalam penjara.

“Dalam keadaan sebegini, tolonglah kita ambil peluang desak beliau dibebaskan secepat mungkin.

“Tiada cara untuk beliau bertahan di penjara dengan kesakitan seperti itu,” katanya ketika berucap dalam majlis solat hajat dan tahlil sempena kejayaan pembedahan Anwar di kediaman rasmi menteri besar Selangor, malam ini.

Wah! Banyak cantik! Dah buat pendedahan pun masih lagi Si Nurul Izzah tu tak nak rasa bersyukur dan mahu menjadikannya sebagai alasan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu?

Mana dia belajar undang – undang seperti itu? Kalau sebegitu mudah untuk pihak Kerajaan membebaskan seseorang penjenayah dari penjara, maka ramai la yang perlu diberi peluang yang sama.

Takkan hanya semata – mata kerana pembedahan bahu kanan Si Ketua Penipu tu melayakkan dia untuk dibebaskan dari kesalahan dan dibebaskan dari penjara begitu sahaja?

ATAU, adakah hanya kerana nama dia Anwar Ibrahim, maka dia perlu diberikan keistimewaan sedemikian rupa? Banduan lain macam mana? Kenapa Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mereka?

Dah diberi peluang untuk buat pembedahan tu pun dah cukup bagus. Secara tidak lansung itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Malaysia ni tidak se-Zalim seperti mana yang didakwa oleh keluarga Si Nurul Izzah tu sebelum ini!!!




Source link

read more

Macau Scam Baca ini kalau tak nak ditipu



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti empat cara beroperasi sindiket penipuan telekomunikasi atau ‘Macau Scam’ yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad berkata, sindiket beroperasi dengan cara menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial.

“Macau Scam’ didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

‘Spoofing’ ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombo yang tertera di skrin.

Modus Operandi (Cara beroperasi)

i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

ii) ‘Spoofing’ pegawai polis / agensi kerajaan

Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

iii) ‘Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

Apa yang perlu dilakukan jika anda berdepan situasi seperti di atas:

i). Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu;

ii) Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit;

iii) Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut;

iv) Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali, dan;

v) Layari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamanya.

Menurut Asmawati, mangsa penipuan sebegini perlu membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil segera.



Source link

read more

Tak pernah pun cerita tentang tiada siapa nak sponsor baju – Aishah



BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4) Aishah menafikan dakwaan yang mengatakan tiada pihak sudi menaja pakaian untuk persembahannya dalam program tersebut.
 
Menurut Aishah, 52, dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
 
“Jadi viral pula cerita baju saya untuk GV4 ini. Tidak benar cerita mengenai tiada sesiapa nak sponsor baju untuk saya.
 
That is not true lah dan saya juga tidak pernah pula bercerita tiada sesiapa nak sponsor, uish biar betul,” katanya menerusi status laman sosial Facebooknya, Wan Aishah Wan Ariffin pada Isnin.
 

Selain menjelaskan mengenai isu baju, Aishah juga turut memberitahu dia lebih selesa menghadiri program berkenaan dengan hanya ditemani oleh suaminya sahaja.
 
“Saya memang tidak bawak entourage yang besar, cukup sekadar suami yang mengiringi. Saya juga ada kawan-kawan dan peminat yang organize untuk peminat.
 
“Solekan pun saya guna make-up artist Astro, setakat ini okey sahaja. Saya memang tidak suka ramai-ramai orang di sekeliling saya, rimas. Dari dulu saya memang begini,” jelasnya.
 
Terdahulu, penampilan Aishah yang menggayakan busana berwarna merah telah mendapat perhatian netizen.
 
Rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan berpendapat busana itu tidak sesuai digayakan Aishah yang dianggap sebagai penyanyi legenda negara.
 
Mereka juga meminta supaya pereka fesyen lebih peka terhadap rekaan baju yang ingin diberikan kepada Aishah dan bukan hanya sekadar tangkap muat sahaja.
  Teks oleh: Mya Amri

 



Source link

read more

WOW! TOL PUNYA PASAL SAMPAI AZMIN NAK KE MAHKAMAH??? ~ SEMUT HITAM


Heh! Herankan dengan Si Azmin Ali ni. Dia punya meroyan memang lain macam. Sampai tahap nak dibawa ke mahkamah bila isu konsesi tol yang dimiliki oleh Rejim Pakatan Selangor dibangkitkan?

IRONIKnya, yang bersuara tu bukannya orang lain. Tapi dikalangan rakyat Selangor sendiri. Pun Si Azmin tu nak bawa mereka ke mahkamah? Di mana slogan Peduli Rakyat yang dibanggakan oleh Azmin?

Kot kalau selama hari ini, puak Pakatan Haprak tu meroyan macam orang hilang akal pasal isu tol, takde pun orang ambik tindakan sampai nak mengheret mereka sehingga ke mahkamah. 

Kalau nak diikutkan, pihak konsesi tol yang nak didesak oleh puak Pakatan Haprak tu boleh je ambik tindakan sedemikian. Tapi bezanya diorang ni mempunyai akal dan fikiran yang waras.

Tak macam Si Azmin Ali ni yang secara terang – terangan mudah melatah tak tentu arah bila pelbagai pihak tampil mempertikaikan tindakan Rejim Pakatan yang enggan memansuhkan tol.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Azmin Ali tu beri alasan kononnya Rejim Pakatan Selangor tu hanya memiliki saham minoriti dalam konsesi tol KESAS dan SPRINT. 

Bagi sesetengah pihak, alasan yang diberikan oleh Si Azmin Ali tu hanya sekadar retorik semata – mata. Malah tindak balas puak Pakatan Haprak tu mengenai isu tol pun dianggap ironik.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah membuat dakwaan yang bukan – bukan bila YAB Perdana Menteri umum pemansuhan 4 buah tol baru – baru ini.

Puak Pakatan Haprak tu cuba memberikan gambaran kononnya pemansuhan tol itu hanya akan membebankan rakyat apabila mereka didakwa akan menanggung kos pembayaran konsesi tol terbabit.

Padahal, dalam pembentangan Bajet Khayalan puak Pakatan Haprak tu secara terbuka menyebut kononnya diorang nak menghapuskan tol sekiranya diorang dapat memerintah kelak.

Tambah memalukan ialah apabila puak Pakatan Haprak tu mendakwa Bajet Khayalan itu akan dijadikan sebagai Manifesto Pilihan Raya Umum yang akan datang. Belum pun dapat berkuasa, dah menipu. Kalau dah dapat memerintah kelak, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!




Source link

read more

Berperang dengan jet lag tak adil kalau saya nak layan penat sendiri – Neelofa



Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui dirinya ‘berperang’ dengan ‘jet lag’ ketika menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet.

“Ketika penggambaran Red Velvet dijalankan, saya banyak berulang-alik ke luar negara untuk melunaskan kerja.

“Antaranya, saya ke Los Angeles, New York, Milan, Boston dan juga Paris. Semuanya memerlukan masa perjalanan yang lama.

“Kadang-kadang, sampainya sahaja saya di Malaysia, saya cuma berehat selama satu hari sahaja di rumah sebelum kembali ke set penggambaran. Saya akui saya berusaha sedaya upaya mengatasi ‘jet lag’.

“Penat memang penat, tetapi tak adil untuk saya melayan penat kerana ramai lagi pelakon dan krew yang menanti untuk melunaskan baki penggambaran.

“Biarpun kadang-kadang saya rasa pening kepala, saya teruskan demi komitmen dan menganggap perkara tersebut sebagai cabaran,” kata Neelofa.

Memberikan kerjasama terbaik, Neelofa bersyukur dapat bekerja dengan pelakon dan tenaga produksi yang sangat memahami.

“Mereka sangat profesional dan memberikan kerjasama terbaik. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan mereka.

“Komitmen yang padat tidak menjadi penghalang untuk saya memberikan hasil maksimum dalam setiap kerja yang saya lakukan. Semuanya untuk peminat yang selama ini tidak henti menyokong kerjaya saya,” katanya lagi.

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons