Rumah rakyat dibatal, pasukan bola disuruh main atas padang pasir


Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna.

Projek rumah murah untuk rakyat dibatal. Cukai naik sampai 400%. Pasukan bolasepak “Red Giants” disuruh main atas padang pasir.

Kenapa rakyat bawahan dan pasukan bola ini perlu dimusuhi dan dihina sebegitu rupa oleh Azmin? Apa salah mereka?

Azmin sindir pasukan bola sepak Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi. Kena menumpang main bola di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Azmin tidak bagi main di Stadium Shah Alam.

Kata Azmin, Selangor sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tidak ada stadium dan mereka hanya bermain bola sepak di atas padang pasir.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sindir Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin cakap benda mengarut. Pasukan bola Iraq tidak main bola atas padang pasir. Mereka main dalam stadium yang moden dengan padang berkualiti serta canggih. Iraq punyai lebih 30 stadium.

Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987.

Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016.

Iraq di kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA. Pasukan bolasepak Selangor menang Piala Malaysia paling banyak. Takkanlah sebegitu teruk sekali layanan Azmin pada bolasepak Selangor?

Azmin sudah lama letak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Selangor. Bila ada orang lain majukan balik bolasepak Selangor, Azmin dengki dan tidak beri guna stadium.

Mana ada padang pasir lagi di Selangor. Pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat anak saudara Azmin Ali.

Itu hal bola yang kena menumpang stadium. Hal rumah juga, rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Rumah yang sepatutnya dibuat untuk rakyat, dibatalkan.

Pada 6 Februari lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan membatalkan pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.

Alasannya, kerana syarikat pemaju telah gagal mendapatkan kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Subang Jaya satu projek, Majlis Bandaraya Shah Alam ada satu projek, Majlis Perbandaran Selayang ada dua projek, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu projek dan Majlis Perbandaran Klang ada satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek rumah untuk rakyat. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan serta merta.

Azmin bukan peduli rakyat, tetapi zalimi rakyat dan ribuan penyokong Red Giants. Bolasepak pun jadi mangsa politik kebencian Azmin Ali.

Rakyat di bawah juga jadi mangsa sikap ego Azmin. Terus batal rumah rakyat. Bermakna kalau PKR dan DAP perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah ini.

Sekarang pasir mereka jual untuk kaut untung. Cukai naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek mewah. Silap silap Stadium Shah Alam kena lelong kalau mereka perintah lagi.

Jangan biar keadaan ini terjadi. Kembalikan semula Red Giants ke Shah Alam. Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB778, Selasa
13 Februari 2018



Source link

read more

Lee Hsien Loong ucap jutaaan terima kasih pada pasukan SAR negara!


SINGAPURA  – “Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!,” kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sebagai tanda penghargaan terhadap usaha pihak berkuasa dan sukarelawan Malaysia mencari dan menyelamatkan dua warga Singapura yang hilang di Gunung Pulai, Johor.

“Pihak berkuasa Malaysia telah mengerahkan tenaga kerja dan sumber yang agak banyak bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Dua pendaki itu, Dominick Tan dan Clarice Lum Jie, dilaporkan hilang di Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sejak Isnin dan ditemukan selamat di Empangan Ulu Choh di Pontian pada Rabu.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Mohd Khairi Zainudin, pasukan mereka serta pasukan Singapura di lapangan, bagi usaha mereka dalam operasi itu.”

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada sukarelawan daripada kedua-dua pihak yang menyertai usaha menyelamat walaupun tidak mengenali kedua-dua pendaki secara peribadi. Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!,” tulisnya yang sebahagiannya dalam bahasa Melayu.

Lee berkata beliau ‘berasa lega’ kedua-dua pendaki itu telah dijumpai.

“Kedua-duanya akhirnya berjaya dikesan oleh helikopter penyelamat pada pagi ini (Rabu), diambil oleh bot penyelamat dan kini mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air,” tulis Lee.

Dominick dan Clarice, kedua-duanya berumur 27 tahun, dijumpai pasukan SAR pada 11.24 pagi, kira-kira 50 kilometer dari lokasi terakhir mereka dikesan selepas menerima panggilan kecemasan di talian 999 pada Isnin.

Pendaki berkenaan dilaporkan masuk ke kawasan Gunung Pulai pada 12.15 tengah hari Isnin dan membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa pada 5.55 petang hari yang sama.

Kali terakhir mereka dapat dihubungi pada kira-kira 10 malam.

Kedua-dua mereka dikesan di sebuah tasik berhampiran empangan itu menerusi alat pengesan dari udara helikopter pasukan Polis Diraja Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Pasukan keselamatan Afghanistan musnah bazar dinamakan sempena pengasas Taliban



TALUQAN: Pasukan keselamatan Afghanistan mula memusnahkan sebuah bazar yang dinamakan sempena pengasas Taliban, Mullah Mohammad Omar, pada Jumaat sejurus selepas mengusir anggota kumpulan militan itu dari sebuah daerah utama di utara wilayah Takhar.

“Pasukan keselamatan itu telah meratakan Bazar Omari dengan jentolak dan 30 peratus daripada bazar itu telahpun musnah,” kata jurucakap Abdul Khalil Asir kepada agensi berita China Xinhua.

Terdahulu, pasukan keselamatan Afghanistan telah membersihkan beberapa kampung di daerah Darqad daripada militan Taliban.

Abdul Khalil berkata militan Taliban telah menduduki tanah itu secara haram dan membina sebuah bazar untuk memperkukuh cengkaman mereka di kawasan tersebut.

Ramai anggota militan Taliban telah terbunuh dan cedera dalam beberapa siri operasi di daerah Darqad, kira-kira 100 kilometer di utara bandar Taluqan, yang juga ibu kota wilayah itu.

Militan Taliban belum mengulas laporan itu.

— BERNAMA



Source link

read more

AirAsia Mengumumkan Tajaan Untuk Pasukan Dota 2 Daripada Mineski – Amanz


AirAsia sedia mempunyai pasukan dalaman syarikat mereka untuk e-sukan, dan hari ini mereka terus memperluaskan sokongan arena e-sukan ini dengan menaja pasukan Dota 2 bawah Team Mineski.

Dibawah tajaan khas ini, AirAsia akan menjadi syarikat penerbangan eksklusif untuk Mineski Pro Team, selain menyertakan logo mereka pada bahan promosi Mineski seperti jersi. Nilai tajaan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

AirAsia Mineski

Pasukan yang ditaja dibawah Mineski ini adalah pasukan Dota 2 yang terdiri daripada lima pemain, iaitu Chai “Mushi” Yee Fung dan Kam “NaNa” Boon Seng dari Malaysia, Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang dari Singapura, Anucha “Jabz” Jirawong dari Thailand dan Filipino Michael “ninjaboogie” Ross Jr daripada Filipina.

AirAsia mengatakan tajaan ini adalah untuk tempoh setahun – dan tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan untuk tahun-tahun akan datang.



Source link

read more

Polo Ralph Lauren lancar pakaian Olimpik Musim Sejuk pasukan AS



POLO Ralph Lauren melancarkan pakaian yang akan digunakan pasukan Olimpik Musim Sejuk Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan bermula 9 Februari depan.

Bagi majlis perasmian pasukan AS akan menggunakan pakaian berasaskan warna merah, putih dan biru manakala pakaian berasaskan warna putih akan digunakan pada majlis penutup.

Kedua-dua pakaian itu dilengkapi dengan teknologi yang mampu mengekalkan suhu badan atlet sepanjang tempoh temasya itu.

Menurut Ketua Pegawai Inovasi syarikat itu, David Lauren selain pakaian aksesori lain yang diperkenalkan termasuk topi ski berwarna biru laut dan bandana bertemakan AS.

Lauren menjelaskan pakaian yang tersebut turut mendapat perhatian peminat selepas ia laris dijual apabila diperkenalkan kepada umum.

Jenama tersebut merupakan penaja rasmi pakaian bagi jawatankuasa Olimpik Amerika dan Pasukan AS sejak 2008.



Source link

read more

Golf EurAsia Cup 2018 Green terus cemerlang untuk pasukan Asia atasi Eropah


SHAH ALAM: Siapa kata pemain golf Asia tidak mampu bersaing dengan pemain Eropah?

Hari ini, pemain nombor satu Asia negara, Gavin Green dan pemain Thailand, Phachara Khongwatmai membuktikan mereka mampu bersaing dengan pemain terbaik dari Eropah dengan mengekalkan kemenangan dalam saingan EurAsia Cup 2018.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Asia terus mendahului pasukan Eropah pada hari kedua dengan kelebihan satu mata, 6.5-5.5 selepas mencatat 3-3 pada saingan foursome pada hari kedua.

Selepas memenangi perlawanan fourballs semalam, Green dan Khongwatmai terus mencapai kemenangan dalam saingan foursome dengan pasangan masing-masing Yuta Ikeda dan Hideto Tanihara.

Pasangan bagi pasukan Asia terus dikekalkan dalam saingan hari kedua pada Sabtu menyaksikan Green dan Ikeda ketinggalan sehingga ke lubang ke-14 sebelum bangkit untuk memenangi baki tiga lubang seterusnya, sebelum mencatat par dan menang dengan kelebihan satu lubang.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Nicholas Fung bersama pemain China, Li Haotong yang membuat penampilan pertama dalam EurAsia Cup, mengatasi Bernd Wiesberger dan Ross Fisher dengan keputusan 3&1.

Kejohanan diteruskan pada Ahad dengan saingan perseorangan di Kelab Golf dan Country Glenmarie bermula dengan Nicholas bertemu Alex Noren pada 8:35 pagi.

EurAsia Cup merupakan kejohanan golf yang menyaksikan pertarungan antara pasukan Eropah dan Asia.

Memasuki edisi ketiga selepas kali pertama diadakan pada 2014, ia merupakan versi kejohanan yang menyerupai Piala Ryder antara Amerika dan Eropah.

24 mata menjadi rebutan dan pasukan pertama yang berjaya mengumpul 12.5 mata terus bergelar juara keseluruhan.

Eropah turun selaku juara bertahan selepas memenangi edisi 2016 sementara edisi pertama pada 2014 menyaksikan kejuaraan dikongsi Eropah dan Asia selepas keputusan berakhir dengan seri.



Source link

read more

12 pasukan berentap dalam Adu Kolek Terengganu – Terkini


KUALA TERENGGANU 23 Dis. – Sebanyak 12 pasukan berentap dalam Adu Kolek Terengganu 2017 yang diadakan di Pulau Warisan di sini hari ini.

Kejohanan itu menghidup dan memberi nafas baharu kepada kegiatan yang pernah diadakan suatu ketika dahulu namun dilihat masih dalam skala kecil dan sekadar pelengkap kepada jumlah kegiatan Tahun Melawat Terengganu 2017.

Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah berkata, penyertaan paukan terdiri daripada Pejabat Daerah di seluruh negeri ini di samping institusi pendidikan tinggi awam tempatan.

“Para peserta cukup bersemangat di bawah pimpinan nakhoda masing-masing walaupun berdepan angin dan arus kuat , beradu tenaga dan kecekapan menamatkan perlumbaan sejauh 300 meter.

“Kita menyediakan tiga kolek untuk acara ini dengan setiap satunya boleh memuatkan 20 pendayung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusof, acara akhir akan diadakan esok dan pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang RM2,500 manakala kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,500).-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kuantan FA ‘ketuai’ senarai pasukan tidak bayar gaji – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) untuk melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM145,250 kepada enam pemain pasukan itu sebelum 15 Jan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Status FAM kali ketiga penggal 2017-2021, yang dipengerusikan Naib Presiden FAM Mohd Joehari Ayub, semalam.

Kuantan FA perlu membayar tunggakan RM36,100 kepada Amirullah Abd Razab; Mohd Shafiq Mat Isa (RM36,000); Muhammad Nur Zhafri Zaini (RM27,800); Nabilah Khan Razali (RM26,600); Mohd Fiqri Mohd Abdullah (RM11,250) dan Mohd Hasmie Aziz (RM7,500).

“Jika Kuantan FA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) diarah membayar pampasan gaji RM60,000 kepada K. Thanaraj dan RM58,000 kepada Mohd Iqbal Mohd Suhimi dalam tempoh 30 hari akibat penamatan kontrak secara sebelah pihak.

Jawatankuasa itu turut membuat keputusan Kelab Bola Sepak Felcra (Felcra FC) harus membayar pampasan gaji RM65,000 kepada Azi Shahril Azmi dalam 30 hari kerana penamatan kontrak secara sebelah pihak.

Sementara Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) juga dikehendaki membayar tunggakan gaji RM6,000 dalam tempoh 14 hari kepada Muhammad Elfie Elyaz Harizam.

Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM72,000 dan tunggakan elaun perumahan RM9,000 dalam masa 30 hari kepada bekas pemainnya, Razi Effendi Suhit.

Sementara itu, tuntutan gaji yang dikemukakan empat pemain Kelab Bola Sepak DYS melibatkan Zainizam Marjan, Mohd Reithudin Ag Emran, Razid Gafar dan Mohd June Azrul Lalah terhadap kelab itu, ditolak sepenuhnya jawatankuasa berkenaan.- BERNAMA

 



Source link

read more

Pasukan khas tangani kes bunuh di stesen minyak



PUTRAJAYA: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menangkap dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam insiden serang dan bunuh di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mangsa yang maut dalam kes itu mempunyai rekod jenayah lampau dan sudah dikenal pasti.

“Tapi tidak payahlah saya komen (tentang kes jenayah lampau) orang yang sudah meninggal,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kes itu selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) ke-25 di sini, hari ini.

Beliau berkata polis melihat insiden itu sebagai perkara yang serius dan boleh menjejaskan imej negara kalau tidak ditangani dengan sebaik mungkin.

Noor Rashid berkata antara maklumat yang diterima mengenai kes tersebut ialah mereka berkaitan terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang dan ada kemungkinan berlaku perebutan kawasan.

Pada Ahad, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan empat lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di Johor Bahru.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons