Mayat mangsa terakhir pasir jerlus Pantai Tok Bali ditemukan – Kelantan


PASIR PUTEH 17 Feb. – Mayat mangsa kelima dan yang terakhir mati lemas ketika mandi di lokasi pasir jerlus di Pantai Tok Bali, di sini semalam ditemukan dalam keadaan terapung di perairan itu, pukul 9.45 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Mohamad berkata, mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, ditemukan dua nelayan pantai yang sedang memukat kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian lemas.

Menurutnya, nelayan terbabit, Zuhaimi Abdullah, 54, bersama Abdul Kadir Mat Hassan,63, segera membawa mayat mangsa yang memakai baju T hijau dengan tulisan ‘Thailand’ ke jeti sebelum menghubungi polis.

“Mayat mangsa masih dalam keadaan baik. Pengecaman dibuat anggota keluarganya sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mayat mangsa terakhir pasir jerlus Pantai Tok Bali ditemukan
MAYAT mangsa pasir jerlus di Pantai Tok Bali, Kelantan diangkat anggota Angkatan Pertahanan Awam  dan polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. – UTUSAN ONLINE

Dalam kejadian 10.30 pagi semalam kanak-kanak terbabit lemas bersama empat lagi anggota keluarganya ketika mandi berhampiran sebuah chalet yang disewa keluarga mereka sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Empat lagi mangsa yang maut ialah Yazul Bahari Yaakob, 46; Yazrina Yaakob, 37; Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, 10 dan Zulaika Suhaimi, 10. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

“STADIUM PADANG PASIR” AZMIN KENA TROLL!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Dek kerana nak sangat tunjuk hebat dengan mendabik dada mendakwa kononnya dia ‘Cemerlang’ menjadi pemerintah di Negeri Selangor membuatkan Si Azmin ni hilang kemaluan.

Tak heran la kenapa nama Si Azmin Ali ni tidak disenaraikan oleh pucuk pimpinan Pakatan untuk menjadi calon Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Rupanya, Si Azmin Ali ni hanya pandai untuk memperbodohkan dirinya sendiri dan akhirnya, kebodohan dia tu menjadi bahan lawak jenaka dikalangan pengguna laman media sosial.

Ekoran kenyataan yang dibuat menyindir tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang mahu menggunakan Stadium Shah Alam mengundang kritikan hebat dan menjadi troll di media sosial.

Antara lainnya, ada dikalangan netizen yang mendakwa kononnya Si Menteri Besar Selangor tu berhajat nak membina sebuah stadium bolasepak padang pasir pertama di dunia.

Ada juga yang menganggap Si Menteri Besar Selangor tu mampu merealisasikan hasrat membina stadium tersebut memandangkan anak saudaranya terlibat dalam kartel penjualan pasir.

Begitu juga dengan isu perumahan Selangorku. Mereka kata, mungkin selepas ini Si Azmin Ali tu akan kata, “Di Iraq, rakyat tak tinggal dalam rumah. Tapi diorang duduk dalam khemah.

Walau apa pun sindiran yang diberikan, kenyataan Si Azmin Ali itu jelas menunjukkan rasa kurang hormat dan dianggap satu penghinaan terhadap kemampuan pasukan bolasepak Selangor.

Mentang – mentang la dia bukan lahir di Selangor, tapi sibuk nak mendabik dada mendakwa kononnya dia dah banyak berjasa, tidak memberikan dia hak untuk mengutuk tuntutan yang dibuat secara terbuka. Itu haramjadah namanya!!!




Source link

read more

AZMIN KERING IDEA JADIKAN “STADIUM PADANG PASIR” MODAL POLITIK!!! ~ SEMUT HITAM


Sekarang ni Si Azmin Ali tu mudah sangat ‘Tersentuh’ bila sebut pasal ‘Pasir’. Memang agak tak lekang perkataan ‘Pasir’ tu menjadi sebutan dihujung bibir dia. Mungkin memang ada kaitan kot.

Maklum la. Sebelum ni, anak sedara dia kantoi kes SPRM pun melibatkan kartel Pasir di negeri Selangor. Jadi, tak heran la kalau tiba – tiba je Si Azmin Ali tu sebut pasal ‘Stadium Padang Pasir’.

Mungkin dalam perancangan jangka masa panjang, Si Azmin Ali tu bercadang nak buat stadium bola sepak pertama di Malaysia yang menggunakan padang pasir seperti yang ada di Iraq.

Siapa tau. Kan Si Azmin Ali ni banyak idea. Malah dia sendiri pernah mendabik dada mendakwa kononnya dia hebat mentadbir negeri Selangor sampai isu stadium pun tak boleh diselesaikan.

Jadi, tak mustahil sekiranya kehebatan Si Azmin Ali tu akan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membina sebuah stadium bola sepak pertama di dunia yang menggunakan pasir.

Tapi, jangan pulak dia anggap artikel ni sebagai satu sindiran. Sebaliknya, anggap la artikel ni sebagai satu motivasi buat Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu pada ketika ini.

Sebab kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan sahaja nampak kebudak – budakkan. Tetapi ianya juga membuktikan bahawa Si Azmin Ali tu dah ketandusan idea nak dijadikan modal Politik.

Sindiran dia terhadap tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang memohon penggunaan Stadium Shah Alam dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap sukan bolasepak di Malaysia.

Bahkan kenyataan yang dibuat juga membuktikan bahawa dia bukan sahaja tidak layak menjadi seorang pemimpin. Tetapi dia juga GAGAL untuk menyelesaikan isu sedemikian secara profesional.

Tinggal lagi, perkara seperti itu bukan satu perkara baru. Sebaliknya sebelum ini pun, pelbagai pihak menganggap Si Azmin Ali tu sebagai seorang pemimpin yang GAGAL. Malah parti gabungan Pakatan Haprak tu pun anggap dia Tak Layak jadi pemimpin!!!




Source link

read more

Rumah rakyat dibatal, pasukan bola disuruh main atas padang pasir


Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna.

Projek rumah murah untuk rakyat dibatal. Cukai naik sampai 400%. Pasukan bolasepak “Red Giants” disuruh main atas padang pasir.

Kenapa rakyat bawahan dan pasukan bola ini perlu dimusuhi dan dihina sebegitu rupa oleh Azmin? Apa salah mereka?

Azmin sindir pasukan bola sepak Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi. Kena menumpang main bola di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Azmin tidak bagi main di Stadium Shah Alam.

Kata Azmin, Selangor sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tidak ada stadium dan mereka hanya bermain bola sepak di atas padang pasir.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sindir Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin cakap benda mengarut. Pasukan bola Iraq tidak main bola atas padang pasir. Mereka main dalam stadium yang moden dengan padang berkualiti serta canggih. Iraq punyai lebih 30 stadium.

Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987.

Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016.

Iraq di kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA. Pasukan bolasepak Selangor menang Piala Malaysia paling banyak. Takkanlah sebegitu teruk sekali layanan Azmin pada bolasepak Selangor?

Azmin sudah lama letak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Selangor. Bila ada orang lain majukan balik bolasepak Selangor, Azmin dengki dan tidak beri guna stadium.

Mana ada padang pasir lagi di Selangor. Pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat anak saudara Azmin Ali.

Itu hal bola yang kena menumpang stadium. Hal rumah juga, rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Rumah yang sepatutnya dibuat untuk rakyat, dibatalkan.

Pada 6 Februari lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan membatalkan pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.

Alasannya, kerana syarikat pemaju telah gagal mendapatkan kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Subang Jaya satu projek, Majlis Bandaraya Shah Alam ada satu projek, Majlis Perbandaran Selayang ada dua projek, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu projek dan Majlis Perbandaran Klang ada satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek rumah untuk rakyat. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan serta merta.

Azmin bukan peduli rakyat, tetapi zalimi rakyat dan ribuan penyokong Red Giants. Bolasepak pun jadi mangsa politik kebencian Azmin Ali.

Rakyat di bawah juga jadi mangsa sikap ego Azmin. Terus batal rumah rakyat. Bermakna kalau PKR dan DAP perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah ini.

Sekarang pasir mereka jual untuk kaut untung. Cukai naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek mewah. Silap silap Stadium Shah Alam kena lelong kalau mereka perintah lagi.

Jangan biar keadaan ini terjadi. Kembalikan semula Red Giants ke Shah Alam. Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB778, Selasa
13 Februari 2018



Source link

read more

SKANDAL PASIR AZMIN ALI!!! ~ SEMUT HITAM


Badrul Hisham Shaharin tampil menyerahkan dokumen hampir 300 muka surat kepada SPRM berhubung sindiket yang terlibat dalam penyelewengan dan penipuan untuk mendapatkan tender projek perlombongan pasir di Selangor.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen itu terdiri daripada dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan juga surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan kegiatan itu.

Dalam laporan SPRM itu, beliau menamakan empat individu yang dipercayai memalsukan surat kerajaan negeri, pelbagai agensi dan pihak berkuasa dalam kelulusan tender perlombongan pasir.

“Berdasarkan jumlah dokumen yang dikumpul, kami menjangkakan sindiket itu memperdayakan orang ramai dan mengaut keuntungan melebihi RM500,000 komisen daripada aktiviti ini,” katanya ketika ditemui sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Si Chagubard berharap agar pihak SPRM akan melakukan siasatan dan tindakan segera berhubung rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan kedudukan yang berlaku.

Sebelum ini, pihak SPRM telah menahan anak saudara kepada Azmin Ali yang juga didakwa turut terlibat dalam sindiket projek pasir di Selangor. Penahanan itu menimbulkan kekecohan apabila nama Si Azmin itu juga turut dikaitkan sekali!!




Source link

read more

Fasa kedua projek Lebuhraya Pasir Gudang siap 71 peratus – Johor


PASIR GUDANG 7 Jan. – Fasa kedua projek menaik taraf infrastruktur dan penambahan laluan Lebuh Raya Pasir Gudang membabitkan jarak kira-kira 7.7 kilometer bermula dari persimpangan Plentong sehingga ke persimpangan Seri Alam/Taman Rinting, di sini sudah 71 peratus siap pembinaannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad berkata, projek membabitkan kos bernilai RM164.3 juta itu setakat ini siap satu peratus awal daripada yang dijadualkan.

“Mengikut jadual, fasa 2A projek menaik taraf infrastruktur dan penambahan laluan Lebuh Raya Pasir Gudang yang bermula Mac 2016 akan siap pada 9 September tahun ini.

“Kita yakin fasa 2A ini mampu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, malah kalau boleh lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya ketika membuat tinjauan fasa 2A projek berkenaan dan jalan-jalan yang rosak di sekitar Pasir Gudang di sini sebentar tadi.

Secara keseluruhan projek ini membabitkan empat fasa yang dilakukan secara berperingkat dimana fasa pertama projek bermula susur keluar Kangkar Tebrau ke Plentong sudah siap sepenuhnya pada Mei 2016. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SK Pasir Gajah Kemaman masih ditutup esok – Terengganu


KEMAMAN 3 Jan. – Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gajah di sini belum dapat dibuka esok ekoran keadaan banjir masih belum reda, dan kawasan sekitar masih ditakungi air.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin memberitahu lewat petang ini, laluan ke sekolah itu juga masih terjejas.

SK Pasir Gajah menampung 213 orang murid dengan dibimbing seramai 23 orang guru. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SK Pasir Raja masih ditutup esok – Terengganu


KUALA TERENGGANU 1 Jan. – Keadaan banjir makin reda, dan hanya sebuah sekolah di negeri ini masih ditutup untuk sesi persekolahan esok.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, sebahagian kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja di Dungun masih digenangi dan kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan.

Dua lagi sekolah yang ditutup hari ini iaitu SK Kampung Shukor yang juga di kawasan Hulu Dungun dan SK Padang Kubu Kemaman dibuka esok. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jambatan baru Salor- Pasir Mas dibuka sementara – Wilayah


KOTA BHARU 20 Dis. – Jambatan Salor- Pasir berhampiran Bulatan Lemal di sini yang masih dalam proses pembinaan akan dibuka selama dua minggu bagi melancarkan aliran trafik di kawasan itu khususnya melibatkan pengguna berulang alik ke Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, serentak dengan itu, kerja-kerja perlaksanaan jambatan tersebut yang sudah 60 peratus siap akan dihentikan buat sementara waktu.

Katanya, laluan sepanjang 270 meter itu mula dibuka esok dan sepanjang tempoh tersebut pekerja dari Jabatan Kerja Raya (JKR) akan ditempatkan di kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan.

“Tujuan kita membuka laluan tersebut adalah bersempena dengan musim buka sekolah di mana ini akan memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah tanpa perlu berdepan dengan masalah kesesakkan lalu lintas,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pembinaan jambatan baru dua lorong  bersebelahan jambatan sedia ada merentasi Sungai Kelantan (Jambatan Salor) itu merupakan salah satu komponen projek jalan pintas Pasir Mas fasa 2 yang melibatkan kos sebanyak RM157.37 juta.

Projek tersebut dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

Tambah beliau, jambatan bernilai RM114 juta termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Lemal itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2019.

“Jambatan tersebut yang mula dilaksanakan sejak tahun lalu sepatutnya siap pada awal Januari tahun depan bagaimana disebabkan beberapa masalah ia terpaksa mengambil masa untuk siap,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SPRM siasat skandal lombong pasir haram bernilai RM1.2 juta



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu kes perlombongan pasir dan batu haram di Kajang dipercayai bernilai hampir RM1.2 juta.

Sehubungan itu, sumber SPRM berkata, pihaknya sedang mengenal pasti sekurang-kurangnya enam saksi utama yang dipercayai mampu membantu siasatan kes berkenaan.

“SPRM kenal pasti lima hingga enam saksi utama yang kita percaya boleh membantu siasatan kes ini yang bernilai hampir RM1.2 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu.

Pada 29 November, empat individu direman selepas sebuah syarikat perlombongan disyaki memberi rasuah terhadap penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Dalam operasi dilancarkan itu juga, pasukan penyiasat telah membekukan beberapa akaun bernilai RM4 juta.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons