Pesawat nyaris terjunam di Laut Hitam – Luar Negara


ANKARA 14 Jan. – Seramai 162 penumpang dan anak kapal sebuah pesawat komersial berdepan detik mencemaskan apabila kapal terbang yang dinaiki tergelincir di landasan licin dan hampir terjunam ke dalam laut.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Trabzon, utara Turki, petang semalam ketika pesawat Pegasus Airlines mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Pesawat tersebut berlepas dari Ankara, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.-AFP



Source link

read more

16 cedera bot meletup – Luar Negara


KRABI 14 Jan. – Seramai 16 orang cedera selepas bot laju membawa 26 pelancong China meletup berhampiran kawasan perairan di Pulau Phi Phi lewat petang tadi.

Portal Bangkok Post melaporkan, bot laju, King Poseidon 959 yang turut membawa lima warga Thailand dan tiga kanak-kanak bergerak dari jeti Rassada di wilayah Phuket menuju ke pulau berkenaan.

“Ketika bot itu melewati gua Viking berhampiran kawasan Phi Phi Le di wilayah Muang, pemandu bot berkenaan menyedari terdapat kebocoran bahan api dan terus meminta petugas untuk mengambil alih stereng sementara dia pergi memeriksa enjin bot.

“Semasa dia membuka penutup salah satu daripada tiga enjin itu, berlaku letupan besar dan api marak merebak ke seluruh kapal. 16 cedera dengan lima daripada mereka, termasuk pemandu melecur teruk,” kata seorang pegawai penyelamat.

Seorang pegawai siasatan bencana setempat berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital di Krabi dan Phuket.



Source link

read more

Tentera Mesir tembak mati nelayan Palestin – Luar Negara


GAZA CITY 13 Jan. – Seorang nelayan warga Palestin ditembak mati oleh tentera Mesir dalam satu kejadian, hari ini.

Menurut sumber perubatan di sini, mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Zeidan, 33, dari kem pelarian Shati ditembak di bahagian dada oleh tentera Mesir berhampiran sempadan laut Palestin dengan Mesir.

“Selepas ditembak, mangsa kemudiannya dibawa ke hsopital namun dia meninggal dunia awal pagi ini.

“Kami sudah menghubungi pihak berkuasa Mesir untuk menyiasat kejadian tersebut dan memberi penjelasan mengapa mangsa ditembak,” jelas sumber tersebut. – AFP



Source link

read more

Malaysia mampu bersaing dengan negara Arab – Bola Sepak


CHANGSHU, China 13 Jan. – Selepas berjaya membantu skuad bawah 23 (B-23) negara mengutip satu mata berharga dengan mengikat Jordan 1-1, Safawi Rasid menegaskan sudah tiba masanya untuk lawan dari negara Arab tidak memandang rendah terhadap kemampuan negara.

Penyerang skuad B-23 itu menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan satu mata berharga menjadi milik Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan C Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di Stadium Changshu hari ini.

Safawi yang sudah meledak dua gol dalam dua perlawanan peringkat kumpulan berkata dia berbangga apabila berjaya membantu pasukan untuk mencatat keputusan positif dan membuka mata lawan terhadap kemampuan Malaysia.

“Saya bersyukur kerana kami semua dapat memberikan yang terbaik untuk membantu Malaysia mencatat keputusan positif. Ini semua adalah hasil sokongan rakan sepasukan, peminat dan tunjuk ajar jurulatih dalam sesi latihan. Keputusan untuk mengambil penalti diambil oleh saya sendiri kerana saya berkeyakinan untuk mengambilnya.

“Mungkin dengan mencatat keputusan seri menentang Jordan saya percaya pasukan lawan terutamanya dari negara Arab tidak lagi memandang rendah terhadap kemampuan Malaysia kerana sebelum ini memang mereka memandang rendah.

“Apabila diletakkan dalam kumpulan sukar dengan ketiga-tiga lawan dari negara Arab saya berasa sangat berbangga kerana dapat membantu pasukan untuk mencatat keputusan positif,” katanya kepada pemberita di Stadium Changshu selepas perlawanan di sini hari ini.

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Iain Richard Brunskill terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Ward Helal Khalid pada minit ke-16 sebelum Safawi menyempurnakan penalti pada minit ke-43.

Bercakap mengenai pertemuan terakhir Malaysia di peringkat kumpulan menentang Arab Saudi di Stadium Kunshan pada 16 Januari ini, Safawi tanpa berselindung memberitahu dia memasang impian untuk ke peringkat suku akhir.

“Sama ada saya menjaringkan gol lagi untuk pertemuan Arab Saudi bukan menjadi soal utama kerana yang penting adalah kami perlu menang,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jet pejuang UAE didakwa ceroboh ruang udara Qatar – Luar Negara


DOHA 13 Jan. – Qatar mendakwa jet pejuang milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) menceroboh ruang udara negara ini buat kali kedua.

Menurut Kementerian Luar Qatar, jet pejuang itu dilaporkan terbang ke Bahrain pada 3 Januari lepas dan melalui zon khas ekonomi Qatar tanpa sebarang kebenaran.

Qatar menyifatkan pencerobohan itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan UAE melanggar undang-undang antarabangsa.

UAE bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. – AFP



Source link

read more

Empat ditemukan maut helikopter terhempas di India – Luar Negara


NEW DELHI 13 Jan. – Pasukan pengawal pantai India menemukan empat mayat yang dipercayai mangsa nahas helikopter terhempas, di sini hari ini.

Menerusi Twitter, pihak berkuasa tersebut memaklumkan keempat-empat mayat tersebut ditemukan selepas pasukan keselamatan berjaya mengesan lokasi bangkai helikopter berkenaan.

“Helikopter yang membawa seramai tujuh penumpang termasuk lima kakitangan Oil and Natural Gas Corporation (ONGC) dan dua juruterbang itu terputus hubungan selepas 15 minit berlepas kira-kira pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan,” jelas agensi tersebut. – AFP



Source link

read more

Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis – Donald Trump



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terus mengeluarkan kenyataan celuparnya terhadap pendatang asing di negara itu.

Kali ini Trump mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

White House tidak membuat penafian sebaliknya mempertahankan kenyataan Trump itu yang telah disebar secara meluas oleh media AS.

“Ada dalam kalangan ahli politik Washington yang memilih untuk berjuang bagi negara asing, namun Trump sentiasa berjuang untuk rakyat Amerika,” jelas jurucakap White House Raj Shah menerusi satu kenyataan.

Jelas Shah lagi Trump ketika ini berjuang bagi mendapatkan penyelesaian muktamad dalam isu pendatang di negara itu.

“Matlamat Trump hanya pendatang yang mampu menyumbang kepada kekuatan ekonomi dan keutuhan masyarakat dibenarkan menetap di negara itu,” tambah Shah ketika mepertahankan tindakan ketuanya itu.

The New York Times tiga minggu lalu melaporkan Trump mengeluarkan kenyataan menghina terhadap pendatang Haiti dengan mendakwa mereka semua dijangkiti AIDS.

Kenyataan itu dibuat Trump dalam mesyuarat berkaitan pendatang pada Jun lalu.

Trump pada awal tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila mengharamkan sementara pelancong dari Syria dan enam negara Islam lain iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dari memasuki AS.

Dakwaan Trump itu bertujuan menghalang AS daripada jadi sasaran serangan pengganas.



Source link

read more

Perjanjian nuklear Iran Negara Eropah desak AS tidak tarik diri



BRUSSELS: Negara-negara Eropah mendesak Amerika Syarikat supaya mengekalkan perjanjian nuklear dengan Iran.

Perjanjian itu yang menghadkan program nuklear Iran, disifatkan mampu menjadikan dunia tempat yang lebih selamat.

Desakan dinyatakan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Iran, Perancis, Jerman dan negara Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.

Johnson turut mendesak Presiden Donald Trump untuk memperkenalkan alternatif lebih baik, sekiranya mahu meminda atau membatalkan perjanjian nuklear tersebut.

Oktober lalu, Trump enggan mengesahkan perjanjian tersebut kerana mendakwa Iran tidak memenuhi kewajipannya seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Dasar Luar EU, Federica Mogherini menegaskan blok itu melihat perjanjian berkenaan sebagai mencapai sasaran, dengan kemampuan dunia untuk memantau rapat program nuklear Tehran.

Ia juga mengelak potensi perlumbaan menghasilkan senjata nuklear di rantau berkenaan.



Source link

read more

Presiden Putin dakwa ada negara asing sengaja lancar serangan dron



MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin mendakwa ada negara asing melancarkan serangan dron bagi mengancam perjanjian antara Rusia, Turki dan Iran yang dibuat bagi mengurangkan ketegangan di Syria.

Putin menegaskan beliau tahu pihak di sebalik serangan itu tetapi enggan menamakannya.

Serangan dron itu dilancarkan ke atas dua pangkalan tentera Rusia di Syria.

Ia juga dikatakan punca ketegangan antara Rusia dan Turki.

Putin menyifatkan serangan tersebut sebagai satu provokasi.

Kata Putin, dron tersebut mempunyai elemen teknologi tinggi dan membolehkan paparan satelit tepat serta mampu menembak peluru.



Source link

read more

Nomura unjur ekonomi negara berkembang 5.5 peratus


nomuraa_cropped.transformedMO, 9/1/2018, KUALA LUMPUR – Nomura Holdings, Inc mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 5.5 peratus tahun ini, dipacu oleh prestasi eksport.

Ahli Ekonomi Asia Tenggaranya, Brian Tan, pertumbuhan eksport yang kukuh dicatatkan pada tahun lalu dijangka berterusan ke tahun ini, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, permintaan domestik juga dijangka terus kekal memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Pertumbuhan eksport terus kukuh dan akan memberi limpahan kepada ekonomi domestik,” katanya pada taklimat media menerusi telefon mengenai tinjauan ekonomi ekuiti Malaysia di sini, hari ini.

Mengenai pergerakan harga minyak, Tan berkata, harga komoditi itu dijangka terus kukuh dengan berlegar pada paras purata AS$65 setong tahun ini.

Mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Tan berkata, pihaknya melihat Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk menang pada pilihan raya itu.

Beliau berkata, pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada BN untuk menang.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons