Serangan Florida Mangsa selamat mahu jumpa orang politik



FLORIDA: Sekumpulan pelajar yang terselamat dalam serangan di Marjory Stoneman Douglas High School memulakan perjalanan sejauh 645 kilometer pada Selasa, menuju ke Tallahassee.

Mereka mengembara dengan satu suara, mahu ‘mengejutkan lena’ anggota Parlimen mengenai bahaya yang sedang menanti pelajar sekolah jika udang-undang kawalan senjata tidak segera dilaksana.

Menaiki bas sewa khas, kumpulan pelajar ini bergerak meninggalkan Coral Springs pada tengah hari dan dijangka tiba di ibu negeri itu pada lewat petang.

Mereka merancang mengadakan rapat umum pada Rabu dengan harapan mampu memberi tekanan kepada badan perundangan negeri yang dikuasai Republikan.

Sejak menguasai pejabat gabenor dan Badan Perundangan pada tahun 1999, Republikan telah menolak pelaksanaan sekatan ke atas senjata api.

Namun beberapa anggota dari Grand Old Party (GOP) menyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan rang undang-undang bagi membolehkan sekatan berkenaan dikuatkuasa.

BACA: Berjalan 17 km, solidariti untuk 17 mangsa serangan berdarah Florida



Source link

read more

Sanggup berdepan peluru demi keselamatan orang lain pelajar ini digelar Black Panther sebenar



FLORIDA: Insiden tembakan rambang yang mengorbankan 17 pelajar sekolah di Marjory Stone Douglas High School, Parkland, Florida baru-baru ini meninggalkan kesan yang amat dahsyat.

Pada masa ini, pelaku serangan sedang berdepan tindakan undang-undang, manakala komuniti setempat menjalankan protes untuk mendesak perubahan dalam sistem keadilan, keselamatan dan pemilikan senjata di Amerika Syarikat.

Sewaktu kekecohan tersebut, sebenarnya ada wira yang muncul dari kalangan orang biasa. Dia merupakan seorang pelajar yang cuba melakukan segalanya, malah di luar kemampuannya, demi menyelamatkan orang lain sewaktu keadaan sedang genting.

Netizen memuji tindakan Anthony Borges, 15 tahun, dan mengatakan remaja tersebut adalah wira sebenar selepas menyelamatkan 20 pelajar yang lain, hingga ada yang meggelarkannya ‘Black Panther’ sebenar.

Anthony adalah salah seorang mangsa kejadian tembakan di sekolah tersebut.

Remaja tersebut menerima lima tembakan ditubuhnya ketika menghalang sebuah pintu daripada dibuka, sekali gus menjadikan dirinya sebagai pelindung bagi puluhan pelajar lain.

Kedua-dua belah kaki, bahagian belakang dan tulang peha kiri remaja tersebut ditembak.

Borges kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan menurut doktor, dia sedang pulih dari kecederaan.

Dalam sekeping gambar yang ditularkan di internet, kelihatan Borges dilawati ketua sherif yang amat menghargai usahanya meletakkan diri dalam risiko demi keselamatan rakan-rakan sekolahnya.

Tindakan Borges itu disifatkan sebagai simbol pengorbanan dan keberanian yang amat luar biasa berbanding remaja yang sebaya dengan dirinya.



Source link

read more

Dengarlah keluhan Orang Asli – Wilayah


KOTA BHARU 18 Feb. – Pertubuhan Pribumi Bersatu Perkasa (Perkasa) berharap keluhan masyarakat Orang Asli yang meminta aktiviti pembalakan di kawasan tanah adat mereka di Gua Musang dihentikan mendapat perhatian kerajaan Pas Kelantan.



Che Asri Ali

Che Asri Ali

Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Che Asri Ali berkata, pihaknya menyokong penuh sekatan yang dibuat oleh masyarakat Orang Asli di beberapa kawasan di Gua Musang bagi menghalang aktiviti penebangan balak di situ.

“Apa yang berlaku itu adalah satu bentuk penganiayaan terhadap masyarakat Orang Asli tempatan.

“Kerajaan negeri melalui syarikat yang dilantik melakukan aktiviti penebangan di kawasan berkenaan perlu hentikan aktiviti mereka segera,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tiga sekatan dibuat oleh Orang Asli di kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Selatan sejak Khamis lalu sebagai bantahan terhadap penerokaan hutan serta tanah adat mereka bagi tujuan pembalakan, projek perladangan dan penanaman durian ‘Musang King’.

Sekatan itu dibina di Chawas, Gua Cha dan Pos Gob.

Mengulas lanjut, Che Asri berkata, kerajaan negeri digesa lebih peka dan memikirkan secara mendalam kesan yang bakal ditanggung Orang Asli sekiranya persekitaran mereka terancam.

“Ini melibatkan hak asasi masyarakat Orang Asli yang turun-temurun menjadi penghuni di kawasan tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jacob Zuma – kahwin enam kali punyai anak 20 – 22 orang



CAPE TOWN: Bekas Presiden Afrika Selatan yang baru sahaja meletakkan jawatannya semalam dikenali sebagai seorang presiden yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Bukan sahaja dalam arena politik, malah kisah peribadi kehidupannya antara yang hangat diperkatakan.

Memetik laporan portal The South African, Jacob Zuma, 75, berkahwin sebanyak enam kali dan mempunyai 20-22 orang anak.

Lebih parah, 15 daripada anaknya adalah hasil perkahwinan dengan isteri-isterinya manakala 5-7 orang lain merupakan anak dengan kekasih-kekasihnya.

Pada tahun 2006, Zuma juga pernah didakwa merogol seorang wanita pembawa virus HIV namun pertuduhan itu turut digugurkan.

Menyentuh keperibadiannya dalam arena politik di Afrika Selatan, Zuma pernah berdepan pelbagai skandal rasuah.

BACA: Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan

BACA: Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi

Zuma pernah berdepan dengan 800 tuduhan rasuah pada 2009 dan turut dikaitkan dengan dakwaan berbilion dolar dalam perjanjian senjata.

Namun kesemua tuduhan ini digugurkan ketua pendakwa negeri bagi membuka jalan mudah buatnya menyandang jawatan presiden.

Selain dari isu skandal rasuah yang tiada penghujungnya, tempoh pemerintahannya juga menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan masalah pengangguran meningkat dan mencetuskan kemarahan masyarakat.

Tahun lalu juga, Zuma menafikan tuduhan mengatakan dia mempunyai hartanah berharga AS$25 juta dolar yang terletak di pinggir bandar Dubai untuk didiaminya selepas bersara.



Source link

read more

17 orang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup cetus keganasan Mesir 2014 – Nasional


KAHERAH 11 Feb. – Sebuah mahkamah di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 17 orang berhubung kekacauan yang menyaksikan kematian tiga orang awam termasuk seorang wartawan dan seorang remaja semasa demonstrasi antikerajaan pada 2014.

Mahkamah sama turut menjatuhi hukuman penjara antara tujuh tahun dan 15 tahun ke atas 16 orang individu ketika 15 individu lain dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Dalam kejadian pada 28 Mac 2014, Mayada Ashraf yang bekerja untuk stesen televisyen swasta, Al-Dustour ditembak di kepala semasa membuat liputan demonstrasi antikerajaan di kawasan perumahan Ein Shams.

Seorang wanita Kristian Koptik dan remaja berusia 13 tahun turut terbunuh dalam kekacauan itu. – AFP



Source link

read more

400 AHLI BUAT LAPORAN PUN SALAH ORANG LAIN??? ~ SEMUT HITAM


Diri sendiri yang GAGAL menjadi pemimpin dan menjaga ahli – ahli diperingkat akar umbi, pun masih lagi dia nak salahkan orang lain? Pun dia masih tak nak mengaku salah dirinya sendiri?

Jika sebelum ini, pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu melancarkan kempen #UndiRosak kerana tidak setuju dengan pencalonan dia sebagai Perdana Menteri, pun dia salahkan orang lain juga.

Kali ini, Tun Mahathir yang sedang berada dalam keadaan yang sangat terdesak sekali lagi terpaksa tampil menyalahkan orang lain diatas ke-GAGAL-an dirinya sebagai seorang pemimpin.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa kononnya ada pihak luar yang menjadi dalang disebalik tindakan 400 orang ahli PPBM membuat laporan kepada pihak RoS sebelum ini.

“Kita hairan kenapa terdapat sehingga 400 ahli-ahli PPBM ini buat laporan yang sama dengan perkataan yang sama kepada RoS?

“Nampak macam ada satu usaha daripada pihak mana saya tidak tahu untuk memberi alasan kepada RoS supaya tidak meluluskan permohonan untuk PH didaftarkan,” katanya dalam satu sidang media di Yayasan Perdana, di sini, pagi tadi.

Dari satu sudut, dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu tidak berasas kerana ianya hanya bersandarkan kepada tuduhan kosong tanpa sebarang bukti yang benar – benar kukuh.

Walau apa pun dakwaan dan alasan yang diberikan, tindakan 400 orang ahli PPBM itu membuktikan bahawa memang wujud rasa tidak puas hati dikalangan ahli – ahli parti itu sendiri.

Ianya secara tidak lansung menunjukkan bahawa tidak semua orang dalam PPBM itu akur dan tunduk kepada kepimpinan Tun Mahathir seperti mana yang didakwa selama hari ini.

Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin yang baik, Tun Mahathir perlu mengambil berat tentang isu yang menyebabkan mereka tidak puas hati terhadap parti. Dia perlu turun ke bawah dan bertemu dengan ahli diperingkat akar umbi. Bukan buat tuduhan tak tentu arah!!!




Source link

read more

Doktor palsu punca 21 orang dijangkiti HIV



LUCKNOW: Seorang doktor palsu menyebabkan 21 orang dijangkiti HIV di sebuah kampung di bandar Lucknow, India setelah ‘merawat’ beberapa pesakit yang mengalami selsema, batuk dan cirit-birit.

Masalah ini berpunca apabila doktor palsu itu merawat menggunakan jarum suntikan yang tercemar.

Pegawai perubatan, Sushil Choudhury berkata polis sedang memburu suspek, Rajendra Yadav, yang dipercayai melarikan diri.

Menurut penduduk kampung, mereka tidak pernah melihat doktor itu menukar jarum semasa melakukan rawatan dan ini dipercayai mungkin menyebabkan jangkitan virus HIV.

Ramai warga India beralih mendapatkan perkhidmatan doktor palsu susulan masalah kekurangan doktor.

Doktor palsu juga mengenakan bayaran yang murah.

Masalah kekurangan doktor dan hospital besar di India juga menyebabkan kos perubatan menjadi mahal.

Statistik UNAIDS menyatakan India mempunyai 2.1 juta penghidap HIV pada akhir tahun 2016.



Source link

read more

Tunggu orang kenamaan melamar Ini jawapan Kilafairy



Pelakon dan penyanyi Kilafairy tidak tertekan berfikir soal mendirikan rumah tangga selepas teman baiknya, Izara Aishah akhirnya berkahwin tahun lalu.

Kata Kilafairy, 25 tahun, dia ingin memberikan fokus terlebih dahulu kepada perkembangan kerjaya lakonan dan nyanyiannya berbanding memikirkan soal jodoh.

“Ya, saya tahu Icha (Izara) pun sudah berkahwin dan ada juga beberapa rakan baik saya sudah berteman, bagi saya tiada tekanan pun.

“Malah, saya yang paksa mereka untuk cepat-cepat berkahwin dan gembira atas kehidupan baharu masing-masing.

“Untuk saya sendiri rasanya belum lagi buat dalam masa terdekat. Saya pun masih solo dan target saya tahun ini untuk memberikan fokus kepada kerjaya nyanyian saya,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single Put The Word In di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya adakah dia meletakkan tempoh untuk berkahwin atau menantikan individu kenamaan untuk melamarnya, ini jawapan Kilafairy sendiri.

“Oh tidak! Saya boleh buat sendiri, saya boleh cari duit sendiri.

“Saya tidak akan sesekali bergantung kepada wang atau harta lelaki. Itu pesan ibu saya sepanjang membesar.

“Kata Mama, beli rumah sendiri, kumpul duit sendiri dahulu dan jangan bergantung pada orang lain.

“Buat masa sekarang saya tidak ada sebarang target untuk berkahwin pada usia berapa. Kalau ada jodoh adalah,” tambahnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @kilafairyofficial



Source link

read more

90 peratus mangsa kempen sulit dron AS adalah orang awam



KEMPEN sulit dron perang Amerika Syarikat didapati membunuh lebih ramai orang awam dari suspek pengganas yang disasarkan.

Pendedahan yang dibuat pengasas Wikileaks, Julian Assange, menunjukkan bahawa 90 peratus individu yang terbunuh dalam serangan dron AS adalah orang awam yang tiada kaitan dengan gerakan pengganas dan tiada di dalam senarai pengganas atau penjenayah yang dikehendaki negara Uncle Sam itu.

Kempen yang dimulakan di bawah pemerintahan bekas Presiden George W. Bush sebagai salah satu komponen ‘War on Terror’ itu juga didapati semakin meningkat selepas pemerintahan Presiden Donald Trump.

Sebanyak 57 serangan dron di Pakistan, Somalia dan Yaman sewaktu pemerintahan Bush menyebabkan kematian orang awam sekitar 384 hingga 807 orang, sementara Barack Obama telah mengembangkan kempen tersebut dan melancarkan 563 serangan udara di tiga negara berkenaan.

Di bawah pengawasan Trump, kadar serangan dron terhadap tiga negara tersebut meningkat dengan drastik.

Pada 2017, sebanyak 127 serangan dron telah dilancarkan ke atas Yaman berbanding 32 pada tahun sebelumnya. Di Pakistan dan Somalia, bilangan serangan turut meningkat di mana 34 serangan dron telah dilancarkan di Somalia pada 2017 berbanding jumlah yang sama sepanjang tahun 2001 hingga 2016.

Bilangan mangsa di kalangan orang awam yang terbunuh dilaporkan meningkat lapan kali ganda sejak pemerintahan Trump berbanding Obama, manakala bilangan kematian di bawah Obama merupakan 10 kali ganda jumlah korban di zaman Bush.

Ini menjadikan jumlah kematian di bawah pemerintahan Trump 80 kali ganda lebih daripada Bush.

Jumlah kematian orang awam di Iraq, Libya dan Syria dilaporkan berada di antara 3,923 dan 6,102 orang sejak Trump menjadi presiden.

Tindakan Trump mengejutkan ramai pihak kerana dia membawa slogan anti-peperangan sewaktu kempen presidennya.

Malah, dia dilaporkan menolak sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat melancarkan serangan di Libya dan Iraq yang menyebabkan lebih sejuta kematian.

Memetik laporan Russia Today, lebih 14,000 orang awam terbunuh sejak gabungan yang diketuai Arab Saudi, dan disertai Amerika Syarikat, melancarkan serangan terhadap Yaman.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), jumlah kematian orang awam akibat serangan kuasa asing adalah jauh lebih tinggi dari jumlah rasmi yang dicatatkan.

Selain itu lebih 17 juta lagi penduduk negara itu berdepan krisis makanan dan lebih 600,000 dilaporkan menghidap kolera, di mana lebih 2,000 daripadanya meninggal dunia.

Serangan Amerika Syarikat terhadap Yaman menyebabkan lebih 14,000 orang awam terbunuh



Source link

read more

KEMPEN #UNDIROSAK KERJA ORANG KECEWA!!! ~ SEMUT HITAM


Kalau difikirkan dengan waras, memang kempen #UndiRosak ni tidak memberi sebarang keuntungan kepada mana – mana pihak. Tapi kempen itu wujud kerana ada yang tak puas hati.

Apa yang pasti, kempen #UndiRosak itu tidak sama dengan perjuangan puak – puak Bershit yang mendakwa kononnya sistem Pilihan Raya di Malaysia ni tidak dilaksanakan dengan adil.

Sebaliknya, kempen #UndiRosak ni adalah manifestasi terhadap kekecewaan puak Pakatan Haprak tu dengan keputusan yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara.

Pengikut Pakatan Haprak tu cuba mendesak agar pucuk pimpinan mereka menolak pencalonan yang dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu dan digantikan dengan calon dari kalangan mereka sendiri.

Namun malangnya, pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu lansung tidak mempedulikan bantahan serta desakan yang diluahkan oleh pengikut mereka yang berada diperingkat bawahan.

Sebaliknya, pengikut – pengikut puak Pakatan Haprak tu pulak yang dituduh melakukan kesilapan kerana tidak memberikan nama calon yang sesuai bagi menjawat jawatan tersebut.

Tapi apa yang pasti, kempen #UndiRosak ni hanya sekadar satu kerja yang sia – sia. Bak kata YAB Menteri Besar Pahang, kempen itu hanya sekadar satu usaha sabotaj terhadap Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons