I pernah menang melukis di Kanada – Anzalna lepas geram netizen ragui bakatnya



PELAKON cantik Anzalna Nasir terkilan apabila bakat melukisnya dipertikankan netizen.

Anzalna menerusi Instagramnya meluahkan rasa kesal apabila ada peminat yang menuduhnya memuat naik gambar curi daripada Internet.

“Saya nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! Sekiranya dia dapat buktikan lukisan ini hasil tangan orang lain.

“Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap I curi! Bukan hebat mana pun kita lukis!

“Secara tiba-tiba nak melukis sementara tunggu call time shooting.

“Ada juga hati yang tak senang. Kena lukis gambar orang lidi agaknya baru nak percaya!,” cabar Anzalna.

Bagi membuktikan kredibilitinya yang mampu melukis kata Anzalna, dia pernah memenangi pertandingan melukis ketika menetap di Kanada sebelum ini.

“Kita malas nak cakap tapi kita pernah menang melukis di Kanada. Kan dah tercakap!

“Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video!

“Penat juga hidup macam ni. Videographer I boleh letak jawatan terus!

“Kami tak gaduh pun cuma I juga teringin nak tengok lukisan dia cakap tu. Girl, nanti tunjukkan kat sis!” tambahnya.

Anzalna turut memuat naik gambar hasil lukisannya di entri terbabit di samping bukti perbualan salah seorang peminatnya yang mendakwa lukisan itu bukan asli.

“I tak buat fitnah. Tapi I pernah nampak art exactly dekat Instagram.

“It’s ok, kalau tak percaya You suruhlah Anzalna buat video lukis sama dalam gambar itu,” tulis pengguna itu.

Entri yang dimuat naik Anzalna mendapat lebih 12,000 likes dan ratusan komen hingga ada yang mula mencipta tanda pagar (hashtag) #KanDahTercakap.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Netizen teruja The Rock ucap apa khabar Malaysia


JIKA anda peminat tegar pelakon popular Dwayne Johnson, pasti anda teruja dengan video yang dimuat naik di platform media sosial, Facebook miliknya.

Pelakon yang lebih terkenal dengan nama ‘The Rock’ dalam video tersebut bertanya khabar kepada peminatnya di negara ini dalam bahasa Melayu!

“Apa khabar Malaysia?” katanya dalam video itu. Beliau turut mengumumkan bahawa filem Rampage yang dibintanginya bakal dipertontonkan di pawagam Malaysia bermula Khamis ini.

Sumber: Facebook/Dwayne The Rock Johnson

Rata-rata netizen luah rasa teruja dengan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak sabar untuk tonton filem itu di pawagam.

Sumber: Facebook/Dwayne The Rock Johnson

Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada peminatnya di negara ini atas sokongan yang diberikan untuk filemnya yang pernah menduduki carta Box Office di Malaysia seperti Jumanji, Furious 7 dan The Fate of the Furious.

The Rock dalam posting terdahulu mengumumkan bahawa Rampage akan ditayangkan satu minggu awal sebelum tarikh awal seperti yang dijadualkan.

Katanya secara sinis, penukaran tarikh itu tiada kaitan dengan filem adiwira Avengers: Infnity Wars yang juga dijadualkan pada 25 April ini.

Terdahulu, pelakon utama filem Jumanji: Welcome to the Jungle ini berterima kasih kepada peminatnya menerusi beberapa siri video di akaun Instagramnya.

“Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya, sejak saya memulakan kerjaya dalam arena gusti lagi. Antara kenangan manis yang saya kenang sehingga hari ini adalah bertarung dengan lawan di Kuala Lumpur.

“Saya sangat berterima kasih dan teruskan menikmati Jumanji,” kata The Rock dalam video itu.

BACA: ‘Terima kasih Malaysia!’ – The Rock terharu Jumanji bakal jadi filem terlaris



Source link

read more

Dia mak kau nak cari mak lain ke – Netizen keliru marah Ismail Izzani


PERKONGSIAN penyanyi muda Ismail Izzani di ruangan Twitternya mengundang perasaan jelik dalam kalangan netizen.

Menerusi kapsyen Ismail, 17, di Twitter, dia menulis secara ironi tidak akan pernah membohongi ibunya.

“Never cheated on her,” tulis Ismail dalam sekeping foto di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME2018) baru-baru ini.

Namun, hal itu mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang netizen hingga ada yang mengaitkan sikapnya yang curang sebanyak enam kali dengan bekas kekasih. “Memanglah, dia tu mak kau. Kau nak cari mak lain ke?” soal salah seorang netizen secara sarkastik.

Sumber Twitter
 
“Ada ke orang ‘cheated on their own mom’?” soal salah seorang pengguna lain.

“Jangan babitkan ibu anda dalam situasi dengan gadis-gadis lain sebab ibu satu-satunya insan yang akan ada bersama anda,” tambah @_fareenaziz.

Sumber Twitter
  Bagaimanapun, tidak semua netizen menyelar kenyataan yang ditulis Ismail.

“Mungkin adik ini nak bagi kenyataan ‘jangan tipu-tipu mak’,” tulis @KyraCinta.

Sumber Twitter
“Maksudnya dia takkan menipu ibunya dalam usaha untuk tidak melukai hati. Sepatutnya dia tulis ‘have never cheated on her’ atau dia mahu tulis ‘never cheat on her,'” tambah @ainin_farisya.
 

Sumber Twitter
 



Source link

read more

Meremang dengar lagu ni woi – Netizen seram dengar OST Dukun


PASTINYA ramai yang tertanya lagu apakah yang diangkat sebagai lagu tema untuk filem Dukun terbitan Astro Shaw.

Lagu yang turut disimpan selama 12 tahun itu mempunyai aura tersendiri dan menguatkan lagi jalan cerita filem tersebut.

Berjudul Merana Jiwa, lagu runut bunyi itu dinyanyikan sendiri oleh Datin Seri Umie Aida dan Elyana.

Menariknya, komposer lagu ini merupakan insan sama yang mecipta lagu popular untuk runut bunyi filem Ombak Rindu, Zaidi Abd Rahman.

Penyanyi Atilia turut berkolaborasi dengan Zaidi dalam menciptakan lirik untuk lagu Merana Jiwa.

Sudah dimuat naik di laman YouTube Astro Shaw pada 5 April, lagu ini sudah mendapat lebih 22,000 tontonan.

Di ruangan komen, peminat meluahkan rasa seram mereka selepas mendengar lagu ini.

Ada juga peminat yang memuji melodi lagu ini yang sesuai dengan jalan cerita filem Dukun.

Komen netizen

Komen netizen

Komen netizen

Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Tindakan Hishammuddin disanjung netizen | Merdeka Online


da591dcc-c7f9-45ec-bcc8-9dec5dd477e7.transformedMO, 5/4/2018, KUALA LUMPUR: Keprihatinan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, membantu mengikat tali kasut penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, semalam mendapat pujian netizen di laman sosial.

Insiden berkenaan berlaku ketika majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2018 di Kuala Lumpur.

Detik Hishammuddin mengikat tali kasut pelajar Muhammad Ammar Hakim Mohd Azmi, 13, yang menerima anugerah berikutan mencatat keputusan 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sempat dirakam sebelum dimuat naik ke Instagram miliknya.

“Tali kasut adik Muhammad Ammar Hakim, anak PW1 Mohd Azmi Laibi, tidak tersimpul rapi ketika ingin terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan tadi, jadi saya tolonglah betulkan ikatannya.

“Agaknya dia begitu berdebar hingga terlupa mengikat tali kasut dengan baik!

“Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang berjaya catat 7A dalam UPSR tahun lalu! #PerkasaPerwira,” katanya dalam catatan Instagram itu.

Sehingga jam 4.15 petang hari ini, gambar itu mendapat lebih 6,800 likes dan lebih 200 komen di Instagram.

Dalam majlis itu, 20 anak warga Kementerian Pertahanan yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan.

Mereka yang berjaya menerima bantuan pendidikan khas RM80 setiap bulan selama setahun bagi UPSR, RM100 (PT3) dan RM150 (SPM) termasuk sijil.

Selain itu, 31 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 30 warga awam ATM menerima APC 2018 berikutan khidmat cemerlang sepanjang perkhidmatan bagi 2017.

Majis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.



Source link

read more

KJ marah netizen – TheRakyat


KUALA LUMPUR- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memarahi seorang netizen yang cuba memaparkan pemimpin Barisan Nasional (BN) hanya berkhidmat kepada rakyat apabila pilihan raya semakin hampir.

“Tweet bodoh. Gambar-gambar dari beberapa tahun lepas. Kami melakukannya setiap hari. Boleh mengkritik tetapi jangan jadi orang tak guna,” katanya dalam posting di Twitternya hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menjawab tweet seorang lelaki yang memaparkan gambar-gambar pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan aktiviti harian rakyat semasa menghadiri pelbagai program kemasyarakatan.

Lelaki yang menggunakan tweethandle @bongkersz itu memaparkan empat keping gambar yang merangkumi Perdana Menteri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dengan kapsyen “Jika anda memerlukan khidmat sapu sampah, pembantu rumah, kutip buah sawit, membaiki rumah, potong rumput, tukang masak, inilah masanya. Lima tahun sekali, percuma.”

Khairy juga melakukan retweet beberapa posting yang menyokong pendapatnya antaranya oleh @Shahril Hamdan yang mengatakan pemimpin Barisan Nasional berkhidmat kepada pengundi sepanjang tahun walaupun mungkin tidak dihargai oleh masyarakat bandar yang sanggup memilih wakil rakyat Pakatan dan menghilangkan diri selama lima tahun.-theRakyat



Source link

read more

Rakam reply lagu Di Matamu Sufian Suhaimi netizen persoal tindakan Fathia cc Elfira Loy


SELEPAS beberapa lagu ‘cover’ nyanyiannya mendapat respon positif, aktres Fathia Latiff muncul dengan lagu ‘cover’ terbaru.

Fathia membuat kelainan dengan merakam versi balasan (reply) lagu Di Matamu dendangan asal Sufian Suhaimi dan memuat naik lagu tersebut di laman YouTube Mixology Music.

Dilancarkan pada 30 Mac lalu, Fathia mempromosikan lagu tersebut di laman Twitter miliknya.

Apa yang mengejutkan, menerusi salah sebuah tweet, Fathia telah ‘mention’ dan ‘cc’ bekas tunang Sufian, Elfira Loy.

Sumber Twitter

Terkejut dengan tindakan Fathia, Elfira bertanya mengapa pelakon drama bersiri Ariana Rose itu melakukan perkara sedemikian.

“Why do you have to cc me?” tulis Elfira.

Tenang menjawab soalan Elfira, Fathia menjelaskan yang lagu ‘cover’ tersebut merupakan lagu balasan (reply) dan telah diubah liriknya.

Sumber Twitter

Tindakan Fathia mendapat perhatian segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan aktres itu melibatkan Elfira dalam hal ini.

BACA: Tak jadi kahwin hari ini, Sufian Suhaimi lancar klip video ‘Di Matamu’
Sumber Twitter
Sumber Twitter
Dalam pada itu, lagu ‘cover’ Di Matamu nyanyian Fathia mendapat hampir 130,000 tontonan dan menduduki tangga ke 15 dalam carta trending YouTube.

BACA: “Hanya salah faham, tak ada niat buruk” – Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly

Sumber Fathia

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kelunakan suara aktres itu dan tidak sabar menantikan single pertama Fathia yang bakal muncul tidak lama lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter



Source link

read more

Apa perasaan anda peluk Tiz Zaqyah – netizen serang IG Roberto Carlos


GARA-GARA memeluk pelakon Tiz Zaqyah, bekas pemain bola sepak Brazil, Roberto Carlos diserang netizen.
 
Pelbagai kata-kata negatif dan kurang sopan diberikan oleh netizen menerusi entri terbaru yang dimuat naik Roberto di akaun Instagram (IG)nya pada Ahad.


 Walaupun entri itu tiada kaitan dengan foto peluk tersebut, namun netizen tetap meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen terhadap foto yang dimuat naik oleh Tiz pada Ahad.
 
Bagaimanapun disebabkan ruangan komen foto berpelukan yang dimuat naik oleh Tiz itu telah ditutup menyebabkan netizen beralih untuk ‘menyerang’ IG bekas pemain bola sepak berkenaan.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Roberto dan Tiz yang berpelukan dan menganggap perbuatan itu tidak sopan serta keterlaluan.
 
Dalam pada itu, Tiz juga memuat naik foto terbaru seolah-olah memerli tindakan netizen.

Namun netizen membidas kembali kenyataan pada foto tersebut dengan mengatakan mereka tidaklah mudah untuk dipermainkan sehingga tidak dapat membezakan sama ada foto itu telah disunting atau pun tidak.
 
Foto: Instagram @tiz.zaqyah / @officialrc3
 



Source link

read more

Teknik latih bayi angkasawan negara Sheikh Muszaphar curi tumpuan netizen



PENCAPAIAN Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dalam bidang aeroangkasa sehingga berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama sebagai angkawasan memang cukup membanggakan rakyat Malaysia.
 
Namun, di sebalik kehebatannya dalam bidang tersebut, beliau juga sering berkongsi ‘tip’ sebagai bapa menerusi media sosial.
 
Dalam status terbaru di Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi cara mudah untuk melatih bayi pusingkan badan daripada merangkak kepada baring secara telentang.
 
Teknik itu mungkin bukanlah perkara baru tetapi caranya melatih dua anak lelaki kembarnya, Adam dan Noah begitu mencuit hati netizen.
 
Dengan cara bersahaja, suami kepada Datin Dr Halina Mohd Yunos yang berpakaian baju Melayu hijau ini memuat naik video mengenai aksinya bersama dua orang si cilik itu.
 



Source link

read more

BabyCTDK Selamat datang puteri ibumu sudah lama menanti – Netizen



KUALA LUMPUR: Berakhirnya penantian selama 11 tahun, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini bergelar ibu sebaik sahaja melahirkan bayi perempuannya pada jam 8.17 minit pagi tadi.

Puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa seberat 3.55 kilogram itu telah selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Kegembiraan itu tidak hanya dinantikan oleh Siti dan keluarga  malah turut dikongsi rata-rata peminat penyanyi itu di media sosial disamping teruja menantikan pengumuman nama bayi perempuannya dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

BACA: Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza

Berikut adalah ucapan yang sempat kami kumpulkan daripada para peminat, rakan artis dan ahli politik kepada  penyanyi lagu Purnama Merindu itu menerusi hashtag #BabyCTDK oleh Astro AWANI mulai laman media sosial Facebook dan Twitter saluran berita berikut sejak Jumaat lalu.
Pautan tersebut mendapat lebih 35,000 perkongsian manakala ratusan ucapan tahniah dan doa buat pasangan Siti Nurhaliza dan suami tersayang.

Menerusi laman instagram rasmi CTDK, Siti dikatakan berada dalam keadaan baik dan meminta sedikit ruang untuk berehat bagi membuatnya menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Khalid turut sempat merakamkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan pelbagai pihak ke atas isterinya yang tersayang. 

BACA: ‘Nama puteri Siti Nurhaliza bermula dengan Siti’ – Asyraf Khalid

BACA: Wow! Banyaknya hadiah untuk baby Siti Nurhaliza …

TONTON: Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab

 



Source link

read more