Lead the charge for change to spearhead PBB into better future, Abang Jo tells party members


SK01_090218_PBB

MO,9/2/2018,PETRA JAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) must embrace change and lead the charge for economic and social transformation in Sarawak, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg said today. He said as the backbone of the ruling coalition in the state, PBB has a huge responsibility to champion the aspiration of the Sarawak people, who have awarded the party with the mandate to lead the state.

Abang Johari, who is also party president, said PBB’s track record spoke volume of its capabilities in driving the state to greater heights with the implementation of policies aimed at changing the economic landscape in Sarawak. “The decision for Sarawak to embrace digital economy was made considering the demand of the current market and to warrant greater future for the people in the state.

“As for PBB, we have no choice but to adopt these changes for the party to remain relevant and garner greater support from the people in the state. “We must continue and intensify efforts in nurturing the younger generations with knowledge and skills in parallel with the advancement in technology,” he said. Abang Johari made the call in his speech during the launching of Youth and Wanita PBB delegates’ conference in conjunction with the party’s 14th Triennial General Assembly at the Borneo Convention Centre Kuching here today.

Present were outgoing PBB Youth chief Datuk Seri Fadillah Yusof, who is also the Works Minister, and party’s Women division chief Tan Sri Empiang Jabu. It was reported that Fadillah and Empiang would give way to Layar assemblyman Gerald Rentap Jabu and State Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development Minister Datuk Seri Fatimah Abdullah, who will be the new chief of the Youth and Wanita wings respectively.

Fadillah, the Member of Parliament for Petra Jaya, is expected to be announced as the new senior vice-president for the party at the end of the conference.

–NSTP



Source link

read more

PBB pindah semua pejabat ke Putrajaya – Nasional


PUTRAJAYA 7 Feb. – Setelah 30 tahun berpusat di Damansara Height, Kuala Lumpur, pejabat-pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kini telah berpindah di lokasi baharu iaitu di Menara Putrajaya Holdings (PjH), Presint 2 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Majlis perasmian pejabat baharu itu telah disempurnakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini.

Pejabat tersebut antaranya menempatkan Penyelaras Residen PBB (RCO), Program Pembangunan PBB (UNDP), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi PBB (UNFPA).

Anifah berkata, Malaysia kekal komited untuk bekerja rapat serta menjalankan kolaborasi bersama pejabat-pejabat PBB di semua peringkat bagi memastikan pembangunan dan kemajuan dalam segala aspek, dengan mengambil kira kepentingan negara.

Beliau menegaskan, kementerian memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada kerja-kerja PBB di negara ini.

“Sejak menyertai PBB pada September 1957, Malaysia telah menjadi ahli yang aktif dalam mempromosikan tiga asas sistem PBB iaitu keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia serta pembangunan,” katanya ketika berucap. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama – PBB



NEW YORK: Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.

Dalam laporan yang dibentangkan Badan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB pada Majlis Keselamatan PBB, kesemua mangsa konflik terbabit kini menjadikan 160 kem penempatan sementara di dua wilayah Idlib dan Hama sebagai tempat berlindung.

Menurut jurucakap badan terbabit, Ursula Mueller, selain masalah kekurangan bekalan makanan, warga Syria terbabit turut berdepan kekurangan bekalan ubat-ubatan ekoran cuaca sejuk.

“Dalam musim sejuk dan basah ini, kebanyakkan keluarga tidak mempunyai apa-apa selain khemah-khemah yang dikongsi dengan keluarga lain” jelas Mueller.

Punca lambakan pelarian terbabit adalah susulan peningkatan serangan terhadap kumpulan pemberontak oleh tentera pakatan Syria-Rusia yang meningkatkan serangan mereka di kedua-dua wilayah Idlib dan Hama sejak pertengahan Disember tahun lalu.

“Siri serangan udara dan pertempuran darat selatan Idlib dan Hama punca kepada lambakan pelarian ini.” jelasnya.

Laporan yang dibentangkan pada Rabu itu merekodkan sekurang-kurangnya 16 buah hospital dan klinik di Idlib menjadi sasaran serangan.

Manakala di Afrin, sekurang-kurangnya 15,000 orang menjadi pelarian dengan lebih 1,000 menjadi perlindungan di wilayah Aleppo susulan peningkatan menentang pendudukan kumpulan pemberontak Kurdish di sempadan Syria-Turki.

Mueller turut memaklumkan kepada Majlis Keselamatan PBB berhubung sekatan bantuan kemanusiaan masuk ke Syria oleh pentadbiran Bashar Al Assad di beberapa wilayah yang teruk terjejas.

Sekatan dipercayai dibuat selepas lawatan Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Mark Lowcock pada awal Disember.

Setakat ini bilangan penduduk di seluruh Syria yang memerlukan bantuan mencecah angka 13.1 juta orang dengan lebih enam juta menjadi pelarian.



Source link

read more

Dana PBB untuk bantu pelarian Syria semakin kering



KUALA LUMPUR: Duta Khas Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Angelina Jolie menyatakan bantuan kemanusiaan bukan lagi jalan penyelesaian jangka panjang bagi krisis pelarian Syria.

Ini kerana, katanya, UNHCR tidak mempunyai dana bagi menyediakan keperluan asas secukupnya untuk membantu pelarian berkenaan.

“Pada tahun lalu, hanya 50 peratus yang menyumbang untuk dana kemanusiaan UNHCR, dan setakat tahun ini, baru tujuh peratus yang membuat sumbangan.

“Keadaan ini amat mengecewakan kerana UNHCR tidak berdaya untuk membantu pelarian-pelarian ini,” kata Jolie.

Pemenang anugerah Oscar itu berkata demikian selepas melawat kem Zatari di Jordan.

Ini kali kelima pelakon Hollywod itu melawat kem berkenaan sejak krisis pelarian Syria tercetus.

Kem Zatari ialah kem induk kepada warga Syria yang lari dari konflik peperangan di negara itu.

Setakat Disember tahun lalu, Jordan telah melindungi lebih daripada 655,000 pelarian Syria.



Source link

read more

Perancis gesa Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat isu Syria – Luar Negara


ALGIERS 21 Jan. – Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar berhubung ‘risiko kemanusiaan’ yang mungkin dihadapi dalam pertempuran di Syria ketika ini.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, negaranya prihatin dengan krisis yang berlaku di Syria yang kini semakin memburuk.

“Justeru, kita menggesa supaya Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menilai sejauh mana risiko kemanusiaan dalam isu ini yang sememangnya sangat dahsyat,” katanya ketika menghadiri satu mesyuarat di Algeria.

Kenyataan Le Drian itu dibuat selepas tentera Turki melancarkan operasi ketenteraan di Afrin, utara Syria dalam usaha menghapuskan kumpulan militan Kurdis di sana. -AFP



Source link

read more

Tiba masanya lantik orang Islam sebagai Setiausaha Agung PBB



PUTRAJAYA: Masanya sudah tiba untuk mempertimbangkan seorang Muslim sebagai setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) demi memastikan suara lebih 1.5 bilion umat Islam di dunia didengar dengan lebih berkesan, kata profesor kanan Middle East Technical University di Turki, Prof Dr Huseyin Bagci.

Beliau berkata dunia Islam perlu mempunyai suara yang kuat dalam PBB memandangkan tiada satu pun daripada 57 negara Islam di seluruh dunia, dipilih sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Beliau juga berkata tiada satu pun daripada negara yang menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB sekarang iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia akan melepaskan kedudukan istimewa mereka.

Ketika ditanya sama ada mungkin untuk seorang Muslim menjadi setiausaha agung PBB, Bagci berkata Dunia Islam boleh membentuk suara yang kuat jika mereka bertindak bersama.

“Seperti yang kita lihat dalam keputusan Amerika Syarikat berhubung Baitulmuqaddis, negara-negara Islam bertindak melambangkan perpaduan dan buat kali pertama selepas 1945, saya menyatakan bahawa AS telah tewas, bukan sahaja dalam pengundian tetapi juga daripada segi karisma,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018, di sini hari ini.

Wacana berprofil tinggi selama dua hari bertemakan Kebijaksanaan dan Kesederhanaan dalam Memerangi Keganasan”, dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Arab Saudi.

Bagci mencadangkan bekas presiden Turki, Abdullah Gul dipertimbangkan sebagai setiausaha agung PBB.

Mengulas mengenai keganasan, beliau berkata sebanyak 42,000 anggota tentera dan orang awam Turki telah menjadi korban dan menganggarkan US$200 bilion telah dibelanjakan dalam usaha memerangi keganasan sejak 1985.

“Keganasan sentiasa mebnjadi masalah bagi sesetengah negara yang membelanjakan sejumlah besar peruntukan dalam bajet negara bagi menangani keganasan”, kata Bagci.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata prinsip ta’ayush atau ‘coexistence’ dalam kerangka menangani keganasan dan ekstrimisme secara holistik adalah satu model Malaysia yang perlu dipromosikan dan dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Beliau yang juga seorang daripada panel dalam sesi itu berkata Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama, dibangunkan berdasarkan prinsip itu yang terbukti mampu memelihara keamanan dan kestabilan negara.

“Malaysia melihat ekstrimisme dalam perspektif lebih besar bukan hanya melibatkan satu kaum atau puak sahaja, tetapi secara keseluruhannya. Kita tidak merelakan apa sahaja bentuk ekstrimisme sama ada berbentuk radikal atau liberal,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata melalui prinsip itu negara dibangunkan secara holistik, bukan sahaja dari segi prasarana, tetapi ekonomi negara turut memastikan rakyat tidak hidup sengsara dalam keadaan kemiskinan dan mendapat peluang pendidikan secara saksama.

“Ini perkara-perkara asas. Jika kita lihat punca keganasan dan ekstrimisme yang berlaku di dunia hari ini ialah apabila perut diikat (kemiskinan) dan pendidikan tidak begitu baik, akhirnya dia terdorong untuk terjebak dalam sesuatu yang tiada nilai kemanusiaan mahupun keagamaan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

AS desak PBB adakan mesyuarat tergempar bincang tunjuk perasaan Iran



NEW YORK : Amerika Syarikat (AS) mendesak agar satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diadakan bagi menangani tunjuk perasaan yang semakin memuncak di Iran.

Duta negara itu ke PBB, Nikki Haley mendesak pertubuhan antarabangsa itu untuk bersuara bagi menegakkan kebebasan manusia sejagat.

“Demonstrasi berlaku secara spontan di hampir semua bandar di Iran. Ini adalah gambaran sebenar rakyat yang tertindas selama ini, kini mereka bangkit menentang pemimpin kuku besi.”

“Masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan dalam hal ini. PBB mesti bersuara. Dalam beberapa hari ini kita akan memanggil mesyuarat tergempar di New York dan di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva. Kita tidak boleh berdiam diri,” katanya. 

Terdahulu, Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei menerusi kenyataan di televisyen negara, menyalahkan ‘musuh-musuh’ Iran atas pergolakan yang melanda negara itu.

Seramai 21 orang telah terkorban, manakala ratusan yang lain ditahan dalam pergolakan yang berlarutan sehingga lima hari di seluruh negara.

Tunjuk perasaan sebagai memberi tekanan kepada para pemimpin yang berkuasa semenjak Revolusi Islam 1979, serta Presiden Hassan Rouhani yang membuat kenyataan bahawa Iran berhak mengkritik tetapi tidak boleh menyebabkan kerusuhan.



Source link

read more

Myanmar kecam resolusi PBB berkenaan Rohingya



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa Bersatu meluluskan resolusi mengecam pencabulan hak asasi manusia di Myanmar.

10 negara menentang resolusi berkenaan, 122 menyokong dan 24 tidak mengundi.

Wakil Tetap Myanmar ke PBB, Hau Do Suan terdahulu menyifatkan resolusi tersebut sebagai satu penyelewengan dan bermotifkan politik dan cubaan secara terang-terangan untuk meletakkan tekanan politik yang tidak sepatutnya ke atas Myanmar.

Tambahnya, Naypyidaw gusar dengan cubaan secara berterusan untuk memburukkan kerajaan dan pihak berkuasa Myanmar.

Tegasnya lagi, ini adalah satu usaha negara-negara lain untuk menggunakan PBB demi menekankan agenda politik mereka ke atas Myanmar.

Hau Do Suan menambah, resolusi berkenaan tidak akan menyelesaikan isu di negeri Rakhine dan berkenaan pelarian Rohingya.

Beliau melaporkan ketika ini kerajaan Myanmar berusaha untuk membawa keamanan, harmoni dan pembangunan ke kawasan tersebut.

Sehingga kini beratus ribu etnik Muslim Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine atas dakwaan wujudnya kekejaman dari pihak berkuasa Myanmar.



Source link

read more

Korea Utara sifatkan sekatan PBB sebagai pengisytiharan perang



PYONGYANG: Korea Utara mengecam sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa Bersatu dan menyifatkannya sebagai satu ‘pengisytiharan perang’

Tambahnya, resolusi itu, yang diluluskan secara sepakat oleh kesemua 15 ahli Majlis Keselamatan PBB, adalah ancaman kepada kedaulatan Korea Utara dan menggugat keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.

Ia menolak resolusi yang disifatkan didalangi Amerika Syarikat dan sekutunya.

Kecaman tersebut dikeluarkan Kementerian Luar Korea Utara.

PBB mengenakan sekatan tersebut bermula Jumaat lepas sebagai reaksi kepada siri ujian peluru berpandu balistik oleh Pyongyang.

Sekatan itu akan mengehadkan import petrol Korea Utara sebanyak 90 peratus dan memaksa semua warga Korea Utara di luar negara pulang dalam masa 24 bulan.



Source link

read more

Korea Utara sifatkan sekatan baharu PBB satu tindakan perang



BEIJING: Korea Utara hari ini menyifatkan sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap mereka sebagai satu tindakan perang dan sama seperti sekatan ekonomi penuh, kata kementerian luar negara itu pada hari Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi berita KCNA, republik itu turut mengancam akan menghukum mereka yang menyokong sekatan berkenaan.

Korea Utara turut mendakwa Amerika Syarikat takut dengan kekuatan nuklearnya dan semakin terdesak untuk mengenakan sekatan yang paling teruk ke atas mereka.

Jumaat lalu, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara telah mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara kerana melancarkan lagi ujian peluru berpandu balistik antara benua baru-baru ini.

Sekatan tersebut bertujuan untuk menghadkan akses produk petroleum tertapis dan minyak mentah kepada negara itu dan juga pendapatan dari rakyat mereka yang bekerja di luar negara.

Resolusi itu bertindak mengharamkan hampir 90 peratus eksport petroleum tertapis ke Korea Utara dengan menghadkannya kepada 500,000 tong setahun dan mendesak pemulangan warga Korea Utara yang bekerja di luar negara dalam tempoh 24 bulan, bukannya 12 bulan seperti yang dicadangkan pada awalnya.

Resolusi yang didrafkan oleh Amerika Syarikat itu turut menghadkan bekalan minyak mentah ke Korea Utara sebanyak 4 juta tong setahun, dan akan berkurang lagi jika negara itu terus melakukan ujian nuklear.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons