BN Selesai Umum Calon Semua Kerusi Parlimen, DUN – MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR – Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini selesai dengan pengumuman calon oleh tiga lagi negeri iaitu Sabah, Pahang dan Perlis, hari ini.

Pengumuman yang dibuat oleh pengerusi BN negeri masing-masing yang menggandingkan calon-calon baharu dan berpengalaman, jelas memperlihatkan keseriusan BN untuk mengukuhkan asas masing-masing selain menyediakan platform untuk pemimpin pelapis menonjolkan kepimpinan.

Di PAHANG, pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan manakala beliau sendiri akan mempertahankan kerusi DUN Pelangi.

Selain Najib, tujuh lagi penyandang kekal bertanding di kerusi Parlimen masing-masing termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Maran) dan Datuk Seri Ismail Said (Kuala Krau).

Empat calon baharu untuk kerusi Parlimen juga ditampilkan kali ini termasuk Datuk Wong Kiew Lee (Kuantan), Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Indera Mahkota Johan Mat Sah (Indera Mahkota) dan Wong Tai Cei (Mentakab).

Dua calon yang membuat penampilan semula juga turut dipertandingkan iaitu Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh (Cameron Highlands) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Raub).

Sivarraajh dan Chew yang masing-masing pernah bertanding di DUN Buntong, Perak pada PRU13 dan DUN Kajang, Selangor pada 2014, namun kecundang.

Untuk kawasan DUN, sebanyak 13 muka baharu dipertaruhkan, yang kebanyakannya daripada MCA.

Mereka ialah Leong Tack Man (Tanah Rata), Lee Ah Wong (Cheka), Eng Lek Pong (Tras), Lim Chow Lee (Damak), Kuek Tei Sion (Semambu), Tee Choon Ser (Teruntum), Wong Tai Cei (Mentakab), Poo Moon Hiong (Bilut).

Calon muka baharu daripada UMNO ialah Nadzri Ngah (Pulau Tawar), Datuk Seri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad (Tanjung Lumpur), Abdul Rahim Muda (Lepar), Datuk Nor Azmi Mat Ludin (Kuala Semantan) dan Ir Razali Kassim (Muadzam Shah).

Barisan calon BN Pahang kali ini juga menyaksikan tiga penyandang kerusi DUN digugurkan iaitu Datuk Seri Maznah Mazlan (Muadzam Shah), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (Pulau Tawar) dan Datuk Lau Lee (Damak).

Di SABAH, Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga untuk penggal yang keenamnya 9 Mei ini.

Bagi kerusi Parlimen, beliau turut mengumumkan bahawa 14 penyandang akan mempertahankan kerusi masing-masing.

Mereka termasuk Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis), Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) dan Pengerusi Felcra Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan).

Bendahari UMNO dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga ADUN Usukan dinamakan sebagai calon bagi kerusi Kota Belud menggantikan penyandangnya Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN yang berpindah ke kerusi Parlimen Sepanggar.

Enam muka baharu juga diketengahkan kali ini termasuk anak-anak kepada pemimpin sedia ada. Mereka ialah Arthur Joseph Kurup yang menggantikan bapa beliau yang juga Presiden PBS Tan Sri Joseph Kurup, untuk bertanding di Pensiangan dan anak Musa, Yamani Hafez (Sipitang).

Peguam muda berumur 27 tahun, Ceaser Mandela Makalun yang juga anak kepada ahli politik Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun pula akan bertanding di Penampang, Datuk Daniel Kinsik (Keningau) dan Datuk Joseph Lee (Kota Kinabalu).

Juga menarik perhatian ialah pencalonan Ketua Penerangan UMNO Semporna Datuk Ramlee Marahaban yang akan bertanding di kerusi Parlimen Semporna dan dijangka berdepan pencabar yang juga penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan).

Dalam pada itu, sebanyak 33 penyandang daripada 56 ADUN dinamakan semula untuk mempertahankan kerusi DUN masing-masing manakala 18 lagi calon yang disenaraikan adalah muka baharu.

Di PERLIS, Pengerusi BN Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan 10 daripada 18 calon PRU14 adalah muka baharu, termasuk kerusi Parlimen Kangar yang akan diwakili Ramli Shariff.

Beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau , manakala Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man akan berpindah dari DUN Pauh ke Bintong.

Calon muka baharu di DUN ialah Tei Cai Ann (Titi Tinggi), Rozaini Rais (Beseri), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer), Azizan Sulaiman (Santan), Chuah Tian Hee (Indera Kayangan), Hamizan Hassan (Kayang), Rozieana Ahmad (Pauh), Afifi Osman (Guar Sanji) dan Che Zaidi Saidin (Sanglang). – BERNAMA



Source link

read more

DAP bertanding di sembilan kerusi Parlimen di Sarawak – Politik


KUCHING 23 April- DAP mengesahkan akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan itu selepas ceramah diadakan di Bilik Operasi DAP di Batu Kawa di sini, malam ini.

Lima kerusi terbaru diumumkan ditandingi pada malam ini ialah Parlimen Bandar Kuching yang mempertaruhkan Kelvin Yii, Stampin (Chieng Jen), Mas Gading (Mordi Bimol), Serian (Edward Luwak)dan Bintulu (Tony Chan Yew Chiew)

Empat kerusi lagi telah diumumkan baru-baru ini iaitu Alice Lau (Parlimen Lanang),Oscar Ling (Parlimen Sibu), Wong Lin Biu(Parlimen Sarikei) dan Paren Nyawi di Parlimen Kapit.

Pada kali ini DAP menampilkan tiga muka baharu iaitu di Serian, Bintulu dan Bandar Kuching manakala selebih merupakan muka lama yang pernah bertanding sebelum ini.

Pengumuman calon itu turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pada PRU-13, DAP Sarawak berjaya memenangi kerusi Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Azmin bertanding di Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa – Politik


KUALA SELANGOR 24 April – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengumuman calon PKR Selangor dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Program Jelajah Harapan Selangor di Stadium Kuala Selangor, di sini malam ini.

Beliau berkata setakat ini PKR akan bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 21 DUN di negeri itu.

Selain itu, bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dicalonkan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya yang sebelum ini dikenali Petaling Jaya Selatan.

Kerusi Parlimen Selayang kekal dtandingi William Leong, R. Sivarasa (Parlimen Sungai Buloh), Wong Chen (Parlimen Subang), Zuraida Kamaruddin (Parlimen Ampang) manakala penyandang kerusi DUN Sentosa (sebelum ini Seri Andalas), Dr Xavier Jayakumar akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Langat.

Bagi kerusi DUN Selangor pula, hampir semua penyandang dikekalkan di kawasan masing-masing. – BERNAMA



Source link

read more

Calon BN bagi 26 kerusi Parlimen Johor


DbcCkNgUQAAapHlMO, 23/4/2018, JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor hari ini mengumumkan senarai calon bagi 26 kerusi Parlimen di negeri ini yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Senarai itu diumumkan oleh Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam majlis di Pejabat UMNO Johor, di sini.

 

Berikut senarai calon BN bagi kerusi 26 Parlimen di Johor:

Segamat: Datuk Seri S Subramaniam

Sekijang: Datuk Ayub Rahmat

Labis: Datuk Chua Tee Yong

Pagoh: Ismail Mohamed

Ledang: Datuk Hamim Samuri

Bakri: Koh Chon Chai

Muar: Datuk Razali Ibrahim

Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad

Ayer Hitam: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Sri Gading: Datuk Ab Aziz Kaprawi

Batu Pahat: Haliza Abdullah

Simpang Renggam: Datuk Liang Teck Meng

Kluang: Gan Ping [email protected] Ping Siew

Sembrong: Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Mersing: Datuk Abd Latiff Ahmad

Tenggara: Datuk Adham Baba

Kota Tinggi: Datuk Halimah Mohd Sadique

Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman

Tebrau: Datuk Seri Hou Kok Chung

Pasir Gudang: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Johor Bahru: Tan Sri Shahrir Abd Samad

Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamed

Iskandar Puteri: Datuk Teoh Sew Hock

Kulai: Tang Nai Soo

Pontian: Datuk Ahmad Maslan

Tanjung Piai: Datuk Seri Wee Jeck Seng



Source link

read more

Senarai calon Parlimen, DUN Negeri Sembilan – Politik


(senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

P. 126 JELEBU (45,719)

1. Datuk Jalaluddin Alias (BN)

2. 

3. Norman Ipin (Pas)

Penyandang: Zainudin Ismail (BN)

Majoriti: 7,101 undi

N. 01 CHENNAH (11,049)

1. Roger Seet Tee Gee (BN)

2.

3. Jamalus Mansor (Pas)

Penyandang: Loke Siew Fook (DAP)

Majoriti: 1,098 undi

N. 02 PERTANG (9,694)

1. Noor Azmi Yusof (BN)

2. 

3. Hamran Abu Hassan (Pas)

Penyandang: Jalaluddin Alias (BN)

Majoriti: 2,163 undi

N. 03 SUNGAI LUI (15,584)

1. Mohd. Radzi Mohd. Ali (BN)

2.

3. Abdul Karim Shahimi Abdul Razak (Pas)

Penyandang: Mohd. Radzi Mohd. Ali (BN)

Majoriti: 5,990 undi

N. 04 KLAWANG (9,392)

1. Datuk Baharuddin Jali (BN)

2.

3. Mazly Yasin (Pas)

Penyandang: Yunus Rahmat (BN)

Majoriti: 282 undi

P. 127 JEMPOL (66,393)

1. Senator Datuk Mohd. Salim Sharif

2.

3. Mustaffa Daharun (Pas)

Penyandang: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN)

Majoriti: 8,614 undi

N. 05 SERTING (19,903)

1. Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli (BN)

2.

3. Muhammad Alzukri Muhammad Yasin (Pas)

Penyandang: Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli (BN)

Majoriti: 5,442 undi

N. 06 PALONG (16,821)

1. Mustafa Nagoor (BN)

2.

3. Masdi Musa (Pas)

Penyandang: Lilah Yasin (BN)

Majoriti: 8,456 undi

N. 07 JERAM PADANG (11,403)

1. Datuk Manickam Letchuman (BN)

2.

3. Mohd Fairuz Mohd. Isa (Pas)

Penyandang: Datuk Manickam Letchuman (BN)

Majoriti: 2,691 undi

N. 08 BAHAU (18,266)

1. Chong Wan Yeong

2.

3. Mustafar Bakri Abdul Aziz (Pas)

Penyandang: Chew Seh Yong (DAP)

Majoriti: 5,136 undi

P. 128 SEREMBAN (99,752)

1. Datuk Chong Sin Woon (BN)

2.

3.Shariffuddin Ahmad (Pas)

Penyandang: Loke Siew Fook (DAP)

Majoriti: 12,553 undi

N. 09 LENGGENG (16,871)

1. Mazalan Maarof

2.

3. Muhammad Ghazali Abu Bakar (Pas)

Penyandang: Ishak Ismail (BN)

Majoriti: 2,058 undi

N. 10 NILAI (20,833)

1. Leaw Kok Chan

2.

3. Mohd. Abu Zahrim Abdul Rahman (Pas)

Penyandang: J. Arul Kumar (DAP)

Majoriti: 4,047 undi

N. 11 LOBAK (19,122)

1. Lim Kok Kian

2.

Penyandang: Siow Kim Leong (DAP)

Majoriti: 8,270 undi

N. 12 TEMIANG (9,907)

1. Siow Koi Voon

2.

3. Yaw Con Seng (Pas)

Penyandang: Ng Chin Tsai (DAP)

Majoriti: 1,677 undi

N. 13 SIKAMAT (18,341)

1. Syamsul Amri Ismail

2.

3. Rahim Yusof (Pas)

Penyandang: Aminuddin Harun (PKR)

Majoriti: 510 undi

N. 14 AMPANGAN (14,678)

1. Datuk Abu Ubaidah Redza (BN)

2.

3. Mustaffa Daharun (Pas)

Penyandang: Datuk Abu Ubaidah Redza (BN)

Majoriti: 89 undi

P. 129 KUALA PILAH (46,803)

1. Datuk Seri Hassan Malek (BN)

2.

3. Rafiei Mustapha (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Hassan Malek (BN)

Majoriti: 25,507 undi

N. 15 JUASSEH (9,354)

1. Datuk Ismail Lasim (BN)

2.

3. Hassan Mohamed (Pas)

Penyandang: Mohammad Razi Kail (BN)

Majoriti: 1,688 undi

N. 16 SERI MENANTI (7,894)

1. Datuk Abdul Samad Ibrahim (BN)

2.

3. Rafiei Mustapha (Pas)

Penyandang: Datuk Abdul Samad Ibrahim (BN)

Majoriti: 2,396 undi

N. 17 SENALING (7,766)

1. Datuk Adnan Abu Hassan

2.

3. Fazilah Abu Samah (Pas)

Penyandang: Datuk Ismail Lasim (BN)

Majoriti: 2,151 undi

N. 18 PILAH (12,302)

1. Datuk Norhayati Omar (BN)

2.

3. Ahmad Fadzil Othman (Pas)

Penyandang: Datuk Norhayati Omar (BN)

Majoriti: 113 undi

N. 19 JOHOL (9,487)

1. Saiful Yazan Sulaimam

2.

3. Kamaruddin Md. Tahir (Pas)

Penyandang: Abu Samah Mahat (BN)

Majoriti: 1,344 undi

P. 130 RASAH (93,299)

1. Ng Kian Nam (BN)

2.

3. Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa (Pas)

Penyandang: Teo Kok Seong (DAP)

Majoriti: 23,485 undi

N. 20 LABU (15,210)

1. Datuk Hasim Rusdi (BN)

2.

3. Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa (Pas)

Penyandang: Datuk Hasim Rusdi (BN)

Majoriti: 1,511 undi

N. 21 BUKIT KEPAYANG (22,793)

1. Mah Kah Keong (BN)

2.

Penyandang: Cha Kee Chin (DAP)

Majoriti: 9,457 undi

N. 22 RAHANG (17,004)

1. Yap Siok Moi (BN)

2.

Penyandang: Mary Josephine Prittam Singh (DAP)

Majoriti: 1,964 undi

N. 23 MAMBAU (19,496)

1. Datuk Ho Choy Shin (BN)

2.

Penyandang: Yap Yew Weng (DAP)

Majoriti: 9,377 undi

N. 24 SEREMBAN JAYA (18,796)

1. Datuk Chong Vee Hing (BN)

2.

Penyandang: P. Gunasekaran (DAP)

Majoriti: 4,805 undi

P. 131 REMBAU (78,876)

1. Khairy Jamaluddin (BN)

2.

3. Mustafa Dolah (Pas)

Penyandang: Khairy Jamaluddin (BN)

Majoriti: 18,357 undi

N. 25 PAROI (31,081)

1. Mohd. Ghazali Abd. Wahid (BN)

2.

3. Masita Mohamed Ali (Pas)

Penyandang: Mohd. Ghazali Abd. Wahid (BN)

Majoriti: 2,184 undi

N. 26 CHEMBONG (16,353)

1. Datuk Zaiful Bahri Idris (BN)

2.

3. Rosmin Adam (Pas)

Penyandang: Datuk Zaiful Bahri Idris (BN)

Majoriti: 6,480 undi

N. 27 RANTAU (18,405)

1. Datuk Seri Mohamad Hassan (BN)

2.

Penyandang: Datuk Seri Mohamad Hassan (BN)

Majoriti: 4,613 undi

N. 28 KOTA (13,037)

1. Datuk Dr. Awaluddin Said (BN)

2.

3. Ishak Omar (Pas)

Penyandang: Datuk Dr. Awaluddin Said (BN)

Majoriti: 5,002 undi

P. 132 PORT DICKSON (69,391)

1. Datuk V. S. Mogan (BN)

2.

3. Mahfuz Roslan (Pas)

Penyandang: Datuk Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Majoriti: 1,579 undi

N. 29 CHUAH (10,856)

1. Datuk Seri Lim Chin Fui (BN)

2.

Penyandang: Chai Tong Chai (PKR)

Majoriti: 2,534 undi

N. 30 LUKUT (15,773)

1. Yeong Kun You (BN)

2.

Penyandang: Ean Yong Tin Sin (DAP)

Majoriti: 3,954 undi

N. 31 BAGAN PINANG (15,518)

1. Datuk Tun Hairudin Abu Bakar (BN)

2.

Penyandang: Datuk Tun Hairudin Abu Bakar (BN)

Majoriti: 6,067 undi

N. 32 LINGGI (14,774)

1. Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza (BN)

2.

3. Noor Mohamad Rizal Ishak (Pas)

Penyandang: Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza (BN)

Majoriti: 3,260 undi

N. 33 SRI TANJUNG (12,470)

1. R. Thinalan (BN)

2.

3. Kamarol Ridzuan Mohd. Zain (Pas)

Penyandang: M. Ravi (PKR)

Majoriti: 2,422 undi

P. 133 TAMPIN (56,904)

1. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (BN)

2.

3. Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (BN)

Majoriti: 11,162 undi

N. 34 GEMAS (20,969)

1. Datuk Abdul Razak Said (BN)

2.

Penyandang: Datuk Abdul Razak Said (BN)

Majoriti: 10,911 undi

N. 35 GEMENCHEH (17,991)

1. Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN)

2.

3. Ishak Maasin (Pas)

Penyandang: Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN)

Majoriti: 3,025 undi

N. 36 REPAH (17,944)

1. Koh Kim Swee (BN)

2.

3. Abdul Razakek Abdul Rahim (Pas)

Penyandang: S. Veerapan (DAP)

Majoriti: 1,944 undi

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Senarai calon Parlimen, DUN Selangor – Politik


(senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

P. 092 SABAK BERNAM (37,126)

1. Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN)

2.

3. Muhammad Labib Abdul Jalil (Pas)

Penyandang: Datuk Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh

Majoriti: 1,644 undi

N. 01 SUNGAI AIR TAWAR (15,033)

1. Rizam Ismail (BN)

2.

3. Zamri Yahya (Pas)

Penyandang: Kamarol Zaki Bin Haji Abdul Malik (BN)

Majoriti: 1,416 undi

N. 02 SABAK (22,093)

1. Sallehudin Mohd Iskan (BN)

2.

3. Sallehin Mukhyi (Pas)

Penyandang: Sallehen Bin Mukhyi (PAS) 

Majoriti: 399 undi

P. 093 SUNGAI BESAR (42,833)

1. Budiman Zohdi 399 (BN)

2.

3. Muhammad Salleh Mohd Hussien (Pas)

Penyandang: Budiman Mohd Zohdi (BN)

Majoriti: 9,191 undi

N. 03 SUNGAI PANJANG (26,725)

1. Imran Tamrin (BN)

2.

3. Mohd. Razali Shaari (Pas)

Penyandang: Budiman Bin Mohd Zohdi (BN)

Majoriti: 2,183 undi

N. 04 SEKINCHAN (16,108)

1. Lee Yee Yuan

 (BN)

2.

3. Fazdlin Taslimin (Pas)

Penyandang: Ng Suee Lim (DAP)

Majoriti: 2,239 undi

P. 094 HULU SELANGOR (86,599)

1. Datuk P. Kamalanathan (BN)

2.

3. Dr. Wan Mat Sulaiman (Pas)

Penyandang: Datuk P. Kamalanathan (BN)

Majoriti: 3,414 undi

N. 05 HULU BERNAM (20,920)

1. Datuk Rosni Sohar (BN)

2.

3. Mohammed Salleh Ri (Pas)

Penyandang: Datuk Rosni Sohar (BN)

Majoriti: 3,032 undi

N. 06 KUALA KUBU BHARU (26,707)

1. Datuk Wong Koon Mun (BN)

2.

3. Naharudin Abdul Rashid (Pas)

Penyandang: Lee Kee Hiong (DAP)

Majoriti: 1,702 undi

N. 07 BATANG KALI (38,972)

1. Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN)

2.

3. Mohd. Hasnizan Harun (Pas)

Penyandang: Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN)

Majoriti: 5,398 undi

P. 095 TANJONG KARANG (42,658)

1. Tan Sri Noh Omar (BN)

2.

3. Nor Az Azlan Ahmad (Pas)

Penyandang: Tan Sri Noh Omar (BN)

Majoriti: 4,394 undi

N. 08 SUNGAI BURONG (21,615)

1. Datuk Mohd. Samsudin Lias (BN)

2.

3. Mohd. Zamri Mohd. Zainuddin (Pas)

Penyandang: Datuk Mohd. Samsudin Lias (BN)

Majoriti: 3,013 undi

N. 09 PERMATANG (21,043)

1. Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN)

2.

3. Muhammad Jafaruddin Syeik Daud (Pas)

Penyandang: Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN)

Majoriti: 1,026 undi

P. 096 KUALA SELANGOR (60,425)

1. Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (BN)

2.

3. Muhammad Rashid Muhammad Kassim (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (BN)

Majoriti: 460 undi

N. 10 BUKIT MELAWATI (23,370)

1. Jakiran Jacomah (BN)

2.

Penyandang: Jakiran Jacomah (BN)

Majoriti: 806 undi

N. 11 IJOK (20,734)

1. K. Parthiban (BN)

2.

Penyandang: Dr. Idris Ahmad (PKR)

Majoriti: 739 undi

N. 12 JERAM (16,321)

1. Zahar Azlan Ariffin (BN)

2. 

3. MOhd. Nor Mohd. Shahar (Pas)

Penyandang: Amiruddin Setro (BN)

Majoriti: 2,834 undi

P. 097 SELAYANG (93,830)

1. Kang Meng Fuat (BN)

2.

Penyandang: William Leong Jee Keen (PKR)

Majoriti: 17,846 undi

N. 13 KUANG (19,797)

1. Datuk Abdul Shukor Idrus (BN)

2.

3. Mohd. Fauzan Madzlan (Pas)

Penyandang: Datuk Abdul Shukor Idrus (BN)

Majoriti: 1,255 undi

N. 14 RAWANG (37,999)

1. Chan Wun Hoong (BN)

2. 

3. Kong Tuck Wah (Pas)

Penyandang: Gan Pei Nei (PKR) 

Majoriti: 9,241 undi

N. 15 TAMAN TEMPLER (36,034)

1. Datuk Md. Nasir Ibrahim (BN)

2.

3. Zaidy Abdul Talib (Pas)

Penyandang: Zaidy Abdul Talib (PAS)

Majoriti: 7,467 undi

P. 098 GOMBAK (124,983)

1. Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin (BN)

2.

3. Khairil Nizam Khirudin (Pas)

Penyandang: Mohamed Azmin Ali (PKR)

Majoriti: 4,734 undi

N. 16 SUNGAI TUA (30,873)

1. Datuk N. Rawisandran (BN)

2.

3. Mohammad Ibrahim (Pas)

Penyandang: Amirudin Shari (PKR)

Majoriti: 3,261 undi

N. 17 GOMBAK SETIA (47,369)

1. Datuk Megat Zulkarnain Megat Omardin (BN)

2.

3. Hasbullah Mohd. Ridzwan (Pas)

Penyandang: Hasbullah Mohd. Ridzwan (PAS)

Majoriti: 1,681 undi

N. 18 HULU KELANG (46,741)

1. Ismail Ahmad (BN)

2.

3. Kamalulhysham Mohd. Suhut

Penyandang: Saari Sungib (PAS)

Majoriti: 2,881 undi

P. 099 AMPANG (79,287)

1. Liong Kim Soon (BN)

2.

3. Nurul Islam Mohamed Yusoff (Pas)

Penyandang: Zuraida Kamaruddin (PKR)

Majoriti: 13,278 undi

N. 19 BUKIT ANTARABANGSA (40,970)

1. Salwa Yunus (BN)

2.

3. Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (Pas)

Penyandang: Mohamed Azmin Ali (PKR)

Majoriti: 4,044 undi

N. 20 LEMBAH JAYA (38,317)

1. Mohd Nizam Zain (BN)

2.

3. Khasim Abdul Aziz (Pas)

Penyandang: Khasim Abdul Aziz (PAS)

Majoriti: 8,713 undi

P. 100 PANDAN (88,489)

1. Leong Kok Wee (BN)

2.

3. Mohamed Sukri Omar (Pas)

Penyandang: Mohd Rafizi Ramli (PKR)

Majoriti: 26,729 undi

N. 21 PANDAN INDAH (42,451)

1. Mohd Haniff Roslan (BN)

2.

3. Iskandar Abdul Samad (Pas)

Penyandang: Iskandar Abdul Samad (PAS)

Majoriti: 9,608 undi

N. 22 TERATAI (46,038)

1. Liew Pok Boon (BN)

2.

3. Mohd. Imran Abdul Wahab (Pas)

Penyandang: Tiew Way Keng (DAP)

Majoriti: 13,646 undi

P. 101 HULU LANGAT (82,951)

1. Azman Ahmad (BN)

2.

3. Dr. Che Rosli Che Mat (Pas)

Penyandang: Dr. Che Rosli Che Mat (PAS)

Majoriti: 17,267 undi

N. 23 DUSUN TUA (42,687)

1. Mohd Zin Isa (BN)

2.

3. Razaly Hassan (Pas)

Penyandang: Razaly Hassan (PKR)

Majoriti: 4,071 undi

N. 24 SEMENYIH (40,264)

1. Johan Abdul Aziz (BN)

2.

3. Mad Shamour Mad Kosim (Pas)

Penyandang: Johan Abdul Aziz (BN)

Majoriti: 4,145 undi

P. 102 BANGI (146,168)

1. Liew Yuen Keong (BN)

2.

3. Nushi Mahfodz (Pas)

Penyandang: Ong Kian Ming (DAP)

Majoriti: 42,206 undi

N. 25 KAJANG (52,041)

1. Teh Yeow Meng (BN)

2.

3. Zaiton Ahmad (Pas)

Penyandang: Lee Chin Cheh (PKR)

Majoriti: 6,824 undi

N. 26 SUNGAI RAMAL (42,533)

1. Abdul Rahim Mohd Amin (BN)

2.

3. Mohd. Shafie Ngah (Pas)

Penyandang: Mohd Shafie Ngah (PAS)

Majoriti: 11,838 undi

N. 27 BALAKONG (51,594)

1. Lim Chin Wah (BN)

2.

3. Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas)

Penyandang: Ng Tien Chee (DAP)

Majoriti: 13,542 undi

P. 103 PUCHONG (82,698)

1. Ang Chin Tat (BN)

2.

3. Mohd. Rosarizan Mohd. Roslan (Pas)

Penyandang: Gobind Singh Deo (DAP)

Majoriti: 32,802 undi

N. 28 SERI KEMBANGAN (38,868)

1. Chang Toong Who (BN)

2.

Penyandang: Ean Yong Hian Wah (DAP)

Majoriti: 22,078 undi

N. 29 SERI SERDANG (43,830)

1. Mohammad Satim Diman (BN)

2.

3. Noor Hanim Ismail (Pas)

Penyandang: Noor Hanim Ismail (PAS)

Majoriti: 16,251 undi

P. 104 SUBANG (128,330)

1. Tan Seong Lim (BN)

2.

Penyandang: Wong Chen (PKR)

Majoriti: 28,827 undi

N. 30 KINRARA (62,271)

1. Chiew Kai Heng (BN)

2.

Penyandang: Ng Sze Han (DAP)

Majoriti: 14,604 undi

N. 31 SUBANG JAYA (66,059)

1. Chong Ah Watt (BN)

2.

Penyandang: Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)

Majoriti: 28,069 undi

P. 105 PETALING JAYA (129,363)

1. Chee Hian Tat (BN)

2.

3. Noraini Hussin (Pas)

Penyandang: Hee Loy Sian (PKR)

Majoriti: 19,216 undi

N. 32 SERI SETIA (47,393)

1. Yusoff M. Haniff (BN)

2.

3. Mohd. Ghazali Daud (Pas)

Penyandang: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)

Majoriti: 4,663 undi

N. 33 TAMAN MEDAN (39,088)

1. Abduk Mutalif Abd Rahim (BN)

2.

3. Ariffin Mahayuddin (Pas)

Penyandang: Haniza Binti Mohamed Talha (PKR)

Majoriti: 3,731 undi

N. 34 BUKIT GASING (42,882)

1. Chai Ko Thing (BN)

2.

Penyandang: Rajiv Rishyakaran (DAP)

Majoriti: 15,842 undi

P. 106 DAMANSARA (150,439)

1. Ho Kwonk Xheng (BN)

2.

Penyandang: Pua Kiam Wee (DAP)

Majoriti: 41,672 undi

N. 35 KAMPUNG TUNKU (48,004)

1. Tan Gim Tuan (BN)

2.

Penyandang: Lau Weng San (DAP)

Majoriti: 13,685 undi

N. 36 BANDAR UTAMA (47,533)

1. Chng Soon Chau (BN)

2.

Penyandang: Yeo Bee Yin (DAP)

Majoriti: 30,689 undi

N. 37 BUKIT LANJAN (54,902)

1. Syed Abdul Razak Syed Ling Alsagof (BN)

2.

Penyandang: Wong Keat Ping (PKR)

Majoriti: 17,200 undi

P. 107 SUNGAI BULOH (73,448)

1. A. Prakash (BN)

2.

3. Nuridah Mohd Salleh (Pas)

Penyandang: Sivarasa K. Rasiah (PKR)

Majoriti: 26,719 undi

N. 38 PAYA JARAS (32,495)

1. Zein Isma Ismail (BN)

2.

3. Mohd. Hanafi Zulkapli (Pas)

Penyandang: Mohd Khairuddin Othman (PAS)

Majoriti: 5,522 undi

N. 39 KOTA DAMANSARA (40,953)

1. Halimahton Saadiah Bohan (BN)

2.

3. Siti Rohaya Ahad (Pas)

Penyandang: Halimaton Saadiah Bohan (BN)

Majoriti: 1,527 undi

P. 108 SHAH ALAM (90,742)

1. Azhari Shaari (BN)

2.

3. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki (Pas)

Penyandang: Khalid Bin Abd Samad (PAS)

Majoriti: 10,939 undi

N. 40 KOTA ANGGERIK (41,488)

1. Jumaeyah Masdi (BN)

2.

3. Ahmad Dusuki Abd. Rani (Pas)

Penyandang: Yaakob Sapari (PKR)

Majoriti: 4,503 undi

N. 41 BATU TIGA (49,254)

1. Ahmad Muadzam Shah Yaakop (BN)

2.

3. Abdul Halim Omar (Pas)

Penyandang: Rodziah Ismail (PKR)

Majoriti: 3,805 undi

P. 109 KAPAR (106,124)

1. M. Mohana (BN)

2.

3. Dr. Abdul Rani Osman (Pas)

Penyandang: G Manivannan Gowindasamy (PKR)

Majoriti: 23,790 undi

N. 42 MERU (32,181)

1. Khairuk Anuar Saimun (BN)

2.

3. Nor Najhan Mohd. Soleh (Pas)

Penyandang: Abd Rani Osman (PAS)

Majoriti: 9,079 undi

N. 43 SEMENTA (37,089)

1. Saroni Judi (BN)

2.

3. Wan Hasrina Wan Hassan (Pas)

Penyandang: Daroyah Alwi (PKR)

Majoriti: 7,846 undi

N. 44 SELAT KLANG (36,854)

1. Dr Mohd Khairi Hussin (BN)

2.

3. Dr. Halimah Ali (Pas)

Penyandang: Teng Chang Khim (DAP)

Majoriti: 11,309 undi

P. 110 KLANG (136,222)

1. Ching Eu Boon (BN)

2.

3. Khairulshah Kotapan Abdullah (Pas)

Penyandang: Charles Anthony R.Santiago (DAP)

Majoriti: 24,685 undi

N. 45 BANDAR BARU KLANG (52,754)

1. Teoh Kah Yeong (BN)

2.

Penyandang: Halimah Ali (PAS)

Majoriti: 2,754 undi

N. 46 PELABUHAN KLANG (28,604)

1. Sheikh Raj sh Sheikh Ahmad (BN)

2.

3. Khalid Nayan (Pas)

Penyandang: Tan Sri Abd Khalid Bin Ibrahim (Bebas)

Majoriti: 2,994 undi

N. 47 PANDAMARAN (54,864)

1. Tee Hooi Ling (BN)

2.

Penyandang: Tan Pok Shyong (DAP)

Majoriti: 9,176 undi

P. 111 KOTA RAJA (121,126)

1. V. Gunalan (BN)

2.

3. Mohamed Diah Baharun (Pas)

Penyandang: Siti Mariah Mahmud (PAS)

Majoriti: 29,395 undi

N. 48 SENTOSA (41,261)

1. R. Subramaniam (BN)

2.

3. Rajan Manikesavan (Pas)

Penyandang: Ganabatirau Veraman (DAP)

Majoriti: 13,369 undi

N. 49 SUNGAI KANDIS (41,523)

1. Kamaruzzaman Johari (BN)

2.

3. Mohd. Yusof Abdullah (Pas)

Penyandang: Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR)

Majoriti: 15,633 undi

N. 50 KOTA KEMUNING (38,342)

1. Tiew Hock Huat (BN)

2.

3. Burhan Adnan (Pas)

Penyandang: Mat Shuhaimi Bin Shafiei (PKR)

Majoriti: 12,510 undi

P. 112 KUALA LANGAT (89,075)

1. Shahril Sufian Hamdan (BN)

2.

3. Datuk Dr. Yahya Baba (Pas)

Penyandang: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Majoriti: 5,358 undi

N. 51 SIJANGKANG (33,368)

1. Sulaiman Karli (BN)

2.

3. Dr. Ahmad Yunus Hairi (Pas)

Penyandang: Ahmad Yunus Hairi (PAS)

Majoriti: 2,942 undi

N. 52 BANTING (28,321)

1. Ng Siok Hwa (BN)

2.

Penyandang: Loh Chee Heng (DAP)

Majoriti: 5,391 undi

N. 53 MORIB (27,386)

1. Rozana Kamarulzaman (BN)

2.

3. Dr. Salahudin Hafiz (Pas)

Penyandang: Hasnul Baharuddin (PAS)

Majoriti: 766 undi

P. 113 SEPANG (85,395)

1. Marsum Paing (BN)

2.

3. Sabirin Marsono (Pas)

Penyandang: Mohamed Hanipa Bin Maidin (PAS)

Majoriti: 1,104 undi

N. 54 TANJONG SEPAT (22,026)

1. Dr Karim Mansor (BN)

2.

3. Mohd. Haslin Hasan (Pas)

Penyandang: Mohd Haslin Hassan (PAS)

Majoriti: 682 undi

N. 55 DENGKIL (39,380)

1. Shahrum Mohd. Shariff (BN)

2.

3. Yusmi Hanif Ariffin (Pas)

Penyandang: Shahrum Mohd. Sharif (BN)

Majoriti: 2,317 undi

N. 56 SUNGAI PELEK (23,989)

1. Ng Chok Sin (BN)

2.

3. Rohaya Mohd Shahir (Pas)

Penyandang: Lai Nyuk Lan (DAP)

Majoriti: 1,972 undi

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Senarai calon Parlimen, DUN Terengganu – Politik


(senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

P. 033 BESUT (76,449)

1. Datuk Seri Idris Jusoh (BN)

2.

3. Dr. Riduan Mohd Noor (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Idris Jusoh (BN)

Majoriti: 8,342 undi

N. 01 KUALA BESUT (18,570)

1. Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN)

2.

3. Azbi Salleh (Pas)

Penyandang: Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN)

Majoriti: 2,592 undi


N. 02 KOTA PUTERA (20,968)

1.  Mohd Mahdi Musa (BN)

2.

3. Mohd. Nurkhuzaini Abd. Rahman (Pas)

Penyandang: Mohd. Mahdi Musa (BN)

Majoriti: 1,412 undi

N. 03 JERTIH (20,023)

1. Datuk Muhammad Pahemi Jusoh (BN)

2.

3. Wan Azhar Wan Ahmad (Pas)

Penyandang: Muhammad PehimiYusof (BN)

Majoriti: 930 undi

N. 04 HULU BESUT (16,888)

1. Nawi Mohamad (BN)

2.

3. Mat Daik Mohamad (Pas)

Penyandang: Nawi Mohamad (BN)

Majoriti: 1,570 undi

P. 034 SETIU (78,210)

1. Datuk Mohd Jidin Shafee (BN)

2.

3. Shahari Zulkarnain (Pas)

Penyandang: Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN)

Majoriti: 7,943 undi

N. 05 JABI (17,820)

1. Mohd Iskandar Jaafar (BN)

2.

3. Dr. Azman Ibrahim (Pas)

Penyandang: Mohd.Iskandar Jaafar (BN)

Majoriti: 782 undi

N. 06 PERMAISURI (21,541)

1. Datuk Halim Jusoh (BN)

2.

3. Zul Bhari A. Rahman (Pas)

Penyandang: Mohd. Jidin Shafie (BN)

Majoriti: 2,928 undi

N. 07 LANGKAP (16,968)

1. Datuk Sabri Mohd Noor (BN)

2.

3. Azmi Maarof (Pas)

Penyandang: Sabri Mohd. Noor (BN)

Majoriti: 3,022 undi

N. 08 BATU RAKIT (21,881)

1. Bazlan Abd Rahman (BN)

2.

3. Mohd Shafizi Ismail (Pas)

Penyandang: Bazlan Abdul Rahman (BN)

Majoriti: 1,635 undi

P. 035 KUALA NERUS (74,272)

1. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (BN)

2.

3. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Pas)

Penyandang: Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Pas)

Majoriti: 610 undi

N. 09 TEPOH (20,185)

1. Datuk Basir Ismail (BN)

2.

3. Hishamuddin Abdul Karim (Pas)

Penyandang: Hishamuddin Abdul Karim (Pas)

Majoriti: 229 undi

N. 10 BULUH GADING (20,644)

1. Che Mansor Salleh (BN)

2.

3. Ridzuan Hashim (Pas)

Penyandang: Ridzuan Hashim (Pas)

Majoriti: 109 undi

N. 11 SEBERANG TAKIR (17,666)

1. Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN)

2.

3. Mohd Fazil Wahab (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN)

Majoriti: 1,510 undi

N. 12 BUKIT TUNGGAL (15,777)

1. Tuan Arif Shahibu Fadilah Tuan Ahmad (BN)

2.

3. Dr Alias Razak (Pas)

Penyandang: Alias Razak (Pas)

Majoriti: 652 undi

P. 036 KUALA TERENGGANU (96,128)

1. Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (BN)

2.

3. Ahmad Azad Mohamed @ Hashim (Pas)

Penyandang: Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Pas)

Majoriti: 10,785 undi

N. 13 WAKAF MEMPELAM (25,927)

1. Salleh Othman (BN)

2. 

3. Wan Sukairi Wan Abdullah (Pas)

Penyandang: Mohd Abdul Wahid Endut (Pas)

Majoriti: 2,810 undi

N. 14 BANDAR (19,903)

1. Toh Seng Cheng (BN)

2.

3. Ahmad Shah Mohamed (Pas)

Penyandang: Azan Ismail (PKR)

Majoriti: 2,159 undi

N. 15 LADANG (20,624)

1. Datuk Mohd Sabri  Alwi (BN)

2. 

3. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas)

Penyandang: Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas)

Majoriti: 924 undi

N. 16 BATU BURUK (29,674)

1. Zamri Awang Hitam (BN)

2.

3. Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pas)

Penyandang: Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas)

Majoriti: 2,273 undi

P. 037 MARANG (95,904)

1. Mohamad Noor Endut (BN)

2.

3. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)

Majoriti: 5,124 undi

N. 17 ALUR LIMBAT (25,385)

1. Datuk Saiful Bahri Baharuddin (BN)

2.

3. Ariffin Deraman (Pas)

Penyandang: Ariffin Deraman (Pas)

Majoriti: 645 undi

N. 18 BUKIT PAYUNG (20,791)

1. Toh Puan Zaitun Mat Amin (BN)

2.

3. Mohd. Nor Hamzah (Pas)

Penyandang: Mohd. Nor Hamzah (Pas)

Majoriti: 613 undi

N. 19 RU RENDANG (24,040)

1. Nik Dir Nik Wan Ku (BN)

2.

3. Profesor Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Pas)

Penyandang: Abdul Hadi Awang (Pas)

Majoriti: 2,819 undi

N. 20 PENGKALAN BERANGAN (25,688)

1. A. Latiff Awang  (BN)

2.

3. Sulaiman Sulong (Pas)

Penyandang: A. Latiff Awang (BN)

Majoriti: 1,848 undi

P. 038 HULU TERENGGANU (67,739)

1. Datuk Rosol Wahid (BN)

2.

3. Muhyidin Abdul Rashid (Pas)

Penyandang: Jailani Johari (BN)

Majoriti: 8,213 undi

N. 21 TELEMUNG (16,648)

1. Datuk Rozi Mamat (BN)

2.

3. Kamaruzaman Abdullah (Pas)

Penyandang: Rozi Mamat (BN)

Majoriti: 6,864 undi

N. 22 MANIR (15,886)

1. Yusof Awang Hitam (BN)

2.

3. Hilmi Harun (Pas)

Penyandang: Hilmi Harun (Pas)

Majoriti: 588 undi

N. 23 KUALA BERANG (16,329)

1. Tengku Putera Tengku Awang (BN)

2.

3. Dr. Mamad Puteh (Pas)

Penyandang: Tengku Putera Tengku Awang (BN)

Majoriti: 449 undi

N. 24 AJIL (18,876)

1. Ghazali Taib (BN)

2.

3. Maliaman Kassim (Pas)

Penyandang: Razali Taib (BN)

Majoriti: 2,782 undi

P. 039 DUNGUN (82,492)

1. Datuk Din Adam (BN)

2.

3. Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas)

Penyandang: Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas)

Majoriti: 3,942 undi

N. 25 BUKIT BESI (13,398)

1. Roslee Daud (BN)

2.

3. Ghazali Sulaiman (Pas)

Penyandang: Rosli Daud (BN)

Majoriti: 2,258 undi

N. 26 RANTAU ABANG (21,679)

1. Zaulkfli Wan Gati (BN)

2.

3. Alias Harun (Pas)

Penyandang: Alias Harun (Pas)

Majoriti: 141 undi

N. 27 SURA (23,480)

1. Datuk  Zainun Abu Bakar (BN)

2.

3. Wan Hapandi Wan Nik (Pas)

Penyandang: Wan Hapandi Wan Nik (Pas)

Majoriti: 2,957 undi

N. 28 PAKA (23,935)

1. Tengku Hamzah Tengku Draman (BN)

2.

3. Satiful Bahari Mamat (Pas)

Penyandang: Satiful Bahari Mamat (Pas)

Majoriti: 1,287 undi

P. 040 KEMAMAN (98,352)

1. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (BN)

2.

3. Che Alias Hamid (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (BN)

Majoriti: 12,306 undi

N. 29 KEMASIK (20,237)

1. Ir. Rosli Othman (BN)

2.

3. Saiful Azmi Suhaili (Pas)

Penyandang: Rosli Othman (BN)

Majoriti: 898 undi

N. 30 KIJAL (20,687)

1. Datuk Seri Ahmad Said (BN)

2.

3. Hazri Jusoh (Pas)

Penyandang: Datuk Seri Ahmad Said (BN)

Majoriti: 4,204 undi

N. 31 CUKAI (28,154)

1. Datuk Mohamed Awang Tera (BN)

2.

3. Hanafiah Mat (Pas)

Penyandang: Hanafiah Mat (Pas)

Majoriti: 2,446 undi

N. 32 AIR PUTIH (29,274)

1. Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN)

2.

3. Ab. Razak Ibrahim (Pas)

Penyandang: Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN)

Majoriti: 3,633 undi

– UNDI

 



Source link

read more

18 Mangsa Ribut Parlimen Kangar Terima Bantuan JKM – MYNEWSHUB


KANGAR – Seramai 18 penduduk di Parlimen Kangar, yang kediaman mereka rosak akibat dilanda ribut ​​​​​baru-baru ini, menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan kediaman masing-masing dibaiki segera.

Pengarah JKM negeri Mohammad Hazam Ismail berkata lebih RM10,000 diagihkan kepada setiap penerima mengikut tahap kerosakan rumah masing-masing berdasarkan penilaian pegawai JKM.

“Bagi seluruh Perlis, sebanyak 55 mangsa terlibat dalam kejadian ribut pada 14 April lepas dengan bantuan kewangan yang diagihkan JKM kepada setiap mangsa berjumlah lebih RM37,000,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man melawat beberapa rumah yang terjejas akibat ribut di Kampung Behor Lalang dekat sini, hari ini.

Mohammad Hazam berkata kebanyakan rumah itu mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan bantuan JKM diberikan bagi meringankan beban mangsa untuk membaiki kediaman mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Behor Lalang Zainab Sabu berkata keprihatinan menteri besar menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di kampung itu sangat dihargai selain mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin.

“Apabila pemimpin sendiri turun padang, beliau dapat lihat sendiri apa yang diperlukan rakyat dan bantuan lebih cepat sampai kepada mereka yang memerlukan, contohnya, beberapa rumah warga emas di sini yang turut mendapat kelulusan menteri besar untuk dibaiki segera.

“Keprihatinan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa rakyat memilih pemimpin yang betul sebelum ini dan mereka perlu kekal memerintah agar nasib rakyat terbela,” katanya.

Sementara itu, warga emas Minah Pin, 70, berkata bantuan kerajaan akan digunakan untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak akibat diterbangkan angin kuat semasa ribut.

Che Lian Ahmad, 78, pula berkata kerosakan yang dialami pada sebahagian bumbung dapurnya perlu dibaiki segera demi keselesaan tiga cucu yang tinggal bersama-samanya.

“Makcik sangat bersyukur, puas hati dan berterima kasih kerana bantuan kerajaan tidak kira musim, sentiasa ada untuk rakyat yang susah seperti kami,” katanya. – BERNAMA



Source link

read more

Kit Siang sah bertanding di Parlimen Iskandar Puteri – Politik


JOHOR BAHRU 22 April – Penyandang kerusi Parlimen Gelang Patah (kini Iskandar Puteri), Lim Kit Siang kekal bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng pada majlis Jamuan Makan Malam Dana Pilihanraya Kawasan Parlimen Iskandar Puteri di Restoran Pekin Sutera, Sutera Mall, Skudai di sini malam ini.

Pada PRU-13, Penasihat DAP itu menewaskan bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Sejak 1969 sehingga 2013, Kit Siang telah bertanding di tujuh kerusi Parlimen berbeza di Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor dan sekali tewas di Parlimen Bukit Bendera pada 1999. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAS Tanding Lapan Kerusi Parlimen, 18 DUN Di Sabah – MYNEWSHUB


KOTA KINABALU – PAS akan bertanding lapan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Ini bermakna PAS menambah enam kerusi Parlimen dan sembilan lagi kerusi DUN yang akan ditandingi parti itu berbanding pada PRU13 lalu iaitu dua Parlimen dan sembilan DUN, selain menampilkan 17 muka baharu.

Pada sidang akhbar bagi mengumumkan calon PAS di sini hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata untuk pertama kali di Sabah, PAS menampilkan seorang calon bukan Islam.

Calon itu iaitu Satail Majungkat, 60, yang beragama Kristian Sidang Injil Borneo, menjadi anggota PAS sejak lapan tahun lalu dan akan bertanding bagi kerusi DUN Kadamaian.

Abdul Hadi berkata PAS juga meletakkan dua calon wanita pada PRU14 iaitu Norsah Bongsu, 47, muka baharu bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Karamunting, serta Dausieh Queck @ Paraman, 38 bagi DUN Pitas.

Calon termuda PAS berumur 26 tahun iaitu Jumaidin Lakalla, pula bertanding bagi kerusi DUN Kuamut. – BERNAMA



Source link

read more