Mingguan Amanz – Redmi Note 5 Pro, Apple Music Pelajar, Android Oreo – Amanz


Minggu ini menyaksikan Xiaomi memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang menarik perhatian ramai, iaitu Redmi Note 5 Pro. Dilengkapi dwi-kamera belakang, memori sehingga 6GB RAM, dan rekaan skrin 18:9, ia ditawarkan pada harga kurang RM1100 di India.

Beberapa telefon pintar turut telah mula menerima kemaskini Android Oreo, termasuk Samsung Galaxy S8 di Malaysia. Google pula minggu ini memperkenalkan ciri paparan seumpama Instagram Stories, melalui AMP Story.

Minggu ini turut menyaksikan Foxconn mengumumkan kerjasama dengan RED untuk menghasilkan kamera 8K pada harga lebih mampu milik.

Dan akhir sekali, para pelajar di Malaysia kini boleh mendaftar akaun Apple Music pada harga langganan hanya RM6.90 sebulan.



Source link

read more

Bursa breaks for CNY on a positive note


Marketreport 1.png
MO,15/2/2018, KUALA LUMPUR: The local bourse put in a positive performance on Thurday as the stock exchange ended the day’s trading after the morning session in light of the Chinese New Year Holidays. Regional markets rose as investors were heartened by Wall Street’s positive performance overnight despite a report that suggested growing inflation.  At 12.30pm, the FBM KLCI was trading 3.35 points higher at 1,838.28. Turnover for the session was 1.11 billion shares worth a value of RM1.07bil. There were 544 advancers versus 213 decliners and 354 counters unchanged.

Sime Darby Plantation was a leading gainer, rising nine sen to RM5.49. Nestle continued its climb, gaining RM2.10 to RM119.40, while CIMB added five sen to RM7.01.  Genting put on nine sen to RM9.14 and Genting Malaysia rose four sen to RM5.38. Decliners for the session included Public Bank, losing 20 sen to RM21.84; Maybank, dropping two sen to RM10.10; and MISC, slipping four sen to RM7.04.

On the wider market, Carlsberg rose 50 sen to RM17.16 on the back of earnings results announced yesterday, Dutch Lady added 27 sen to RM1.95 and Padini gained 25 sen to RM5.25. Among lagging counters, Kossan slipped 15 sen to RM8.55 and Ajinomoto dropped 16 sen to RM20. Oil prices received a boost on Thursday amid comments by Saudi Arabia that it would rather see an undersupplied market than end a deal to cut oil production.

WTI added 68 cents to US$61.28 a barrel while Brent crude gained 50 cents a barrel to US$64.86 a barrel. In currencies, the ringgit strengthened 0.61% against the US dollar to 3.8941. It also firmed up 0.3% against the Singapore dollar at 2.9655 but was unchanged against the pound sterling at 5.4567.

–TheStar



Source link

read more

Perbandingan Xiaomi Redmi Note 5 Pro, Samsung Galaxy A8+ (2018) Dan Honor 7X – Amanz


Peranti Xiaomi Redmi Note 5 Pro dilancarkan di India semalam. Peranti ini menggabungkan rekaan skrin 18:0 dan sistem dwi-kamera mirip yang ditemui pada iPhone X. Ia adalah peranti pertama yang dijana pemproses Snapdragon 636. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Samsung Galay A8+ 2018 dan Honor 7X yang turut merupakan peranti kelas pertengahan yang baru sahaja dilancarkan.



Source link

read more

Xiaomi Memperkenalkan Redmi Note 5 Pro Dengan Snapdragon 636, Dan 6GB RAM – Amanz


Xiaomi hari ini telah mengadakan sebuah acara khas di India, dimana mereka telah melancarkan siri peranti Redmi Note 5 untuk pasaran berkenaan. Secara kasarnya, penawaran Redmi Note 5 adalah lebih kurang sama seperti peranti Redmi 5 Plus yang telah ditawarkan di Malaysia sejak minggu lepas.

Menariknya, selain model biasa, Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru iaitu Redmi Note 5 Pro. Redmi Note 5 menggunakan skrin 5.99-inci dengan nisbah skrin 18:9, dan paparan FHD+.

Redmi Note 5 Pro

Redmi Note 5 Pro hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 636 yang menawarkan pemprosesan berkuasa, bersama-sama dengan Kyro 260. Xiaomi mengatakan dengan CPU ini, ia menawarkan pemprosesan yang lebih baik ketika memainkan permainan video atau apa-apa kandungan multimedia. Melalui ujian penanda aras yang dilakukan Xiaomi, ia mencatatkan skor AnTuTu sebanyak 109,692. Menariknya Redmi Note 5 Pro ini juga hadir dengan penawaran memori sehingga 6GB RAM LPDDR4X. Dengan penyertaan ini, ia sekaligus menjadikan Redmi Note 5 Pro adalah peranti paling berkuasa dibawah siri Redmi Note sehingga kini.

Redmi Note 5 Pro

Melengkapkan telefon pintar ini adalah dwi-kamera belakang, selain pengimbas cap jari yang disertakan pada bahagian belakang. Redmi Note 5 Pro menggunakan gabungan kamera 12MP Sony IMX 486 dan 5MP daripada Samsung. Melalui penggunaan dwi-kamera ini, ia sekaligus membolehkan rakaman gambar berbentuk bokeh dan sebagainya – selain penyertaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk menghasilkan gambar yang cantik.

Untuk kamera hadapan, Redmi Note 5 Pro menggunakan sensor 20-megapixel Sony IMX376, dan dilengkapi sokongan lampu LED hadapan. Xiaomi mengatakan ia turut menyertakan ciri dinamakan Potrait Selfie – dimana ia menggunakan sokongan pembelajaran mesin dan algoritma khusus untuk menghasilkan gambar berbentuk bokeh dan sebagainya.

Redmi Note 5 Pro

Dengan pelbagai spesifikasi tinggi dan penawaran kamera yang baik, Xiaomi turut akan menyertakan sokongan nyah-kunci berasaskan wajah untuk telefon pintar berkenaan. Dari segi bateri, ia menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh.

Redmi Note 5 Pro dengan 6GB RAM akan ditawarkan pada harga Rs16,999 iaitu sekitar RM1041 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.



Source link

read more

Paten Terkini Samsung Memberikan Petunjuk Note 9 Mungkin Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin – Amanz


Vivo X20Plus UD membuktikan peranti dengan pengimbas cap jari terbina skrin mampu dihasilkan. Ia akan menjadi peranti pemangkin yang akan menjadi ikutan pengeluar lain selepas trend penggunaan skrin nirbingkai tahun lalu. Samsung akan melancarkan Galaxy S8 dalam masa dua minggu, tidak seperti X20Plus UD ia dipercayai tidak dilengkapi pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai perancangan untuk menyertakannya di masa hadapan. Sebuah paten baru yang difailkan oleh Samsung telah muncul di laman WIPO menunjukkan rekaan untuk sistem pengimbas cap jari terbina pada skrin. Ini memberikan petunjuk ia mungkin akan digunakan pada Galaxy Note 9 kelak.

Ini bukanlah paten pertama sistem ini yang difailkan oleh Samsung. Pada Oktober tahun lalu mereka memfailkan sistem ini tetapi ia tidak hadir dengan lakaran sistem yang jelas seperti di atas.



Source link

read more

Samsung Galaxy Note FE Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1899 – Amanz



RM1899 RM2199 -14%

Bagi anda yang meminati telefon pintar dengan sokongan stylus, semestinya salah satu peranti yang menjadi fokus anda adalah Galaxy Note daripada Samsung.

Galaxy Note FE

Kini, anda boleh dapatkan Galaxy Note FE pada harga RM1899 – menawarkan potongan harga berbanding harga jualan biasa iaitu RM2199.

Galaxy Note FE hadir dengan skrin 5.7-inci, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi sokongan S-Pen, kalis air, dan juga pengimbas mata.

Anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Galaxy Note FE pada harga RM1899 ini di Lazada hari ini.

Beli : Samsung Galaxy Note FE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons