Bangunan runtuh ragut nyawa tujuh sedang berlatih gamelan



CIAMIS: Keseronokan sekumpulan remaja yang sedang berlatih gamelan di sebuah pusat kebudayaan Cirebon, Jawa Barat pada Isnin berakhir dengan tragedi berdarah apabila mereka dihempap runtuhan tembok.

Insiden di Desa Gegesik Wetan, Gegesik itu berlaku sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan, ujar ketua polis Cirebon Risto Samodra seperti yang dilapor portal beritak Detik.com.

Kejadian berpunca daripada sebuah bangunan setinggi 9 meter bersebelahan yang runtuh terlebih dahulu lalu strukturnya merempuh tembok yang paling dekat dengan pentas latihan di pusat kebudayaan berkenaan.

Bangunan 9 meter tinggi itu adalah sebuah struktur yang dibina untuk mendapatkan hasil sarang burung walit.

Netizen Indonesia turut berkongsi rasa duka cita itu menerusi platform media sosial:

Difahamkan, kesemua pelajar di dalam pusat kebudayaan itu sedang berlatih untuk sebuah persembahan.

Mereka yang terkorban termasuk enam remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun,  dan pengurus pusat latihan itu yang berusia 48 tahun.

Tembok yang runtuh itu turut mencederakan dua remaja perempuan lain dengan salah seorang berada dalam keadaan kritikal.

Pusat kebudayaan itu telah beroperasi sejak tahun 1940-an.

“Bangunan itu sangat usang, namun kami masih menunggu siasatan pakar untuk menegsahkan puca sebenar runtuhan itu terjadi,” ujar jurucakap polis Trunoyudo Wisnu Andiko kepada AFP.

Piawaian pembinaan bangunan yang rendah telah mencetuskan kebimbangan tentang aspek keselamatan bangunan di Indonesia.



Source link

read more

Tonggak arak buatan sendiri angka korban melonjak 100 nyawa


JAKARTA: Polis Republik Indonesia pada Jumaat memusnahkan ribuan botol arak buatan sendiri dalam usaha mengekang kejadian hampir 100 maut akibat meminum arak itu dari berulang dan angka itu dijangka terus meningkat.

Pihak berkuasa di daerah Tengerang di pinggir ibu kota Jakarta, menggunakan jentera penggelek memusnahkan lebih enam ribu botol yang diletakkan di atas karpet.

Mereka turut melancarkan serbuan di kedai-kedai yang masih menjual arak terbabit.

Cukai arak yang  tinggi di negara itu memaksa golongan berpendapatan rendah mendapatkan arak murah atau yang dibuat sendiri bagi melepaskan gian.

BACA: Lebih 50 maut tonggak arak buatan sendiri

160 yang lain dilaporkan sedang dirawat di hospital dan ramai daripadanya berada dalam keadaan kritikal. - Foto Reuters
Sehingga semalam, 97 disahkan maut sejak Mac lalu dan dikaitkan dengan arak haram.

160 yang lain dilaporkan sedang dirawat di hospital dan ramai daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Kata polis, sekurang-kurangnya 17 orang telah ditahan kerana disyaki menjual dan mengedarkan arak buatan sendiri.

Salah seorang yang ditahan juga telah meninggal dunia.

Arak berkenaan dikatakan mengandungi pelbagai bahan beracun termasuk bahan kimia yang digunakan dalam semburan penghalau nyamuk.

Kejadian turut memaksa bandar Bandung dan kawasan sekitarnya mengisytiharkan situasi darurat pada Selasa.

Pada 2016, 36 maut di Jawa Tengah kerana meminum arak buatan sendiri.

Polis Republik Indonesia pada Jumaat memusnahkan ribuan botol arak buatan sendiri dalam usaha mengekang kejadian hampir 100 maut. - Foto Reuters



Source link

read more

Kemalangan kecil di lombong arang batu Georgia ragut enam nyawa



TBILISI: Sekurang-kurangnya enam pelombong maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan kecil di sebuah lombong arang batu di Tkibuli, yang terletak di barat Georgia pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Siasatan awal mendapati perubahan bentuk pada dinding sebuah terowong di lombong arang batu Mindeli telah menyebabkan bahagian silingnya runtuh.

Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama ada lombong itu telah melanggar peraturan keselamatan atau sebaliknya.

Pada 26 Mac, seorang pelombong terbunuh dalam kemalangan kecil di Chiatura, yang terletak di rantau barat, iaitu hanya 50 kilometer dari Tkibuli.

— BERNAMA



Source link

read more

Tragedi kebakaran penjara ragut 68 nyawa di Venezuela 5 anggota polis ditahan



CARACAS: Peguam Negara Venezuela pada Sabtu mengumumkan bahawa lima anggota polis telah ditahan kerana didapati bertanggungjawab dalam insiden kebakaran dan rusuhan penjara yang meragut nyawa 68 orang Rabu lepas.

Tarek William Saab, menerusi akaun Twitter, berkata kelima-limanya telah “didapati bertanggungjawab dalam peristiwa tragis yang menyebabkan kematian 68 orang di kurungan bawah tanah sebuah ibu pejabat polis.”

Beliau berkata mereka yang ditahan termasuk Timbalan Pengarah Polis Carabobo, Jose Luis Rodriguez.

Saab berkata pejabat peguam negara “akan menjamin penjelasan fakta dalam peristiwa tragis ini dan menghukum mereka yang bertanggungjawab tanpa memilih bulu.”

BACA: 70 terbunuh dalam kejadian rusuhan dan kebakaran di penjara Venezuela

BACA: Rusuhan penjara Venezuela: Ahli keluarga tunggu status

Pada Rabu, sejumlah 66 banduan dan dua pelawat wanita maut apabila kebakaran berlaku di Ibu Pejabat Polis Carabobo.

Pada hari yang sama, Saab telah mengarahkan empat pegawai penyiasat mencari punca di sebalik tragedi itu.

— BERNAMA-NNN-XINHUA



Source link

read more

Rusia siar video kemusnahan bangunan yang mengorbankan 64 nyawa



KEMEROVO: Kementerian Kecemasan Rusia menyiarkan video kesan kebakaran yang membabitkan pusat beli-belah Winter Cherry di Kemerovo,di Siberia Rusia sejurus selepas usaha pemadaman api selesai.

Video itu menunjukkan bahagian struktur yang musnah teruk akibat kebakaran yang setakat ini mengorbankan 64 nyawa.

Ketika kejadian pusat beli-belah itu dipenuhi pengunjung terutamanya ibu bapa dan kanak-kanak.

Para penyiasat berkata bahawa pintu keluar kecemasan telah disekat dan seorang pengawal keselamatan telah bertindak mematikan sistem pengumuman awam sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan kebakaran.



Source link

read more

Serangan senjata kimia di Ghouta Timur ragut nyawa seorang kanak-kanak – Nahas & Bencana


BEIRUT 26 Feb. – Seorang kanak-kanak terbunuh manakala sekurang-kurangnya 13 orang mengalami masalah kesukaran bernafas selepas satu serangan bom dipercayai menggunakan bahan kimia di Ghouta Timur, semalam ketika gencatan senjata dikuatkuasakan di Syria.

Badan pemantau has asasi manusia Syria berkata, sebanyak 14 orang awam mengalami kesukaran bernafas selepas jet pejuang Syria menyerang Kampung Al-Shifuniyah di wilayah yang dikepung tentera kerajaan itu.

Ketua badan itu, Rami Abdel Rahman berkata, seorang kanak-kanak maut manakala seorang wanita dalam keadaan kritikal selepas serangan yang menurut doktor tempatan dipercayai menggunakan gas klorin. – AFP



Source link

read more

Tindakan pantas bomba selamatkan nyawa mangsa


LABUAN 22 FEBRUARI 2018. Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Pain Muzal memberi rawatan awal kepada mangsa dalam kejadian kemalangan di Jalan Patau-Patau, di Labuan. NSTP/IHSAN PAIN MUZAL.

MO, 22/2/2018, LABUAN: Tindakan pantas seorang pegawai bomba memberi rawatan awal berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki dalam kemalangan di Jalan Patau-Patau, di sini, semalam.

Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Pain Muzal, berkata dalam kejadian jam 5.20 petang itu, beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke Kampung Sungai Keling.

Katanya, kemalangan berlaku apabila motosikal merempuh belakang sebuah kenderaan lain sehingga menyebabkan penunggang terpelanting ke tengah jalan raya.

“Tanpa membuang masa, saya meminta bantuan orang ramai untuk membuka topi keledar yang dipakai mangsa dan membaringkannya sebelum melakukan teknik ‘Head Tilt Chin Lift’ bagi membuka saluran pernafasan mangsa.

“Saya terus membuka mulut mangsa sebelum memasukkan jari menggunakan teknik ‘Finger Swept’ untuk membetulkan semula kedudukan lidah yang menutup saluran pernafasan mangsa,” katanya ketika menceritakan detik beliau membantu penunggang motosikal terbabit.

Pain berkata, beliau berbuat demikian kerana denyutan nadi pada pergelangan tangan mangsa lemah dan tidak sedarkan diri.

Katanya, beliau sedar mangsa boleh diselamatkan tetapi kemungkinan besar saluran pernafasannya tersumbat.

Difahamkan, ketika itu, orang ramai sudah menghubungi ambulans namun bantuan belum tiba.

Katanya, selepas 20 saat memberikan bantuan rawatan awal, mangsa mula memberi tindak balas sebelum mengubah kedudukan mangsa dalam posisi pemulihan.

“Mujur saya tahu cara memberi bantuan rawatan awal kerana mangsa dipercayai tidak mendapat bekalan oksigen kira-kira empat minit. Jika bantuan lewat, mangsa mungkin boleh meninggal dunia.

“Beberapa minit selepas diberi rawatan awal, pihak ambulans tiba sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya yang bertugas di Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) JBPM Labuan.



Source link

read more

Bas jatuh gaung di Peru 44 nyawa melayang


AREQUIPA, Peru: Sekurang-kurangnya 44 orang dilaporkan maut dalam tragedi kemalangan bas yang terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di lebuh raya Panamericana di daerah Ocona, Peru pada  Rabu.

Namun pihak polis menjangkakan jumlah penumpang bas mungkin lebih daripada itu, memandangkan beberapa nama penumpang tiada dalam sistem pendaftaran nama penumpang yang menaiki bas itu.

“Sebanyak 44 orang disahkan maut setakat ini menurut laporan polis” kata Yamila Osorio, Gabenor Wilayah Arequipa  di Twitter.

Insiden ini merupakan yang kedua teruk berlaku di Peru, selepas kemalangan pada 2 Januari lalu yang mengorbankan 52 penumpang bas. - Foto Reuters

Kemalangan itu berlaku di lengkungan lebuh raya utama Peru yang terletak di Arequipa.  Kemalangan jalan raya dianggap perkara yang biasa  di Peru kerana jalan raya di sana disifatkan tidak selamat dan pemandu bas kurang mendapat latihan.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa kemalangan di Arequipa.” menurut Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski melalui akaun Twitter.

“Kita telah memberi bantuan segera dan menghantar mangsa ke pusat kesihatan terdekat agar mereka mendapat rawatan secepat mungkin,” tambahnya.

Insiden ini merupakan yang kedua teruk berlaku di Peru, selepas kemalangan pada 2 Januari lalu yang mengorbankan 52 penumpang bas.



Source link

read more

Lelaki bertarung nyawa selepas isteri berang potong zakar



JALANDHAR: GARA-GARA tidak tahan dengan sikap si suami yang didakwa berlaku curang, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya sebagai melepaskan kemarahannya..

Mangsa Azad Singh, 40 tahun sedang tidur di kediamannya di bandar Jalandhar, utara Punjab ketika isterinya Sukhwant Kaur berusia 30-an memotong kemaluannya menggunakan pisau.

Tidak cukup dengan itu, si isteri kemudian membuang organ tersebut ke dalam tandas.

Wanita itu bertindak demikian selepas mengesyaki suaminya itu mengadakan hubungan dengan wanita lain.

Menurut Asisten Komisioner Jalandhar, Satinder Kumar, mangsa yang digegaskan ke hospital kini sedang bertarung nyawa.

Namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya ekoran organ lelaki itu masih tidak ditemui.

Susulan serangan itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan isteri mangsa kini berdepan tuduhan cubaan membunuh.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak.



Source link

read more

Ini AR-15 raifal dalam serangan kejam ragut 17 nyawa di Florida



SUSPEK yang menembak mati sekurang-kurangnya 17 pelajar alam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat menggunakan senjata api jenis raifal AR-15.

Baca: 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida

AR-15 adalah raifal semi automatik moden yang diperbuat daripada aloi aluminium.

Ia dibangunkan sebagai senjata orang awam oleh bekas anggota marin, Eugene Stoner pada penghujung 1950-an

Akronim AR pada pangkal nama raifal ini bukan bermaksud Assault Rifle, sebaliknya ArmaLite Rifle, syarikat yang membangunkan senjata ini.

AR-15 yang asas boleh didapati dengan harga serendah AS$600 namun ia boleh dinaik taraf dengan menambah beberapa aksesori tambahan bergantung kepada kehendak pemilik.

Mengikut statistik yang dikeluarkan pada 2015, satu daripada lima senjata api yang dibeli di Amerika Syarikat (AS) adalah daripada jenis raifal AR. Dianggarkan 15 juta unit AR-15 telah terjual dan dimiliki rakyat negara itu.

Kebanyakan orang awam memiliki senjata ini sebagai koleksi dan hobi namun hakikatnya AR-15 adalah senjata pembunuh.

Banyak kes kematian direkodkan melibatkan penggunaan AR-15 sama ada untuk tujuan menyerang atau mempertahankan diri dilaporkan

Berdasarkan statistik Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada 2016, daripada 10,273 mangsa yang maut dalam serangan senjata api di AS, 374 melibatkan penggunaan AR-15

AR-15 telah diharamkan di AS dari 1994 hingga 2004 oleh pentadbiran Presiden Bill Clinton di bawah Larangan Senjata Serangan Persekutuan. Arahan ini secara tidak langsung melonjakkan permintaan terhadapnya.

Bagaimanapun arahan larangan ini dibiarkan tamat tempoh dan tidak diperbaharui ketika era pentadbiran Presiden George W Bush.



Source link

read more