CUKAI BERKAITAN TANAH NEGERI SELANGOR: MENAMBAH BEBAN RAKYAT SELANGOR


cukai tanah selangorMO, 21/2/2018 – Semasa ucapan belanjawan tahunan untuk tahun 2018 oleh Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali mendedahkan untuk tahun 2016, kutipan sebenar hasil negeri ialah sebanyak RM2.499 bilion, manakala untuk tahun 2017 sehingga bulan Oktober kutipan hasil sebanyak RM2.5 bilion, dan manakala untuk tahun 2018 dijangkakan kutipan hasil adalah sebanyak RM2.25 bilion.

Kenyataan ini menjelaskan bahawa kutipan hasil untuk negeri Selangor mengalami sedikit penurunan walaupun pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2018 dijangka lebih tinggi dengan kadar 5.5% dan 6.0% berbanding pada tahun 2017 yang hanya mencatatkan 5.0% dan 5.5%. Manakala KDNK untuk tahun 2016 dicatatkan sebanyak RM251 bilion.

Namun sesuatu yang ketara dari sudut bentuk kutipan hasil untuk negeri Selangor tertumpu kepada kutipan cukai terutamanya kutipan cukai berkaitan tanah. Kenyataan YAB Menteri Besar menyebut “hasil bagi tahun 2018 dianggarkan RM2.25 bilion. Antara penyumbang utama kepada hasil negeri ialah premium tanah (48.3%), hasil cukai tanah (23.3%) dan urusniaga berkaitan tanah (5.9%). Kutipan hasil tersebut menyumbang sebanyak 77.5% daripada keseluruhan anggaran hasil. Kutipan hasil cukai tanah sehingga 31 Oktober 2017 adalah sebanyak RM523.08 juta. Trend ini dijangka berterusan sehingga tahun 2018 dan hasil cukai tanah dianggarkan berjumlah RM524.5 juta”.

Dengan maklumat yang disediakan oleh YAB Menteri Besar tersebut semasa ucapan belanjawan tahun 2018 untuk negeri Selangor, jelas memperlihatkan bahawa keadaan sebenar kewangan negeri Selangor yang dikatakan sebagai yang tertinggi dari sudut KDNK di Malaysia tetapi imbangan pendapatan kerajaan negeri sejumlah besarnya berkait dengan bentuk pencukaian tanah. Jika kerajaan negeri Selangor menggunakan kutipan cukai tanah sebagai punca “rezeki” untuk negeri Selangor, yang menjadi mangsa ialah para pemilik tanah, pemilik rumah, pemilik pangsa puri dan yang berkaitan dengan cukai hartanah.

Kutipan cukai premium tanah dan pintu untuk tahun 2008 (RM458.93 juta), 2009 (RM268.45 juta), 2010 (RM465.48 juta), 2011 (RM553.04 juta), 2012 (RM869.91 juta), 2013 (RM1.118 bilion), 2014 (RM1.138 bilion), 2015 (RM1.291 bilion).

Dengan kata lain kenaikan mendadak hasil kerajaan negeri Selangor sebenarnya adalah dari hasil cukaian berkaitan tanah. Dalam masa 7 tahun kutipan dari cukai berkaitan tanah naik mendadak sehingga mencecah RM1 bilion. Tahniah kerajaan negeri Selangor tetapi malang kepada rakyatnya sendiri. Sedangkan sebelum tahun 2008 kutipan dari hasil tersebut hanyalah berjumlah RM330.03 juta untuk tahun 2007, RM309.28 juta tahun 2006 dan RM306.48 juta tahun 2005. Suatu perbandingan yang sangat ketara kenaikan cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas rakyatnya sendiri.

Sedangkan sebagai negeri yang berstatus negeri maju dan mempunyai KDNK yang tertinggi di Malaysia malahan melebihi KDNK Malaysia, kerajaan Selangor tidak sewajarnya mengenakan cukai tanah yang dinaikkan secara mendadak sehingga membebankan rakyatnya sendiri. Kerajaan Selangor perlu lebih kreatif untuk menjana sumber pendapatan baru negeri.

Dengan kenaikan cukai yang berkaitan tanah terutamanya premium tanah, secara tidak langsung memaparkan bahawa kerajaan Selangor menjadi antara punca kepada kenaikan harga hartanah di Selangor ini.

Tidak mustahil apa yang berlaku kini di Ijok akan meningkatkan lagi hasil kutipan cukai berkaitan tanah untuk kantung kerajaan negeri. Dengan mengambil kira kepada keadaan yang sedang berlaku ini, kerajaan negeri hanya mementingkan kantung kerajaan negeri tanpa mempedulikan kesannya kepada rakyatnya sendiri. Suatu keadaan yang sangat mendukacitakan bagi rakyat Selangor.

Jika di zaman dahulu, kenaikan cukai tanah dan serta pengenalan cukai baru berkaitan dengan tanah menyebabkan rakyat bangkit memberontak menentang pemerintah. Peristiwa seperti ini cukup banyak dicatatkan di dalam sejarah negara ini dan sepatutnya menjadi pengajaran kepada YAB Menteri Besar untuk tidak membangkitkan kemarahan rakyat.

 



Source link

read more

Negeri Sembilan rebah di Melaka – Bola Sepak


MELAKA 11 Feb. – Melaka United bangkit daripada kekalahan 1-4 kepada Selangor dengan mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi ketiga Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Dua jaringan penyerang import dari Belarus, Yahor Zubovich pada minit ke-31 dan 39, selain gol menerusi R. Gopinathan (minit ke-70) memastikan Sang Kancil mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Kemenangan kedua daripada tiga perlawanan pertama musim ini membolehkan Melaka United mendaki ke kedudukan keempat liga, manakala Negeri Sembilan jatuh ke tangga kesembilan selepas kalah buat kali kedua. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rakyat berputih mata kerajaan negeri batal 9 projek Rumah Selangorku


SHAH ALAM – Sama ada salah pemaju atau kerajaan negeri, yang perlu difikirkan ialah nasib beribu rakyat yang telah mengemukakan permohonan dan membuat pinjaman dengan bank untuk membeli kediaman Rumah Selangorku.

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor membatalkan sembilan projek pembinaan Rumah Selangor di enam kawasan Majlis Perbandaran termasuk Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah suatu langkah yang bukan sahaja mengecewakan rakyat, malah membebankan mereka.

Meskipun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri itu, Datuk Iskandar A. Samad menyatakan pembatalan projek itu disebabkan kegagalan pemaju, tetapi mustahil kerajaan negeri tidak mempunyai alternatif lain untuk menyelamatkan keadaan.

Menuding jari mencari kesalahan pihak lain sangat mudah, tetapi bagaimana pula dengan kesukaran dihadapi pemaju yang berdepan dengan pelbagai karenah birokrasi kerajaan negeri ini.

Inilah hakikat yang terpaksa dihadapi rakyat Selangor apabila tiga projek Rumah Selangorku di kawasan Majlis Perbandaran (MP) Kajang, dua projek dalam MP Selayang dan masing-masing satu projek dalam MP Subang Jaya, MBSA, MP Ampang Jaya dan MP Klang terpaksa dibatalkan pembinaannya.

Tidakkah pembatalan itu melibatkan ribuan unit kediaman yang semuanya sudah dimohon oleh rakyat?

Menurut Iskandar dalam kenyataannya kepada media, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku semalam telah bersetuju agar kelulusan bagi membina sembilan projek Rumah Selangorku dibatalkan.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, kelulusan semua projek tersebut telah dibatalkan kerana pemaju gagal mendapatkan Kebenaran Merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Pembatalan projek tersebut yang telah diluluskan dari tahun 2014 hingga 2016 akan disahkan oleh MMKN,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri mempunyai satu jawatankuasa khas untuk memantau pembinaan Rumah Selangorku iaitu Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), wakil Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, wakil Pejabat Tanah Galian Selangor, wakil Pejabat Tanah dan Daerah terlibat dan wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat.

Tugas jawatankuasa itu ialah memantau status permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) oleh pemaju dan membuat lawatan tapak berkala ke projek dalam pembinaan.

“Tugas jawatankuasa itu (kononnya) untuk menyelesaikan isu berkaitan pembangunan yang melibatkan agensi teknikal seperti TNB, Air Selangor, IWK dan lain-lain, di samping melaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku untuk tindakan selanjutnya.

“Apabila pemaju diberi kelulusan untuk membina Rumah Selangorku oleh MMKN, mereka diberi tempoh dua tahun untuk memulakan pembinaan,” katanya.

Iskandar mendakwa, sebelum pembatalan itu dibuat, pihaknya telah mengeluarkan surat peringatan dan notis secara berperingkat kepada pemaju yang gagal atau lewat.

Katanya, surat peringatan dikeluarkan 12 bulan selepas kelulusan MMKN mengarahkan pemaju mengemukakan status kemajuan dalam tempoh 14 hari dan notis 14 hari selepas surat peringatan dikeluarkan bagi tujuan memulakan pembinaan atau kelulusan akan dibatalkan

Pihaknya juga ujar beliau, mengeluarkan notis akhir dalam tempoh enam sebelum tarikh luput kelulusan MMKN, di mana pemaju dimaklumkan bahawa tarikh kelulusan mereka akan luput dan selepas itu notis pembatalan.

“Kerajaan negeri sentiasa memantau projek yang telah diluluskan dan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju yang melewatkan pembinaan projek Rumah Selangorku.

“Bagaimanapun kerajaan negeri mengambil kira masalah yang dihadapi pemaju seperti tanah, perundangan, cerun, pencerobohan dan sebagainya.

“Selain dari pembatalan kelulusan MMKN, permohonan Kebenaran Merancang untuk projek lain pemaju juga ditahan jika mereka melewatkankan pembinaan Rumah Selangorku,” ujarnya.

Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri sekarang, pemaju tidak boleh membina Rumah Selangorku paling akhir, tetapi perlu dibina terlebih dahulu atau serentak dengan rumah harga bebas.

Ini berbeza ketika Selangor diperintah oleh Barisan Nasional (BN) yang membenarkan rumah kos rendah boleh dibina selepas rumah harga bebas siap dibina. – theRakyat



Source link

read more

Mahkamah khas siber ditubuh di setiap negeri


imagesMO, 6/2/2018, KUALA LUMPUR  – Kerajaan akan menubuhkan mahkamah khas siber di semua negeri secara berperingkat bagi menangani jenayah siber di peringkat penguatkuasaan, perundangan dan kehakiman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan itu dibuat setelah mahkamah khas siber yang pertama di negara ini mula beroperasi di Kuala Lumpur pada 1 September 2016.

“Keutamaan penubuhan mahkamah khas siber ini akan diberikan kepada negeri-negeri yang mencatatkan kadar jenayah komputer atau siber yang tinggi.

“Diharapkan dengan adanya mahkamah khas ini, jenayah siber dapat dikekang di samping kita akan sentiasa memperketatkan undang-undang supaya sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sangat dinamik serta semakin mencabar itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Rundingan Meja Bulat Peringkat Tertinggi Konvensyen Budapest Mengenai Jenayah Siber  anjuran Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di UKM Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali; Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Dean Thompson; Ketua Divisyen Jenayah Siber Majlis Eropah, Alexander Seger dan Dekan Fakulti Undang-Undang UKM, Prof. Dr. Zinatul Ashiqin Zainol.

Seminar selama dua hari itu dihadiri hampir 100 peserta dari pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan isu-isu perundangan mengenai jenayah siber di negara ini mengikut Konvensyen Budapest mengenai jenayah siber yang diperkenalkan oleh Majlis Eropah pada 2004.
Malaysia merupakan salah satu daripada  55 buah negara yang menerima pakai konvensyen itu bagi menangani jenayah siber di peringkat negara dan global.

Rumusan perbincangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi membolehkan kerajaan meminda dan menggubal undang-undang berkaitan termasuk Akta Jenayah Komputer Malaysia 1997 serta Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

 

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

UPKO sedia tawan semula kerusi parlimen, negeri di Penampang


PENAMPANG – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bersedia untuk memenangi semula kerusi Parlimen Penampang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu untuk Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata BN Penampang kini serik menjadi pembangkang di kawasan Parlimen itu selama hampir lima tahun sejak gagal mempertahankan kerusi Parlimen dan kerusi DUN Moyog dan Kepayan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

“Kita (BN) menjadi ‘pembangkang´ di Penampang, tetapi kitalah yang sentiasa memberi khidmat kepada rakyat di kawasan ini. Betapa rindunya kita menjadi wakil rakyat di sini. Kita mesti yakin untuk menang dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menang.”

“Jangan sesekali percaya pembangkang akan menang pada PRU14,” katanya ketika melancarkan Jentera PRU14 UPKO Penampang di sini hari ini.

Pada PRU13, Presiden Kehormat UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas kepada calon PKR, Darell Leiking dalam merebut kerusi Parlimen Penampang.

Kerusi DUN Moyog pula gagal dipertahankan oleh calon UPKO Datuk Philip Lasimbang yang kalah kepada Terrence Siambun atas tiket PKR, manakala Datuk Edward Khoo dari MCA tewas kepada calon DAP Dr Edwin Bosi dalam merebut kerusi DUN Kepayan.

Leiking kini Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Siambun turut beralih kepada Warisan, manakala Bosi beralih kepada Parti Anak Negeri.

Tangau, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, turut berkata Bosi pernah berjumpa dengannya dan memuji kerja UPKO dan menyatakan minat untuk menyertai parti komponen BN itu namun memberi syarat untuk menganggotai UPKO serta dicalonkan semula untuk kerusi DUN Kepayan.

“Tetapi saya memberitahu yang kerusi Kepayan adalah milik MCA dan UPKO tidak berhak untuk merampasnya,” katanya sambil menasihati anggota parti supaya tidak keliru dengan hasutan dan isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Katanya, pembangkang sentiasa menghadapi konflik, termasuk dalam menentukan calon ketua menteri jika diberi mandat untuk menerajui kerajaan negeri.

“Undi sahaja BN kerana sudah pasti ketua menteri adalah anggota BN iaitu Tan Sri Musa Aman.”

“Untuk calon perdana menteri pula, sudah tentu Datuk Seri Najib Tun Razak. Pembangkang pula mahu seorang pemimpin yang telah berusia 93 tahun,” katanya.- BERNAMA



Source link

read more

PGSM desak semua kerajaan Negeri pinda Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri – Nasional


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini menggesa semua Kerajaan Negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dengan memasukkan peruntukan tambahan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi Majlis, di bawah Enakmen berkenaan.

Presiden PGSM, Musa Awang berkata, keputusan mengejutkan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini sepatutnya dijadikan “wake-up call” kepada pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama negeri untuk segera memperkemaskan undang-undang syariah masing-masing.

“Peruntukan baharu tersebut agar dapat melindungi kepentingan orang-orang Islam dan tidak memberi sebarang ruang untuk dibawa ke mahkamah sivil, dalam memutuskan perkara berkaitan orang Islam.

“Pindaan sedemikian telah pun dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada Mei 2015 dengan memasukkan peruntukan baharu Seksyen 66A dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2015) Seksyen 66A-Bidangkuasa Mahkamah Tinggi syariah bagi semakan kehakiman,”katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M.Indira Ghandi dengan Mohd Ridhuan Abdullah pada 29 Januari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anaknya adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Musa berkata, Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini.


Dalam masa sama, kata Musa, PGSM sedar bahawa dalam kes berkenaan, Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan “judicial review” bagi menentukan keesahan (legality) Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf, Jabatan Agama Islam Perak, di bawah Majlis Agama Islam Perak.

“Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah atau batal di sisi undang-undang, lantaran “anak-anak tersebut” tidak melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004. 

“Oleh itu, PGSM berpandangan bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut adalah disebabkan Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana Jawatankuasa atau institusi di bawah Majlis Agama Islam,” ujarnya.

Musa berpandangan, disebabkan itu, apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mana-mana institusi Islam, kebanyakannya akan dibawa ke mahkamah Sivil.

“Maka, di situlah berlakulah campur tangan mahkamah sivil terhadap perkara-perkara yang sepatutnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Cabar pembangkang kemuka data BN mungkin hilang kuasa di 4 negeri


JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor hari ini mencabar pembangkang supaya menunjukkan data empirikal berhubung dakwaan BN berkemungkinan hilang kuasa di empat negeri termasuk Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dakwaan tersebut merupakan perang psikologi yang dimainkan pembangkang, namun sebagai parti yang berpengalaman, BN dan UMNO tidak akan termakan dengan perang psikologi itu.

“Kepada mereka yang pasang angan-angan, jangan anggap kita (BN) tidak akan lawan dengan mereka. Apabila mereka kata hendak tawan Johor, cuba tunjukkan dengan data empirikal kalau mereka kata bahawa mereka boleh tawan Johor.

“Kalau dia (pembangkang) kata boleh tawan Johor, beritahu saya kerusi mana yang dia akan tawan? Permas, Semarang, Mahkota, Kemelah? Kita ada jentera dan data, tapi kita tidak mahu kongsi, buat apa kita hendak beritahu kekuatan kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin yang mendakwa terdapat kajian yang BN berkemungkinan hilang kuasa di empat negeri – Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah – pada PRU14 berdasarkan beberapa perkembangan semasa.

Mohamed Khaled berkata perpaduan BN Johor sangat kukuh, malah yakin dapat merampas kerusi yang dikuasai pembangkang di negeri ini.

“Bila sampai masa, saya akan beritahu prestasi wakil rakyat pembangkang. Kita ada data siapa yang paling rendah prestasi perkhidmatan dia. Bila kita ukur prestasi wakil rakyat BN, kita tidak hanya hadkan pada BN sebab rakyat hendak tahu.

“Kita boleh kata, secara keseluruhan, prestasi wakil rakyat BN adalah lebih baik daripada pembangkang,” katanya.

Mengenai mesyuarat hari ini, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata pihaknya berpuas hati dengan persiapan di peringkat UMNO Bahagian dalam menghadapi PRU14.

“Kita sekarang dalam proses untuk memantapkan dan memastikan jentera parti dan isu-isu yang dihadapi dapat diselesaikan atau diminimakan. Jadi, kita berbincang mengenai pelbagai pendekatan dan peranan patut dimainkan BN peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Mohamed Khaled berkata kira-kira 100,000 jentera BN Johor juga sudah disusun dan dimantapkan bagi menghadapi PRU14.

Mengenai senarai calon yang bakal bertanding, beliau menegaskan ia adalah urusan pucuk pimpinan parti dan setiap pilihan raya pasti terdapat calon muka baharu yang akan ditampilkan parti.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Johor itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka melawat negeri ini, minggu depan.

“Kita akan menyambut kedatangan Perdana Menteri ke daerah Muar pada 9 Feb manakala Timbalan Perdana Menteri melawat negeri ini pada 10 dan 11 Feb. Selain memenuhi program yang disusun, ia juga memberi peluang kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri bertemu dengan rakyat,? katanya.- BERNAMA



Source link

read more

Menang tiga negeri, SPR masih tidak adil?


SETIAP kali nak pilihan raya, setiap kali itulah kedengaran suara tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Macam-macam tuduhan dilemparkan, kononnya SPR tidak adil dan tidak bersih.

Suara sumbang ini selalunya datang dari pembangkang, dari golongan yang tidak pernah mahu bersyukur. Bila tiba pilihan raya, kerana takut pada bayang-bayang sendiri, mereka cetuskan pelbagai provokasi.

Mereka adakan siri sidang media untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap SPR. Mereka tekan butang lampu hijau kepada cybertrooper supaya menghangatkan isu undi rosak di media-media sosial.

Semuanya dengan dakwaan kononnya SPR berpakat dengan Barisan Nasional (BN) untuk mengalahkan pembangkang.

Itulah kaset lama yang diputar setiap kali nak pilihan raya. Bezanya kali ini, kaset lama ini diputarkan oleh pemimpin yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Dan selama 22 tahun itulah beliau mempertahankan sistem pilihan raya yang dikendalikan SPR, malah menangkis kecaman dan tuduhan dari pembangkang terhadap SPR pada masa itu.

Inilah politik. Ketika berkuasa semuanya dikatakan adil, bersih dan saksama. Apabila sudah hilang kuasa dan berada di pihak pembangkang, yang adil pada zamannya dikatakan tidak adil pula.

Dengan sistem pilihan raya yang dikatakan tidak adillah Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH). Kerana sistem pilihan raya tidak bersihlah, Terengganu dan Perak hampir-hampir berkongsi kuasa.

Ini yang dikatakan pelik tapi benar. Pelik apabila SPR dituduh tidak adil, sedangkan tiga negeri dikuasai mereka tanpa bantahan daripada pihak yang kalah iaitu Barisan Nasional (BN). Benar pula, apabila mereka menang di tiga negeri, langsung tidak ada suara rungutan mengatakan sistem itu tidak adil dan tidak bersih.

Bagi pembangkang, segala-galanya bersih kalau mereka menang. Segala-galanya tidak adil kalau mereka kalah. Inilah yang dimainkan oleh pembangkang atas isu terbaharunya, kempen undi rosak.

Setakat ini amat payah nak mencari jawapan kepada desakan dan tuntutan pembangkang, kerana sejak PRU kelapan tahun 1990 sampai PRU 13 tahun 2013, lima negeri pernah ditakluk oleh mereka.

Dua daripadanya hanya sempat diperintah satu penggal, iaitu Terengganu dari 1999 hingga 2004 dan Perak dari 2008 hingga 2013. Yang kekal enam penggal ialah Kelantan dan masing-masing dia penggal perintah Selangor dan Pulau Pinang.

Memang perangai pembangkang, selagi boleh bangkang mereka akan bangkang habis-habisan walaupun yang mereka bangkang itu sebenarnya tidak masuk akal.

Mereka hanya akan senyap jika pembangkang menang di semua negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ketika ini baharulah mereka mungkin akan berhenti daripada menuduh SPR tidak adil.

Secara logiknya, mana mungkin mereka boleh menang semua negeri kerana ada di negeri tertentu rakyat sudah meluat dengan kerenah wakil rakyat pembangkang sepanjang diberi tanggungjawab mentadbir negeri.

Seperti Terengganu contohnya, apabila Pas mengambil alih pemerintahan negeri itu, pemimpinnya menghalau kanak-kanak Tadika daripada belajar di kelas. Kerusi, meja dibawa keluar. Bangunan tadika dirampas.

Apabila berlaku pilihan raya umum, kerajaan negeri seperti ini masih mahu dikekalkan oleh rakyat Terengganu? Pas akhirnya menerima pembalasan dan kalah teruk pada PRU ke-11 pada tahun 2004.

Begitu juga perkara sama akan menimpa Selangor dan Pulau Pinang pada PRU ke-14 ini. Rakyat di kedua-dua negeri itu sudah perit berada di bawah pemerintahan campuran antara PKR, DAP dan Pas di Selangor dan pemerintahan DAP di Pulau Pinang.

Di Selangor, bermacam janji ditabur oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Agak ketara sekali ialah kediaman Rumah Selangorku. Sejak dilancarkan sehingga kini apabila pemohon bertanya status permohonan, jawapannya, “masih dalam proses”. Sampai kucing bertanduk “dalam proses”.

Selain janji palsu, hubungan sesama rakan kongsi pun berkucah. Antaranya, PKR tidak lagi sebulu dengan Pas, manakala kerusi-kerusi DUN yang dimenangi oleh Pas akan turut ditandingi sama ada calon PKR mahupun DAP.

Ini sudah menunjukkan isyarat Selangor bakal kecundang. Dan jika, PH gagal mempertahankannya pada PRU 14 ini, ia bukan salah SPR, tetapi salah PH sendiri yang sengaja mencetuskan huru hara politik.

Begitu juga di Pulau Pinang. Khabarnya orang Melayu disisihkan daripada mendapat hak mereka memiliki rumah mampu milik. Antara tindakan tidak masuk akal kerajaan negerinya ialah menaikkan kos rumah mapu milik kepada tidak mampu milik oleh orang Melayu.

Perbuatan ini secara halus bertujuan untuk menafikan hak orang Melayu daripada memiliki rumah di kawasan bandar.

Sudah ramai rakyat Pulau Pinang merungut ketidakadilan dan sikap diskriminasi kerajaan negeri DAP. Ini juga petanda Pulau Pinang akan kecundang pada PRU 14. Adakah SPR akan dituduh laksanakan sistem pilihan raya tidak adil?

Ketidakadilan ini sebenarnya berpunca daripada kelemahan kepimpinan pembangkang itu sendiri. Mereka tidak pandai menjaga hati rakyat ketika diberi peluang mentadbir kerajaan negeri.

Mereka buat musuh dengan rakyat. Mereka lupa pada rakyat bila senang dan mereka mengabaikan kebajikan rakyat ketika rakyat mengadu dan memerlukan perhatian. – theRakyat



Source link

read more

Persembahan ular tedung meriahkan persandingan pengantin – Negeri Sembilan


KUALA PILAH 28 Jan. – Sepasang pengantin baharu, Nurul Nabila Shariman, 27, dan Ikram Hishamuddin, 29, mempunyai cara tersendiri bagi meraikan hari bahagia mereka dengan menganjurkan persembahan ular tedung pada majlis perkahwinan di Kampung Ulu Yoh, Johol di sini hari ini.

Persembahan itu dilakukan oleh penangkap ular terkenal, Abu Zarin Hussin dan beberapa penjinak reptilia itu di hadapan pasangan pengantin dan kira-kira 2,000 tetamu.

Aksi mendebarkan selama hampir 30 minit bersama dua ekor ular tedung selar masing-masing sepanjang tujuh dan 13 meter itu berjaya menarik perhatian para tetamu.

Menurut Nurul Nabila, dia mahu mencipta kelainan pada majlis perkahwinannya dengan persembahan ular berbisa memandangkan reptilia itu diminatinya sejak di bangku sekolah rendah.

“Sebelum ini saya juga merupakan pemain ular berbisa, jadi untuk persandingan ini saya mahu menganjurkan sedikit persembahan ular bagi menghiburkan para tetamu dan saya lihat mereka begitu terhibur,” katanya ketika ditemui.

Nurul Nabila yang merupakan pengurus landskap di Putrajaya berkata, bagaimanapun, suaminya lebih meminati burung yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan berbanding ular.

“Suami saya takut dengan ular dan persembahan ular ini juga adalah sebagai kejutan untuknya,” katanya.

Selain persembahan tedung selar, orang ramai yang hadir turut dihiburkan dengan pertunjukan ular tiong dan berpeluang menyaksikan aksi burung helang terbang menyambar makanan.

Semasa persembahan berlangsung, beberapa penjinak ular antaranya dari Zoo Melaka mengawasi para penonton bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.

Nurul Nabila yang berasal dari sini dan Ikram Hishamuddin dari Rembau dinikahkan pada 23 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki tersepit bawah tayar jengkaut – Negeri Sembilan


SEREMBAN 28 Jan. – Seorang buruh lelaki warga Indonesia terpaksa menahan kesakitan lebih setengah jam apabila tersepit di bawah tayar selepas sebuah jengkaut dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Besar Pekan Mantin di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa berusia 30-an cedera di bahagian kepala dan badan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N. Sundarum berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.59 petang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa tersepit separuh badan hingga bahagian kaki di bawah tayar jengkaut.

“Jentera berat itu terjatuh ke dalam gaung sedalam enam meter di kawasan hutan kira-kira dua kilometer dari jalan utama,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang masih sedarkan diri berjaya dikeluarkan dalam masa 30 minit dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons