Retorik Tun M mahu ‘Selamatkan Malaysia’ – Vell Paari


KUALA LUMPUR – Bunyinya sungguh kelakar terutamanya apabila seorang bekas negarawan tersohor seperti Tun Mahathir Mohamad yang sejak kebelakangan ini sering lantang mahu ‘Menyelamatkan Malaysia’ dalam 100 hari tetapi hakikat sebenarnya, kedai roti miliknya sendiri tidak dapat di selamatkan.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, kedai roti premium milik Tun Mahathir, The Loaf yang baru-baru ini terpaksa ditutup di seluruh negara kononnya kerana mahu menggunakan wang untuk membiayai parti PPBM sebenarnya retorik.

Menurut Vell Paari, The Loaf yang telah memulakan perniagaan sejak 2005 itu sebenarnya mengalami kerugian besar sejak di tubuhkan dan terpaksa di tutup ketika ini selepas tidak mendapat pembeli sewajarnya.

“Pelik betul Tun M ini, kedai roti anda sendiri tidak boleh di selamatkan anda sedang memasang impian besar untuk menyelamatkan Malaysia lagi-lagi dengan faktor usia seperti ini? Apa sebenarnya agenda dan niat anda?

“Henti putar belit dan beri fakta kononnya anda mahu menyelamatkan negara ini daripada semua jenis tohmahan serta tuduhan berbelit-belit yang di dakwa oleh anda. Rakyat bukan tidak nampak, sampai bila mahu berkempen dengan cara murahan seperti ini?

“Selama 22 tahun anda tidak dapat ubah apa-apa malah setiap yang berlaku sebelum ini anda perlu di pertanggungjawabkan, dengan perkataan ‘maaf’ anda, semuanya sudah selesai? Cukuplah dengan drama retorik anda. Rakyat juga sudah bosan dan muak.

“Kerja anda sangat mudah, semuanya hanya perlu menyalahkan semua orang lain dan bukan diri anda walhal anda jugalah diktator selama hampir 22 tahun memerintah? Ketika itu semua yang anda sedang peluk cium semuanya dulu anda jadikan musuh dan di sumbat dalam penjara ISA. Siapa sebenarnya diri anda wahai Tun M,” katanya dipetik dari portal www.malaysiagazette.com  hari ini.

BACA: http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/04/17/retorik-tun-m-mahu-selamatkan-malaysia-vell-paari/

Jelas Vell Paari, sewaktu 22 tahun memerintah negara, Tun Mahathir menjadikan Langkawi sebagai tempat menjaga kepentingan sendiri dan kroni-kroninya.

“Penduduk Langkawi keba­nyakannya terlibat dalam perniagaan. Mereka sudah pandai, hidup aman makmur, kaya raya. Jadi mereka juga sudah tahu parti BN yang banyak berjasa kepada pembangunan Langkawi, bukannya atas faktor Tun Mahathir itu sendiri.

“The Loaf sendiri tutup di Langkawi dan di seluruh negara. Itu membuktikan beliau sudah tidak berkemampuan dan tidak boleh mengurus. Jadi, bagaimana dia hendak memimpin dan menjaga kepentingan Langkawi? Kita tunggu dan lihat sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Vell Paari turut menempelak Tun Mahathir yang sebelum ini pernah membuat pusingan ‘U’ dengan mengatakan The Loaf itu bukan  miliknya.

“Kemudian tanpa segan silu, kata ianya adalah milik beliau. Ingatlah, jika inipun beliau sanggup putar belit dan tipu, bayangkan apa lagi yang boleh di tipu selepas PRU nanti,” tegasnya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau mengetahui bahawa Pengerusi PPBM itu memiliki pegangan saham sebanyak RM10 juta dalam kedai roti tersebut.



Source link

read more

Vell Paari: ‘Save your bakery first Tun M’


S VELL PAARI / SIDANG MEDIA KES PENIPUAN RM7 JUTA

MO,16/4/2018, KUALA LUMPUR: The MIC has panned Tun Dr Mahathir Mohamad over the former premier’s claims that he would “save Malaysia” within 100-days if the Opposition gained control of Putrajaya in the 14th General Election (GE14). Party Treasurer – General Datuk Seri S. Vell Paari questioned how the 93-year old planned to do it when he “couldn’t even save his bakery of 12-years from bankruptcy.”

Referring to The Loaf Bakery, Vell Paari said Dr Mahathir at first denied and then made a U-turn in less than 24 hours by confirming he was the shareholder of M & M Consolidated Resources Sdn. Bhd, which operated the bakery. “It is unbelievable and to be honest hillarious that Dr Mahathir would even lie that he owned the bakery. “Taking a business approach on this matter, Dr Mahathir said he needed to close the bakery business because he could not find investors.

“This is also very worrying that as a PM – designate, if Dr Mahathir can’t even find investors for his bakery business, how is he going to find investors to invest in Malaysia and develop the country?,” he said in a statement. Noting that Dr Mahathir had a minimum of three billionaires in his family, Vell Paari questioned why the latter’s family could not invest in the business. “Some of them had invested hundreds of millions of USD to safe a beer factory in Philippines and its Filipino workers but could not have the empathy to save the bakery business that employs Malaysians.

“Without having investors to invest in the country, there will be no progress, no jobs and there might be a high number of layoffs. The rakyat will suffer the same fate as the staff of The Loaf due to Dr Mahathir’s incompetency,” he said. Vell Paari said just as Dr Mahathir had lied that he did not own The Loaf and then made a U-turn in admitting that he was the real owner, he would also lie and make a U-turn on all his promises if the Opposition came into power.

“This is just all a political ploy to fish for votes in the coming general election. “Finally, Dr Mahathir, it is not Malaysia under the leadership of Datuk Seri Najib Razak that has gone bankrupt as per the Opposition propaganda but The Loaf under your leadership,” he said.

–NSTP



Source link

read more

Bantu kaum India? Pembangkang kena cermin diri – Vell Paari


KUALA LUMPUR – Pembangkang perlu lihat rekod sendiri sebelum mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memperjuangkan nasib kaum India.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari membidas Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar yang mendakwa BN tidak pernah membuat sebarang jasa kepada kaum India.

“Baru-baru Jeyakumar mengkritik usaha kerajaan BN kononnya AS1M tidak banyak memberi manfaat kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah B40, kononnya mereka tiada kepentingan.

“Mungkin beliau telah tertinggal maklumat penting sebanyak RM500 juta peruntukkan pembiayaan khas dalam bentuk skim pinjaman tanpa faedah bagi 100,000 keluarga B40 yang telah diumumkan pada bajet lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan hanya keluarkan kenyataan hanya kerana mahu lantang membangkang, jangan sengaja tertinggal maklumat penting seolah-olah mahu kelirukan rakyat,” katanya hari ini.

“Adakah anda tahu tentang usaha yang telah dilakukan dan sedang dilaksanakan oleh kami?” soal Bendahari MIC itu.

Dalam pada itu, Vell Paari turut memaklumkan usaha yang kerajaan yang cuba menyelesaikan masalah dokumentasi yang dihadapi oleh komuniti India.

“Antara 2010 sehingga 2015 di bawah MyDaftar, kemudian di bawah kempen Mega MyDaftar sehingga 2017, kita telah menerima 12,726 permohonan.

“Daripada itu, kita telah selesaikan 7,049 kes. 4,974 pula dalam proses. Adakah Jeyakumar tidak tahu?

“Jadi mengapa masih bercakap dan mengelirukan masyarakat seolah-olah kita tidak lakukan apa-apa untuk masyarakat India? Cukuplah, sekadar mendapatkan undi, jangan terus menipu rakyat,” tegasnya.-theRakyat



Source link

read more