Wanita hamil anak luar nikah bintang rock legenda – Nasional


KUALA LUMPUR 22 April – Seorang wanita berusia lingkungan 30-an mendakwa dirinya hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit yang dijalinnya dengan seorang pemuzik kumpulan rock legenda tanah air.

Mahu dikenali sebagai Ann, wanita tersebut ketika menghubungi Utusan Online mengakui bayi yang dikandung adalah angkara keterlanjurannya bersama pemuzik berkenaan yang dikenali lebih setahun lalu.

“Kami mula berkenalan dalam sebuah majlis persendirian, namun hubungan tersebut pada peringkat awal hanya sekadar kenalan biasa, tidak lebih dari itu.

“Bagaimanapun, disebabkan urusan perniagaan yang ada kaitan dengan kumpulan rock terkenal itu, saya jadi kerap bertemu dengannya termasuk ahli yang lain.

“Ekoran itu, kami mula jadi kawan baik, semakin hari semakin rapat sehinggalah memutik rasa kasih dan sayang antara kami berdua.

“Mulanya saya enggan terperangkap dalam hubungan tersebut memandangkan pemuzik veteran itu sudahpun berumah tangga,” katanya berterus-terang.

Pun begitu, layanan mesra serta sikap budiman lelaki itu membuatkan Ann termakan umpan yang dipasang lalu merelakannya menjadi mangsa kepada jerat percintaan kasanova berkenaan.

Akuinya lagi, pada Julai lalu, hubungan mereka kian intim sehingga berlanjutan ke adegan ranjang yang akhirnya mengundang padah buat Ann.

“Selang beberapa minggu, saya disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan kesihatan lantaran menyedari kitar haid yang terhenti, di samping menghidapi simptom lazim kehamilan.

“Sebaik dimaklumkan tentang kehamilan itu, terus saya hubunginya untuk menceritakan situasi yang sedang dialami.

“Pada waktu itu, meski dia menunjukkan reaksi terkejut, namun berjanji untuk bertanggungjawab termasuk mengatur perancangan menikahi saya,” jelasnya.

Trimester pertama kehamilan, Ann mengatakan lelaki itu berusaha mengotakan janjinya sehinggalah hubungan sulit mereka dihidu isteri pemuzik terbabit.

Sejak itu, kedua-duanya berhadapan masalah dan jarang bertemu bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar, cuma kata Ann, hanya telefon pintar menjadi medium komunikasi.

Disebabkan hal itu, pelbagai kesukaran mula timbul, sekali gus menyulitkan lagi hubungan terlarang yang berlaku antara mereka.

“Lama-kelamaan, hubungan kami makin renggang, selalu terjadi perselisihan faham dan sebagainya yang kemudiannya menjadi punca terhadap perpisahan kami.

“Lebih teruk, dia sekarang seolah-olah sudah lepas tangan membiarkan saya seorang menanggung bahana onar kesilapan kami,” ujarnya memberi penjelasan.

Berjanji tidak akan menggugurkan kandungannya, Ann berharap luahan itu dapat melembutkan hati pemuzik tersebut agar mengotakan janji yang telah dilafaz sebelum ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Nikah kali kedua, Dynas tetap gementar – Nasional


SHAH ALAM 21 April – Dengan sekali lafaz, pelakon popular Dynas Mokhtar selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, di kediaman pengantin perempuan di sini pada pukul 10.50, pagi tadi.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, dinikahkan bapanya Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Khairul Anuar Mulim dan kedua belah pihak.

Dynas menerima mas kahwin RM1001, wang hantaran RM30,000 beserta set barangan kemas serba satu dan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Sementara pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk rawatan lasik berjumlah RM13,000 yang dilakukan Selasa lalu.

Majlis pernikahan itu dihadiri 150 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.

Majlis diserikan lagi dengan barisan pembawa dulang hantaran pihak pengantin perempuan yang terdiri daripada rakan artis iaitu Yasmin Hani, Aisyah Sinclair, Daphne Iking, Atilia dan Sazzy Falak. Manakala Scha Alyahya pula sebagai pengapit.

Dalam pada itu, Dynas mengakui dia tetap berasa berdebar dan gementar meskipun majlis kali ini merupakan pernikahan keduanya.

Tambah Dynas, dia juga tidak mampu menahan tangis selepas ibunya, Datin Rasiah Shaharuddin memeluk dan memberi kata-kata istimewa padanya.

“Debaran dan gementar tu sudah semestinya saya rasai tetapi syukur semuanya berjalan dengan lancar.

“Walaupun cuba berlagak tenang, namun saya tetap menangis selepas ibu saya memeluk dan memberi kata-kata nasihat yang istimewa,” kata Dynas ketika ditemui media pada majlis pernikahannya.

Dynas dan Shazrik yang berkenalan empat tahun lalu membuat keputusan untuk ke jinjang pelamin selepas melangsungkan pertunangan 26 Oktober lalu.

Selepas majlis nikah, pasangan itu mengadakan majlis resepsi yang berlangsung di lokasi sama.

Manakala majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala satu lagi resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei.

Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hitung Detik Bahagia, Rody Kristal Nikah 27 April Ini – MYNEWSHUB


TANDA tanya status hubungan gitaris kumpulan rock Kristal, Rody dan tunangnya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman terjawab apabila pasangan ini menetapkan 27 April depan sebagai majlis pernikahan mereka.

Dipetik daripada laporan Sinar Online, Rody memberitahu majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kulai, Johor.

“Untuk majlis resepsi pihak saya, insya-ALLAH akan diadakan juga tapi lambat lagi. Yang penting, kami dahulukan nikah dan selesaikan majlis di sebelah pihak perempuan. Yang lain-lain kemudian pun tak apa,” kata Rody.

Dalam pada itu, Rody mengakui perasaannya bercampur-baur selain turut diburu perasaan berdebar menanti hari bahagia.

“Gementar tapi happy (ketawa),” ujarnya ringkas.

Saat ditanya mengenai bakal isteri, Rody memberitahu sikap wanita itu yang pandai mengambil dan menjaga hati dia serta keluarga membuatkan hatinya terpikat sekaligus merasakan ada keserasian antara mereka.

“Niena juga seorang yang happy go lucky dan mudah mesra dengan keluarga,” tambah Rody.

Rody dan Niena saling berkenalan selama enam bulan sebelum lamaran dibuat. Apa yang paling menarik perhatian mengenai pasangan ini adalah Rody melamar Niena menerusi laman sosial Instagram miliknya pada September dan memilih untuk bertunang pada 4 November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM



Source link

read more

Penyanyi Nita Hamzah nikah 29 April



PENYANYI Nita Hamzah telah menghubungi meja Hiburan Sinar Harian bagi mengundang ke majlis pernikahannya bersama pasangannya Mohd Fareez Shamsul Bahari pada 29 April depan. Nita atau nama lengkapnya Norhanita Hamzah kini sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis bersejarahnya yang bakal diadakan di Selayang Height, Batu Caves.

“Majlis nikah ini jemputan tak ramai hanya dalam 500 orang sahaja.  Ada mini pelamin sahaja untuk sesi bergambar.  Kami bernikah pagi dalam jam 11 dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada bulan Ogos manakala di pihak saya, akan difikirkan tarikh selepas itu,” kata Nita yang telah empat tahun berkenalan dengan tunangnya itu.

Nita dan Fareez telah mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos tahun lalu.

“Keluarga kedua-dua belah pihak juga gembira dengan keputusan itu memandangkan mereka memang nak kami cepat-cepat bernikah,” katanya kepada Sinar Harian.

“Alhamdulillah dah alang-alang ada rezeki untuk kami bernikah, kami akan langsungkan saja. Bersanding tu nanti boleh buat kemudian,”katanya.

Nita merupakan pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua dan kini aktif membuat persembahan di majlis-majlis tertutup.



Source link

read more

Ibu Zahirah Macwilson selamat nikah



IBU kepada pelakon jelita yang hangat diperkatakan, Zahirah Macwilson, telah selamat bernikah pada tanggal 24 Mac lalu.

Maslinda Yusof, 44, bertemu jodoh dengan duda anak tiga, Hairul Azni Bendiamin, 48, seorang warganegara Singapura.

“Alhamdulillah segala berjalan lancar. Majlis pernikahan serba sederhana ini dilangsungkan di Masjid Hepburn, Perth, Australia.
“Suami berkerja sebagai technician engineer di syarikat penerbangan SIA. InsyaAllah selepas ini suami akan turut menetap di Perth,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya mengenai penerimaan Zahirah terhadap perkahwinan ini, Maslinda memberitahu bahawa anaknya itu gembira kerana ibunya sudah mempunyai teman.

Maslinda sebelum ini pernah berkahwin dengan Zainol Macwilson dan akhirnya bercerai pada 9 November 2015.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.

Zainol juga sudah bernikah pada Jun 2016 secara rahsia di Kangar, Perlis.



Source link

read more

Shila Amzah Haris nikah bulan depan



KUALA LUMPUR : Shila Amzah akan bernikah bersama pasangan pilihan hatinya pada 19 April ini.

Nurshahila Amzah, atau lebih dikenali sebagai Shila, 27 telah mengikat tali pertunangan bersama Haris Idraki, 28 pada 3 November lepas di kediaman keluarganya di Cheras.

“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini.

“Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

BACA: Shila Amzah bertunang, rancang langsung perkahwinan tahun depan

Namun, tarikh resepsi dua mempelai ini akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, Shila merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang berjaya melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

“Saya bersyukur disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia bagi kategori Hiburan dan Sukan kerana turut tersenarai dengan nama-nama hebat yang lain.

BACA: Tersenarai dalam ‘Forbes 30 Under 30’ hadiah berganda buat Shila Amzah

“Tersenarainya saya dalam Forbes 30 Under 30, saya berharap ia dapat memberi inspirasi buat anak-anak muda untuk terus bekerja keras bagi mencapai apa yang diimpikan,” katanya.



Source link

read more

Awi Rafael Atikah Suhaime nikah 15 Mac 2019



PASANGAN selebriti dari Singapura, Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2019.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pengurusan Awi, Warner Music Malaysia selepas pasangan itu selamat bertunang semalam.

BACA: Awi Rafael, Atikah Suhaime bertunang

“Kami dari pihak pengurusan Awi Rafael (Warner Music Malaysia) ingin memaklumkan bahawa Awi dan Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat di Royal Palm Central, Clarke Quay, Singapura.

“Ikatan tali pertunangan mereka diikatkan selama setahun dan majlis perkahwinan akan berlangsung sekitar bulan Mac 2019.

“Majlis resepsi akan diadakan di Singapura dan Kuala Lumpur juga,” maklum Warner Music Malaysia kepada Astro Gempak.

Menurut laporan Harian Metro, Atikah dan Awi bakal mendirikan berkahwin pada 15 Mac 2019 sempena tarikh ulang tahun kelahiran pelakon wanita itu.

Berita pertunangan yang mengejutkan banyak pihak itu semalam diumumkan Atikah sendiri menerusi entri di Instagram.

Atikah, 27, memuat naik sepotong video menyaksikan dia yang menyarung sepasang dres biru disarungkan sebentuk cincin oleh ibu Awi di atas pelamin.

Malah, foto Awi memakai sut hitam dan Atikah menyarung dres nude juga tersebar di Internet.

Pasangan itu telah berkenalan lebih lima bulan lalu dan masing-masing telah mencipta nama di Malaysia menerusi karya lakonan dan nyanyian yang tidak kurang hebatnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @therealatikahsuhaime



Source link

read more

Bakal jadi Datin muda Elvina nikah 18 Mac



PELAKON muda, Elvina Mohamad mengesahkan bakal bernikah dengan seorang usahawan dan selebriti dunia permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac depan.

Majlis pernikahan itu akan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada pukul 3 petang.

Kata Elvina, keputusannya untuk berkahwin dibuat selepas menyambut hari jadinya pada 25 Januari lalu.

“Kami berkenalan sejak dua tahun lepas dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sambutan hari jadi saya baru-baru ini.

“Secara peribadinya dia seorang jejaka yang memahami kerjaya saya  dan menghormati keluarga,” katanya kepada Astro Gempak.

Majlis pertunangan akan berlangsung pada pukul 2.30 petang hari sama dan majlis persandingan akan diadakan pada 24 Mac 2018 di lokasi sama.

Dalam perkembangan lain, pelakon itu baru selesai penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari bergandingan dengan Zul Ariffin dan Neelofa.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Kejutan di majlis nikah di Thailand tetamu tiba-tiba sakit bersalin



SIKHIU: Perkahwinan merupakan momen indah yang tidak boleh dilupakan. Begitu juga bagi pasangan pengantin baru di Thailand ini.

Kedua-dua mempelai ini mendapat ‘hadiah kejutan’ berupa seorang bayi perempuan apabila seorang tetamu mengejutkan tuan rumah di majlis resepsi dengan melahirkan bayi berkenaan.

Nattaporn Tesrit, rakan pengantin perempuan, tetap meluangkan masa untuk hadir ke majlis pernikahan Mayuree Kumchanteuk di Wilayah Sikhiu, Nakhon Ratchasima, biarpun sedang sarat mengandung sembilan bulan.

Kelahiran bayi berlaku di saat ketika pengantin perempuan sedang menunggu penyerahan mas kahwin.

Nattaporn dikatakan sedang bersiap untuk membantu proses penyerahan mas kahwin itu apabila dia tiba-tiba berasa sakit untuk melahirkan.

Kejadian itu menyebabkan tetamu yang lain panik.

Namun, mereka semua spontan membantu dan membawa Nattaorn ke bawah sebatang pokok.

Pada masa sama, mereka turut menghubungi hospital.

Bagaimanapun, ketika kakitangan hospital tiba untuk membawa Nattaporn ke hosptal, dia sudah pun di dalam proses untuk bersalin.

Akhirnya, dengan bantuan petugas hospital, wanita itu selamat melahirkan bayi yang sihat seberat 3.2 kg di bawah pokok.

Pasangan pengantin kemudian mengucapkan tahniah kepada Nattaporn dan sempat mengabadikan kenangan bersama bayi berkenaan.

Si ibu dan bayi kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Meskipun upacara pernikahan itu sedikit terganggu dengan kejadian itu, para tetamu menyatakan mereka tetap gembira hadir di majlis berkenaan.



Source link

read more

Indah bakal nikah jejaka misteri Ahad ini



KUALA LUMPUR : Dalam diam-diam bercinta bersama pasangan yang dirahsiakan, penyanyi Indah Ruhaila akhirnya bakal menamatkan zaman solonya pada Ahad, 24 Disember ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 30 tahun, menerusi pesanan ringkas Whatsapp, majlis itu akan diadakan secara tertutup.

“Saya Indah Ruhaila, ingin mengumumkan bahawa saya akan melansungkan pernikahan paa 24 Disember ini.

“Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media yang cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

“Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar bekas peserta AF Megastar itu.

Memetik laporan portal Sinar Harian, identiti jejaka yang bakal dinikahinya hanya akan didedahkan sejurus selepas mereka diijabkabulkan.

Tambah Indah, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi beserta gambar selepas majlis perkahwinanya.

Terdahulu, Indah telah putus tali pertunangan bersama ‘Mr. R’ Jun lalu selepas empat tahun mereka bertunang.



Source link

read more