ZAID AL ARAKI NI JENIS MANUSIA TAK SEDAR DIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Jika selama hari ini, bila DAPigs dilabelkan sebagai sebuah parti chauvanist yang Anti Islam dan Anti Ketuanan Melayu, ramai dikalangan puak Pakatan Haprak tu cuba untuk menafikannya.

Sedangkan buktinya sudah cukup jelas. Memang DAPigs parti yang tidak menerima sistem ketuanan Melayu dan mereka tidak menghormati institusi Raja – Raja Melayu secara terbuka.

Sehari selepas protes ahli UMNO yang mengutuk Zaid Ibrahim sebagai biadab, ahli DAPigs itu hari ini menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor.

“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli dengan kenyataan Sultan Selangor yang menggesa agar bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi PPBM itu disiasat di bawah Undang-Undang Akta Hasutan 1948.

Dalam wawancara baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Dalam wawancara hari ini, Sultan Sharafuddin berkata Zaid tidak perlu mengajarnya dan teguran ke atas Dr Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.

Terdahulu, ahli DAPigs itu juga tampil memberikan kritikan secara terbuka terhadap cadangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berkaitan dengan isu solat zohor secara berjemaah.

Antara lain, ahli DAPigs itu mendakwa cadangan tersebut sebagai satu langkah yang bodoh dan menganggap solat secara berjemaah ini hanya sekadar Ritual Keagamaan yang tidak mendatangkan faedah.




Source link

read more

Tingkatkan kualiti perkhidmatan ni kami tengok bas pun takut- PIBG



KUALA LUMPUR: Benar harga minyak di negara ini tidak menentu dan ditambah pula dengan peningkatan kos operasi, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) sebelum ini ada mencadangkan untuk menaikkan tambang bas sekolah.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Ustaz Mohd Faisal Al-Hafiz Mohd Noor, cadangan itu perlu disesuaikan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan pengusaha bas.

“Boleh kalau mereka nak naikkan, tetapi kena la naik taraf perkhidmatan juga.

“Contohnya, masih ada perkhidmatan bas sekolah ni kalau kita tengok sekarang, bas yang ada tu kita tengok pun takut.

“Mana dengan tiada pembantu pemandu, muatan lebih, tiada penghawa dingin ditambah malah merisikokan pelajar, kenaikan tambang nampaknya tidak berbaloi setakat ni,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini hari ini.

Tambahnya, kalau pengusaha bas memikirkan kos operasi mereka sahaja yang meningkat, bukankah ia juga meningkatkan ‘kos operasi’ anak-anak?

Beliau turut menzahirkan harapannya untuk pihak pengusaha bas sekolah turut memahami cabaran yang turut dihadapi ibubapa kini.

Biarpun senada dengan Mohd Faizal, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Shahpandi Abdul Manan pula mahu cadangan kenaikan antara RM10 hingga RM20 itu dikurangkan.

“Saya berpendapat kenaikan yang dicadangkan itu boleh dikurangkan sikit kita mohonlah mereka kurangkan kepada separuh sahaja,” katanya.

Astro Awani juga cuba mendapatkan respon daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung isu ini.

Tiada respon diberikan pengurusan tertinggi SPAD memandangkan sejak 2016, kawal selia untuk tambang bas sekolah telah dimansuhkan dan setiap kadar yang dikenakan tertakluk kepada persetujuan antara pengusaha bas sekolah dengan ibubapa.

Pengusaha bas sekolah turut diberikan kemudahan subsidi petrol dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai langkah membantu mereka menghadapi kenaikan kos operasi.



Source link

read more

DAPigs ANGGAP SOLAT JEMAAH NI “RITUAL AGAMA YANG BODOH”!!! ~ SEMUT HITAM


Dari kenyataan yang dikeluarkan, ianya jelas menunjukkan yang Ahli DAPigs ini menganggap tindakan PPD Kuantan mewajibkan sesi solat berjemaah di sekolah itu satu cadangan yang Bodoh.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Si Zaid Ibrahim itu mendakwa cadangan yang dibuat itu merupakan salah satu daripada perkara bodoh yang dilakukan oleh golongan pendidik.

Malah, Zaid Ibrahim yang juga dikenali sebagai Zaid Al-Araki ini juga turut mendakwa solat berjemaah itu hanya merupakan satu ‘Ritual Keagamaan’ yang tidak memberikan sebarang faedah.

“Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita.

“Ritual agama diamalkan setiap hari di sekolah kita adalah satu kegagalan dan mereka akan terus gagal membina perwatakan dan menyemai nilai baik dalam kehidupan.

“Ritual ini tidak dapat membantu pelajar Melayu menjadi lebih berpendidikan, memahami tanggungjawab peribadi atau lebih berdisiplin,” tulisnya dalam blognya hari ini.

Nauzubillah! Sesungguhnya saranan dan tindakan yang dilakukan oleh Si Zaid Ibrahim ini jelas bertentangan dengan akidah dan syariat yang dituntut ke atas umat Islam secara terbuka.

Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Si Zaid Ibrahim ini hanya sekadar untuk menjadikan isu tersebut sebagai satu bahan propaganda Politik DAPigs yang sememangnya Anti Islam.

Sedangkan dalam Islam pun sudah dinyatakan dengan jelas bahawa solat itu ‘Tiang Agama’ dan ianya bukan satu Ritual Agama semata – mata seperti yang didakwa oleh Si Zaid Ibrahim ini.

Bahkan solat itu bukan sahaja kewajipan utama ke atas seluruh umat Islam. Tetapi ianya juga dituntut agar didirikan secara berjemaah bagi membina sahsiah dalam jiwa umat Islam itu sendiri.

Hakikatnya, mendirikan solat secara berjemaah itu dapat mendidik umat Islam menjadi lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan berintegriti. Tapi malangnya, bagi orang seperti Si Zaid Ibrahim ini, dia lebih mementingkan soal nak menjaga Politik daripada nak menegakkan syiar Islam!!!




Source link

read more

USUL BEBASKAN ANWAR NI IDEA BASI!!! ~ SEMUT HITAM


Bila kita kata yang puak Pakatan Haprak ni ketandusan idea untuk dijadikan sebagai bahan kempen Pilihan Raya, sibuk pulak diorang marah sehingga meroyan macam orang hilang akal.

Tapi itulah hakikatnya. Dek kerana ketandusan idea itulah yang menyebabkan mereka terpaksa mengitar-semula isu yang sudah tepu untuk dihidangkan kepada rakyat secara terbuka.

Walhal ramai dikalangan rakyat sendiri pun dah muak mendengar soal nak membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara. Malah anak kepada Si Ketua Penipu tu pun dah pasrah dengan keadaan.

Tambah memalukan ialah apabila ada juga yang mendakwa tindakan PKR yang sengaja membangkitkan isu pembebasan Si Ketua Penipu tu seolah – olah meminggirkan soal kebajikan rakyat.

Apatah lagi jika ianya dilakukan didalam Parlimen, tempat dimana sepatutnya wakil rakyat yang dipilih memberikan tumpuan kepada isu berkaitan dengan kepentingan rakyat secara menyeluruh.

Banyak lagi isu kebajikan rakyat yang boleh diketengahkan oleh puak Pakatan Haprak tu. Tapi kenapa mereka memilih untuk terus memperjuangkan kepentingan peribadi Si Ketua Penipu tu sahaja?

Cadangan untuk membentangkan usul tergempar tersebut dibuat oleh N. Surendran yang juga turut merupakan peguam kepada Si Ketua Penipu itu. Namun cadangan itu telah ditolak.

Dalam kenyataan yang dibuat, N. Surendran mendakwa tindakan Dewan Rakyat itu mempunyai unsur berat sebelah yang sengaja dilakukan bagi menfikan hak Si Ketua Penipu itu.

“Keputusan ini ada unsur berat sebelah, jika kita tidak boleh membahaskan perkara ini di Dewan, di mana lagi boleh kita lakukan?

“Setiap kali kita bawa usul untuk mengkritik kerajaan, ia ditolak. Ia menunjukkan unsur berat sebelah,” bidas Surendran.

Dari kenyataan yang dibuat itu menunjukkan bahawa niat sebenar Si Surendran tu mahu membentangkan usul tergempar tersebut bukan untuk memperjuangkan hak Si Ketua Penipu tu.

Sebaliknya, dia hanya sekadar mempergunakan isu berkaitan dengan pembebasan Si Ketua Penipu tu sebagai bahan modal Politik murahan mereka dengan memberikan gambaran kononnya Kerajaan BN ni berat sebelah. Itu je tujuan dia sebenarnya!!!




Source link

read more

MAKIN PENING! OSTAZAH PAN NI GILA GLAMER JUGAK KE??? ~ SEMUT HITAM


Heh! Makin hari makin pening puak – puak PAN ni. Selepas salah seorang bekas ahli PAS yang kini menjadi ahli parti itu muncul semula dipentas persembahan, kini giliran Si Ostazah Pening ni pulak.

Masing – masing dah Gila Glamer ke sampai tahap sanggup dia mendakwa kononnya dia sudah meninggal dunia? Perlu ke sampai ke tahap itu dia nak beri peringatan kepada orang lain?

Kenyataan mengenai perkara itu telah dimuat-naik ke laman media sosial Instagram milik Si Ostazah pening tu sebelum ini. Namun turut dijelaskan sebab mengapa ianya dilakukan.

Dari satu sudut, memang tak salah sekiranya Si Ostazah PAN tu cuba nak memberikan peringatan mengenai Sakaratul Maut kepada peminat – peminat dia. Tinggal lagi, caranya itu agak keterlaluan.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Ostazah PAN tu hanya sekadar cubaan untuk dia menarik perhatian dari khalayak umum. Dan ini bukan kali pertama dia buat kerja seperti itu.

Kata mereka, sebelum dia menyertai mana – mana parti Politik, Si Ostazah Pening tu pernah buat gempar apabila diberitakan telah dikejarkan ke hospital selepas meminum kloroks.

Soalnya, terdesak sangat ke Si Ostazah Pening tu sehingga dia sanggup melakukan perkara sedemikian rupa? Tau la nama dia semakin hari semakin tenggelam dan kurang dah orang sebut nama dia. Tapi, takkan la sampai tahap dia nak cari Publisiti Murahan seperti ini!!!




Source link

read more

JUMUD SANGAT KE PEMIKIRAN SANG EDITOR NI??? ~ SEMUT HITAM


Kalau setakat ini la kehebatan seorang bekas Editor membuat kesimpulan berdasarkan kepada gambar yang disebarkan melalui media sosial, memang ianya sangat memalukan.

Mungkin pepatah Inggeris mengatakan bahawa “A Picture Can Speak A Thousand Words”. Tapi nampak gayanya, persepsi yang diberikan oleh bekas Editor tersohor ni terlalu sempit.

Antara lain bekas Editor tersohor itu membuat dakwaan kononnya kunjungan YAB Perdana Menteri ke atas Si Ketua Penipu tu hari ini adalah disebabkan kerana terdesak nak kekalkan kuasa.

“Nampaknya Anwar sebagai banduan menjadi rebutan politik. Najib juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa  sekalipun memaafkan Anwar.Mungkin ini diluar jangkaan Mahathir sendiri. 

“Hayat politik Anwar Ibrahim nampaknya semakin panjang dan suatu pusingan sosio politik yang tak dijangka sedang  berlaku. Nilai moral sudah tidak lagi terpakai dalam politik Malaysia.

“Jika Tun Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib maka Najib juga menunjukkan dengan kuasa yang ada padanya beliau sanggup dan boleh melakukan lebih dari Mahathir untuk mempertahankan dirinya.”

Dari kenyataan yang dikeluarkan, nampak sangat betapa singkatnya pemikiran seorang bekas Editor yang cukup tersohor itu membuat kesimpulan diatas kunjungan YAB Perdana Menteri itu.

ATAU mungkin sang editor itu cuba nak memanipulasikan kata – katanya untuk dijadikan sebagai bahan sindiran terhadap tindakan yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri itu sendiri?

Apa yang jelas, tindakan yang dipamerkan oleh Sang Editor itu memperlihatkan betapa jumudnya pemikiran dirinya sendiri yang tidak mengenal erti ehsan dan simpati terhadap orang lain. Kot ya pun dia ketandusan idea nak burukkan PM, jangan la sampai nak tunjuk kemaluan dirinya sendiri!!!




Source link

read more

MEMANG SIA – SIA JE USAHA ADUN DAPigs NI!!! ~ SEMUT HITAM


Jawatankuasa CEC DAPigs yang baru selesai diadakan baru – baru ini memberikan mesej jelas membuktikan bahawa parti itu lansung tidak mengendahkan kepentingan orang Melayu.

Perkara itu dapat dilihat apabila keputusan jawatankuasa itu menyaksikan tidak seorang pun wakil orang Melayu yang dipilih oleh perwakilan. Sebaliknya, mereka hanya mendapat undian kurang dari 500.

Namun perkara itu bukan satu isu yang baru bahkan ianya sudah dijelaskan sebelum ini. Malah bukan sahaja diperingkat Pusat DAPigs menolak kepimpinan dikalangan orang Melayu ni.

Tapi diperingkat Negeri pun DAPigs tidak senang melihat orang Melayu menjadi pemimpin. Contohnya cukup jelas apabila ADUN DAPigs Mentakab diugut oleh ahli parti itu sebelum ini.

ADUN DAPigs itu suatu ketika dahulu pernah tampil menghina dan mengugut mahu memfailkan saman terhadap Mufti Pahang tetap tidak berjaya menarik perhatian ahli parti tersebut.

Sebaliknya, ADUN DAPigs Mentakab yang pernah mempertikaikan isi kandungan khutbah Aidil Adha itu juga turut pernah diberikan amaran supaya tidak bertanding.

Maka, dengan erti kata lainnya, usaha yang dilakukan oleh Si ADUN DAPigs Mentakab itu sebelum ini yang mahu parti Komunis diberikan pengiktirafan juga hanya sekadar sia – sia belaka.

Mungkin Si ADUN DAPigs Mentakab tu ingat dengan cara dia mendesak Kerajaan supaya memberi pengiktirafan kepada parti Komunis itu dapat melonjakkan nama dia dalam pemilihan semula kali ini.

Tapi malangnya, Si ADUN DAPigs itu perlu menerima hakikat bahawa DAPigs tetap mengamalkan Politik Chauvanist dan tidak mengiktiraf kepimpinan dikalangan orang Melayu secara terbuka. Bagi DAPigs, Melayu ni hanya layak jadi Barua mereka sahaja!!!




Source link

read more

ELOK BUBAR JE PPBM NI!!! ~ SEMUT HITAM


Lepas satu persatu masalah timbul, apa rasionalnya lagi untuk PPBM terus kekal wujud? Jika sebelum ini, isu kepimpinan parti itu telah menjadi diantara bahan bualan dikalangan rakyat.

Ramai yang mendakwa parti itu hanya diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan kemahuan individu tertentu sahaja. Parti itu kata mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Bahkan parti yang dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO itu rata – rata hanya sekadar mahu membalas dendam terhadap Perdana Menteri dan bukannya mahu berjuang untuk rakyat.

Malah dakwaan dan segala tuduhan yang dilemparkan selama ini hanya berdasarkan kepada andaian semata – mata. Tidak ada bukti kukuh pun pernah ditampilkan secara terbuka.

Dan apa yang lebih memalukan ialah apabila ada kepimpinan parti itu yang membuat tuduhan dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin mereka sendiri secara terang – terangan.

Malangnya, tuduhan dan dakwaan itu tidak juga disokong dengan bukti yang sah sampai tahap apabila didesak agar dibuat laporan pun sehingga ke hari ini tiada yang berani tampil ke hadapan.

Yang paling terkini ialah mengenai pembubaran Bahagian parti itu dibeberapa kawasan yang secara tidak lansung menyaksikan kepincangan didalam parti itu semakin bertambah kronik.

Itu belum termasuk isu mengenai kewujudan sayap parti yang tidak ada didalam perlembagaan dan kisah mengenai Ketua Armadanya yang kuat menabur fitnah merata – rata.


Jadi, untuk apa lagi parti itu terus dikekalkan sedangkan banyak isu yang tidak dapat diselesaikan? Kenapa rakyat perlu menghabiskan masa dengan parti yang dicipta hanya untuk merosakkan Negara?

Kalau parti itu kata mereka mahu memperjuangkan kebajikan orang Melayu, mereka boleh masuk PAN kerana parti itu juga mendakwa mereka mahu menjaga kepentingan orang Melayu.

ATAU, kepimpinan parti itu boleh sahaja menyertai DAPigs yang sebelum ini pernah didakwa ‘Anti Melayu’ oleh Tun Mahathir tetapi kemudian mengubah pendirian selepas menyertai Pakatan.

Maka secara kesimpulannya, kewujudan PPBM itu jelas tidak memberi sebarang kesan siginifikan kepada Politik di Malaysia kerana kepimpinan parti itu tidak mempunyai sebarang hala tuju dan hanya ditubuhkan atas dasar syok sendiri!!!




Source link

read more

PANDAI SI AZMIN ALI NI MENIPU DALAM BAJET 2018!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Selepas kantoi memalukan diri sendiri dalam status dilaman twitter berhubung isu peruntukan TVET baru – baru ini, Si Azmin Ali sekali lagi kantoi menipu dalam Bajet 2018 Selangor.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Azmin membuat pengumuman mengenai Bonus untuk kakitangan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinannya sebanyak 3 bulan.

Padahal, bonus yang diumumkan untuk Bajet 2018 itu hanya sebulan sahaja kerana 2 bulan lagi sudah dibayar pada bulan Jun 2017 sebelum ini. Bijakkan Si Azmin Ali tu menipu rakyat?

Dalam erti kata mudahnya, Si Azmin tu cuba bermain kata – kata untuk menyedapkan teliga dengan memberikan gambaran kononnya Rejim Pakatan Selangor tu prihatin terhadap kakitangan awam.

Tambah memalukan ialah apabila dalam masa yang sama, Si Azmin tu juga turut memaklumkan bahawa duit bonus itu dibayar dengan menggunakan duit premium tanah dan hasil cukai tanah.

Maknanya, duit yang dibelanjakan oleh Si Azmin Ali itu datangnya dari poket rakyat yang membayar premiun serta cukai tanah kepada pihak pentadbiran Rejim Pakatan Haprak tu sendiri.

Dari satu sudut, tindakan Si Azmin Ali tu membelanjakan duit hasil kutipan dari rakyat melalui bayaran premium serta cukai tanah hanya menguntungkan kakitangan awam semata – mata.

Perkara itu jelas apabila peruntukan sebanyak RM 94.65 juta itu tidak melibatkan golongan petani, pesawah, pekerja swasta dan juga nelayan secara lansung yang turut membayar cukai yang sama.

Bak kata puak Pakatan Haprak tu juga, cukai ni semua orang kena bayar. Tapi yang mendapat keuntungan hanya sesetengah pihak. Maka secara kesimpulannya, bukan semua orang dapat bonus tiga bulan seperti yang dibanggakan sangat oleh Si Azmin Ali tu!!!




Source link

read more

SI BUDAK HINGUSAN NI PANDAI MENUDUH JE!!! ~ SEMUT HITAM


Huh! Buat malu je dia dinobatkan sebagai seorang pendebat Negara sedangkan apa yang dia selalu lakukan hanya menabur fitnah dan membuat dakwaan tanpa sebarang bukti semata – mata.

Untuk sekian kalinya, Si Budak Hingusan tu tampil dengan kenyataan kononnya pihak yang cuba menyerang partinya seolah – olah dibayar oleh pihak tertentu. Itu je la alasan yang boleh dia berikan.

Kot sebelum ini pun, Si Budak Hingusan kesayangan Tun Mahathir tu pernah membuat dakwaan kononnya cuba disogok dengan wang berjumlah hampir RM 5 juta untuk meninggalkan parti.

Tapi malangnya, sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang laporan dibuat oleh Si Budak Hingusan tu kepada SPRM. Malah dia juga GAGAL tampil dengan bukti terhadap dakwaannya.

Yang lebih menghairankan, kenapa Tun Mahathir sendiri hanya mendiamkan diri apabila Si Budak Hingusan tu GAGAL tampil dengan bukti terhadap dakwaan yang telah dilakukannya?

Tindakan Tun Mahathir itu seolah – olah membenarkan Si Budak Hingusan tu menabur fitnah terhadap orang lain secara sesuka hati. Adakah itu corak pentadbiran yang dimahukan?

Dan kali ini pun Si Budak Hingusan tu sekali lagi membuat tuduhan kononnya pihak yang membuat laporan kepada RoS berhubung status Armada yang tidak wujud dalam Perlembagaan parti dibayar oleh pihak tertentu.

“Mereka cuba serang Armada dengan pelbagai dakwaan demi melemahkan Armada. Mungkin mereka takut kerana Armada memiliki kekuatan seramai 57 peratus anak muda yang menganggotai Bersatu. Mereka yang buat kenyataan seolah-olah dibayar untuk bawa isu ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya.

Yang herannya, kenapa Si Budak Hingusan tu sendiri tidak mengambil tindakan yang sewajarnya jika benar dakwaan yang dibuat oleh bekas Exco Armada itu dikatakan tidak benar?

Kenapa dia tak ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap mereka? Sebaliknya, isu pemecatan yang dibangkitkan oleh bekas Exco Armada itu masih GAGAL untuk dijelaskan secara terbuka.

Isu pemecatan jawatan serta keahlian bekas Exco Armada itu yang menjadi tanda tanya. Tindakan itu seolah – olah memberi gambaran bahawa PPBM ditadbir oleh seorang Diktator yang tidak mengamalkan Politik Demokrasi seperti yang dibanggakan oleh Si Budak Hingusan tu!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons