Pas kaji tindakan undang-undang terhadap Husam


KOTA BHARU: Pas sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berhubung jemputan ke Solat Hajat Wisma Tok Guru yang disifatkan sebagai provokasi angkuh.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindakan Husam seperti mendahului keputusan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Injuksi Erinford pada 8 Januari lalu.

“Pas tolak jemputan itu dan tidak berminat untuk melayan ucapan Husam, tetapi hal ini melibatkan keputusan mahkamah maknanya ada kaitan dengan parti.

“Husam melalui satu video di Facebook Pemuda Amanah Kelantan mengisytiharkan solat hajat dan menjemput Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan ahli Pas, itu satu ucapan angkuh, sombong dan provokatif,” katanya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, tadi.

Beliau berkata, Adun Salor itu juga dikatakan mendahului mahkamah apabila berkali-kali menyebut beliau tuan punya bangunan sedangkan belum ada keputusan dibuat mahkamah terhadap hak milik wisma itu.

“Keputusan Injuksi Erinford lalu bertujuan mengharmonikan keadaan sementara keputusan sebenar dibuat, namun tindakan beliau seperti mencabar dan bercanggah.

“Dalam keputusan itu, defendan (Mohd Yasin Yusoff) tidak boleh mengganggu plaintif (Husam) masuk ke kawasan itu dan arahan setakat plaintif sahaja, yang lain boleh dihalang.

“Hak masih kepada Pas untuk guna kawasan, yang lain tidak dibenarkan masuk ke kawasan,” katanya.

Katanya, Pas juga meminta Husam menghentikan provokasi atau mengelirukan penyokong parti masing-masing sehingga hak milik wisma itu diputuskan mahkamah.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan permohonan Injunksi Erinford oleh Husam terhadap Mohd Yasin juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan sehingga rayuan permohonan injunksi plaintif didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.

Mahkamah turut memerintahkan tarikh sebutan semula pada 12 Februari depan sama dengan tarikh pengurusan kes induk Writ Saman yang difailkan Mohd Yasin terhadap Husam supaya mengosongkan bangunan itu.

Sebelum ini, injunksi plaintif terhadap writ saman itu ditolak mahkamah sama pada 16 November 2017.

Isu perebutan tanah di Pendek, Salor, di sini, mendapat perhatian bermula susulan tanah asal milik bekas Adun Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim atas nama isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd Yasin dengan harga RM700,000



Source link

read more

PAS DEDAH TAKTIK AZMIN CUBA SABOTAJ TUN M??? ~ SEMUT HITAM


PAS mendakwa Parlimen Gombak bukan merupakan kerusi selamat buat Azmin Ali selepas PAS memutuskan kerjasama dengan PKR. Apatah lagi sekiranya Tun Mahathir bertanding disitu.

Hakikatnya, kemenangan Azmin sebelum ini adalah ditentukan dengan bantuan serta sokongan dan juga undi dari jentera PAS yang memainkan penting dalam memastikan dia kekal.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata Menteri Besar Selangor itu sendiri tidak akan dapat mempertahankan Gombak apabila berlaku pertandingan 3 penjuru.

“Saya tak tahu apa matlamat tersirat Azmin lepas kerusi Gombak, cuma saya boleh sebut bahawa kerusi Gombak tidak selamat bagi PKR.

“Bila dia sendiri tidak selamat, saya yakin Dr Mahathir lagi tidak selamat sebab pengundi Gombak ini pengundi bandar yang melalui reformasi zaman Dr Mahathir. Mereka nampak apa yang berlaku.”

Zuhdi ditemui pemberita selepas menghadiri kuliah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melawar hari ini.

Dia diminta mengulas mengenai kesediaan Azmin untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir bertanding di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Malah Zuhdi juga mendakwa, dia tidak nampak Tun Mahathir sebagai calon “Boleh Menang” di Parlimen Gombak kerana bekas perdana menteri itu lebih berpotensi di Langkawi.

“Saya tidak tahu apa matlamat sebenarnya tapi langkah itu akan menggagalkan Dr Mahathir jadi perdana menteri,” katanya.

Kerusi Gombak antara kerusi yang mempunyai jumlah penyokong PAS dan Barisan Nasional yang ramai. Dua daripada 3 DUN di bawah Parlimen itu dimenangi PAS sejak 2 penggal lalu.

Azmin memenangi Parlimen Gombak sejak 2008 dengan majoriti 6,867 undi, dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.

Dari satu sudut, kesudian Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak itu boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menggagalkan rancangan Pakatan yang telah mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka sebelum ini!!!




Source link

read more

UMNO dan PAS bergabunglah demi Islam dan Melayu- Presiden PAAK


KOTA BHARU: Pertubuhan Ayahanda dan Anakanda Kebangsaan menyarankan supaya UMNO dan PAS bergabung.

Langkah itu sebagai permulaan ke arah memupuk persaudaraan sesama Melayu Islam.

Menurut presidennya, Datuk Suzainal Adnan Sukri, kedua-dua parti Melayu Islam itu perlu berlapang dada dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik masing-masing.

“Pada pendapat saya memang wajarlah, sebab UMNO dan PAS menuju kepada matlamat dan hasrat yang sama.

“Kita ni seluruh NGO berharap agar satu hari nanti PAS dan BN ni bersatu,” katanya kepada media selepas menyampaikan anugerah tokoh tokoh NGO Islam kebangsaan di sini malam tadi.

Jelasnya lagi kemunculan parti politik serpihan menyebabkan ramai kalangan umat Melayu Islam berpecah dengan meletakkan kepentingan parti sehingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

Tambahnya sekiranya keadaan ini berlarutan ianya merugikan ramai pihak kerana akan menjadikan masyarakat berpuak-puak



Source link

read more

UMNO alukan perubahan sikap Pas Kelantan – Politik


KETEREH 13 Jan. – UMNO mengalu-alukan perubahan sikap yang ditunjukkan kepemimpinan Pas negeri ini yang sangat positif dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat.

“Walaupun pendekatan mereka (Pas) kadang-kadang seperti ‘Merry-Go-Round’, pusing-pusing akhirnya kembali semula, namun, sejak kebelakangan ini kerajaan negeri ini sentiasa bersikap positif.

“Bukan sikap mencari salah, menafikan serta memanipulasikan segala bentuk kebaikan yang pernah diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.

“Namun, tidak usahlah kita mengungkit-ungkit atau memperkecilkan segala usaha yang pernah diberikan kepemimpinan (Kerajaan Pusat) sebelum ini dan pandang kehadapan untuk mencari nilai taawun (kebersamaan) demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Tentera bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Khir Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Memali tragedy sparked by anti-ISA sentiment, not ‘Amanat Hadi’: Kedah Pas leader


MEMALI

MO,11/1/2018, BALING: The 1985 Memali tragedy, which claimed the lives of 14 civilians and four policemen, was not sparked by ‘Amanat Hadi’ as claimed by former premier Tun Dr Mahathir Mohamad, a Pas leader said today. Kedah Pas special committee on Memali chairman Datuk Muhamad Yusuf Husin said contrary to the claims in the White Paper on Memali released in 1986, when Dr Mahathir was in power, the incident was allegedly triggered by objections against the Internal Security Act (ISA).

He said the tragedy was actually sparked by a movement to object the ISA, led by slain preacher Ibrahim Mahmud, who was known as Ibrahim Libya. The former senator claimed that there were many fabricated facts and lies in the White Paper, including allegations that Ibrahim was an extremist, who was leading an armed movement to topple the government.

“That was totally absurd as Ibrahim was clearly objecting the draconian Internal Security Act (ISA) which against the principles of Islam. “Ibrahim was merely objecting the law which give the power to the government to detain anyone without trial. “He (Ibrahim) was adamant that he would rather die than being detained under the ISA, he was not at anytime mobilising a revolution movement to topple the government by force,” he said in an interview at his home.

Yusuf, who was among over 100 civilians detained during the incident, claimed that most of the facts reported in the White Paper were fabricated and misleading with the intention to paint a bad picture on Ibrahim and his followers. Citing an example, Yusuf said he was accused of being the leader of a Mujahiddin movement simply because he was close to the late Ibrahim.

“We were just a bunch of villagers, rubber tappers who are defending our religious teacher from being detained under the ISA. “We did not have any firearm as alleged in the White Paper and we had nothing to do with any radical movement in southern Thai whatsoever,” he said. Yusuf was responding to a recent statement by Dr Mahathir blaming Malaysian muftis for not countering Pas’ decree, the so-called “Amanat Hadi” when it became public in 1980s.

‘Amanat Hadi’ is the current Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang decree in the 1980’s when he had allegedly stated that those who supported Barisan Nasional were infidels. In the Memali incident on Nov 19, 1985, violence erupted when villagers resisted the police’s attempt to arrest Ibrahim, who was also a local Pas leader, under the ISA for deviant teachings, an allegation rejected by Pas.

Eighteen people, including four policemen, were killed and more than 100 people were injured in the clash. Meanwhile, Yusuf claimed that many retired police officers involved in the Memali tragedy have expressed their willingness to shed lights into the incident which claimed 18 lives by testifying at the proposed Royal Inquiry Commission (RCI). He said the retired officers were keen to testify at the RCI, should the government decides to push for its establishment following request from the victims’ family members.

Yusuf said the retired cops were hoping for the truth behind the tragedy 33 years ago to be revealed. “There are many disputable facts in the White Paper on Memali.

“Hence, it is empirical for the retired policemen who were involved in the tragedy to be called up to testify at the proposed RCI. “We need to hear their side of story because we have learnt that some of the police officers had apparently disagreed with decisions made by their top-brass from Bukit Aman due to alleged political interference,” he said.

Yusuf also urged the government to expedite the setting up of the RCI as the many of the victims and witnesses have passed away over the years, leaving just a number of them still alive.

–NSTP



Source link

read more

MAHFUZ MARAH DILABEL SEPERTI “PONDAN” kerana tidak berani nak meninggalkan PAS!!


Ooo!!! Patut la Si Mahfuz Bean tu mengamuk tak tentu arah macam orang hilang akal sebelum ini. Rupanya dia digambar seperti seorang “Pondan” kerana tidak berani nak meninggalkan PAS.
Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu sebelum ini, dia mendakwa Pengkhianatan yang dilakukan selama hari ini tetap dianggap ‘Gentleman’ kerana dibuat secara terbuka.
Kenyataan itu dibuat bagi membidas tindakan Naib Presiden PAS yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang menyindir Si Mahfuz Bean melalui media sebelum ini.
Antara lain, Naib Presiden PAS tu mendakwa, tindakan yang dilakukan oleh ADUN Anak Bukit yang menyertai PPBM itu membuktikan bahawa dia memiliki keberanian seperti seorang ‘Anak Jantan’.
“Secara jujurnya kita beritahu, berita ini tidak mengejutkan kita dan dalam jangkaan Pas. Saya ucap tahniah kerana dia (Amiruddin) lebih ‘jantan’ dari Pokok Sena (Mahfoz Omar). Dia sampai sekarang pun tidak berani keluar Pas,” katanya.
Ketika ditanya mengenai lafaz Baiah yang diikrarkan pemimpin itu, Mohd Amar berkata, Amiruddin perlu menanggung sumpah yang dibuat walaupun ianya tidak melibatkan taklik.
“Negeri lain baiah saja, baiah untuk kekal dengan parti, tidak keluar dari parti dan baiah ini besar sebab dimulakan dengan lafaz wabillahi, watallahi, siapa langgar, dia kena tanggung.
“Sebab itu Timbalan Presiden Pas nasihat supaya ingat tentang Baiah, sebab baiah ini dia dengan Tuhan, kita manusia tidak dapat ambil tindakan apa-apa,” katanya.
Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS itu yang membuatkan Si Mahfuz Bean meroyan tak tentu arah sedangkan hakikatnya dia memang macam seorang Pondan yang suka menjahanamkan parti secara dalaman!!!



Source link

read more

Mahfuz bukan lagi ‘pondan Siam’, akhirnya keluar PAS


KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akhirnya keluar daripada PAS sekaligus membuktikan bahawa dirinya adalah anak jantan dan bukannya ‘pondan Siam’, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Malah beliau mengucapkan tahniah kepada Mahfuz, setelah sekian lama menjadi duri dalam daging, kepada parti itu.

“Saya ucap tahniah kepada Mahfuz Omar kerana menjadi anak jantan dan bukan lagi pondan Siam.

“Saya percaya PAS Pokok Sena secara khusus akan menjadi lebih kukuh dan lebih fokus dalam mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu mengumumkan keluar daripada PAS dalam satu sidang akhbar berkuat kuasa tengah malam ini.

Beliau berkata, pada masa ini, beliau belum putuskan untuk menyertai sebarang parti politik sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya.

Mahfuz sebelum ini dilihat cenderung kepada Amanah apabila kerap kali hadir menyokong program yang dianjurkan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH).

Malah Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Amar berkata, beliau percaya Mahfuz dan mereka yang sejenis dengannya akan tinggal sejarah dalam politik tanah air.



Source link

read more

Pas Perlis setuju RCI disegerakan, Mahathir cuba tutup kesalahan – Politik


KANGAR 2 Jan. – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan para mufti dalam peristiwa Memali pada 1985 dilihat sebagai salah satu langkah terdesak bekas Perdana Menteri itu untuk lari daripada kesalahan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli cukup bersetuju sekiranya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

Katanya, Dr. Mahathir juga tidak sepatutnya mengaitkan amanat Haji Hadi sebagai punca tragedi tersebut kerana sebagai seorang yang bijak beliau seharusnya melihat isi kandungan ucapan berkenaan secara menyeluruh.

“Amanat Haji Hadi tidak ditujukan kepada sesiapa atau dengan tujuan mengkafirkan sesama Islam, sebaliknya ia lebih kepada garis dan batas-batas yang bertentangan dengan Islam. Dr. Mahathir seharusnya lebih faham mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Pas mengulangi desakan supaya satu RCI ditubuhkan bagi merungkai kebenaran di sebalik tragedi Memali yang pada hari ini dipolitikkan oleh individu tertentu untuk kepentingan peribadi.

Sebelum itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengeluarkan kenyataan menyalahkan mufti kerana tidak menghalang amanat dikeluarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 sehingga mencetuskan kejadian tersebut.

Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahu Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika kejadian itu, beliau bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam.

Mengulas lanjut, Mohd. Syukri berkata, penubuhan RCI cukup penting kerana ia bakal membuka peluang kepada waris mangsa Memali yang masih hidup mendapat keadilan dan pembelaan sewajarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAS BIDAS, DAPigs PUN SESAT JUGA!!! ~ SEMUT HITAM


PAS nampak gayanya memang tak puas hati dengan sambutan gilang gemilang yang diberikan oleh puak DAPigs diatas tindakan Mahfuz Bean yang keluar dari parti itu baru – baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Agung DAPigs mendakwa tindakan Mahfuz Bean itu membuktikan bahawa PAS kita sudah ‘Sesat’ dari perjuangan asal mereka.

Bahkan, Ketua Menteri Rejim DAPigs Pulau Pinang itu mendakwa tindakan Si Mahfuz Bean itu adalah kerana kecewa dengan pendekatan PAS yang dilihat mesra berdampingan dengan UMNO-BN.

Sebaliknya, PAS memberi amaran agar parti yang dikuasai oleh keluarga Lim Kit Siang itu tidak mencampuri urusan orang lain sedangkan ada juga dikalangan ahli yang keluar parti itu sebelum ini.

“Mereka tidak ada hak untuk komen tentang PAS. Jaga parti mereka sudahlah. PAS tahu uruskan parti sendiri. Bagi kita tindakan beberapa tokoh DAP keluar parti dahulu pun yang di Johor, Melaka; jika dilihat apa yang dibuat oleh DAP itu mencerminkan tindakan DAP sendiri diprotes oleh ahli-ahli mereka dan keluar parti, menyerlah sikap cauvanis, perkauman.

“Sikap DAP yang menentang dasar-dasar yang dibawa PAS semakin menyerlah dengan kenyataan beliau. Sebab itu PAS ambil keputusan bahawa tindakan DAP selama ini menjadi punca kepada sikap tak hormat kepada dasar yang diperjuangkan oleh PAS,” ujar Timbalan Presiden PAS.

Dari satu sudut, jika diguna logik yang dipakai oleh Guan Eng, bermakna DAPigs juga sudah tersesat dari agenda perjuangan mereka sehingga menyebabkan ahli dan pemimpinnya keluar parti.

Apa yang jelas, tindakan DAPigs yang cuba menyindir PAS itu seolah – olah membuktikan bahawa mereka tidak sedarkan diri dan sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencipta spekulasi yang sama taraf dengan Longkang sedemikian rupa!!!




Source link

read more

PAS Johor lapor ucapan Tun M kaitkan parti dengan Memali



JOHOR BAHRU: Pas Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ucapannya yang mengaitkan parti itu dengan peristiwa Memali.

Laporan dibuat Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Johor Shamsudin Jaafar di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, petang ini.

Shamsudin berkata kenyataan Dr Mahathir, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap pada perhimpunan agung pertama parti tersebut di Shah Alam, dua hari lepas, adalah bersifat jahat dan fitnah besar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tun Dr Mahathir sekali lagi cuba mengaitkan peristiwa berdarah yang berlaku di Memali dengan Amanat Hadi.

“Tun Dr Mahathir juga pada kali ini cuba mengaitkan mufti sebagai punca berlaku peristiwa berdarah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan dengan diiringi Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussein.

Shamsudin berkata Dr Mahathir tidak wajar membuat tuduhan tanpa bukti terhadap Presiden PAS dan mufti.

Sehubungan itu, PAS menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap beliau.

“PAS bimbang dengan kenyataan jahat dan fitnah itu boleh menyebabkan orang Melayu khususnya akan berpecah belah, para mufti tidak dihormati dan semua yang terlibat dalam peristiwa Memali akan bermusuhan,” katanya.

Parti itu menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi peristiwa itu supaya rakyat mengetahui kejadian sebenar.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons