Penjajaran semula pendidikan pada pasca PRU14


DWtsacvVwAAWsYCMO, 24/2/2018, KUALA LUMPUR: Siri penjajaran semula merangkumi sektor pendidikan dan sistem sokongan akan dilaksana pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pelan itu selaras persediaan kerajaan mewujudkan set kemahiran baharu dalam kalangan rakyat bagi berdepan rangkaian cabaran susulan tempias Revolusi Industri 4.0.

“Ini keutamaan saya selepas PRU14 yang perlu diteliti, dengan syarat rakyat masih beri mandat kepada kita (Barisan Nasional) untuk menerajui kerajaan.

“Perkara ini (penjajaran semula) harus dilakukan untuk kita memupuk bakat dan kemahiran, khususnya dalam kalangan generasi pelapis bagi mendepani Revolusi Industri 4.0,” katanya sempena sesi perdampingan bersama Axiata dan kakitangan Celcom, di Axiata Arena, di sini, semalam.

Terdahulu, Najib yang tiba kira-kira jam 3.35 petang meluangkan masa meninjau pameran inovasi Axiata, tanggungjawab sosial korporat dan sumbangan nasional syarikat telekomunikasi itu

Ia antara lain merangkumi pelancaran Inisiatif Ekosistem Tanpa Tunai hasil inovasi Boost, iaitu aplikasi dompet elektronik (e-dompet) yang dibangunkan Axiata Digital.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar, dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Bhd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Najib turut menyuarakan janji bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan penentuan hala tuju oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan syarat ia selari agenda dan matlamat negara.

“GLC perlu tanamkan sikap glokal, iaitu pemikiran dan perencanaan dalam meneroka peluang perniagaan berada di peringkat global tetapi dasar syarikat bertunjangkan kepentingan tempatan.

“Asalkan selari dengan agenda dan matlamat negara seperti ini, kita (kerajaan) tidak akan sesekali campur tangan melainkan GLC memerlukan bantuan,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, statistik menunjukkan peningkatan kadar pendapatan rakyat ketika ini sekitar enam peratus, manakala inflasi, 3.5 peratus.

Katanya, perangkaan sedemikian tidak sepatutnya menyebabkan rakyat merungut mengenai isu kos sara hidup, namun ia tercetus angkara dakyah pembangkang yang sengaja memanipulasi perkara berkenaan.

“Saya tidak kata salah bahawa rakyat merungut mengenai kos sara hidup dengan menggunakan beberapa petunjuk ekonomi sebagai sandaran tetapi isu ini sengaja dimanipulasi pembangkang.

“Sebenarnya, rakyat mempunyai pelbagai peluang dalam menentukan kaedah untuk menangani peningkatan kos sara hidup, selaras usaha kerajaan menyediakan rangkaian pilihan barangan yang ditawarkan pada harga berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M2.0).

“Usah bimbang kerana kita masih teruskan dasar pemberian subsidi, khususnya membabitkan sektor yang mempunyai kepentingan rakyat seperti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

“Oleh itu, gambaran bahawa kerajaan tidak melakukan sebarang usaha dalam menangani isu peningkatan kos sara hidup adalah tidak benar,” katanya.



Source link

read more

Kedutaan AS pindah pada Mei Rakyat Palestin tambah berang



RAMALLAH: Rakyat Palestin menzahirkan kemarahan pada Jumaat susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) yang mahu memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada Mei, mengatakan ia boleh menjejaskan usaha ke arah proses damai di Asia Barat antara Israel dan Palestin.

Terdahulu, pergaduhan meletus di Gaza dan Tebing Barat ketika protes mingguan yang diadakan mereka sebagai menentang pendirian Presiden Donald Trump terhadap Baitulmaqdis, yang juga membangkitkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab Saudi.

Perunding kanan Palestin Saeb Erekat berkata tindakan AS itu menunjukkan “satu tekad untuk melanggar undang-undang antarabangsa, menghancurkan penyelesaian dua negara dan menimbulkan provokasi terhadap perasaan rakyat Palestin serta semua orang Arab, Islam dan Kristian seluruh dunia”.

“Trump dan pasukannya telah menyebabkan AS tidak layak menjadi menjadi sebahagian daripada penyelesaian antara Israel dan Palestin. Sebaliknya, dunia kini melihat mereka sebagai sebahagian daripada masalah ini.”

Sementara itu, Nabil Abu Rdainah, jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata: “Ini satu langkah yang tidak boleh diterima. Sebarang langkah unilateral tidak akan memberikan legitimasi kepada sesiapa dan akan menjadi penghalang kepada usaha untuk mewujudkan keamanan di rantau ini.”

Terdahulu, AS mengumumkan pejabat baharu kedutaan AS di Baitulmaqdis akan dibuka pada Mei tahun ini selari dengan sambutan ulang tahun ke 70 kemerdekaan Israel.

Ia menyaksikan tarikh pembukaan kedutaan di Baitulmaqdis dipercepatkan daripada tarikh jangkaan sebelum ini berikutan pengumuman Trump mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel Disember lalu. 



Source link

read more

Microsoft Akan Menyokong Xiaomi Untuk Memasarkan Komputer Riba Pada Peringkat Global – Amanz


Xiaomi mempunyai beberapa komputer riba dengan rekaan yang menarik, tetapi ia ditawarkan terhad untuk pasaran China sahaja sehingga kini. Perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Kini, Xiaomi dan Microsoft mengumumkan kerjasama, dimana melalui kerjasama ini, Xiaomi akan menggunakan kelebihan Microsoft untuk memasarkan, menyokong dan membangunkan produk komputer riba dan seumpamanya – sekaligus membolehkan mereka memasuki pasaran antarabangsa.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan kita mungkin akan dapat melihat komputer riba Xiaomi dengan Windows 10 ditawarkan pada peringkat global dalam masa bulan-blan akan datang.

Disamping itu, Xiaomi dan Microsoft juga turut mengumumkan kerjasama dalam arena kecerdasan buasan, dan juga sokongan perkomputeran awan.



Source link

read more

Apple Dilaporkan Akan Memasarkan Pengecas Tanpa-Wayar, Apple AirPower Pada Bulan Mac – Amanz


Apple ketika melancarkan iPhone X pada tahun lepas, mereka turut telah memperlihatkan pengecas tanpa-wayar mereka tersendiri dinamakan sebagai AirPower. Walaupun dipertontonkan ketika itu, namun, Apple tidak memberikan sebarang tarikh pelancarannya.

Kini, laporan awal hadir daripada Macotakara, mengatakan yang mana Apple mungkin memasarkannya kepada umum bermula bulan Mac akan datang.

Apple AirPower

Buat masa ini, info mengenai harga dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Melalui AirPower ini, pengguna boleh mengecas peranti seperti iPhone X, dan Apple Watch.

Sekiranya benar ia akan dipasarkan pada bulan Mac kelak, maka kita mungkin melihat ia turut diperkenalkan bersama-sama iPad baru yang dilaporkan sebelum ini.



Source link

read more

Bagaimana Memasang Tema Pada Telefon Android Menggunakan Substratum X Andromeda – Amanz


Kebanyakan pengguna Android yang menggunakan telefon pintar Android adalah kerana kebolehan ubahsuai daripada perkara asas sehingga kepada menukar sistem. Banyak telefon pintar Android yang popular di pasaran sekarang menggunakan pelancar mereka tersendiri seperti Samsung dengan Samsung Experience 9.0, Xiaomi dengan MIUI dan Huawei dengan EMUI.

Peranti dengan antara muka seperti ini membenarkan pengguna menukar tema, menggunakan beberapa ciri tambahan dan juga memberi pengalaman penggunaan yang berbeza. Tetapi bagaimana pula dengan telefon pintar Android yang menggunakan Android yang tidak mempunyai sokongan tema?

Peringatan: Artikel ini fokus pada telefon pintar dengan Android Oreo Asli

Di sini akan kami ajarkan cara memasang tema pada telefon pintar yang menggunakan Android Oreo asli menggunakan Substratum Theme.

Langkah 1 : Muat turun aplikasi Substratum Theme di Play Store.

Muat Turun: Substratum Theme 

Cara menggunakan aplikasi ini biasanya memerlukan pengguna mempunyai telefon pintar yang sudah diroot. Tetapi fokus kami adalah cara memasang tema Substratum Theme ini tanpa menjalani proses root.

Langkah 2 : Beli aplikasi andromeda ★ substratum stock rootless backend 8.0+  melalui Play Store.

Beli: Andromeda Untuk Android 

Langkah 3 : Muat turun pelayan desktop Andromeda

Selesai muat turun buka fail .zip dan buka fail “start_andromeda.bat” dan sambungkan telefon pintar anda ke PC.

Muat Turun: Pelayan Desktop Andromeda

Peringatan: Kami anggap pembaca sudahpun mempunyai driver ADB dalam PC dan juga telah mengaktifkan mod USB Debungging dalam peranti

Selasar buka fail tadi, tekan mana-mana kunci untuk teruskan. Program tersebut akan menjalankan operasinya dan jika berjaya aplikasi Substratum Theme yang anda pasang tadi akan dilancarkan secara automatik.

Langkah 4: Muat turun atau beli mana-mana tema Substratum dalam Play Store.

Muat Turun/Beli: Tema Substratum

Buka semula aplikasi Substratum dan tekan pada tema pilihan anda. Tekan Next dan tekan pilih versi Android anda serta peranti anda dan tekan butang untuk pilih semua pilihan. Tatal ke bawah dan semak, kerana ada beberapa versi aplikasi tidak menyokong aplikasi tema ini. Cari aplikasi yang mempunyai tanda amaran, dan pilih versi aplikasi. Jika versi aplikasi anda tidak tersenarai padamkan tick pada kotak pilihan.

Langkah 5 : Langkah akhir

Selepas selesai, tekan ikon di hujung bawah dan pilih Build  & Enable. Selesai proses, mati dan hidupkan semula telefon pintar anda. Hidup sahaja telefon pintar, anda akan lihat antaramuka telefon anda berbeza dan berubah.

Kami memfokuskan pada Android Oreo asli kerana ia jarang mempunyai masalah ketika memasang tema melalui Substratum ini. Itu sahaja tutorial memasang tema Substratum pada telefon pintar Android Oreo asli. Mudah bukan?



Source link

read more

Monitor Viewsonic XG2402 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1199 – Amanz


Kad grafik yang berkuasa tidak bermakna jika tidak digunakan dengan sebaiknya. Bagi memaparkan grafik pada tetapan yang tinggi, monitor yang baik adalah diperlukan. Viewsonic XG2402 ialah monitor untuk gamer yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia dengan kadar segar semula 144 Hz.

Selain itu monitor 24″ dengan resolusi HD penuh ini juga mempunyai masa tindak balas 1 ms dan menyokong AMD FreeSync. Sistem lampu Rampage X pada bahagian belakang membolehkan ia dipadankan dengan aksesori LED lain yang mungkin digunakan pengguna. Terdapat juga sepasang pembesar suara 2W terbina pada monitor ini. Di Malaysia ia akan mula dijual hari ini pada harga RM  1199 sebuah.



Source link

read more

Apple AirPod Dijangka Hadir Dengan Sokongan “Hey Siri” Pada Tahun Ini – Amanz


Apple AirPod merupakan penawaran fon telinga tanpa wayar daripada Apple yang telah ditawarkan sebelum ini. Untuk tahun ini, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini untuknya dengan sokongan cip tanpa-wayar yang lebih berkuasa.

Menariknya, AirPod generasi baru pada tahun ini turut dijangka hadir dengan sokongan pengaktifan Siri melalui arahan suara. Anda boleh mengaktifkannya dengan memberikan arahan “Hey, Siri”, dan seterusnya memberikan arahan suara untuk menerima maklumbalas terus daripada Siri.

Apple AirPod

Disamping itu, Bloomberg turut melaporkan yang mana Apple akan menambah sokongan kalis-air pada AirPod generasi akan datang pada 2019 kelak.



Source link

read more

Intel Akan Menawarkan Komputer Riba Dengan Sokongan 5G Pada 2019 – Amanz


Intel merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perkomputeran, dimana selain cip pemprosesan untuk komputer, mereka turut menawarkan modem dan sebagainya. Terkini, Intel mengumumkan yang mana komputer riba dengan sokongan rangkaian 5G terbina akan dipasarkan pada tahun hadapan.

Intel 5G

Untuk tujuan berkenaan, Intel bekerjasama dengan pengeluar komputer seperti Dell, HP dan juga Lenovo. Intel juga menjayakan perkara ini dengan bekerjasama bersama Windows.

Intel mengatakan komputer riba berkuasa tinggi dijangka dipasarkan sekitar pertengahan kedua 2019 kelak. Intel bakal memperlihatkan beberapa produk konsep dengan sokongan 5G terbina pada MWC 2018 minggu hadapan.



Source link

read more

Honor 9 Lite Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Pertama Mac – Amanz


Honor Malaysia sebelum ini telah hadir dengan gambar acah untuk sebuah peranti baru yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Kini, mereka turut telah mengeluarkan jemputan media, untuk pelancaran peranti Honor 9 Lite pada 6 Mac 2018 kelak.

Honor 9 Lite hadir dengan panca-kamera, dua dihadapan dan dua dibelakang.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5.65-inci IPS LCD FHD+, cip Kirin 659, memori 3GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera hadapan 13MP+2MP, selain kamera hadapan, ia turut menggunakan gabungan sensor sama untuk kamera belakang. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor Malaysia dijangka menawarkan Honor 9 Lite ini secara eksklusif bersama pihak Shopee terlebih dahulu. Kita mungkin akan mendengar harga jualan dan tarikh penawarannya untuk pasaran tempatan pada acara pelancarannya kelak.



Source link

read more

Xiaomi Mi Sphere Camera Kit Dan Mi Dashcam Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM248 – Amanz


Xiaomi mula menawarkan pelbagai produk keluaran mereka selain peranti pintar dan powerbank sejak tahun lalu. Kesemua produk ditawarkan pada harga yang mampu milik. Hari ini dua lagi produk kamera mula dijual di Malaysia iaitu Xiaomi Mi Sphere Camera Kit dan Mi Dashcam.

Mi Sphere Camera Kit dilancarkan tahun lalu di China. Ia adalah kamera kompak dengan kemampuan rakaman video 360 darjah. Dua sensor kamera Sony IMX206 sebesar 16-Megapixel digunakan dengan sokongan EIS. Mi Panoramic mampu mengambil gambar pada resolusi 23.9-Megapixel dan video pada resolusi 3.5K. Bateri sebesar 1600 mAh yang digunakan mampu membelikan rakaman sehingga 90 minit. Kamera ini kalis air IP67 dan dijual di Malaysia pada harga RM 1198.

Mi Dashcam pula kamera untuk merakam video ketika memandu. Ia dilengkapi sensor Sony IMX323 yang dipadankan dengan lensa 160 darjah f/1.8. Setiap kamera dilengkapi bateri sebesar 240 mAh. Bagi yang berminat Mi Dashcam dijual pada harga RM 248 sebuah.

Layari : Mi Store



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons