PAN MUAK DENGAN KERENAH AZMIN!!! ~ SEMUT HITAM


Menurut The Malaysian Insight, isu pembahagian kerusi PH Selangor telah menyebabkan PKR dan PAN di peringkat negeri kepanasan dengan dakwaan “pembohong bertingkat-tingkat”.

“Siapa yang pembohong sebenarnya, kami Amanah, DAP dan Bersatu atau Azmin sendiri,” kata Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim, ketika PH terpaksa melanjutkan tempoh akhir pembahagian kerusi peringkat negeri dari 31 Januari ke 7 Februari ini.

Izham membela kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi PAN Selangor Jamzuri Ardani yang berkata sehingga kini mesyuarat pembahagian kerusi di negeri itu belum bermula lagi.

Ini kerana, tuntutan mereka agar satu jawatankuasa khas segera dibentuk untuk pembahagian kerusi tidak diendahkan oleh Pengerusi PH Selangor yang juga menteri besar Azmin Ali.

Azmin dalam masa yang sama membuat dakwaan kononnya PAN berbohong apabila berkata rundingan kerusi belum berjalan sedangkan katanya sudah empat kali rundingan berlangsung di Selangor.

Jamzuri hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan menegaskan bahawa kepimpinan DAPigs Selangor juga turut menyokong kenyataan yang dibuat dan mendakwa Azmin sebagai Pembohong.

“Dia sebenarnya berbohong. Takkan tiga parti lain berbohong apabila mereka sepakat sedangkan Azmin saja yang berbeza. Ini macam bawa perangai UMNO dalam PH ni,” kata Izham merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, yang menyokong kenyataan PAN sebelum ini.

Katanya, yang empat kali adalah mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor yang membincangkan tentang persiapan pilihan raya bukan pembahagian kerusi.

PAN telah menulis surat kepada Azmin untuk membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan pembahagian kerusi itu, namun tidak dilayan.

Menurut sumber, perundingan kerusi di Selangor bermasalah apabila PKR mahu bertanding kesemua 21 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang.




Source link

read more

PAN CEMBURU BILA PAS NAK “MENGORAT” NURUL IZZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Lebai oh lebai, cukup – cukup la perasan tak ketahuan hala. Memalukan sungguh!” Itu sindiran Angkatan Wanita PAN kepada PAS kerana mahu bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Menurut AWAN, keputusan yang dibuat oleh PAS itu sangat memalukan kerana parti itu baru pertama kali bertanding di kawasan tersebut dan calonnya pula baru setahun menjadi ahli.

“Kemudian mengaku banyak bantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dulu. Kononnya nak `claim’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dulu pun sebab jentera PAS yang tolong buat kerja,” sindir AWAN dalam satu kenyataan di Facebook.

Semalam PAS membuat pengumuman bahawa mereka akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang pada ketika ini disandang oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Lembah Pantai, Mohamad Kamzuri Mohd Fuad dipetik berkata, PAS buat pertama kali akan meletakkan calon di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Menurutnya, PAS membuat keputusan itu kerana menganggap jentera parti itu banyak membantu PKR sewaktu Pilihan Raya Umum yang ke 13 untuk memenangi kerusi Lembah Pantai.

Dari satu sudut, kenyataan sindiran yang dikeluarkan oleh Angkatan Wanita PAN itu seolah – olah memperlihatkan bahawa diorang cemburu kerana PAS lebih berminat dengan Nurul Izzah dan tidak mengambil peduli terhadap mereka!!!




Source link

read more

PAN HANYA BERTARAF PELACUR JE DALAM PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Malang nasib PAN ni apabila disetiap negeri mereka seolah – olah dipinggirkan oleh parti lain dalam Pakatan. Sudah la kerusi Parlimen pun diorang dapat sikit. Sekarang kerusi DUN pun macam tu juga.

Selepas kecewa diberikan hanya dua kerusi Parlimen, PAN Johor sekali lagi terpaksa akur apabila hanya diperuntukan 12 kerusi DUN kerana PPBM lebih banyak membolot kerusi yang sedia ada.

Pengerusi PAN negeri itu memberikan alasan kononnya pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti itu mampu memberikan kelebihan kepada Pakatan di Johor.

“Kita semua tahu Dr Mahathir sudah dikenali dalam kalangan orang Umno dan orang Melayu. Kejayaan Dr Mahathir dalam menguruskan negara selama 22 tahun juga tidak boleh dinafikan.

“Kita lihat pencapaian pembangunan dibawakan Dr Mahathir di Johor juga baik. Ditambah Muhyiddin juga tokoh dikenali di Johor dan ini sedikit sebanyak menyedarkan orang Melayu PPBM boleh menggantikan Umno,” katanya dipetik FMT.

IRONIKnya, asal kewujudan PAN tu adalah untuk menggantikan PAS. Jadi sepatutnya mereka dapat kerusi dimana PAS bertanding. Tapi malangnya kerusi tu juga yang menjadi rebutan PPBM.

Dari satu sudut, tindakan itu secara tidak lansung menunjukkan bahawa PPBM merupakan sebuah parti yang sombong dan angkuh kerana enggan berkongsi kuasa dengan parti serpihan PAS itu.

Hakikatnya, PAN hanya dianggap sebagai sebuah parti picisan bertaraf Longkang didalam Pakatan Haprak tu. Wujudnya parti itu hanya sekadar nak menyenangkan kerja DAPigs memecah – belahkan orang Melayu. Bukannya diorang beri kesan kepada Pakatan pun!!!




Source link

read more

PAN MEROYAN HUSAM HILANG GELARAN “DATUK”!!! ~ SEMUT HITAM


Kenyataan Naib Presiden PAN, ujahid Yusof Rawa berhubung penarikan balik gelaran ‘Datuk’ terhadap dua pemimpin PAN hanya diibaratkan seperti lebih sudu dari kuah.

Katanya, kenyataan Mujahid itu turut menyifatkan Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd Rahim sebagai ‘mangsa’ ekoran tegas menegakkan prinsip perjuangan Politik mereka.

“Lebih teruk ialah komen Naib Presiden PAN (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang bukan pun anak Kelantan tetapi adalah anak Pulau Pinang yang mencari makan di Perak, yang berlagak lebih sudu dari kuah dengan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran ini dibuat kerana ketegasan Haji Husam dan Haji Wan Abdul Rahim dalam menegaskan prinsip mereka seolah-olah mereka menjadi mangsa kepada perjuangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan Harakahdaily. 

Mujahid dalam satu kenyataan melalui status yang dimuat-naik ke laman sosial Facebooknya semalam antara lain mendakwa gelaran itu bukan ukuran kepada perjuangan PAN.  

“Mulianya seseorang bukan kerana pangkatnya tetapi kerana ketegasannya dan kerana itu dia hilang pangkatnya. Kami bangga dengan ketegasan dan kesopanan anda berdua dalam menegaskan prinsip..SALUTE!”

Posting itu bagaimanapun turut mendapat reaksi sinis daripada pelayar yang bersetuju dengan tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran terhadap dua pemimpin parti serpihan PAS itu.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Mujahid itu seolah – olah mempertikai keputusan pihak istana yang menarik balik gelaran ‘Datuk’ seperti mana yang dilaporkan semalam.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Mujahid itu secara tidak lansung merupakan satu penghinaan terhadap pihak Istana yang didakwa cuba mencampuri urusan Politik negeri.




Source link

read more

KARTEL AZMIN BERGILIR SERANG PAN!!! ~ SEMUT HITAM


Mungkin dek kerana muslihat Si Azmin Ali tu yang cuba nak mendapatkan sokongan dari PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang membuatkan kartel dia menggelupor.

Kemungkinan besar, keadaan itu yang mendesak mereka mengatur serangan terhadap PAN secara bergilir – gilir dalam kenyataan media secara terbuka bagi menutup kemaluan Si Azmin.

Tiga pemimpin PKR dalam kenyataan berasingan menolak dakwaan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim, mereka hanya dipelawa untuk membincangkan strategi pilihan raya PH.

Pemimpin PKR itu masing – masing membuat pengesahan bahawa mesyuarat dikalangan puak Pakatan Selangor sudah diadakan untuk membincangkan pembahagian kerusi DUN di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, tidak wajar untuk PAN membincangkan isu itu secara terbuka sehingga menyebabkan kekecohan.

“Saya tekankan di tahap ini, sebenarnya tiada keperluan sebuah jawatankuasa baharu ditubuhkan kerana itu hanyalah permintaan Amanah untuk melengahkan rundingan. Sekarang, Majlis Presiden meminta kami teruskan, kami perlu sambung segera dan selesaikan pembahagian kerusi itu.

“Marilah kita bersama-sama bersatu dan selesaikan tugas ini. Matlamat utama kami ialah mempertahankan Selangor tidak kira apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kepimpinan PAN dan DAPigs Selangor dilaporkan tidak tahu menahu mengenai sebarang rundingan pembahagian kerusi DUN seperti telah dinyatakan Si Azmin Ali itu sebelum ini.

Sementara itu, Zuraidah Mak Lampir berkata, Izham tidak patut kurang ajar dan merendah-rendahkan Azmin, sebaliknya dia perlu merujuk kepimpinan PAN sebelum membawa isu itu kepada media.

“Amanah mungkin sebuah parti baharu, tetapi pemimpinnya ialah ahli politik veteran dan sepatutnya tahu rundingan pembahagian kerusi memerlukan masa dan kesabaran.

“Mengkritik dan memberi kata dua melalui media tidak produktif. Perlu ada kematangan dan saling hormat-menghormati di sini,” katanya yang mengesahkan rundingan pembahagian kerusi sudah diadakan dalam mesyuarat jawatankuasa pilihan raya.

Pokok pangkalnya, polemik pembahagian kerusi DUN dikalangan puak Pakatan Haprak itu di Selangor secara tidak lansung membuktikan bahawa mereka tidak mampu mencapai kata sepakat dan mempunyai agenda peribadi yang sengaja disembunyikan!!!




Source link

read more

PAN DAN DAPigs TUDUH AZMIN “PENIPU”!!! ~ SEMUT HITAM


Dah kena dah! Penipu kena kencing dengan Penyangak. Sebab tu jangan diberi kuasa pada orang yang tak tentu arah. Sekarang, dah tak pasal – pasal je diorang pulak berbalah sesama sendiri.

Tak heran la kalau isu pasal pencalonan Perdana Menteri Pakatan Haprak tu pun boleh menjadi satu Polemik Politik yang tidak membawa sebarang faedah buat mereka sebelum ini.

Sedangkan nak selesai isu pembahagian kerusi sesama diorang pun tak mampu, macam mana diorang nak mentadbir Negara dimasa akan datang kalau dah asyik beramuk tak tentu hala?

Kalau semalam, Si Azmin Ali tu tampil membuat dakwaan kononnya puak – puak PAN Selangor tidak amanah dan sengaja memburukkan PKR berhubung isu pembahagian kerusi DUN.

Kali ini, DAPigs dan PAN pulak bergabung tenaga dan mendakwa kononnya tuduhan Si Azmin Ali itu adalah tidak benar serta rundingan mengenai pengagihan kerusi masih belum dibuat.

“Kami diberi mandat untuk menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan strategi pilihan raya, termasuk jentera, bukannya rundingan kerusi.

“Kami menulis surat untuk mesyuarat khas mengenai perkara itu (rundingan kerusi), tetapi mereka tidak mengadakan mesyuarat,” kat Pengerusi PAN Selangor.

Malah DAPigs juga mengambil pendirian yang sama, mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali berhubung isu pembahagian kerusi DUN di Selangor itu sebagai satu pembohongan.

Tony Pua selaku Pengerusi DAPigs Selangor dalam kenyataan berasingan mendakwa, sehingga ke hari ini, Pakatan negeri itu masih belum membincangkan soal pembahagian kerusi.

Sekarang rakyat dapat melihat betapa rapuhnya hubungan diantara puak Pakatan Haprak tu sendiri. Nak membahagikan kerusi sesama mereka pun menjadi satu isu yang GAGAL ditangani.

Sampai tahap sanggup membuat tuduhan dan memburukkan sesama sendiri. Itu belum cerita lagi pasal khabar angin mengatakan bahawa Si Azmin Ali tu cuba berunding dengan PAS. Inilah bahananya bila bagi orang Bongok sesama Bongok memerintah!!!




Source link

read more

AZMIN BERANI ENGKAR, TUDUH PAN TAK AMANAH!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, isu kesepakatan dikalangan puak – puak Pakatan Haprak tu masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke tahap yang cukup kronik dan menyebabkan gabungan itu semakin rapuh.

Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan pencalonan Perdana Menteri menjadi bahan polemik Politik yang masih menjadi bahan pertikaian walaupun keputusan pucuk pimpinan sudah dibuat.

Sehingga ke hari ini, kemelut berkaitan dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan mengundang rasa kurang senang sehingga mereka melancarkan kempen #UndiRosak.

Namun hakikatnya, konflik berkepentingan Peribadi yang melanda Pakatan Haprak itu bukan sahaja membuktikan bahawa mereka tidak sepakat. Malah keputusan penting pun gagal dicapai.

Misal contohnya, isu pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih juga menemui jalan buntuk biarpun arahan supaya ianya diselesaikan segera sudah pun dikeluarkan.

Tetapi malangnya, ada juga pihak yang enggan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan dengan memberikan alasan kononnya isu berkaitan dengan pembahagian kerusi itu masih dibincang.

Azmin Ali dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya tidak akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu pembahagian kerusi di Selangor seperti yang diarahkan oleh Tun Mahathir.

Sebaliknya, Si Azmin Ali tu pula mendakwa PAN Selangor sebagai pihak yang tidak beramanah kerana sengaja memburukkan keadaan serta menyebar tuduhan buruk terhadap PKR.

“Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini ‘Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya kepada pemberita.

Dalam erti kata mudahnya, gabungan Pakatan Haprak tu masih lagi dilihat mempunyai agenda mereka yang tersembunyi bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi masing – masing.

Bayangkan! Kalau isu seperti ini pun mereka masih GAGAL nak selesaikan, bagaimana mungkin mereka dapat mentadbir Negara dimasa akan datang? Seandainya mereka diberi kuasa kelak, maka jahanam la negara ni dibuatnya!!!




Source link

read more

PKR ENGGAN PEDULI DESAKAN PAN!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Kesian dengan nasib parti Ternakan DAPigs tu apabila kepimpinan PKR Pusat enggan masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan pengagihan kerusi DUN di Selangor.

Kalau sebelum ini, puak – puak PAN tu merenggek macam budak kecik mendakwa kononnya mereka telah dipinggir dan dianiayai oleh PKR Selangor berhubung isu yang sama.

Ekoran tindakan PKR Selangor yang dilihat seolah – olah tidak mempedulikan luahan rasa kecewa mereka, PAN Selangor mendesak agar Pakatan Pusat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tapi malangnya, desakan PAN Selangor itu lansung tidak dipedulikan oleh Pakatan Pusat yang tetap enggan masuk campur dalam urusan pengagihan kerusi DUN diperingkat Negeri itu.

Antara lain, kepimpinan Pakatan Haprak itu memberikan alasan kononnya rundingan berhubung isu pengagihan kerusi DUN di Selangor itu masih lagi berlansung pada ketika ini.

“Buat masa ini ia (rundingan) masih berlangsung, belum lagi memerlukan penglibatan oleh pimpinan pusat. Dan pada peringkat rundingan negeri, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan negeri untuk mencari penyelesaian terbaik,” katanya dipetik portal berkenaan.


Secara tidak lansung, alasan yang diberikan itu membuktikan bahawa Pakatan tidak mempedulikan luahan hati serta suara pengikut – pengikut yang berada diperingkat bawahan.

Perkara yang sama juga berlaku sebelum ini dimana pucuk pimpinan Pakatan tidak mengendahkan bantahan dari peringkat akar umbi terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Malah, tambah memalukan ialah apabila pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu lebih suka menyalahkan pengikut bawahan kerana tidak tampil memberikan nama lain selain dari Tun Mahathir. Padahal, diorang yang tak ambik peduli apa yang diluahkan oleh orang bawahan!!!




Source link

read more

PAN DAKWA, PKR BUKAN TUHAN NAK TENTUKAN SEMUA!!! ~ SEMUT HITAM


Disebalik konflik berkaitan dengan isu pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan, PKR nampak gaya terpaksa berhadapan dengan satu lagi kemelut yang semakin kronik.

Jika sebelum ini, PKR mengalami tentangan dari dalam parti berhubung isu calon Perdana Menteri itu. Kali ini, PKR terpaksa pula berhadapan dengan tentangan dari rakan sepakatan mereka.

Isunya ialah mengenai pengagihan kerusi yang didakwa tidak dilakukan secara adil. Nak pulak pengagihan kerusi DUN di Selangor yang dikatakan sedang menemui jalan buntu pada ketika ini.

Isu itu dibangkitkan oleh puak – puak PAN yang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap keputusan PKR yang sebelum ini kerap kali tampil menafikan hak mereka secara terbuka.

Ekoran dari tindakan PKR yang tidak mempedulikan luahan rasa ketidak-puasan hati mereka menyebabkan kepimpinan PAN menganggap PKR tidak mempunyai hak untuk menentukan segalanya.

“Selangor ini kita kena faham. Dia ada empat parti dalam PH ini. Bukan Selangor ini milik PKR, bukan dia yang tentu semua. Dia (PKR) kena sepakat. Jadi kita tidak boleh anggap bahawa PKR punya dia tentukan semua,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Dari satu sudut, PAN cuba menafikan kedudukan PKR sebagai parti yang dominan dalam Pakatan Haprak di Selangor walaupun parti itu yang menerajui kepimpinan Rejim Pakatan.

Malah PAN juga turut mendakwa, mereka telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor agar isu pembahagian kerusi DUN itu diselesaikan secepat mungkin. Namun ianya juga tidak diendahkan.

Walaubagaimana pun, bagi sesetengah pihak, tindakan PKR Selangor pimpinan Si Azmin Ali yang sengaja melengah – lengahkan isu pembahagian kerusi itu hanya sekadar helah untuk dia terus berunding dengan PAS bagi mengekalkan kedudukannya pada ketika ini!!!




Source link

read more

PAN ‘menikus’ dalam Pakatan Harapan – Politik


KANGAR 27 Jan. – PAN dilihat ‘menikus’ di dalam Pakatan Harapan diketuai DAP apabila tidak mampu bersuara mempertahankan hak selepas diberikan kerusi paling sikit oleh gabungan itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).




NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

Dalam masa sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz juga percaya Pakatan Harapan sama sekali tidak akan menghirau atau melayan permintaan PAN meskipun parti serpihan Pas itu meninggalkan pakatan tersebut.


“Apa yang kita sebut sebelum ini benar-benar berlaku iaitu PAN tidak akan dapat apa-apa bila keluar daripada Pas. PAN merasakan mereka gagah di dalam Pakatan Harapan tetapi kamu (PAN) sebenarnya tidak dapat apa-apa.


“Dan situasi itu terbukti, belum masuk lagi pilihan raya mereka paling ke bawah (dalam Pakatan Harapan) dan tidak mampu bersuara mempertahan hak.


“PAN dipandang sepi oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui selepas selepas Majlis Ulang Tahun Ke-9 Maahad Tahfiz Al-Quran Al Imam An Nawawi (Matin) di sini malam tadi.


Parti serpihan Pas itu hanya diberikan 27 kerusi Parlimen oleh Pakatan Harapan diketuai DAP untuk bertanding dalam PRU-14 sekali gus menimbulkan polemik dalam kalangan pemimpin parti itu khususnya di peringkat negeri yang meminta gabungan berkenaan mengkaji semula pengagihan kerusi tersebut.


Malah PAN juga difahamkan diberikan kerusi gred C dan D termasuk hanya dua kerusi Parlimen di Johor selain langsung tidak diberikan kepercayaan bertanding di Wilayah Persekutuan.- UTUSAN ONLINE




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons