Najib Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Atlet Olimpik Musim Sejuk


UntitledMO, 6/2/2018 – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet luncur ais negara Julian Yee Zhi-Jie dan atlet luncur salji Jeffrey Webb yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, Korea Selatan dari 9 hingga 25 Feb.

“Selamat maju jaya buat Julian Yee dan Jeffrey Web yang akan bersaing dalam #WinterOlympics 2018. Saya yakin anda berdua akan harumkan nama negara!” kata perdana menteri menerusi catatan Twitter beliau.

Julian, 20, menempah slot ke temasya sukan berprestij itu selepas meraih tempat keenam di Kejohanan Trofi CS Nebelhorn di Jerman pada September tahun lepas.

Sementara itu, Jeffrey, 19, yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, akan beraksi dalam acara ‘alpine skiing’ pada temasya sukan berkenaan.

— BERNAMA



Source link

read more

28 atlet Rusia terlibat doping dibenarkan sertai sukan Olimpik – IOC



PYEONGCHANG: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersidang selama dua hari di Pyeongchang, Korea Selatan bermula Sabtu.

Sidang luar biasa itu diadakan susulan penarikan semula larangan menyertai Olimpik oleh 28 atlet Rusia.

Mahkamah Timbang Tara untuk sukan pada Khamis mengembalikan semula kelayakan ke atas 28 atlet terbabit selepas didapati melepasi ujian doping.

Manakala 11 yang lain masih dalam perintah larangan.

Seramai 39 atlet Rusia telah dibatalkan kelayakan mereka pada Olimpik Sochi 2014 atas kesalahan doping.

Susulan kelulusan terbaharu itu 15 dari 28 atlet terbabit akan menyertai Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang yang bakal diadakan pada 9 Februari ini.



Source link

read more

Anak Malaysia, Chef Faizul ketuai dapur halal Olimpik Musim Sejuk 2018


Buat julung kalinya, anak Malaysia diberi penghormatan mengetuai penyediaan makanan halal sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang akan berlangsung 9 hingga 25 Februari di PyongChang, Korea Selatan.

 

Sepanjang Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, Chef Faizul Hazly akan ditugaskan di stesen makanan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk, dibantu oleh 15 chef tempatan.

Beliau akan terlibat dalam penyediaan makanan 24 jam, bermula daripada sarapan pagi, makanan tengah hari, makan malam hingga makan tengah malam melalui dapur berasingan khusus untuk penyediaan makanan halal.

Makanan halal yang akan disediakan termasuk sup lentil, kambing panggang, salmon panggang dan nasi beriani kukus.

Bagi Chef Faizul, 39, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan, ia adalah peluang keemasan paling bermakna dalam perkembangan kariernya, dengan membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Bapa tiga anak ini menganggap pemilihannya satu tanggungjawab yang perlu digalas sebaiknya dan dipandang serius, terutama melibatkan isu halal dalam pelbagai aspek penyediaan makanan.

“Sebagai warga Malaysia, saya bangga menjadi rakyat Malaysia pertama memasak untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk.

“Sebagai seorang duta untuk jenama makanan Malaysia, saya melihat ini sebagai peluang untuk belajar mengenai cita rasa orang daripada latar belakang budaya berbeza terutama Korea.

“Dengan populariti makanan Korea yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia, berserta dengan peningkatan populariti Korea sebagai destinasi pelancongan untuk umat Islam, saya berharap mendapat peluang memperjuangkan industri pengilangan makanan halal Korea apabila saya kembali ke Malaysia pada Mac 2018,” katanya.

Bagi memastikan bekalan makanan di dapur halal mencukupi, hampir 6,000 kilogram ayam, ternakan dan makanan laut disediakan daripada pembekal halal dari serata tempat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Shinsegae Mamee, Vuitton Pang Hee Cheah melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Chef Mamee sebagai wakil Malaysia sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

“Ini kali pertama wakil Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk. Memang kita rasa bangga, ada wakil Malaysia dan Mamee di Olimpik,” ujarnya. – SINAR HARIAN



Source link

read more

Korea Utara batal kerjasama acara Olimpik dengan Korea Selatan



SEOUL:

Korea Utara telah membatalkan kerjasama acara persembahan kebudayaan dengan artis Korea Selatan.

Menurut Kementerian Kesatuan Korea Selatan pada Isnin, Pyongyang telah membatalkan acara tersebut yang sepatutnya diadakan pada 4 Feb 2018 di Gunung Kumgang, Korea Utara.

Acara itu merupakan antara siri program menjelang Sukan Olimpik Pyeongchang Musim Sejuk 2018, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonghap.

Menurut laporan Yonghap, Korea Utara membatalkan kerjasama itu disebabkan laporan media yang dianggap berat sebelah.

Ini berikutan apabila media Korea Selatan menyatakan kebimbangan acara kerjasama itu boleh melanggar sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) terhadap program senjata nuklear Pyongyang.

Pyongyang juga membangkitkan isu ‘acara dalaman’, merujuk kepada perarakan tentera Korea Selatan yang dijangka diadakan pada 8 Feb sempena ulang tahun Tentera Korea ke-70.

Pada Jumaat, Menteri Kesatuan Korea Selatan, Cho Myoung-gyon berkata perarakan tentera itu dijadualkan sehari sebelum sukan Olimpik bermula.

“Kim Jong-un nampaknya mahu menunjukkan kuasa mutlaknya,” Cho dipetik berkata dalam laporan Yonhap.

Sebelum ini, kedua-dua negara Korea ini bersetuju untuk mengadakan kerjasama pasukan hoki ais wanita di bawah satu ‘bendera kesatuan’ pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

Sementara itu, Seoul menyifatkan pembatalan itu sebagai “sangat mengecewakan”.
 



Source link

read more

Polo Ralph Lauren lancar pakaian Olimpik Musim Sejuk pasukan AS



POLO Ralph Lauren melancarkan pakaian yang akan digunakan pasukan Olimpik Musim Sejuk Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan bermula 9 Februari depan.

Bagi majlis perasmian pasukan AS akan menggunakan pakaian berasaskan warna merah, putih dan biru manakala pakaian berasaskan warna putih akan digunakan pada majlis penutup.

Kedua-dua pakaian itu dilengkapi dengan teknologi yang mampu mengekalkan suhu badan atlet sepanjang tempoh temasya itu.

Menurut Ketua Pegawai Inovasi syarikat itu, David Lauren selain pakaian aksesori lain yang diperkenalkan termasuk topi ski berwarna biru laut dan bandana bertemakan AS.

Lauren menjelaskan pakaian yang tersebut turut mendapat perhatian peminat selepas ia laris dijual apabila diperkenalkan kepada umum.

Jenama tersebut merupakan penaja rasmi pakaian bagi jawatankuasa Olimpik Amerika dan Pasukan AS sejak 2008.



Source link

read more

Beregu perak Sukan Olimpik kembali bergabung – Badminton


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Demi persiapan Piala Thomas 2018 dan peraturan baharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong digandingkan semula hanya selepas tiga bulan dipisahkan.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, bermula tahun depan, BWF menetapkan pusingan kelayakan tidak akan diguna dalam kejohanan Tahap 2 dan 3 (Siri Super Premier serta Siri Super), sekali gus menyukarkan peluang kedua-dua pemain itu untuk beraksi memandangkan ranking mereka bersama gandingan baharu masing-masing agak rendah.

V Shem sebelum ini digandingkan dengan Teo Ee Yi, manakala Wee Kiong bersama Ong Yew Sin. Bagaimanapun Ee Yi kini akan kembali bergabung dengan Yew Sin demi menguatkan kombinasi mereka.

“V Shem-Wee Kiong dan Ee Yi-Yew Sin akan digandingkan semula dalam beberapa kejohanan selepas ini sebagai persediaan menghadapi Piala Thomas tahun hadapan kerana mereka masih di kedudukan yang baik dalam ranking dunia yang lama. Ini secara tidak langsung akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan baik untuk aksi kelayakan.

“Dalam beberapa bulan akan datang, gandingan lama ini akan menyertai kejohanan berbeza kerana BWF sudah menetapkan peraturan baharu bahawa tiada lagi pusingan kelayakan bagi kejohanan Tahap 2 dan 3.

“Jadi, Malaysia akan berdepan risiko besar sekiranya meneruskan gandingan Wee Kiong-Yew Sin dan V Shem-Ee Yi kerana mereka berkemungkinan tidak layak beraksi dalam kejohanan Tahap 2 dan 3,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Badan induk badminton negara itu sebelum ini terpaksa memisahkan V Shem-Wee Kiong selepas gandingan itu menunjukkan penurunan prestasi yang drastik ekoran masalah komunikasi.

Tindakan tersebut menyaksikan V Shem digandingkan bersama Ee Yi, manakala Yew Sin bersama Wee Kiong dalam beberapa kejohanan sebelum ini, namun gagal menghasilkan sebarang keputusan positif.

Kelayakan Piala Thomas 2018 akan diadakan di Alor Setar pada 6 hingga 11 Februari, dan jika layak Malaysia akan beraksi dalam pusingan akhir di Bangkok dari 20–27 Mei. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Susulan digantung atlet Rusia sertai Olimpik Pyeongchang sebagai atlet neutral



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan untuk membenarkan atlet Rusia bersaing di Sukan Olimpik Pyeongchang tahun hadapan sebagai atlet neutral.

Menurut IOC, beberapa atlet Rusia akan dijemput bersaing sebagai ‘Atlet Olimpik Dari Rusia’ (OAR) tanpa bendera negara atau lagu kebangsaan mereka.

Ini berikutan kes doping terancang pada Sukan Sochi 2014, menyaksikan penggantungan ahli IOC dan jawatankuasa Olimpik Rusia Alexander Zhukov, serta mengharamkan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko dari Sukan Olimpik seumur hidup.

Mutko adalah menteri kesukanan pada 2014 dan juga ketua jawatankuasa penganjur bagi Piala Dunia akan datang.

IOC juga mengenakan denda AS$15 juta untuk Jawatankuasa Olimpik Rusia bagi membayar siasatan ke atas kes berkenaan dan kerja anti-doping di masa depan.

Bagaimanapun, penggantungan terbabit boleh dicabar di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini mengatakan adalah memalukan untuk Rusia bersaing tanpa membawa simbol negara.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons