TPM Thailand sedia letak jawatan jika didapati bersalah oleh badan pencegahan rasuah


BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan,” kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Rumah kerajaan di sini hari ini.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi yang menyelubungi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata beliau tidak berasa paranoid terhadap kontroversi itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

“Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya,” kata Prawit.

— BERNAMA



Source link

read more

Amaran gempur oleh Erdogan boleh jejas inisiatif rundingan damai – SNC


BRUSSELS: Ketua Suruhanjaya Rundingan Syria (SNC) mendakwa kenyataan menentang kedudukan pengawal keselamatan sempadan Syria-Kurdish oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan boleh membahayakan masa hadapan rundingan damai.

Menurut Nasr Al Hariri, sebagai penaja rundingan damai Syria, Erdogan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap kumpulan terbabit yang terlibat secara langsung dalam siri rundingan.

“Saya fikir ini akan menjejaskan dinamika inisiatif rundingan damai Syria.

“Apa yang kita mahu adalah untuk semua pihak mematuhi resolusi Geneva dan 2254 untuk berunding secara langsung demi mencapai kedamaian dan kestabilan di Syria,” jelasnya.

Nasr berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Belgium, Didier Reynders di Brussels pada Selasa.

Pada Isnin, Erdogan mengumumkan akan mematahkan usaha kawalan sempadan oleh 30,000 anggota tentera Kurdish yang disokong Amerika Syarikat dengan menghantar pasukan tenteranya di sempadan terbabit.

Erdogan pada masa sama turut mengeluarkan amaran terhadap Washington agar tidak cuba mengeruhkan keadaan sedia ada yang turut melibatkan Ankara dalam isu tentera Turki dan tentera Kurdish.

Sementara itu, di timur Aleppo, media tempatan mengeluarkan rakaman pertempuran di antara rejim Bashar Al Assad dengan kumpulan militan.

Rejim Bashar didakwa melaksanakan misi menakluk semula kawasan pedalaman di tenggara wilayah Aleppo yang dikuasai militan.

Agensi berita Syria melaporkan rejim Bashar telah berjaya mengawal semula kampung-kampung di kawasan itu.

Minggu lalu, kumpulan pemberontak melancarkan serangan balas terhadap rejim Bashar yang cuba menggempur lokasi kumpulan pemberontak yang mengawal pangkalan udara di barat laut negara itu.



Source link

read more

Saham RHB tinggi susulan kemungkinan jualan pegangan oleh Mubadala


KUALA LUMPUR: Saham RHB Bank Bhd diniagakan tinggi hari ini susulan berita mengenai potensi penjualan oleh pemegang saham kedua terbesarnya, dana negara Abu Dhabi, Mubadala Investment Co.

Pada 3 petang hari ini, harga saham RHB Bank berada pada RM5.16, naik dua sen, dengan 1.23 juta saham bertukar tangan.

Menurut portal web yang dikendalikan oleh akhbar harian, Mubadala sedang meninjau pilihan bagi pegangannya dalam RHB Bank Bhd termasuk kemungkinan penjualan.

Katanya Mubadala telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan penasihat berpotensi untuk mendapatkan cadangan mengenai pegangannya sebanyak 17.8 peratus dalam RHB Bank selepas melihat pegangannya dalam pemberi pinjaman keempat terbesar di Malaysia itu sebagai bukan teras.

Ia sedang mempertimbangkan pilihan bagi pegangan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian semula portfolionya yang luas.

Pegangan Mubadala bernilai RM3.66 bilion berdasarkan harga penutup pada Khamis dan mengikuti di belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana pencen terbesar Malaysia, yang memiliki 40.7 peratus.

Mubadala, yang portfolionya bernilai kira-kira US$127 bilion (US$1=RM3.97), memperoleh pelaburan RHB melalui penggabungan dengan dana negara, International Petroleum Investment Co, yang dimuktamadkan pada tahun lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Lebih 100 tahanan diseksa hingga mati oleh pemberontak Houthi



THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 113 orang telah diseksa hingga mati di pusat tahanan di Yaman yang dikendalikan kumpulan pemberontak Houthi sejak usaha rampasan kuasa bermula pada 2014.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebuah badan hak asasi manusia yang berpangkalan di Belanda Right Radar RR menyifatkan tindakan terbabit adalaah satu jenayah perang.

Penyiksaan terhadap tahanan terbabit didakwa dilakukan di pusat-pusat tahanan haram di Sanaa dan beberapa wilayah lain yang dikuasai pemberontak.

Memetik laporan media antarabangsa, Menteri Hak Asasi Manusia Yaman Mohammed Askar mendakwa angka tahanan dan mereka yang mati akibat diseksa jauh lebih tinggi.

Sehingga 2017 jumlah kes penculikan yang dilakukan pemberontak adalah seramai 1,930 dan 400 kes adakah berkenaan individu hilang.

“Sehingga hari ini terdapat lebih 18,000 kes penculikan dilakukan pemberontak Houthi sejak permulaan usaha rampasan kuasa,” jelasnya.

Askar berkata kerajaan Yaman telah mendokumenkan kes-kes penahanan terbabit yang turut melibatkan  anggota kongres negara itu.

Ia didakwa dilakukan selepas insiden pembunuhan bekas pemimpin Houthi, Ali Abdullah Saleh.

Menurut Askar lagi kes penyiksaan tahanan sehingga mati dilaporkan berlaku di Sanaa, Taiz, Hajjah dan pusat penahanan terbesar di Yaman iaitu Dhamar.

“Kerajaan Yaman telah menghantar surat berserta dokumen berkaitan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB,” tambahnya.

Sementara itu menurut laporan badan hak asasi manusia RR mengatakan bahawa sumber dari badan hak asasi manusia lain menganggarkan jumlah tahanan adalah tinggi dan mereka ditempatkan di lebih 643 pusat tahanan haram di seluruh Yaman.

“Kes pembunuhan terbabit adalah pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang harus dilabel sebagai jenayah perang.

“Pesalah perlu dihukum di bawah undang-undang jenayah antarabangsa dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” jelas Pegawai Perhubungan Antarabangsa untuk RR, Gerard Van Der Kroon.



Source link

read more

Lebih 100 tahanan disiksa hingga mati oleh pemberontak Houthi



THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 113 orang telah diseksa hingga mati di pusat tahanan di Yaman yang dikendalikan kumpulan pemberontak Houthi sejak usaha rampasan kuasa bermula pada 2014.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebuah badan hak asasi manusia yang berpangkalan di Belanda Right Radar RR menyifatkan tindakan terbabit adalaah satu jenayah perang.

Penyiksaan terhadap tahanan terbabit didakwa dilakukan di pusat-pusat tahanan haram di Sanaa dan beberapa wilayah lain yang dikuasai pemberontak.

Memetik laporan media antarabangsa, Menteri Hak Asasi Manusia Yaman Mohammed Askar mendakwa angka tahanan dan mereka yang mati akibat disiksa jauh lebih tinggi.

Sehingga 2017 jumlah kes penculikan yang dilakukan pemberontak adalah seramai 1,930 dan 400 kes adakah berkenaan individu hilang.

“Sehingga hari ini terdapat lebih 18,000 kes penculikan dilakukan pemberontak Houthi sejak permulaan usaha rampasan kuasa,” jelasnya.

Askar berkata kerajaan Yaman telah mendokumenkan kes-kes penahanan terbabit yang turut melibatkan  anggota kongres negara itu.

Ia didakwa dilakukan selepas insiden pembunuhan bekas pemimpin Houthi, Ali Abdullah Saleh.

Menurut Askar lagi kes penyiksaan tahanan sehingga mati dilaporkan berlaku di Sanaa, Taiz, Hajjah dan pusat penahanan terbesar di Yaman iaitu Dhamar.

“Kerajaan Yaman telah menghantar surat berserta dokumen berkaitan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB,” tambahnya.

Sementara itu menurut laporan badan hak asasi manusia RR mengatakan bahawa sumber dari badan hak asasi manusia lain menganggarkan jumlah tahanan adalah tinggi dan mereka ditempatkan di lebih 643 pusat tahanan haram di seluruh Yaman.

“Kes pembunuhan terbabit adalah pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang harus dilabel sebagai jenayah perang.

“Pesalah perlu dihukum di bawah undang-undang jenayah antarabangsa dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” jelas Pegawai Perhubungan Antarabangsa untuk RR, Gerard Van Der Kroon.



Source link

read more

Kecewa ditukar jabatan oleh May Justine Greening letak jawatan



LONDON: Justine Greening letak jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan susulan rombakan kabinet Perdana Menteri, Theresa May.

Beliau diberi tawaran menjadi Setiausaha Pekerjaan dan Pencen tetapi menolak tawaran tersebut dan letak jawatan.

Menurut Mirror Online, sumber ‘Number 10’ berkata, May “kecewa” tetapi menghormati keputusan Greening.

May melakukan rombakan kabinet itu untuk mengukuhkan kuasanya sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, peletakan jawatan Greening bakal menyebabkan ketidakstabilan dalam kabinet May.

Tawaran kepada Greening adalah yang paling mengecewakan dalam rombakan kabinet yang menyaksikan jawatan tinggi politik tidak disentuh sama sekali.

Selain Greening, Jeremy Hunt turut ditukar jabatan.

Bagaimanapun, Hunt dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Negara bagi Kesihataan dan Penjagaan Sosial.

Nama-nama besar dalam kabinet yang dikekalkan termasuk Canselor Philip Hammond, Setiausaha Luar Boris Johnson, Setiausaha Brexit David Davis, Setiausaha Dalam Negeri Amber Rudd, Setiausaha Perdagangan Liam Fox dan Setiausaha Alam Sekitar Michael Gove.



Source link

read more

Penutupan kompleks antara Korea diarah secara unilateral oleh bekas presiden Panel



SEOUL: Bekas presiden Korea Selatan yang digulingkan, Park Geun-hye, secara unilateral telah mengarahkan penutupan sebuah kompleks perindustrian antara Korea tahun lepas tanpa konsultasi dan proses perundangan sewajarnya, lapor agensi berita Yonhap memetik laporan sebuah panel penyiasat.

Laporan itu diumumkan oleh jawatankuasa sembilan anggota terdiri daripada pakar awam yang telah mengkaji polisi kerajaan konservatif Korea Utara sebelum ini, termasuk penutupan Kompleks Perindustrian Kaesong oleh Seoul pada Februari 2016. 

Panel itu telah dilancarkan oleh Kementerian Perpaduan Seoul pada September.

Pentadbiran Park telah menutup zon kilang itu, yang terletak berdekatan dengan bahagian utara sempadan antara Korea, sebagai tindak balas terhadap ujian nuklear keempat dan pelancaran roket jarak jauh Korea Utara pada 2016. 

Langkah itu menghapuskan simbol terakhir perdamaian antara Korea.

“Ia telah disahkan bahawa penutupan itu telah diputuskan dalam arahan lisan secara unilateral oleh presiden tanpa sebarang rundingan dan konsultasi di peringkat pembuat keputusan rasmi,” demikian menurut laporan itu.

Bekas kerajaan pimpinan presiden itu mendakwa penutupan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional pada 10 Feb 2016, sejurus sebelum pengumuman dibuat. 

Bagaimanapun, laporan menunjukkan bahawa Park membuat keputusan itu dua hari sebelumnya.

Laporan itu juga mendakwa penutupan tersebut adalah satu keputusan yang melampaui undang-undang, sambil menambah bahawa sesuatu keputusan politik, meskipun dibuat di tengah-tengah krisis keselamatan, hendaklah dilakukan dalam batas undang-undang serta mengikut prosedur perundangan.

Pada masa itu, kementerian terbabit mendakwa keputusan tersebut bertujuan mencegah wang yang dijana oleh taman perindustrian daripada membiayai pembangunan senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Bagaimanapun panel itu berkata tiada maklumat atau bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan bahawa dana dari kompleks tersebut telah digunakan untuk tujuan lain.

“Ini menghalang kewajaran keputusan kerajaan dan membataskan pendirian Seoul pada masa akan datang berhubung isu membuka semula kompleks Kaesong,” kata laporan itu.

Laporan itu berkemungkinan akan menghidupkan semula pertikaian berhubung syarat operasi bagi membolehkan kompleks Kaesong dibuka semula.

Kerajaan liberal pimpinan Moon Jae-in ketika ini berhasrat menjalin hubungan dan penglibatan lebih baik antara Korea dengan Pyongyang meskipun ia kini memfokus kepada megenakan sekatan serta tekanan terhadap Korea Utara berhubung program nuklearnya.

Seoul berkata pembukaan semula taman perindustrian itu akan bergantung kepada kemajuan dalam resolusi berhubung isu program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

“Dengan pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Korea Utara, kami perlu membuka semula Taman Kaesong dan secara aktif bersiap siaga jika ada syarat tertentu dipenuhi susulan perubahan lanskap politik global,” menurut laporan itu.

Panel itu juga menekankan bahawa isu bantuan kemanusiaan hendaklah ditangani secara berasingan daripada pertimbangan politik dan pertukaran antara orang awam antara Korea perlu digalakkan.

Satu program lawatan bersama di Gunung Kumgang, Korea Utara telah ditangguhkan sejak 2008, selepas seorang pelancong Korea Selatan dibunuh oleh seorang anggota tentera Korea Utara di negara itu. 

Seoul turut mengenakan sekatan dengan melarang pertukaran antara Korea pada Mei 2010 bagi menghukum tindakan Korea Utara menenggelamkan sebuah kapal perang Korea Selatan.

Kajian panel itu dibuat selepas kerajaan Moon berusaha menetapkan satu polisi terhadap Korea Utara yang mampu bertahan sepanjang pentadbiran seterusnya tanpa mengira ideologi. 

Ia mengatakan bahawa polisi antara Korea yang dibuat oleh Korea Selatan hendaklah dilakukan berdasarkan persetujuan umum dan undang-undang secara konsisten.

Kementerian itu berkata ia akan mengambil kira syor panel tersebut dalam menetapkan polisinya terhadap Korea Utara dan dalam isu perpaduan.

— BERNAMA



Source link

read more

Polimas dianugerah status emas oleh APACC – Kampus


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas), Jitra, Kedah dianugerahkan status emas oleh Suruhanjaya Pensijilan dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC) baru-baru ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini berkata, anugerah tersebut menjadikan Polimas sebagai politeknik kesembilan mendapat pengiktirafan emas di Asia Pasifik.

“Kejayaan Polimas ini bersandarkan pelbagai kelebihan antaranya mereka bentuk dan membangunkan dua perhentian bas sebagai kemudahan untuk kegunaan masyarakat dan pelajar selain mengeluarkan buku ‘A Record of Golden Memories’ bagi mendokumenkan bukti kukuh berkaitan kerja-kerja ke arah pemuliharaan bangunan warisan,” katanya.

KPT berkata, Polimas turut mempunyai Centre of Town and Regional Planning (CTOP) dan merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dan menggunakan teknologi terkini secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta merupakan pemenang kepada anugerah e-pembelajaran dan penggunaan paling tinggi bagi Curriculum Information Documentation Online System (CIDOS).

“Selain Polimas, lapan politeknik lain turut tersenarai dalam kalangan 12 terbaik bagi tahun ini iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Seberang Perai,” katanya. – BERNAMA



Source link

read more

Arab Saudi pintas peluru berpandu sasarkan Riyadh oleh pemberontak Houthi



SANAA: Tentera pakatan diketuai Arab Saudi yang menentang pemberontak Houthi di Yaman mendakwa berjaya memintas peluru berpandu yang disasarkan ke Riyadh.

Peluru berpandu tersebut dipercayai disasarkan ke Istana Yamama milik keluarga diraja di ibu negara berkenaan.

Istana itu menjadi lokasi pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud mempengerusikan mesyuarat kerajaan dan menerima kunjungan rasmi ketua negara dari seluruh dunia.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu yang berjaya memasuki ruang udara Riyadh.

Stesen televisyen milik pemberontak Houthi mendakwa peluru berpandu berkenaan merupakan satu serangan dan rejim Arab Saudi yang bekerjasama dengan Israel serta Amerika Syarikat kini berada dalam lingkungan serangan mereka.

“Selepas peperangan yang berlanjutan selama 1,000 hari, peluru berpandu kami (pemberontak Houthi) kini mampu sampai ke kubu kuat Riyadh, termasuk istana pemerintah, yang menjadi simbol pemerintahan mereka,” kata ketua pemberontak Abdul Malik al-Houthi dalam satu siaran televisyen.

Awal bulan ini, pemberontak Houthi mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu ke sebuah loji nuklear yang masih dalam pembinaan di Emiriah Arab Bersatu, UAE.

UAE bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Perang menentang pemberontak Houthi yang diketuai Arab Saudi sudah berlanjutan sejak Mac 2015.

Pemberontak juga membunuh bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, selepas beliau memeterai perjanjian dengan pakatan Arab Saudi.

Perang di Yaman sudah mengorbankan lebih 10,000 penduduk awam dan menyebabkan jutaan penduduknya kini di ambang krisis kemanusiaan.



Source link

read more

Selepas dakwaan salah laku seks Trump berdepan pula saman oleh kanak-kanak



SAN FRANCISCO: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini bukan sahaja berdepan dengan tuduhan salah laku seksual terhadap wanita tetapi mungkin bakal berdepan dengan tindakan saman oleh kumpulan kanak-kanak.

Mahkamah Rayuan Persekutuan mendengar hujah itu pada Isnin mengenai sama ada Trump dan pentadbirannya boleh didakwa oleh sekumpulan kanak-kanak atas dasar alam sekitar.

Peguam untuk kumpulan “anak-anak tanggungjawab kita” berhujah di Mahkamah Rayuan di San Francisco bahawa penolakan Trump mengenai perubahan iklim dan kekurangan tindakan untuk mencegah pemanasan global adalah tidak berpelembagaan.

Melalui peguam mereka, 21 plaintif dari seluruh negara itu mendakwa presiden mereka telah melanggar hak perlembagaan mereka untuk hidup, kebebasan dan harta benda.

Pentadbiran Trump dalam reaksinya meminta mahkamah membatalkan kes itu.

Mahkamah dijangka membuat keputusan sama ada kes itu boleh terus dibicarakan lewat bulan ini.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons