Tujuh peratus pelajar lepasan tingkatan tiga ikuti TVET – Parlimen


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Hanya tujuh peratus daripada pelajar lepasan Tingkatan 3 sedang mengikuti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan, pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemasukan pelajar ke bidang TVET dan Kolej Vokasional (KV), termasuk program khidmat bantuan di seluruh negara dan pendedahan mengenai prospek kerjaya yang boleh diceburi graduan KV.

“Kementerian Pendidikan telah melaksanakan transformasi TVET sejak 2012 untuk mengangkat martabat aliran itu sebagai aliran perdana untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara menjelang 2020,” katanya menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sesi soal jawab lisan dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Dr. Mansor Abd Rahman (BN-Sik), strategi kementerian dalam meningkatkan enrolmen pelajar luar bandar ke KV, Kamalanathan berkata, antara langkahnya ialah membuat hebahan melalui radio negeri, pengiklanan di suratkhabar serta bekerjasama dengan badan bukan kerajaan.

Katanya, permohonan dalam talian bagi kemasukan ke institusi TVET sesi 2018 telah dibuka dan banyak permohonan diterima setakat ini.

Selain Kementerian Pendidikan, enam lagi kementerian yang turut terlibat dalam melakasanakan TVET ialah Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. – BERNAMA



Source link

read more

Guru ini paksa pelajar lakukan hubungan seks jika mahu dapat gred bagus



SEORANG guru membawa erti ‘sesi interaktif bersama para pelajar’ ke tahap yang aneh dan menjijikkan!

Itulah yang terjadi di sebuah sekolah menengah di Colombia, apabila seorang guru wanita berusia 40 tahun memaksa para pelajar untuk melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan untuk membolehkan mereka mendapat gred bagus dalam pelajaran dan peperiksaan, lapor portal berita Daily Mail.

Guru bernama Yokasta M, itu selama ini memperdaya para pelajarnya menggunakan ugutan seksual di sebuah sekolah yang tidak didedahkan namanya di Medellin, Colombia.

Yokasta yang juga sudah berumahtangga itu ditahan selepas seorang pelajar mengadukan hal tersebut  kepada ibu bapanya.

Dia kini berdepan hukuman penjara 40 tahun atas perbuatannya.

Dalam siri insiden yang berlaku antara Januari dan April 2016 itu, Yokasta mendekati para pelajar yang berusia 16 dan 17 di media sosial, selain meminta nombor telefon mereka dengan helah untuk ‘membimbing pelajaran’ mereka.

Dia dilaporkan mempengaruhi remaja lelaki yang disasarkan untuk datang ke flatnya, sebelum memaksa mereka melakukan hubungan seks.

Jika mereka menolak, Yokasta akan mengugut untuk menggagalkan mereka dalam peperiksaan.

Perbuatan jijik guru itu turut terbongkar apabila bapa kepada salah seorang mangsanya, telah memeriksa isi kandungan telefon bimbit anaknya.

Akibat pendedahan itu, bukan sahaja Yokasta berdepan perbicaraan yang membawa hukuman penjara, malah suaminya sudah membuat tuntutan perceraian.

Selepas cerita penangkapannya tersebar, Yokasta dimalukan lagi di ruang maya, apabila salah seorang pelajarnya memuat naik gambar-gambar seksi yang pernah dikirimkan untuk menggoda mangsanya.

Siri gambar itu disiarkan bersama kapsyen: “Inilah Cikgu Yokasta, yang akan menggagalkan kita sekiranya tidak melakukan seks dengannya.”



Source link

read more

Kurang kapasiti punca hanya 7 peratus pelajar ikuti pendidikan TVET



KUALA LUMPUR: Kekurangan kapasiti menjadi punca hanya tujuh peratus pelajar lepasan Tingkatan 3 mengikuti pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata mengikut rekod, pada 2016 kementeriannya menerima 72,000 permohonan pelajar yang ingin mengikuti pendidikan TVET, namun hanya 16,000 tempat disediakan.

Justeru, pihaknya telah mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan kemasukan pelajar ke bidang TVET dan kolej vokasional (KV), termasuk program khidmat bantuan di seluruh negara dan pendedahan mengenai prospek kerjaya yang boleh diceburi graduan KV.

“Kementerian Pendidikan melaksanakan transformasi TVET sejak 2012 untuk mengangkat martabat aliran itu sebagai aliran perdana untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara menjelang 2020,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan kadar kemasukan pelajar ke institusi TVET dan tindakan yang diambil untuk meningkatkan kadar kemasukan pelajar pelbagai bangsa ke institusi berkenaan.

Ujar beliau, rekod turut menunjukkan permohonan untuk menyertai pendidikan TVET pada tahun ini berjumlah 66,000 pemohon dan hanya 17,000 tempat disediakan.

Jelasnya, lebih 90 peratus lepasan TVET 2016 telah berjaya mendapat kerja.

Justeru, katanya, Kementerian Pendidikan akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM4.9 bilion sebaik mungkin dalam menambah kapasiti serta kualiti pendidikan TVET.

Selain Kementerian Pendidikan, enam lagi kementerian yang turut terlibat dalam melaksanakan TVET ialah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.



Source link

read more

Pelajar ditahan kerana komen ugutan terhadap Ketua Menteri



KUCHING: Polis telah menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang Ahad setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

“Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.

“Remaja itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dev berkata setakat ini polis telah menerima tujuh laporan mengenai komen berunsur ugutan itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

— BERNAMA



Source link

read more

Pelajar perlu rebut peluang ceburi bidang keusahawanan – Mary Yap



BANGI: Pelajar perlu merebut peluang menceburi bidang keusahawanan menerusi program yang dirancang setiap tahun di bawah Pelan Tindakan Keusahawanan Industri Pendidikan Tinggi 2016-2020.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, perkara itu termasuk Program KPT – MTDC Symbiosis TVET 2017.

Jelasnya, program itu bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang seperti disasar di bawah lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

“Fasa yang pertama adalah pemilihan teknologi, yang kedua bengkel pengkomersialan produk pelajar dan fasa ketiga perjalanan pengkomersialan.

“Sementara fasa keempat bengkel rakan kerja perniagaan, fasa kelima pemerkasaan usahawan dan pendanaan serta fasa keenam pasca kelulusan dan validasi pasaran teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Program KPT – MTDC Symbiosis TVET 2017 di sini hari ini.

Program Siswazah Keusahawanan MTDC atau gelarannya Symbiosis, bertujuan untuk melatih graduan dipilih untuk menjadi usahawan tekno.

Symbiosis adalah satu program komprehensif yang meliputi aspek pengkomersilan serta keusahawanan.

Dalam pada itu, Ketua Unit Keusahawanan dan PPRN Kementerian Pendidikan Tinggi Datin Dr Syahira Hamidon menjelaskan, pihaknya mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk memastikan pembangunan penyelidikan ini memenuhi kehendak dan pasaran semasa.

“Dalam jangka panjang kita berharap agar pelaksanaan program seperti ini, kita bantu juga industri di Malaysia terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) meningkatkan rangkaian perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dan kompetitif.

“Ini merupakan salah satu outcome pendedahan yang diberi di peringkat pelajar politeknik dan kolej komuniti apabila menceburi bidang keusahawanan.

“Mereka jadi usahawan bukan sahaja dapat mencipta pekerjaan malah mencipta perniagaan baharu bersesuaian kehendak masyarakat pasa masa depan,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Datuk Norhalim Yunus, ia merupakan program pertama melibatkan pelajar politeknik dan komuniti selepas 12 program sebelum ini bersama KPT.

“Kita berharap program ini akan menjadi permulaan yang berjaya kerana kita ingin menyokong usaha memperkasa TVET dalam negara.

“Kita juga ingin melihat potensi untuk pelajar politeknik dan kolej komuniti ini menyumbang kepada pembangunan SME dalam konteks industri 4.0 ini,” jelasnya.

Tambahnya, MTDC akan menyalurkan dana maksimum RM500,000 kepada seramai 30 daripada 88 pelajar yang akan dipilih untuk mereka menubuhkan 10 syarikat dan mengkomersialkan hasil penyelidikan yang akan dibangunkan politeknik sendiri.

Sementara itu, pelajar semester kelima Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Amir Mirza Mohd Daeneal berkata, program itu menjadi platform untuknya memenuhi cita-cita menjadi usahawan.

“Matlamat saya hendak menjadi salah seorang usahawan simbiosis kerana sudah minat perniagaan dan keluarga juga mempunyai satu perniagaan.

“Saya belajar dalam jurusan mekanikal, jadi cita-cita saya hendak menjadi seorang jurutera, saya nampak program ini memberi peluang untuk merealisasaikan cita-cita serta minat menjadi usahawan teknologi,” jelasnya.

Pada akhir program ini, calon yang dipilih akan menerajui syarikat permulaan untuk mengkomersialkan teknologi dari universiti atau institusi penyelidikan yang telah dipilih dengan teliti oleh MTDC.

Symbiosis syarikat permulaan akan dapat memohon dana MTDC untuk beroperasi dari mana-mana pusat teknologi dan menerima bimbingan serta perkhidmatan nilai tambah lain seperti lain-lain syarikat dalam ekosistem MTDC.



Source link

read more

Kes buli Empat pelajar sekolah berasrama di Perak dibuang sekolah



SERI ISKANDAR: Empat pelajar sebuah sekolah berasrama penuh, di sini yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang pelajar tingkatan tiga sehingga menyebabkan mangsa sukar membuang air kecil dikenakan hukuman buang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, tujuh lagi pelajar yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu akan digantung antara seminggu dan dua minggu.

Katanya, kesemua pelajar terbabit berusia 15 hingga 17 tahun.

“Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) telah bermesyuarat dan mencadangkan empat pelajar tersebut diberhentikan manakala dua lagi pelajar digantung seminggu dan lima lagi digantung dua minggu.

“Laporan lengkap beserta dengan keputusan mesyuarat telah pun diangkat ke pihak pengurusan sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini,hari ini.

Tambah beliau, ibu bapa pelajar terlibat juga telah dipanggil serta diberi taklimat berkaitan keputusan yang akan dikenakan oleh pihak pengurusan sekolah.

Difahamkan pada 4 November lalu, mangsa berusia 15 tahun telah dipukul dengan keadaan matanya diikat dengan kain pelikat oleh sekumpulan pelajar yang didalangi seorang pelajar tingkatan lima.

Kejadian sekitar jam 10.30 malam itu berpunca daripada kes kehilangan wang di asrama sekolah terbabit.

Mangsa mengalami kesan lebam dan calar di seluruh badan selain disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil akibat kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian merusuh melibatkan pelajar dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Dadah babitkan pelajar masyarakat perlu main peranan – Polis



KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kerjasama semua pihak dalam menangani masalah dadah membabitkan pelajar sekolah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihak polis tidak boleh bersendirian dalam menangani isu berkenaan.

“Masalah dadah adalah masalah semua pihak dan polis memerlukan bantuan masyarakat yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam menangani masalah dadah ini.

“Jadi kita mahu menceritakan realiti sebenar apa yang berlaku agar masyarakat dapat bersama-sama memainkan peranan dalam menangani masalah tersebut,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis tidak pernah berselindung dengan mana-mana pihak dalam mendedahkan maklumat dan data sebenar mengenai masalah dadah membabitkan pelajar sekolah dan sentiasa melakukan kempen kesedaran dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesa polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar mendedahkan maklumat dan data sebenar kepada masyarakat berhubung kes dadah membabitkan pelajar.

AADK sebelum ini mendedahkan sejumlah 1,731 pelajar sekolah menengah positif dadah menerusi pelaksanaan ujian saringan air kencing terhadap 36,664 pelajar seluruh negara.



Source link

read more

Guru bergurau rentap tudung pelajar dalam kelas digantung tugas



SEORANG guru di Tennessee, Amerika Syarikat, digantung tugas selepas dengan sengaja menanggalkan hijab salah seorang pelajarnya.

Guru berkenaan, yang identitinya tidak didedahkan, berbuat demikian dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di New Vision Academy yang terletak di Nashville, minggu lalu.

Video rakaman itu dimuat naik oleh guru tersebut ke Snapchat.

Berdasarkan rakaman, guru itu seolah-olah mahu bergurau dengan pelajar terbabit.

Turut dimuat naik adalah beberapa rangkap kapsyen, antaranya berbunyi ‘Rambut yang cantik tetapi disembunyikan’.

Pelajar terbabit dilihat cuba untuk menutup rambutnya kembali namun tidak berjaya kerana guru itu cuba bermain-main dengan rambutnya.

Ia menaikkan kemarahan ramai terutamanya kumpulan sokongan penganut agama Islam di Amerika, dan meminta guru itu dilucutkan daripada jawatannya.

Menurut laporan portal Tennessean, satu siasatan telah dimulakan oleh sekolah itu, dan guru tersebut digantung tugas tanpa gaji.

“Kami telah menjalankan siasatan kes ini. Buat masa ini tiada keputusan berkenaan tindakan selanjutnya, tetapi kami akan berjumpa dengan guru itu tidak lama lagi untuk berbincang,” kata peguam yang dilantik.



Source link

read more

Ini membimbangkan 1731 pelajar positif dadah – AADK


KUALA LUMPUR: Pihak sekolah disaran untuk meningkatkan kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berkata kerjasama itu perlu memandangkan pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan tidak mempunyai fasiliti bagi melakukan saringan air kencing termasuk kepakaran dalam membuat penilaian tahap ketagihan seseorang pelajar.

Statistik Pelaksanaan Ujian Urin 2013-2016 Sek. Menengah - Sumber AADK

Katanya, proses yang dijalankan AADK di peringkat sekolah seperti mengadakan saringan dan mengenal pasti pelajar-pelajar positif dadah adalah fasa penting sebelum fasa pemulihan bermula.

“Apa yang kita minta adalah pihak sekolah mengadakan hubungan dan menjalin kerjasama dengan AADK kerana beberapa perkara yang perlu menjadi fokus dalam proses pemulihan. Semua pelajar yang terlibat perlu melalui satu proses saringan untuk melihat keparahan dalam penagihan.

“Pada umumnya, kalau pelajar sesebuah sekolah bukan penagih tegar, tetapi di peringkat permulaan. Bagaimanapun, kita (AADK) mempunyai instrumen yang dipanggil Indeks Keparahan Penagihan (ASI) yang mana digunakan untuk melihat tahap ketagihan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Bagaimanapun katanya, AADK berdepan beberapa kekangan dalam proses pemulihan pelajar sekolah termasuk pelajar yang tidak menetap bersama ibu bapa selain persekitaran negatif.

“Kalau para pelajar ini (positif dadah) tidak ada ibu bapa atau tidak tinggal bersama ibu bapa. Termasuk yang tinggal di asrama walaupun peraturan asrama itu dikenakan kepada semua yang tinggal di asrama.

“Tetapi kalau asrama itu tidak mempunyai kaunselor, maka ia satu lagi cabaran baharu kepada kita,” katanya.

Pelaksanaan Ujian Urin 2017 - Sek Menengah - Sumber: AADK

Mengikut statistik AADK, sepanjang Januari hingga September 2017, sejumlah 1,731 pelajar sekolah menengah positif dadah menerusi pelaksanaan ujian saringan air kencing terhadap 36,664 pelajar seluruh negara.

Pelajar sekolah menengah di Kelantan merekodkan peratusan tertinggi iaitu 10 peratus bersamaan 279 pelajar positif daripada 2,766 orang yang diuji.

Sementara itu, Negeri Sembilan merekodkan peratusan terendah pelajar sekolah menengah positif dadah iaitu 1 peratus bersamam 18 orang daripada 1,849 pelajar yang diuji.



Source link

read more

Kurang satu peratus pelajar sekolah pernah mencuba dadah



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mendedahkan kurang daripada satu peratus pelajar sekolah di Malaysia pernah mencuba dadah.

Timbalan Menteri Pendidikan I Chong Sin Woon berkata, berdasarkan statistik kementerian itu, sehingga 31 Julai 2017, 1,410 pelajar atau 0.03 peratus daripada 4.7 juta pelajar sekolah pernah mencuba barang terlarang itu.

Bagaimanapun tegasnya, statistik itu hanya merujuk kepada pelajar yang pernah mencuba dadah.

“Golongan ini tidak dikategorikan sebagai penagih tegar. Mereka masih mengikuti sesi pembelajaran di sekolah,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) yang ingin tahu tentang bilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan aktiviti dadah dan apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membendung perkara ini.

Tegas Sin Woon, kerajaan sentiasa komited dalam usaha membanteras gejala itu secara keseluruhannya, termasuk dalam kalangan pelajar di sekolah selain menjalinkan kerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi menangani masalah tersebut.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons