Polis siasat Facebook Amelsan Tahagi berhubung berita palsu


MIRI: Polis mula menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook yang menggunakan nama Amelsan Tahagi kerana memuat naik berita palsu tentang perbuatan menculik kanak-kanak untuk mengambil organ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata polis mengambil maklum tentang penyiaran berita palsu itu, yang diiringi tiga gambar berkaitan kes bunuh di Miri yang mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan mati di dalam but kereta.

“Catatan itu jelas karut dan polis telah memulakan siasatan terhadap pemegang akaun Facebook berkenaan kerana menyebarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Dev juga mengingatkan netizen supaya tidak berkongsi berita palsu itu kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang dan polis sedang menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan bagi membantu siasatan.

“Perbuatan membuat dan menyebarkan berita palsu yang menimbulkan ketakutan adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998),” katanya. — Bernama



Source link

read more

Pengarah syarikat didenda RM25000 akibat tuntutan palsu


KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembekal benih padi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhkan hukuman denda RM25,000 selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM118,944, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Hakim Madihah Harullah membuat keputusan tersebut setelah tertuduh, Shuhaimi Ahmad, 58 tahun, pengarah Paddytech Resources Sdn Bhd mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Shuhaimi didakwa telah mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu sebagai tuntutan bayaran insentif pengeluaran benih padi.

Kesalahan tersebut dilakukan di Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Wisma Tani Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya pada 20 Disember 2012.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Diana Azwa.



Source link

read more

Tuntutan palsu Bekas pengurus besar kanan MAHB didenda RM46800


SHAH ALAM: Bekas Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM15,580 untuk rawatan kecantikan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Hakim Tuan Adli Abd. Ghalib memutuskan agar tertuduh, Md. Shamsuri Md. Isa, 42, dikenakan hukuman denda sebanyak RM46,800 bagi kesemua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Md. Shamsuri didakwa telah menggunakan tiga dokumen Card Credit Detail Form yang mengandungi butiran palsu iaitu pengesahan penggunaan kad kredit bagi tujuan rasmi MAHB sedangkan ia digunakan untuk tujuan peribadi merupakan rawatan kecantikan di sebuah klinik.

Tuntutan tersebut masing-masing berjumlah RM2,000, RM3,800, RM3,980 dan RM5,800.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 Mac hingga 19 Julai 2016 di Pejabat Korporat MAHB, Sepang.

Md. Shamsuri diwakili peguam Cheow Wee.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Laila Mohamed Nazil, Abdul Rashid Sulaiman dan Muhamad Atif Abdullah.



Source link

read more

Pemuda ditahan bawa bom tangan palsu


26609751_10214686684910280_1597957178_o.png.transformedMO, 4/1/2018, MIRI – Perbuatan seorang pemuda membawa pemetik api menyerupai bom tangan ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Miri mengundang padah bagi dirinya apabila ditahan polis Selasa lalu.

Suspek berusia 23 tahun ditahan jam 9.20 malam di balai berlepas lapangan terbang itu ketika pemeriksaan bagasi dan imbasan badan di situ.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pemuda itu dalam perjalanan dari Miri ke Johor Bahru menyembunyikan objek berkenaan dalam beg kecil yang dibawanya.

“Ketika pemeriksaan dibuat menggunakan mesin pengimbas, satu objek mencurigakan menyerupai bom tangan dijumpai disembunyikan dalam beg suspek,” katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek dikatakan membeli pemetik api berkenaan di Johor Bahru.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Sekyen 32, Akta Senjata 1960.



Source link

read more

Berita palsu Isytihar dana atau lesen dibatalkan – Macron



PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan beberapa langkah memerangi pengaruh berita palsu atau ‘fake news’, kuasa politik serta rasuah yang disifatkan boleh memberi kesan kepada proses demokrasi di negara tu.

“Saya memutuskan, Perancis akan mengubah undang-undang sedia ada demi melindungi negara demokrasi ini daripada ancaman berita palsu. Rang undang-undang baru itu akan dirangka tidak lama lagi,” ujarnya di hadapan eksekutif kanan organisasi media dan wartawan dalam satu majlis di Istana Elysee, Paris pada Rabu.

Kata beliau, undang-undang baharu itu dijangka siap akhir tahun 2018 yang akan memperlihatkan ketegasan dan ketelusan bagi pengeluar kandungan penyiaran termasuk platform dalam talian.

Jelasnya, semasa pilihanr aya, pengeluaran kandungan perlu mengikut garis panduan yang sedikit berbeza.

Saluran media yang dibiayai oleh entiti asing akan dikawal rapi badan pengawal selia yang berkuasa untuk membatalkan hak penyiaran jika gagal mematuhi peraturan.

“Di bawah undang-undang baharu, laman web harus mengisytiharkan siapa yang membiayai dana dan jumlah wang yang ditaja akan dihadkan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah Eropah terpaksa melawan apa yang disifatkan sebagai “kecenderungan ilusi” kebebasan media di negara lain, termasuk di kalangan negara anggota Eropah.



Source link

read more

Lelaki maut ditembak polis gara-gara panggilan palsu



KANSAS: Gara-gara panggilan palsu dan mahu berjenaka, seorang lelaki berusia 28 tahun di Wichita, Kansas maut ditembak polis.

Mangsa yang dikenali sebagai Andrew Finch telah ditembak mati polis di hadapan pintu rumahnya.

Polis Wichita mengesahkan menerima panggilan kecemasan yang mengatakan bahawa mangsa telah menembak mati ayahnya dan akan menembak ibunya serta menjadikan adik-beradiknya sebagai tebusan.

Timbalan Ketua Polis Wichita Troy Livingston berkata polis yang tiba di lokasi sejurus panggilan diterima telah terlihat Finch di hadapan pintu rumahnya.

Polis terpaksa melepaskan tembakan kerana Finch didakwa cuba menyeluk sesuatu dari pinggangnya sebelum membuka pintu rumahnya.

Finch kemudian maut di tempat kejadian.

Hasil siasatan lanjut mendapati tiada senjata pada tubuh mangsa serta tiada sebarang kecederaan mahupun kematian yang berlaku di rumah terbabit.

Polis berkata panggilan palsu yang memaksa pasukan khas bersenjata ke sesebuah lokasi sering berlaku dan biasanya dilakukan oleh pemain permainan video maya.

Mengikut trend, panggilan palsu yang melibatkan serbuan pihak berkuasa adalah taktik kotor pemain permainan video untuk mengganggu tumpuan pemain lawan.

Namun menurut keluarga mangsa, Finch tidak bermain sebarang permainan video dan kejadian adalah satu perangkap.

Siasatan lanjut kini masih dijalankan.



Source link

read more

Polis Negeri Sembilan rampas 3,600 keping wang palsu – Jenayah


SEREMBAN 28 Dis. – Sebanyak 3,600 keping wang palsu adalah antara barangan yang ditemukan dalam satu serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Jijan Tengah, Nilai, dekat sini malam tadi.

Ia terdiri daripada 3,464 keping wang palsu Dollar Amerika Syarikat (USD) 100 bersamaan nilai sebanyak USD346,400 dan 136 keping Ringgit Malaysia (RM) 100 yang bersamaan RM13,600.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis turut merampas dadah dipercayai jenis syabu dengan anggaran berat kasar 10.91 gram bernilai kira-kira RM1,300.

“Dalam serbuan itu, polis telah menahan tiga lelaki dan dua wanita yang berusia antara 21 tahun hingga 37 tahun.

“Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 11 malam tadi,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan punca dan kegunaan wang palsu tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tujuh pekerja jadi mangsa skim penipuan syarikat palsu



KUALA LUMPUR: Tujuh pekerja mendakwa telah menjadi mangsa skim penipuan oleh sebuah syarikat palsu, sehingga mengalami kerugian lebih RM5,000.

Ia melibatkan empat orang pekerja asing dan tiga rakyat Malaysia, berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Menurut salah seorang mangsa yang berasal dari Kajang dan tidak mahu mendedahkan namanya, dia telah diambil untuk bekerja sebagai Pengurus Sumber Manusia bagi syarikat itu.

“Saya mula menyertai syarikat ini, dua hari lepas. Saya ditemuduga menerusi Skype oleh seorang wanita, yang bernama Puan Nora.

“Apa yang membuat saya sangat tertarik untuk bekerja adalah bukan kerana gaji yang tinggi, tetapi pendekatan agama Islam yang dia kongsikan.

“Kata Puan Nora, dia selalu melakukan solat Tahajud, dan dia tidak suka sembahyang lambat dan dia galakkan pekerja untuk balik tepat pada masa dan meluangkan masa untuk beribadat pada waktu malam,” katanya kepada Astro AWANI selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, hari ini.

Menurut seorang lagi mangsa, KM Tanvir Islam yang berasal dari Bangladesh, telah diambil bekerja sebagai pembantu sejak 24 November lalu.

KM yang juga seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sebuah kolej di Cyberjaya berkata dia telah ditawarkan untuk bekerja dan menerima permit kerja secara sah oleh Puan Nora.

“Apabila saya menerima pekerjaan itu, Puan Nora telah meminta saya membayar RM750 termasuk 6% cukai GST sebagai bayaran pendahuluan untuk permohonan visa.

“Kemudian saya diberitahu permohonan visa saya lulus dan dia minta saya lagi untuk bayar RM2,800,” kata KM.

Difahamkan, semua mangsa membuat permohonan pekerjaan masing-masing menerusi laman web mencari pekerjaan dan tidak pernah bertemu dengan Puan Nora.

Warga tempatan yang menerima pekerjaan itu juga telah diminta Puan Nora untuk membuat bayaran RM200 bagi akses bangunan pejabat di Menara Binjai, di sini.

Kesemua pekerja terbabit menyedari telah menjadi mangsa skim penipuan apabila seorang wakil syarikat sewa ruang pejabat, Regus Workspaces memaklumkan bahawa mereka perlu meninggalkan dan mengosongkan ruang pejabat tersebut.

Ketika dihubungi Astro AWANI, wakil syarikat itu berkata individu yang sama, iaitu Puan Nora pernah menyewa ruang pejabat di syarikatnya sebelum ini namun tidak pernah melakukan sebarang bayaran di premis pejabat yang digunakan.

Astro Awani juga telah cuba menghubungi Nora, dan seorang lagi suspek Farah Wahab untuk mendapatkan pengesahan, namun gagal mendapat sambungan.



Source link

read more

Kerajaan tidak mahu penyebaran berita palsu jadi fenomena biasa



KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak akan membiarkan fenomena penyebaran berita palsu dan fitnah menerusi media sosial di negara ini dilakukan sewenang-sewenangnya atas alasan kebebasan bersuara.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan perlu diambil sebelum fenomena menyebar fitnah dan berita palsu berkenaan dianggap masyarakat sebagai perkara biasa atau lazim dalam kalangan rakyat negara ini.

“Kita tidak mahu apa yang sedang berlaku ini (penyebaran berita palsu dan fitnah) diterima kononnya sebagai kebebasan bersuara atas nama demokrasi. Memfitnah orang adalah suatu yang lazim, memburukkan orang adalah sesuatu perkara yang biasa…(dan) apabila (dapat buat seseorang itu marah) dianggap kejayaan.

“Apabila seseorang itu rasa dimalukan ia menjadi kebanggaan kepada mereka (pihak yang memalukan orang lain). Budaya ini semakin songsang. Perbuatan ini semboronoh. Jadi kita perlu ubah budaya itu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Ahmad Zahid setakat September tahun ini, sebanyak 4,702 kes berkaitan isu fitnah, penyebaran berita palsu dan lain-lain kesalahan berkaitan media sosial telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Katanya, daripada jumlah berkenaan, 4003 kes sedang disiasat lanjut dan antara kes daripada jumlah yang disiasat lanjut itu, 60 kes berkaitan fitnah, 20 kes berita palsu dan 43 kes berkaitan dengan pemalsuan identiti.

Menurutnya, dari Januari hingga November tahun ini, pihak polis juga menerima 203 aduan berkaitan kesalahan media sosial dan tindakan sedang diambil terhadap laporan-laporan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga mendedahkan bahawa Malaysia kini berada pada kedudukan keenam tertinggi di dunia dari segi penggunaan media sosial dengan kadar penggunaan 3.5 jam sehari bagi setiap individu dengan Argentina di tangga pertama.

— BERNAMA



Source link

read more

Dua lelaki didakwa miliki sijil cuti sakit palsu – Melaka


MELAKA 14 Dis. – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 15 keping sijil cuti sakit palsu, awal bulan ini.

Muhammad Yusran Jusoh, 19, dan Muhammad Raman Omar, 21, yang didakwa secara berasingan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Muhammad Yusran, pelajar politeknik di Melaka, menghadapi lima pertuduhan memiliki sijil cuti sakit yang digunakan sebagai tulen di hadapan Stesen Minyak Petron Peringgit, LT 1678 Jalan Tun Abdul Razak Peringgit, di sini pada pukul 9.10 malam, 4 Disember lalu.

Muhammad Raman, penjaga stor, pula menghadapi 10 pertuduhan memiliki sijil cuti sakit yang digunakan sebagai tulen di sebuah rumah di No. 229-1 Jalan Melati 3, Taman Peringgit Jaya, di sini pada pukul 10.10 malam, 4 Disember lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Norma membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, manakala Muhammad Yusran diwakili peguam Fahmy Sulaiman dan Muhammad Raman oleh peguam Sulaiman Harmain Shah. – BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons