Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Buruh ditemukan maut ditembak senapang patah – Jenayah


TAWAU 20 Dis. – Seorang buruh warga asing ditemukan mati dengan kesan tembakan di badannya di pekarangan Dewan Serbaguna Kompleks Perladangan Datuk Musa, Ladang Kalabakan dekat sini, pada pukul 9.30 pagi ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, terdapat satu kesan luka tembakan di bahagian depan dada kiri mangsa serta tujuh kesan luka peluru yang menembusi belakang badannya dipercayai ditembak menggunakan senapang patah.

Terdahulu katanya, polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan ladang itu pada pukul 9 pagi yang memaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki terbaring dengan kesan tembakan di dada di luar dewan tersebut.

“Pengurus ladang berkenaan yang menemukan mayat mangsa memaklumkan kepada pengawal keselamatan ladang itu yang segera menghubungi Balai Polis Kalabakan mengenainya.

“Mangsa dikatakan keluar bersama rakannya pada pukul 8 malam tadi dan kembali ke rumah kira-kira dua jam kemudian sebelum keluar semula bersendirian tetapi tidak pulang” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil menambah, mangsa berasal dari Jolo, Filipina baru bekerja di ladang itu selama empat bulan sebagai buruh dan sebelum ini pernah bekerja bersama bapanya di Bukit Tajam, Balung Tawau.

Katanya, motif kejadian belum diketahui manakala mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau bagi tujuan bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Fadil berkata, tiga cedera dalam satu kemalangan yang berlaku di kawasan lampu isyarat Takada, di sini, melibatkan sebuah teksi, dua buah motosikal dan bas penumpang pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, mangsa yang terlibat ialah pemandu bas serta dua penunggang motosikal yang disahkan mengalami luka di bahagian kepala, bahu, kaki dan badan.



Source link

read more

Nahas Segamat Nur Ghaziyah patah tulang pinggul kaki selain parah di kepala



JOHOR BAHRU: Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 3, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan mengorbankan lima ahli keluarganya di Segamat mengalami kecederaan parah di kepala selain patah tulang pinggul dan kaki.

Bapa saudaranya, Muhammad Taqiyuddin Dzulkarnain berkata, seluruh ahli keluarga berdoa agar Nur Ghaziyah kembali sembuh serta doktor bertugas berusaha memberi rawatan terbaik kepada kanak-kanak itu.

“Keadaannya masih lagi kritikal dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

“Para doktor berusaha memberikan rawatan terbaik agar Nur Ghaziyah kembali sembuh,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

BACA: Kemalangan maut lima sekeluarga: Kereta hilang kawalan bertembung bas ekspres – polis

BACA: Jenazah lima mangsa kemalangan dituntut keluarga selesai bedah siasat

Dalam kejadian jam 6.11 petang itu, Nur Ghaziyah bersama lima anggota keluarganya yang lain dalam perjalanan pulang ke Kluang dari Muadzam Shah, Pahang sebelum kereta yang dipandu bapanya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, Segamat.

Ia menyebabkan ayahnya, Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30; Zinnirah Abdul Hamid (ibu), 28; Nur Maghfirah (kakak), 6;  dan Muhammad Abu Ajwad (abang), 4 meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Alia Humairah Muhamad Abu Dujanah yang baru berusia tiga bulan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Segamat.

BACA: Nahas Segamat: Tunggu cucu balik, yang sampai jenazah mereka

BACA: Jenazah lima sekeluarga dikebumi satu liang lahad

Jenazah kelima-lima anggota keluarga Nur Ghaziyah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan dekat Kluang pada jam 2.35 petang semalam.



Source link

read more

Kanak-kanak perempuan maut terkena tembakan senapang patah – Nahas & Bencana


ALOR SETAR 13 Dis. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat terkena tembakan senapang patah milik moyangnya yang dipercayai terjatuh di sebuah rumah di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa, Puteri Intan Sharini Mohd. Hishamuddin maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kiri muka.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa asyik menonton televisyen di ruang tamu rumah milik datuknya itu.

Bapa mangsa, Mohd. Hishamudin Azri, 34, memberitahu, ketika kejadian dia bekerja di Jitra sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh bekas isterinya, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, menerusi panggilan telefon kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Sebaik saja diberitahu mengenai kejadian itu, saya terdiam seketika sebelum bergegas ke rumah bekas mentua.

“Apabila tiba ke lokasi kejadian, saya melihat jasad anak sudah terbaring di ruang tamu dalam keadaan cukup memilukan. Saya dimaklumkan kejadian itu berlaku apabila senapang patah milik moyang Puteri Intan, Saidin Hamid, 80, terjatuh mengakibatkan berlakunya tembakan yang mengenai bahagian kiri muka anak sulung saya itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mohd. Hishamuddin menjelaskan, mangsa tinggal bersama datuk, nenek, ibu dan bapa saudaranya di rumah tersebut selepas dia dan isteri berpisah sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menjelaskan siasatan lanjut masih dijalankan terhadap kes berkenaan.

 



Source link

read more

Kanak-kanak maut tertembak senapang patah moyang



POKOK SENA: Saya dapat tahu anak saya hanya terkena tembakan dan masih hidup, tetapi apabila tiba di rumah tubuhnya terbujur kaku dan kepalanya berlumuran darah.

Demikian luahan ibu mangsa, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, yang bergegas pulang dari tempat kerja sebaik mengetahui keadaan anaknya, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamudin.

“Saya tak percaya berlaku keadaan macam ni. Buat masa ni saya tak boleh terima lagi…tak boleh terima. Dia sudah tiada, saya tak boleh terima,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ia berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi di rumah datuk mangsa di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, Kedah.

Menurut Wan Nor Suriati, anaknya berusia lapan tahun itu maut dipercayai akibat terkena tembakan daripada senapang patah milik moyangnya.

Katanya lagi, senapang patah itu dipercayai terjatuh dari rak almari dengan serta-merta picunya membidik terkena di bahagian kepala anaknya itu lalu rebah ke lantai.

Sementara itu menurut bapa mangsa, Mohd Hishamudin Azri, 34, ketika kejadian anaknya itu sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin yang mengesahkan kejadian memaklumkan mangsa maut akibat kecederaan parah pada bahagian kiri muka.

Katanya, polis kini sedang menyiasat bagaimana ia berlaku dan sama ada senapang itu mempunyai permit atau sebaliknya.

Hasil siasatan awal polis mendapati senapang patah itu milik moyang mangsa, Saidin Hamid, 80.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.



Source link

read more

England resah, Butland patah jari – Bola Sepak


LONDON 10 Nov. – England menerima tamparan hebat menjelang persahabatan menentang Jerman dan Brazil apabila penjaga golnya, Jack Butland mengalami kecederaan patah jari semasa menjalani latihan hari ini.

“Penjaga gol kini telah dipulangkan semula ke Stoke City untuk dinilai oleh kakitangan perubatan (Liga Perdana Inggeris),” kata Persatuan Bola Sepak England dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, tiada penjaga gol baharu dipanggil, menyaksikan sama ada Joe Hart dan Jordan Pickford dipilih untuk berdepan juara Piala Dunia 2014, Jerman di Stadium Wembley hari ini.

Gareth Southgate yang membimbing skuad Three Lions kini kian ketandusan pemain ekoran dibelenggu kecederaan seperti Raheem Sterling, Fabian Delph, Jordan Henderson dan trio Tottenham Hotspur Dele Alli, Harry Kane dan Harry Winks.

England kemudian akan berdepan Brazil di Wembley, Selasa ini.- REUTERS



Source link

read more

Hujan lebat: Dua pesawat buat lencongan, satu patah balik – Terkini


PULAU PINANG 4 Nov. – Dua pesawat yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa membuat lencongan ke Lapangan Terbang Langkawi, Kedah berikutan hujan lebat.

Jurucakap LTAPP berkata, selain itu, sebuah pesawat jenis MH 1152 yang dijadualkan mendarat pukul 5.30 petang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya, pesawat jenis AK 6414 sepatutnya mendarat pukul 5 petang dan pesawat jenis MI 352 dijadualkan melakukan pendaratan pada pukul 4.55 petang tetapi kedua-duanya terpaksa membuat lencongan ke Kedah.

“Cuaca buruk yang menganggu operasi pesawat tiba itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi LTAPP yang beroperasi seperti biasa hingga kini,” katanya. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons