Atlet pelapis basikal Perlis maut kemalangan – Nahas & Bencana


KANGAR 21 Jan. – Seorang atlet pelapis basikal negeri ini maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika menjalani latihan di kawasan Wang Kelian, Padang Besar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, basikal yang ditunggangi mangsa, Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman,18, dikatakan telah hilang kawalan seterusnya terbabas melanggar penghadang jalan di kawasan

Jalan Wang Kelian menghala Kaki Bukit.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abdul Ghani berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Parit Chuping meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menjalani latihan seorang diri telah hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum berlanggar penghadang jalan ketika menuruni bukit di Jalan Wang Kelian.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ghazani, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan mangsa terbabit dalam kemalangan seorang diri.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Atlet pelapis berbasikal Perlis maut kemalangan ketika latihan


KANGAR: Seorang atlet pelapis berbasikal Perlis maut dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Jalan Wang Kelian dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Ghazani Abdul Ghani berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman, 18, dipercayai hilang kawalan ke atas basikal yang ditunggangnya dan terbabas sebelum melanggar penghadang di sebelah kiri jalan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut memandangkan tidak melibatkan kenderaan bermotor yang lain,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Difahamkan atlet berkenaan pernah mewakili negeri dalam beberapa kejohanan berbasikal dan dalam proses pemilihan atlet untuk Sukan Malaysia (Sukma).

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons