Kanak-kanak penghidap kanser sempat peluk adik baharu sebelum meninggal dunia



SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat ‘membantu’ memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin’s lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.

Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus ‘berjuang’ untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.

Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.

Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kank itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.

Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.

“Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie,” katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.

Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.

Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.

Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.



Source link

read more

Saksi pembunuh BMW kenapa peluk tubuh sahaja – Chef Wan


CHEF selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, menempelak sikap segelintir masyarakat yang hanya ‘berpeluk tubuh’ dan membiarkan sahaja seorang lelaki dibunuh dengan kejam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini.

Dalam catatan di laman Instagram beliau semalam (18 Dis), Chef Wan berkata beliau sedih melihat nyawa seseorang diragut begitu sahaja di tempat awam.

Malah, apa yang lebih menyedihkan bagi chef berusia 59 tahun itu ialah tiada langsung bantuan yang diberikan daripada orang yang menyaksikan tragedi itu.

What if he is our own family members atau kita yg mati katak aja mcm tu ke? 
Apa yg terjadi sangat menyedih kan as no one came to assist this poor man,” katanya lagi.

Malah, apa yang lebih menyedihkan bagi chef berusia 59 tahun itu ialah tiada langsung bantuan yang diberikan daripada orang yang menyaksikan tragedi itu.

Walaupun beliau sedar jika tersalah langkah, bantuan yang diberikan mungkin boleh membahayakan diri sendiri, tindakan menghubungi pihak berkuasa secepat mungkin adalah sesuatu yang patut dilakukan di saat kejadian itu berlaku.

Pada saat berita ini ditulis, catatan itu, yang turut memaparkan rakaman video kejadian langgar dan bunuh tersebut, telah menerima tontonan sebanyak 54,573 kali dan mengumpul 403 komen daripada pengikut laman Instagram beliau.

Walaupun begitu, beberapa orang dalam laman Instagram itu berpendapat lebih baik menjaga keselamatan diri sendiri memandangkan suspek dalam video berkenaan dilihat menggunakan senjata tajam dan alat letupan.

Kata mereka lagi, laporan berita telah memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tragedi itu berpunca daripada perebutan kuasa di antara dua kongsi gelap, dan mangsa berkenaan juga merupakan salah seorang ketua dalam pertubuhan itu.

BACA: Kejadian langgar dan bunuh di Taman Pelangi ada kaitan kongsi gelap – TPM Ahmad Zahid



Source link

read more

Tragedi Lenggong Tak sempat peluk cium kali terakhir


KUANTAN: ‘Terkilan sangat sebab tak dapat peluk,cium buat kali terakhir’.

Itu reaksi Ramelah Yaakob, 54 tahun yang tidak sempat bersua dengan tiga anak saudaranya, Nur Ain Hafizah dan sepasang kembar, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah Ismail, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat kenderaan di simpang empat lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, pagi semalam.

Dia yang juga kakak kepada bapa ketiga beradik itu Ismail Yaakub, memberitahu tidak mengetahui mengenai perjalanan keluarga terbabit biarpun tinggal di belakang rumah mereka di Kampung Balai Besar, Dungun.

Ramelah juga berkata ketiga-tiga beradik tersebut sangat rapat dengannya terutamanya adik beradik kembar dan sebelum ini, mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Suami dia telefon semalam. Saya tidak tahu pun dia pergi ke Kedah.”

“Dia baharu sahaja pegi kenduri anak dia kemudian dia pergi rumah kakak. Tapi kakak rasa hendak peluk, hendak, cium dia, rindu pada dia.

“Tapi kakak reda walaupun tidak boleh hendak cakap apa. Sudah sampai masa dia. Kita juga akan sampai ke situ akhirnya,” katanya.

Nada sedih sama turut disuarakan nenek saudara kanak-kanak malang itu, Misah Awang.

BACA: “Lori ‘sapu’ semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan” – Saksi

BACA: Tiga maut dirempuh lori ikan

“Saya sedih sangat sampai tidak boleh bercakap. Anak saudara saya telefon pun tidak boleh bercakap, kelu lidah ini.

Tragedi Lenggong

“Mereka sangat gembira dan ceria ketika balik berhari raya sebelum ini. Saya tidak menyangka kejadian ini  berlaku tetapi tetap reda,” katanya.

Sementara itu, Ramelah berkata, jika sekiranya bapa kepada ketiga beradik itu meningal dunia, mereka sekeluarga telah sepakat untuk kebumikannya di tanah perkuburan yang sama.”

“Jika dia meninggal dunia, hari ini atau esok ke, kakak reda. Kami kebumi di sini jugak sebab kesemua anaknya dikebumikan di sini.”

“Dia ada anak-anaknya dengan keluarga di sini sangat rapat. Lagipun kami tinggal di belakang rumahnya,” katanya lagi.

Jenazah tiga beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin Dua, Kuantan, kira-kira jam 12 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Bukit Kuin kira-kira jam 9 pagi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang maut adalah dua beradik kembar berlainan jantina berusia lapan tahun iaitu Muhammad Hanif Ismail, dan Nur Ain Hanifah serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22.

Seorang lagi mangsa, Nur Ain Harizah, 13 tahun yang duduk di tempat belakang selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan iaitu Ismail Yaacob, 53 tahun dan Zarina Yong, 44 tahun masing-masing cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Taiping.

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons