Azmin salah guna Selangorkini untuk tujuan politik – Noh Omar


TANJONG KARANG: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan tegas, seperti menghentikan pengedaran akhbar rasmi kerajaan negeri ‘Selangorkini’, di masjid-masjid Selangor yang dilihat lebih banyak melaporkan berita politik khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata akhbar percuma kerajaan negeri itu yang diterbitkan menggunakan duit rakyat sepatutnya melaporkan lebih banyak berita mengenai pembangunan di Selangor.

“Kalau berterusan diedarkan di masjid seolah-olah JAIS abai titah Sultan Selangor sebab ini jelas menunjukkan akhbar itu telah menjadi akhbar politik.

“Ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, saya lihat Selangorkini tidak cerita politik sangat tetapi lebih kepada program menteri besar dan kerajaan negeri. Akhbar ini perlu kembali semula kepada tujuan asal ia diterbitkan,” katanya dalam sidang media bersempena program turun padang ke Kampung Sri Tiram Jaya di sini hari ini.

Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyalahgunakan ‘Selangorkini’ untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang ‘dihidangkan’ sekarang (oleh Selangorkini) adalah mengenai program yang tiada kaitan dengan pembangunan di Selangor seperti program politik Mohamed Azmin di negeri lain, berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan calon Perdana Menteri.

“Kita tidak halang penerbitan akhbar ini kerana kita amalkan kebebasan akhbar tetapi kena ingat jangan guna duit rakyat untuk kempen politik,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan Mohamed Azmin itu juga secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM775,000 untuk pembangunan di kampung itu seperti membaiki rumah dan menaik taraf bumbung gelanggang futsal.

— BERNAMA



Source link

read more

Dasar Rumah Negara 2.0 bakal siap – Noh Omar



KUALA LUMPUR: Dasar Rumah Negara (DRN) 2.0 bagi tempoh 2018 hingga 2022 kini dalam fasa akhir penyediaan, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata DRN 2.0 merupakan kesinambungan DRN sedia ada bagi tempoh 2013 hingga 2017.

“DRN 2.0 digubal secara lebih komprehensif dengan mengambil kira penambahbaikan, antaranya cabaran baharu industri perumahan seperti penyediaan rumah transit untuk golongan belia kategori M40, reka bentuk dan kawal selia harga perumahan terkini,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di sini.

Noh berkata DRN 2.0 akan melibatkan kerjasama Khazanah Research Institute dan kerajaan-kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Noh berkata kementerian juga sedang di peringkat akhir pembangunan portal Sistem Bank Data Perumahan yang dijangka boleh diakses mulai tahun depan.

Menerusi portal berkenaan, orang ramai dapat melihat stok dan penjualan rumah di bawah kategori unit rumah kuota bumiputera yang terdapat dalam pasaran hartanah semasa, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Biadab dengan sultan Jangan biarkan Zaid Ibrahim jadi gengster – Noh



KUALA LUMPUR: Rakyat Selangor seharusnya segera menolak perbuatan biadab Datuk Zaid Ibrahim yang menafikan peranan Raja-Raja Melayu dalam titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan balas Ahli DAP itu juga seharusnya tidak boleh diberi muka dan boleh menjadi semakin biadab jika dibiarkan begitu sahaja.

“Sultan ini payung kita. Sultan yang memerintah akan kekal sebagai ketua negeri. Jadi bila ada orang yang cuba mencuit kita, kita tidak boleh beri muka sebab apabila kita bagi lagi nanti dia akan buat lagi.

“Ini langkah awal untuk kita amik tindakan tegas sebab kalau dibiarkan dia boleh jadi gengster,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

BACA: Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor – Budiman

Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.

Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai “rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam” yang boleh “membakar seluruh negara”.

Namun, titah Sultan Selangor itu mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid Ibrahim, yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

BACA: Saya masuk UMNO? Ini jawapan bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim

Dalam pada itu kata Noh, tindakan yang dilakukannya itu bukan berasaskan politik namun demi perpaduan rakyat Selangor sendiri.

Dalam perkembangan berasingan, Noh menjelaskan, kerjasama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kekecewaannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tegasnya, perbincangan sudah dilakukan secara peribadi dan ia menguatkan Barisan Nasional Selangor secara keseluruhannya.

“Keempat-empat menteri besar telah jumpa saya secara peribadi dan bincang rasa kecewa dengan kerajaan Selangor sekarang.

“Bukan sahaja bekas menteri besar dari BN tetapi Khalib Ibrahim yang dilihat berjaya lemahkan BN,” ujarnya.

Kehadiran Khalid pada Konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini dikatakan persediaan untuk bekerjasama dengan BN serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.



Source link

read more

Noh kesal dua PBT Selangor tiada wakil terima geran persekutuan



SHAH ALAM: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada Selasa meluahkan rasa kesal berikutan kegagalan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor menghantar wakil untuk menerima geran tahunan dalam satu majlis yang berlangsung di sini.

Noh berkata tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang tidak menghantar wakil untuk menerima geran itu daripada kementeriannya menunjukkan seolah-olah mereka tidak menghargai sumbangan kerajaan pusat.

“Hari ini (Selasa) wakil 10 daripada 12 PBT Selangor hadir menerima geran tahunan daripada saya, cuma MBPJ dan MPK tak hadir.

“Kalau mereka tak berminat, saya akan pulang balik duit peruntukan ini kepada Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan geran tahunan kepada 10 PBT Selangor berjumlah kira-kira RM36.907 juta tersebut.

MBPJ dan MPK masing-masing diperuntukkan RM5 juta sebagai sumbangan geran tahunan.

Noh berkata penerimaan geran tahunan itu penting bagi memastikan segala projek yang dirancang oleh kerajaan pusat di kawasan pentadbiran PBT dapat berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor, berkata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa yang ketika ini disandang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada Isnin, Jamal menyatakan minat untuk bertanding di kawasan itu kerana lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons