PAS HANTAR PEMAIN BOLA JE BERDEPAN MAHFUZ BEAN!!! ~ SEMUT HITAM


Memalukan! Bekas pemain bola sepak kebangsaan je yang diumumkan sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pencalonan Radhi, 53, diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.

Radhi bakal bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang bertanding kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket PAN mewakili Pakatan serta calon dari Barisan Nasional.

Dalam pada itu, seorang lagi muka baru, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan menjadi calon Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail.

Abdul Hadi juga turut mengumumkan calon bagi DUN Pengkalan Kundur yang akan ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi.

PAS dijangka mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada 19 April ini. Sementara parti serpihannya, Amanah dijadualkan berbuat demikian, 17 April ini.




Source link

read more

Spotify Mungkin Memperkenalkan Pemain Audio Dalam Kenderaan Tidak Lama Lagi – Amanz


Spotify sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan bakal hadir dengan perkakasan mereka tersendiri. Kini, hadir info terbaru memperlihatkan yang mana produk pertama daripada mereka berkemungkinan adalah sebuah pembesar suara untuk digunakan dalam kenderaan.

Spotify Car Audio

Info ini tertiris melalui ujian yang dilakukan oleh Spotify, memaparkan iklan pemain audio dalam kenderaan ini untuk sesetengah pengguna. Daripada ujian yang dijalankan, Spotify seperti menawarkannya dalam bentuk langganan bulanan dengan komitmen selama 12 bulan.

Dengan adanya pemain audio ini, ia akan memudahkan lagi pengguna mendengar bukan sahaja lagu, tetapi juga mendengar podcast ketika sedang memandu.

Spotify sendiri dilihat menjadualkan tarikh 24 April kelak untuk suatu pengumuman khas. Ia tidak diketahui lagi sama ada Spotify akan memperkenalkan pemain audio dalam kenderaan ini pada acara berkenaan, atau mempunyai perancangan pengenalan produk baru yang lain.



Source link

read more

Oppo Menghentikan Penghasilan Produk Audio Dan Pemain Blu-Ray – Amanz


Oppo kini ialah pengeluar telefon pintar nombor empat terbesar di dunia. Telefon pintar mereka adalah antara jenama yang paling popular di Malaysia. Sebelum menghasilkan telefon pintar, mereka adalah sebuah syarikat yang menghasilkan peralatan audio dan video berprestasi tinggi sejak 2004. Semalam Oppo Digital mengumumkan mereka tidak lagi akan menghasilkan produk-produk baru.

Dengan ini mereka tidak akan lagi menghasilkan fon kepala dan pemain 4K UHD Blu-ray. Kepada pelanggan, mereka akan terus menyokong kemaskini firmware produk dan memberikan khidmat pelanggan ke atas produk-produk yang telah terjual. Produk yang masih di bawah jaminan juga akan terus disokong begitu juga dengan khidmat baik pulih.



Source link

read more

Fortnite Kini Boleh Dimainkan Pada iPhone Oleh Semua Pemain Seluruh Dunia – Amanz


Epic Games sebelum ini telah hadir dengan permua Fortnite untuk iPhone, dan mengujinya dikalangan segelintir kecil pengguna dengan keperluan mempunyai jemputan khusus untuk memainkannya. Hal berkenaan berubah hari ini apabila permua berkenaan kini dibuka untuk dimainkan oleh semua pemain seluruh dunia.

Kini, sesiapa sahaja boleh memuat-turun permua Fortnite ini, dan mula memainkannya. Fortnite untuk iPhone ini membawakan bentuk permainan Battle Royale, dimana anda perlu bersaing dengan pelbagai pemain lain untuk menjadi pemain terakhir yang kekal hidup. Berbeza dengan PUBG, melalui Fortnite, ia turut mengintegrasikan ciri membina – sekaligus membawa sedikit perubahan kepada bentuk ia dimainkan.

Bagi anda yang mempunyai peranti iOS 11, sama ada iPhone, atau iPad, anda boleh memuat-turun dan memainkannya hari ini secara percuma. Permua ini hanya menyokong iPhone SE, iPhone 6S, iPhone 7, iPhone 8, iPhone X, iPad Mini 4, iPad Air 2, iPad 2017 dan juga iPad Pro.

Muat-Turun Fortnite untuk iPhone



Source link

read more

Aplikasi YouTube Untuk Android Kini Menyokong Pemain Video Dengan Nisbah Skrin Dinamik – Amanz


Orientasi yang terbaik ketika merakam video ialah secara mendatar. Tetapi dengan kepopularan telefon pintar, semakin ramai merakam video secara menegak. Ini juga adalah orientasi video yang digunakan di dalam Facebook Stories serta Snapchat. Apabila dimuat naik ke YouTube, video ini akan dipaparkan dengan palang hitam ada kiri dan hitam. Video tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya.

Oleh itu pemain video dengan nisbah skrin dinamik mula disokong pada aplikasi YouTube versi iOS Disember yang lalu. Hari ini fungsi yang akhirnya boleh digunakan pada aplikasi YouTube versi Android. Apabila video menegak dimainkan, pada awalnya ia akan memenuhi skrin jika peranti turut dipegang secara menegak. Apabila pengguna menatal ke bawah, sedikit demi sedikit video akan memenuhi skrin secara dinamik.

Kemaskini ini diberikan secara berperingkat dan kami sudahpun menerimanya pagi tadi.



Source link

read more

YouTube Menguji Pemain Video Kecil Yang Memudahkan Pengguna Membaca Komen Di Pelayar Web – Amanz


Kami lebih gemar menonton YouTube menggunakan telefon pintar. Ini adalah kerana lebih mudah membaca komen sambil menonton video. Pada komputer desktop, video akan tidak lagi kelihatan apabila ruangan komen ditatal ke bawah. YouTube kini sedang menguji pemain video yang mengecilkan video ke bucu atas kiri apabila skrin ditatal untuk membaca ruangan komen.

Seperti ujian pemain picture-in-picture pada bucu kanan bawah awal minggu ini, fungsi ini hanya diuji pada sebilangan kecil pengguna buat masa ini. Tetapi ini mungkin fungsi yang amat kami perlukan pada pemain YouTube versi pelayar web. Kerap kali ruangan komen video lebih menarik dari video yang ditonton. Diharap fungsi ini akan diaktifkan kepada semua dalam masa terdekat.



Source link

read more

Tidak terkejut pemain ‘angkat kaki’- Ismail Zakaria – Hoki


KUALA LUMPUR 10 Mac.- Ketua jurulatih Marcerra Kuantan FA, Ismail Zakaria mengakui tidak terkejut sekiranya pemain-pemainnya meninggalkan pasukan pada bulan ini sekiranya isu tunggakan gaji terus berlanjutan.

Ismail Zakaria

Tambahnya, dia telah banyak kali berurusan dengan pihak pengurusan membincangkan masalah ini selepas dua bulan gaji pemain tertunggak bermula sejak bulan Januari dan Februari.

Bagaimanapun bekas jurulatih Kuala Lumpur itu tetap memuji komitmen para pemainnya yang bersikap profesional apabila tetap menjalankan tanggungjawab sebagai pemain walaupun dihimpit masalah tersebut.

“Benar (terdapat tunggakan gaji) berlaku bermula bulan Januari dan Februari serta sedikit token yang patut diberikan pada bulan 12 yang masih belum dapat.

“Mungkin mereka akan keluar beramai-ramai dan saya tidak terkejut jika perkara itu berlaku sekiranya pihak pengurusan tidak menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Saya juga sudah banyak kali bercakap dengan pihak pengurusan mengenai isu ini.

“Saya juga akan berhubung dengan pihak FMLLP (Football Limited Liability Partnership) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) berkenaan kontrak baharu yang menyatakan pemain berhak meninggalkan pasukan sekiranya gaji tidak dibayar walaupun sebulan dalam masa sama kelab tersebut perlu membayar gaji mereka selama setahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, kesemua pemain dan pegawai pasukan masih belum menerima sebarang gaji sejak dua bulan lalu sekali gus mengulangi skrip pengurusan lama yang gagal melunaskan tunggakan gaji selama 11 bulan pada musim lalu berjumlah RM145,250.

Lebih perit pasukan itu, turut didenda oleh FMLLP sebanyak RM500,000 disebabkan kegagalan melengkapkan penyertaan Liga Malaysia (Liga-M).

Sementara itu, Ismail turut memuji sikap profesional yang ditunjukkan para pemainnya yang masih memberi komitmen yang baik kepada pasukan walaupun dilanda masalah besar seperti ini.

“Semalam semasa kita tewas 0-1 kepada Felda United, pemain tetap bermain dengan baik walaupun dilanda masalah tunggakan gaji dan saya memuji sikap mereka yang begitu profesional. Saya juga berharap pemain dapat terus bermain di samping mengambil tindakan untuk menuntut hak mereka.

“Tetapi pihak pengurusan juga perlu bertindak dengan cepat untuk menyelesaikan masalah ini. Jika tidak mungkin pemain akan hilang fokus dan mengambil tindakan meninggalkan pasukan sekali gus menyebabkan pasukan ini berkemungkinan besar di tutup,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Asyik jadi pemain simpanan tak terfikir sarung jersi 10 negara – Luqman Hafidz



BERAPA ramai daripada kita yang berhenti daripada mengejar impian hanya kerana diberitahu ‘anda tidak cukup bagus’?

Mungkin perkongsian daripada pelakon filem “Ola Bola” dan “OlaBola The Musical” ini boleh menjadi inspirasi buat kita semua.

Luqman Hafidz yang lebih popular disapa Ali, yang merupakan watak yang dibawa dalam filem dan pementasan tersebut, berkongsi pengalamannya berhadapan dengan situasi itu di akaun Instagramnya.

Cerita Luqman, dia tidak pernah terfikir akan layak menyarung jersi nombor 10 negara, biarpun sekadar di layar perak dan pentas lakonan.

Dalam sesebuah pasukan bola sepak, pemilik jersi nombor 10 kebiasaannya adalah pemain terbaik dan paling mendapat perhatian di atas padang.

Di sebalik minat dan cintanya terhadap bola sepak, Luqman lebih kerap mengisi bangku simpanan setiap kali mewakili mana-mana pasukan.

“Datang awal setiap latihan, tapi pada hari perlawanan disuruh duduk menonton di bawah dahan.

“Setiap kali pemilihan, sekadar mengisi ruang kekosongan, dipilih hanya kerana sentiasa memberi perhatian,” ceritanya.

Tuah manusia siapa yang tahu, sudah tertulis rezeki Luqman bukan di atas padang sebagai pemain bola sepak profesional, sebaliknya sebagai pemain watak Ali, penyerang unggul negara dalam filem dan pementasan yang masih berlangsung di Istana Budaya itu.

“Jika hari itu aku putuskan yang aku kaki bangku, maka tiadalah jeritan ‘gol’, memori indah dalam kotak fikiran, dan tiadalah Ahmad Ali dalam hidup ini,” sambungnya.

Kebolehan Luqman turut mendapat pujian pengarah “OlaBola The Musical”, Puan Seri Tiara Jacquelina, yang menyifatkan Luqman sebagai bukan sahaja pelakon yang hebat, tetapi juga pemain bola sepak yang berbakat.

OlaBola The Musical akan melabuhkan tirai, Ahad ini.



Source link

read more

Pemain Media VLC 3.0 Dilancarkan Untuk Desktop, Android, Dan iOS – Amanz


Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media popular dikalangan ramai pengguna desktop. Hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru pemain media berkenaan, iaitu VLC 3.0.

VLC 3.0

VLC 3.0 menawarkan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan memainkan media 4K dan 8K, kebolehan memainkan video 360-darjah, kebolehan memainkan pelbagai format media melalui peranti Chromecast, dan pelbagai ciri-ciri baru yang lain. Disamping itu, ia turut dikatakan menggunakan kurang tenaga berbanding pemain media yang lain di pasaran.

Bagi anda yang menggunakan pemain media VLC, boleh memuat-turun dan mencuba pemain media baru ini hari ini.

Muat-Turun VLC Media Player 3.0



Source link

read more

Pemain dram Mr Big meninggal dunia



PEMAIN dram kumpulan rock Mr Big, Pat Torpey, 64 tahun, meninggal dunia pada Rabu akibat penyakit Parkinson.

Berita sedih itu dikongsi ahli kumpulan yang popular sekitar era 80-an di akaun twitter mereka sebentar tadi.

“Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan saudara kami, rakan, pemain dram dan pengasas kumpulan ini, Pat, meninggal dunia pada Rabu, 7 Februari akibat komplikasi penyakit Parkinson.”

Torpey didiagnosis menghidap Parkinson pada tahun 2014.

Pada konsert mereka di Malaysia hujung tahun lalu, Torpey menerima standing ovation dan tepukan gemuruh apabila muncul di pentas bersama ahli kumpulan Mr Big yang lain.

BACA: Mr Big kembali gegar peminat tanah air selepas 23 tahun

Sebelum menyertai Mr Big, Torpey pernah menjadi pemuzik iringan untuk penyanyi Tina Turner, Belinda Carlisle dan The Knack.



Source link

read more