Dikritik nyanyi acuh tak acuh Siti Nordiana beri penjelasan



PENYANYI lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana menjelaskan tidak pernah melakukan perkara acuh tak acuh dalam setiap persembahannya.

Siti Nordiana atau Nana dikritik menyanyi dalam keadaan acuh tak acuh oleh juri tetap GV4, Datuk Ramli MS malam tadi.

Nana muncul membantu rakan baiknya, Lan Kristal dan mereka berduet menerusi lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’ Ki.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram milik Nana, @sitinordiana, wanita itu menjelaskan pendiriannya dan mahu memperbaiki lagi mutu persembahan di masa akan datang.
 



Source link

read more

Ada sebab Stacy tak ikut trend semasa nyanyi lagu ala 90-an



KEBANJIRAN lagu irama perlahan ala 1990-an membuatkan ramai artis masa kini mengikuti trend tersebut.

Tidak mengikut arus muzik tersebut, penyanyi Stacy masih yakin dengan irama pop dance dan muncul dengan buah tangan terbaru berjudul Cakap Ke Tangan.

“Saya yakin dengan lagu Cakap Ke Tangan kerana bagi saya, sesebuah irama muzik itu mempunyai kelompok peminat serta penggemar tersendiri. 

“Lagipun, nama saya memang sudah cukup sebati dan sinonim dengan irama pop dance. Oleh itu, bagi memanaskan gelanggang bersempena kemunculan saya selepas lebih setahun cuti bersalin, Cakap Ke Tangan adalah pertaruhan yang sangat sepadan dengan apa yang saya ingin bawakan,” kata Stacy.

Tambah pemilik nama sebenar Ummu Syaikhah Stacy Anam ini, ikhlas dalam pekerjaan menjadi kunci untuk menarik peminat menyukai karya terbarunya.

“Bagi saya, semuanya perlu ada suntikan ikhlas dan setiap pekerjaan seharusnya diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Jika kita jujur, gembira dan puas hati dengan apa yang kita hasilkan, semuanya akan dipermudahkan.

“Saya berharap lagu Cakap Ke Tangan dapat diterima oleh peminat saya. Lagu ini menjadi pengubat rindu untuk mereka yang sudah sekian lama menanti buah tangan terbaru Stacy,” katanya lagi.

Muzik video lagu Cakap Ke Tangan ciptaan Hang Nadim dan Laq ini telah dilancarkan di laman YouTube pada 13 Oktober lalu dan meraih hampir sejuta tontonan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @stacyanam



Source link

read more

Duterte akur arahan Trump nyanyi lagu cinta



MANILA: Presiden Amerika Syarikat sering didakwa menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk meminta negara-negara kecil agar akur dan patuh kepada permintaan beliau.

Kali ini, Presiden Donald Trump ‘memaksa’ Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk menyanyikan lagu bergenre romantik berjudul “Ikaw” yang bermaksud “Kamu” dalam Bahasa Melayu.

Lagu itu pada asalnya dinyanyikan Pilita Corrales sempena majlis makan malam meraikan pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina.


Source: YouTube AP Feed

Duterte kemudian berdiri dan mula menyanyi bersama-sama sehingga lagu itu habis.

Dengan nada berseloroh, Duterte berkata beliau menyanyikan lagu itu atas ‘arahan’ Presiden Trump.

Ini bukan kali pertama Duterte menyanyikan lagu berkenaan di khalayak ramai, malah beliau pernah menyanyikan lagu sama ketika lawatannya ke Kemboja sebelum ini.

Trump hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila.

Malaysia diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Source link

read more

Saya nyanyi ikut naluri tak pandai guna ear monitor – Aishah



BINTANG GegarVaganza (GV) 4, Aishah akui penggunaan alat ‘ear monitor’ sedikit sebanyak mengganggu persembahannya.
 
Menurut Aishah, 52, dia berasa kurang yakin ketika membuat persembahan kerana kekok menggunakan peralatan tersebut.
 
“Untuk konsert pertama memang saya berasa agak gugup, maklumlah sudah lama tidak menyanyi di pentas berskala besar seperti ini.
 
“Saya kurang yakin ketika membuat persembahan kerana tak biasa menggunakan ‘ear monitor’. Ketika sesi latihan, saya cuba beberapa kali untuk membiasakan diri.
 
“Sama ada pakai disebelah atau pun kedua-dua belah telinga membuatkan saya rasa sedikit kekok. Saya akui masih belum pandai nak seimbangkan ‘volume’ suara dan juga muzik yang saya dengar menerusi alat tersebut.
 
“Muzik kuat dan saya rasa suara kedengaran sangat jauh tetapi mungkin disebabkan dah biasa dengan lagu ini, saya menyanyi ikut naluri sahaja.
 
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pengalaman banyak mengajar saya dan persembahan perlu diteruskan walaupun kita menghadapi masalah,” katanya.
 
Aishah ditemui selepas konsert pertama GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.
 
Dalam pada itu, Aishah memberitahu dia kurang berpuas dengan persembahannya pada malam tersebut.
 
“Ini merupakan pertama kali dalam hidup saya menyanyi menggunakan alat itu. Zaman-zaman saya dahulu peralatan sebegini belum ada lagi.
 
“Memang kurang puas hati dengan persembahan sebab belum pandai nak mengawal alat tersebut tetapi selepas ini saya akan lakukan yang terbaik.
 
“Biasalah untuk minggu pertama masih banyak perkara yang kita belum biasa, jadi sekarang bila sudah dapat rentak bolehlah saya tahu yang mana harus diperbetulkan,” jelasnya.
 
In Ear Monitor (IEM) merupakan peralatan yang digunakan oleh penyanyi untuk mendengar muzik dan vokal mereka dengan lebih jelas ketika melakukan konsert atau persembahan secara ‘live’.
 
Konsert pertama GV4 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Janji Manismu berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 96%.
 
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
 

Foto: Instagram @aishahjmm Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons