Aktiviti turun padang pemimpin UMNO dekati rakyat tidak bermusim


KINABATANGAN – Aktiviti turun padang oleh pemimpin UMNO adalah amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Justeru, kata Ketua UMNO Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, tidak timbul isu pemimpin hanya muncul mendekati rakyat ketika musim pilihan raya.

“Pemimpin UMNO turun padang dan bekerja dengan sepakat melakukan perbincangan bersama rakyat sekiranya mendapati wujud satu-satu permasalahan di kawasan,” katanya pada Majlis Kenduri Sekampung, Solat Hajat dan perasmian Dewan Datuk Pangiran Galpam di Kampung Lanut Suan Lamba dekat sini, hari ini.

Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pemimpin dan rakyat perlu mempunyai kesepakatan yang erat, malah setiap permasalahan wujud dibincang bersama agar setiap pembangunan diperlukan dapat disalurkan kepada rakyat.

Menurutnya, kawasan Parlimen Kinabatangan yang merangkumi 27 pulau dan Sungai Kinabatangan sepanjang 570 kilometer menjadikan kawasan itu lebih besar daripada Pahang, negeri terbesar di Semenanjung, sekali gus menyukarkan kerajaan untuk menyalurkan pembangunan secara serta-merta.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tetap berusaha memberikan pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan rakyat pula harus faham pemimpin sentiasa bekerja untuk mengenal pasti setiap keperluan mereka.

Katanya, keperluan dan pembangunan diperlukan rakyat itu akan disalurkan mengikut keutamaan dan keperluan mendesak.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata, agensi berkenaan bersetuju membantu meningkatkan ekonomi penduduk dengan pemberian dana pembinaan rumah burung walet di Kampung Lanut Suan Lamba, Bilit dan Sukau.

Sebanyak RM150,000 akan disalurkan kepada sebuah koperasi untuk membina rumah burung walet di kampung berkenaan, katanya. – BERNAMA



Source link

read more

“STADIUM PADANG PASIR” AZMIN KENA TROLL!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Dek kerana nak sangat tunjuk hebat dengan mendabik dada mendakwa kononnya dia ‘Cemerlang’ menjadi pemerintah di Negeri Selangor membuatkan Si Azmin ni hilang kemaluan.

Tak heran la kenapa nama Si Azmin Ali ni tidak disenaraikan oleh pucuk pimpinan Pakatan untuk menjadi calon Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Rupanya, Si Azmin Ali ni hanya pandai untuk memperbodohkan dirinya sendiri dan akhirnya, kebodohan dia tu menjadi bahan lawak jenaka dikalangan pengguna laman media sosial.

Ekoran kenyataan yang dibuat menyindir tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang mahu menggunakan Stadium Shah Alam mengundang kritikan hebat dan menjadi troll di media sosial.

Antara lainnya, ada dikalangan netizen yang mendakwa kononnya Si Menteri Besar Selangor tu berhajat nak membina sebuah stadium bolasepak padang pasir pertama di dunia.

Ada juga yang menganggap Si Menteri Besar Selangor tu mampu merealisasikan hasrat membina stadium tersebut memandangkan anak saudaranya terlibat dalam kartel penjualan pasir.

Begitu juga dengan isu perumahan Selangorku. Mereka kata, mungkin selepas ini Si Azmin Ali tu akan kata, “Di Iraq, rakyat tak tinggal dalam rumah. Tapi diorang duduk dalam khemah.

Walau apa pun sindiran yang diberikan, kenyataan Si Azmin Ali itu jelas menunjukkan rasa kurang hormat dan dianggap satu penghinaan terhadap kemampuan pasukan bolasepak Selangor.

Mentang – mentang la dia bukan lahir di Selangor, tapi sibuk nak mendabik dada mendakwa kononnya dia dah banyak berjasa, tidak memberikan dia hak untuk mengutuk tuntutan yang dibuat secara terbuka. Itu haramjadah namanya!!!




Source link

read more

Siapa kata Iraq tiada padang bola?


WhatsApp Image 2018-02-13 at 12.52.56MO, 13/2/2018 – KENYATAAN Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa Iraq tidak mempunyai padang bola sepak adalah kurang tepat memandangkan Iraq tidaklah seteruk seperti yang digambarkan.

Walaupun sentiasa berdepan dengan masalah pergolakan, namun Iraq tetap memiliki stadium bola sepak. Secara keseluruhannya Iraq mempunyai 19 stadium dan Stadium Al-Shaab adalah yang tertua selepas mula digunakan pada 6 November 1966.

Stadium Al-Shaab venue rasmi skuad kebangsaan Iraq pernah mengalami kerosakan teruk apabila dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat pada 2003 sebelum kerajaan mereka melakukan kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran pada 2010.

Bagaimanapun pada 2013, venue rasmi skuad kebangsaan Iraq diambil alih oleh Stadium Antarabangsa Basra yang mempunyai kapasiti 65,000, sekali gus menjadi stadium terbesar di Iraq.

Memiliki 19 stadium sudah cukup untuk membuktikan Iraq mampu menganjurkan liga mereka sendiri, malah majoriti skuad bawah 23 (B-23) Iraq yang menyertai Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di China pada Januari lalu beraksi di liga domestik.

Kelmarin, Azmin membuat kenyataan apabila membandingkan keadaan di Iraq yang tidak mempunyai padang bola sepak tetapi rakyat negara itu boleh bermain sukan berkenaan di padang pasir dengan Selangor yang ketika ini terpaksa menjadikan Stadium Kuala Lumpur sebagai venue rasmi mereka pada musim ini.

Bukan sahaja memiliki stadium bola sepak, malah Iraq turut mempunyai rekod cemerlang apabila skuad B-23 negara itu pernah muncul juara edisi pertama Kejuaraan AFC B-23 pada 2013 serta beraksi dalam Sukan Olimpik 2016.

Akhir kata, Iraq adalah kuasa besar dalam bola sepak di benua Asia dan tidak mustahil mampu menggegar dunia satu hari nanti.

Selangor pula adalah gergasi bola sepak tanah air dan memang menyedihkan pasukan yang memiliki deretan sejarah terpaksa ‘menumpang’ untuk beraksi dalam liga, yang mana mereka antara calon untuk muncul juara.



Source link

read more

AZMIN KERING IDEA JADIKAN “STADIUM PADANG PASIR” MODAL POLITIK!!! ~ SEMUT HITAM


Sekarang ni Si Azmin Ali tu mudah sangat ‘Tersentuh’ bila sebut pasal ‘Pasir’. Memang agak tak lekang perkataan ‘Pasir’ tu menjadi sebutan dihujung bibir dia. Mungkin memang ada kaitan kot.

Maklum la. Sebelum ni, anak sedara dia kantoi kes SPRM pun melibatkan kartel Pasir di negeri Selangor. Jadi, tak heran la kalau tiba – tiba je Si Azmin Ali tu sebut pasal ‘Stadium Padang Pasir’.

Mungkin dalam perancangan jangka masa panjang, Si Azmin Ali tu bercadang nak buat stadium bola sepak pertama di Malaysia yang menggunakan padang pasir seperti yang ada di Iraq.

Siapa tau. Kan Si Azmin Ali ni banyak idea. Malah dia sendiri pernah mendabik dada mendakwa kononnya dia hebat mentadbir negeri Selangor sampai isu stadium pun tak boleh diselesaikan.

Jadi, tak mustahil sekiranya kehebatan Si Azmin Ali tu akan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membina sebuah stadium bola sepak pertama di dunia yang menggunakan pasir.

Tapi, jangan pulak dia anggap artikel ni sebagai satu sindiran. Sebaliknya, anggap la artikel ni sebagai satu motivasi buat Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu pada ketika ini.

Sebab kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan sahaja nampak kebudak – budakkan. Tetapi ianya juga membuktikan bahawa Si Azmin Ali tu dah ketandusan idea nak dijadikan modal Politik.

Sindiran dia terhadap tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang memohon penggunaan Stadium Shah Alam dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap sukan bolasepak di Malaysia.

Bahkan kenyataan yang dibuat juga membuktikan bahawa dia bukan sahaja tidak layak menjadi seorang pemimpin. Tetapi dia juga GAGAL untuk menyelesaikan isu sedemikian secara profesional.

Tinggal lagi, perkara seperti itu bukan satu perkara baru. Sebaliknya sebelum ini pun, pelbagai pihak menganggap Si Azmin Ali tu sebagai seorang pemimpin yang GAGAL. Malah parti gabungan Pakatan Haprak tu pun anggap dia Tak Layak jadi pemimpin!!!




Source link

read more

Rumah rakyat dibatal, pasukan bola disuruh main atas padang pasir


Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna.

Projek rumah murah untuk rakyat dibatal. Cukai naik sampai 400%. Pasukan bolasepak “Red Giants” disuruh main atas padang pasir.

Kenapa rakyat bawahan dan pasukan bola ini perlu dimusuhi dan dihina sebegitu rupa oleh Azmin? Apa salah mereka?

Azmin sindir pasukan bola sepak Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi. Kena menumpang main bola di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Azmin tidak bagi main di Stadium Shah Alam.

Kata Azmin, Selangor sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tidak ada stadium dan mereka hanya bermain bola sepak di atas padang pasir.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sindir Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin cakap benda mengarut. Pasukan bola Iraq tidak main bola atas padang pasir. Mereka main dalam stadium yang moden dengan padang berkualiti serta canggih. Iraq punyai lebih 30 stadium.

Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987.

Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016.

Iraq di kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA. Pasukan bolasepak Selangor menang Piala Malaysia paling banyak. Takkanlah sebegitu teruk sekali layanan Azmin pada bolasepak Selangor?

Azmin sudah lama letak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Selangor. Bila ada orang lain majukan balik bolasepak Selangor, Azmin dengki dan tidak beri guna stadium.

Mana ada padang pasir lagi di Selangor. Pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat anak saudara Azmin Ali.

Itu hal bola yang kena menumpang stadium. Hal rumah juga, rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Rumah yang sepatutnya dibuat untuk rakyat, dibatalkan.

Pada 6 Februari lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan membatalkan pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.

Alasannya, kerana syarikat pemaju telah gagal mendapatkan kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Subang Jaya satu projek, Majlis Bandaraya Shah Alam ada satu projek, Majlis Perbandaran Selayang ada dua projek, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu projek dan Majlis Perbandaran Klang ada satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek rumah untuk rakyat. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan serta merta.

Azmin bukan peduli rakyat, tetapi zalimi rakyat dan ribuan penyokong Red Giants. Bolasepak pun jadi mangsa politik kebencian Azmin Ali.

Rakyat di bawah juga jadi mangsa sikap ego Azmin. Terus batal rumah rakyat. Bermakna kalau PKR dan DAP perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah ini.

Sekarang pasir mereka jual untuk kaut untung. Cukai naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek mewah. Silap silap Stadium Shah Alam kena lelong kalau mereka perintah lagi.

Jangan biar keadaan ini terjadi. Kembalikan semula Red Giants ke Shah Alam. Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB778, Selasa
13 Februari 2018



Source link

read more

Aktres pembawa watak Aung San Suu Kyi turun padang bantu etnik Rohingya



BINTANG filem berasal dari Ipoh, Malaysia yang membina reputasi di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, menyertai delegasi negara untuk misi bantuan ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Ia merupakan sebahagian daripada bantuan kemanusiaan yang dihulurkan Malaysia  kepada masyarakat etnik Rohingya yang melarikan diri dari konflik di Myanmar.

Delegasi yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohammed Noor, dilepaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pangkalan Tentera Udara pagi tadi.

Dalam entri terbaharu di akaun Instagram-nya, Michelle memuat naik gambar beliau di tangga pesawat karga milik tentera udara dan gambar barangan bantuan kemanusiaan.
“Menuju ke Bangladesh untuk melawat hospital dan kem pelarian di sana,” kata kapsyen dalam gambar yang dimuat naik itu bersama hashtag #proudmalaysian #bangladesh, #undp, #malaysia dan #charity.

Michelle yang juga merupakan duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), sebelum ini pernah melakonkan watak Canselor Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem ‘The Lady‘ yang ditayangkan pada 2011.

Filem itu diarahkan oleh sutradara Luc Besson.

Sewaktu proses pembikinan filem itu, Suu Kyi disanjung pemerhati antarabangsa kerana perjuangannya menegakkan demokrasi di negara tentera tersebut.

Bagaimanapun, selepas parti politik pimpinan Suu Kyi mendapat tempat dalam pentadbiran Myanmar, imej positif itu semakin terhakis apabila Suu Kyi gagal menangani isu kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya yang ditindas di negara tersebut.



Source link

read more

MeToo Selebriti turun padang sertai perhimpunan perkasa wanita



LOS ANGELES: Barisan selebriti terkenal seperti Eva Longoria, Natalie Portman dan Scarlett Johansson antara yang hadir menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ‘memperkasakan’ wanita dan pergerakan #MeToo pada Sabtu dan Ahad di Los Angeles.

Ketiga-tiga pelakon ini turut berkesempatan menyampaikan ucapan yang turut diselitkan dengan kisah dan pengalaman peribadi mereka yang menjadi mangsa pencabulan seksual.

Portman tampil menceritakan pengalamannya berlakon dalam filem pertamanya “The Professional” ketika dia masih di usia belasan tahun.

Katanya surat pertama yang diterima dari peminatnya merupakan surat dari seorang lelaki yang menyatakan kisah fantasi seksnya bersama aktres berkenaan.

Pengalaman ngeri itu membuatkan dirinya lebih berjaga-jaga dan cuba untuk tidak menerima tawaran lakonan yang melibatkan adegan bercumbu dan lain-lain yang menjurus ke arah perbuatan pencabulan ke atas dirinya.

Johansson pula tampil dengan menyatakan pada asalnya dia mahu bersama wanita-wanita yang menjadi mangsa serangan dan pencabulan seksual namun dia akhirnya sedar yang dirinya juga merupakan salah seorang mangsa.

Katanya ketika berusia 19 tahun, dia mula mengenali ramai lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya dengan tiket dia masih muda tidak berdaya untuk melawan atau mengatakan tidak.

Pelakon Desperate Housewives, Eva Longoria juga bersuara menuntut agar kesamarataan dan keadilan terus diperjuangkan untuk kaum wanita.

Ribuan peserta mengambil bahagian pada perhimpunan di Las Vegas dan di seluruh dunia bagi memperjuangkan hak dan keadilan bagi kaum wanita.



Source link

read more

Jangan lupa cari saya di Padang Mahsyar reaksi Aishah selepas dikecam ustazah – Aishah


KUALA LUMPUR : “Terima kasih banyak-banyak kerana memberi saya pahala lebih, jangan lupa nanti merangkak cari saya di Padang Mahsyar,” ini reaksi Aishah apabila dikecam oleh seorang pengguna laman media sosial Facebook yang menggunakan nama akaun sebagai ‘ustazah’.

Peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) itu mecabar pengguna Facebook tersebut untuk jumpa dan berdepan dengannya.

‘Ustazah’ itu dilihat melemparkan kata-kata negatif kepada Aishah selepas dia memuat naik status selepasberjaya ke pusingan akhir GV 4.

Meluat tengok penyanyi gemuk nama Aisyah ni tergedik-gedik macam suara dia tu sedap sangat,” kata ‘ustazah’ berkenaan.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Walaupun dikecam, Aishah tetap tenang berhadapan netizen yang melemparkan komen negatif kepadanya.

Relax friends,fans and family,I ok je..tak jadi kudis apa pun pada I species2 mulut xxxx @keyboard warriors ni.

“Cuma nak ingatkan diorang ni mungkin mereka ni boleh tulis tapi selindung2 muka,tapi mereka lupa yg.apa mereka tulis ni 24/7 Allah nampak dan tau siapa…” katanya.

Dalam perkembangan lain, lima bintang yang berjaya memasuki peringkat akhir adalah Aishah, Tia Jinbara, Lan, Firman Siagian dan Liza Hanim.



Source link

read more

ICQ Padang Besar sesak – Perlis


PADANG BESAR 25 Nov. – Orang ramai yang mahu ke Thailand disaran supaya menggunakan pintu masuk di Wang Kelian dekat sini atau Durian Burung, Padang Terap, Kedah sebagai alternatif untuk mengelak dari berhadapan dengan kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong berkata, ini berikutan pertambahan kenderaan yang melalui ICQ di sini meningkat mendadak kerana cuti persekolahan sudah pun bermula.

Beliau berkata, setiap buah kenderaan dikatakan terpaksa mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk melepasi ICQ.

“Dalam menghadapi keadaan ini, kita berharap semua dapat bersabar supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui di ICQ, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Imigresen Padang Besar, Rosli Issak berkata, kesesakan itu berpunca dari kerja-kerja menaik taraf ICQ yang dijangka akan pulih setelah dijangka siap menjelang pertengahan 2019.

Beliau berkata, kesesakan sekarang adalah bersifat sementara demi untuk kebaikan semua pihak untuk jangka panjang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hospital Padang Besar dibina tahun depan – Dr Subramaniam



KANGAR: Kerajaan meluluskan pembinaan Hospital Daerah Padang Besar bernilai lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata peruntukan untuk projek itu sudah disediakan, manakala tender telah dikeluarkan dan pemilihan kontraktor dijangka selesai awal tahun depan.

“Projek ini bukan janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana telah dilulus dan pasti dilaksanakan,” katanya.

Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC, ditemui pada Rumah Terbuka Deepavali peringkat Perlis di Dewan Warisan di sini, Selasa malam. Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Pembinaan hospital tersebut dirancang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun tertunda sehingga menjadi isu dan beberapa kali dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Bernama difahamkan hospital itu menjadi keperluan untuk menyokong pembangunan Kawasan Industri Lembah Chuping sebagai kawasan industri teknologi hijau dalam RMK-11.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Dr Subramaniam melahirkan rasa gembira kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi perhatian dan memastikan kebajikan masyarakat India di Perlis, terjaga.

“Walaupun ahli kita (MIC) hanya kira-kira 6,000 orang, sokongan kami terhadap BN mencapai 85 peratus. Ini petanda baik untuk BN mempertahankan ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan berkata sokongan anggota MIC akan memperkukuhkan BN dan berharap kerusi DUN Indera Kayangan dan Sanglang yang dimenangi pembangkang pada PRU13, dapat dirampas kembali untuk merekodkan kemenangan 100 peratus BN pada PRU14 akan datang.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons