Cabaran peluncur ombak tempatan | Astro Awani



Atlet luncur air (surfing) tempatan bergelut untuk menaikkan nama negara dalam sukan itu dan masih berusaha untuk layak ke Olimpik.

Namun kekurangan sokongan dan tumpuan menyebabkan mereka terpaksa bergerak sendiri tanpa sokongan badan korporat mahupun kerajaan.

Ikuti temubual bersama dua ikon luncur air, Mohamad Didaqt Mussaddiq dari Cherating dan Moena Rashid dari Kuantan dalam usaha mencari bakat baru sukan itu menerusi program Safari Grom Search (SGS).

Program yang akan diadakan di Cherating dari 1-3 Disember 2017 mendapat sokongan penuh Tourism Negeri Pahang, jenama sukan luncur air Rip Curl dan turut mendapat pengiktirafan Kejohanan Luncur Air Asia (ASC).

Dianjurkan Safari Kids Club yang berpangkalan di Shah Alam, program SGS menyaksikan Yang Mulia Tengku Puteri Illisha Ameera Tengku Abdullah sebagai penaung.

SGS dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin pada Khamis (2 November 2017).



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons