Masak Cara Simple, Tapi Rasa Padu! Try Mi Sanggul Goreng Ni.


Mi sanggul atau ada yang panggil mi siput cukup terkenal di belah utara semenanjung. Ia adalah mi yang dikeringkan, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul dan perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya.

MI SANGGUL GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Mi Sanggul
  • 1 biji besar bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sendul cili kisar
  • sos cili
  • sos tomato
  • pati ayam
  • kicap manis
  • kicap masin
  • kicap pedas
  • sos tiram
  • Daging (dihiris nipis)
  • Udang kering
  • Udang
  • Kucai
  • Sawi
  • Taugeh

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing.
  2. Masukkan satu senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, pati ayam, kicap manis, kicap masin, kicap pedas, dan sos tiram. Kacau hinnga sebati.
  4. Masukkan daging yang sudah dihiri nipis dan udang kering.
  5. Kemudian masukkan batang sawi, udang dan kucai
  6. Akhir sekali masukkan mi sanggul, sawi dan taugeh. Siap untuk dihidangkan.

 

Kredit: Annisa Katering Kedah Penang

 

Komen anda



Source link

read more

Bersatu padu pastikan kemenangan 3-0 – Normala – Politik


PASIR GUDANG 31 Mac – Semua petugas jentera Jalinan Rakyat UMNO Pasir Gudang diminta terus bersatu padu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) 3-0 di Pasir Gudang.



NORMALA ABDUL SAMAD

NORMALA

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad yakin dengan kerja keras semua jentera di setiap peringkat, misi tersebut mampu dicapai.

“Kita sambut misi yang diberikan oleh Ketua UMNO bahagian yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya kita beri kemenangan 3-0 kepada BN.

“Saya yakin dengan kerja keras ahli jentera Jalinan Rakyat selama ini, kita mampu mencapai misi itu,” katanya pada Perhimpunan Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, sebentar tadi.

Majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang dihadiri kira-kira 2,000 pemimpin dan ahli Wanita UMNO bahagian berkenaan dirasmikan oleh Mohamed Khaled.

Normala yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang turut meminta semua ahli supaya mengetepikan perbezaan pendapat antara mereka dalam menghadapi PRU-14.

Pada PRU-13, BN memenangi kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, namun tewas kepada DAP di DUN Johor Jaya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Sejak Marissa Dania viral habis DM Papa penuh dengan risikan padu – Norman Hakim



PELAKON Norman Hakim pada pagi Khamis, telah berkongsi mengenai anaknya Marissa Dania.

Norman juga telah meluahkan rasa pelik kerana apabila anak keduanya yang baru berusia 13 tahun itu tiba-tiba viral dan menjadi perhatian netizen.

Serentak dengan itu, Norman telah meninggalkan pesan kepada netizen yang telah menghantar mesej peribadi kepadanya di Instagram yang berniat untuk merisik anak daranya itu.

BACA: “Rupa-rupanya papa tak sekuat disangka” – Norman menangis iringi anak ke Turki belajar hafazan

 Tulis Norman:

“normanhakim_786: Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh viral. Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu. Yang pilu pun ada jugak.

“Nak bagitahu anak dara saya ini umur Insha-Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.

“Kepada majoriti yg berniat untuk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca, Alhamdulillah untuk nawaitu yang suci dan ikhlas tu. Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita.

“Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’. Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yang pertama sekali of course kepada Allah S.W.T. Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibu bapa kita umpama esok tiada lagi hari untuk kita di dunia ini.

“Lepas tu barulah fikirkan untuk ‘mendirikan masjid’. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori. Saya yang dah nak masuk anak ke-enam ni pun masih lagi belajar seni untuk ber’masjid’.

“Wallahualam…Segala yang terbaik hanya dari-Nya. Seboleh mungkin bila comment kat anak dara saya ni kat IG dia, sama-sama selitkan doa untuk dia sebab doa yang baik-baik itu semua InshaAllah akan berbalik pada kita semula.

“Pakai bahasa we chat pun no hal janji sempoi dan maksud sampai. Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas. Itu yg sama2 kita jaga ok! Amin, InshaAllah.”
 

 
Kepada yang mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, pastikan apa yang dipesan ini disemat dalam hati dan dijadikan panduan.

Ingat, bukan mudah untuk menjadi ‘Imam’ kepada anak dara orang ya!

Foto: Instagram Norman Hakim & Marissa Dania



Source link

read more