Program kerajaan untuk kebaikan, pembangkang cuba gagalkan


KUALA LUMPUR – Pembangkang memburukkan semua program kerajaan kerana mereka mahu menggagalkan usaha yang dirancang untuk kebaikan rakyat, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan memberi contoh tohmahan yang dituduh pembangkang terhadap beliau dan kementeriannya kerana tidak mahu melihat pembangunan yang dilaksanakan kerajaan berjaya.

“Banyak tuduhan-tuduhan di Wilayah Persekutuan yang mengatakan saya dengan macam-macam tuduhan dan orang tidak suka melihat pembangunan terutama pembangkang yang mahu melihat kejayaan program Barisan Nasional (BN) kerana mereka tahu program kita berjaya di Wilayah Persekutuan.

“Jadi mereka cuba memburuk-burukkan kita dengan pelbagai tuduhan terhadap saya selaku menteri dan juga Perdana Menteri kerana membuat diluar kebiasaan,” kata beliau semasa merasmikan pendaftaran RUMAWIP bagi Residensi Gombak 126 hari ini.

Program kerajaan untuk kebaikan, pembangkang cuba gagalkan

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) bersama Pengarah Hektar Aneka Sdn. Bhd., Datuk Rozabil Abdul Rahman (dua kiri) melihat rumah contoh Residensi Haktar pada Majlis Perasmian Penyempurnaan Perjanjian di antara Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Hektar Aneka Sdn. Bhd. serta Pembukaan Pendaftaran Rumawip Residensi Hektar di Residensi Gombak 126, Setapak. foto FAREEZ FADZIL, 16 JANUARI 2018

Namun, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO dan BN percaya rakyat dapat menilai apa yang dilakukan kerajaan terutama dalam memastikan masa depan yang lebih terjamin.

“Saya percaya akhirnya yang rakyat akan sedar apa yang dilakukan oleh BN ini adalah untuk kebaikan mereka.

“Kita mahukan sebuah negara yang kita duduk ini sejak 60 tahun lebih dimana kita hidup dengan harmoni, negara yang selamat dan negara yang memberikan ruang kepada kita untuk hidup bagi memberikan pelajaran kepada anak-anak kita dan masa depan kita,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, janji-janji pembangkang adalah cerita dongeng yang bertujuan untuk mewujudkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Saya percaya rakyat akan sedar apa yang dilakukan pembangkang adalah cerita-cerita dongeng dan juga persepsi yang mengelirukan pemikiran rakyat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Tengku Adnan meninjau tapak projek terbaharu RUMAWIP yang akan dibangunkan oleh pemaju Residensi Hektar di Jalan Gombak, Setapak dimana 2,400 unit pangsapuri akan dibina dan dijangka siap pada tahun 2021.-theRakyat



Source link

read more

Pembangkang tidak harus hina penerima bantuan kerajaan


BAGAN SERAI: Pembangkang tidak seharusnya menghina rakyat yang menerima bantuan daripada kerajaan sekiranya mereka sendiri tidak mampu membantu golongan memerlukan.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata tindakan pembangkang itu adalah tidak wajar kerana rakyat yang susah sememangnya perlu dibantu.

Sham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu mengambil contoh pemberian anak ayam menerusi program Titik Sentuhan kepada penduduk kawasan tersebut baru-baru ini yang diperlekehkan oleh pembangkang.

“Kita bagi sumbangan setiap tahun dan janganlah pembangkang memperlekehkan rakyat dengan mengambil kesempatan menghina mereka yang menerima bantuan tersebut.

“Bantuan itu juga bertujuan memberi peluang kepada rakyat menternak ayam. Pembangkang hanya bercakap tetapi tidak membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas program Sumbangan Bantuan Persatuan Beng Huat Seng Seah Bagan Serai kepada 300 fakir miskin di sini, pada Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Adun Kuala Kurau Yunus Jamhari yang menyifatkan pemberian 20 ekor anak ayam dan 10 kilogram dedak baru-baru ini sebagai usaha memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

— BERNAMA



Source link

read more

Rakyat Sabah diseru tidak terpengaruh dakyah pembangkang – Salleh


PENAMPANG: Masyarakat di negeri Sabah diseru agar tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba menghasut untuk merosakkan keharmonian dan kestabilan politik di negeri ini.

Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Dr Salleh Said Keruak berkata, terdapat pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan di negeri ini atas dasar kepentingan politik dan kepentingan diri semata-mata.

“Janganlah kita terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab ini yang mendakwa selama ini kita di Sabah tertindas dan terabai kerana untuk menjaga kestabilan dan keharmonian di negeri ini, kita harus bersikap sederhana dan saling menghormati sejajar dengan apa yang kita panggil sebagai semangat 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Kesyukuran Rumah Terbuka Tahun Baru Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Terawi dan Paroki Holy Nativity Parish Terawi di Kampung Terawi Penampang, hari ini.

Salleh turut menyatakan, masyarakat juga perlu bijak dalam membuat pilihan ketika pilihan raya dengan memilih kerajaan sedia ada kerana prestasi cemerlang kerajaan telah terbukti dengan pelaksanaan pembangunan dan kestabilan politik yang telah dikecapi sejak kemerdekaan.

“Apabila tiba pilihan raya nanti, kita keluar untuk memilih parti pemerintah yang mampu meneruskan kesinambungan kepada kestabilan, pembangunan dan juga masa hadapan negara khususnya negeri ini.”

“Pihak lain iaitu pembangkang mereka hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata dan hanya timbul ketika pilihan raya dan  selepas pilihan raya mereka akan hilang kerana tujuan mereka hanya atas dasar kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam memperjuangkan dan menunaikan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan jika terdapat perkara yang memerlukan penyelesaian, pintu perbincangan sentiasa terbuka untuk mencari jalan penyelesaian.

“Perdana Menteri kita juga ada mengatakan sebelum ini yang jika terdapat hak-hak yang tidak tertunai atau terambil kita akan kembalikan dan sebab itu juga kita wujudkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji masalah ini agar dapat kita selesaikan,” katanya.

Sempena majlis berkenaan, Salleh turut meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi membaik pulih tempat meletak kenderaan di kawasan berkenaan, meluluskan peruntukan berjumlah RM400,000 bagi membaik pulih dewan serta turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada seramai 66 orang warga emas.

Yang turut hadir Ketua Bahagian UPKO Bahagian Penampang Datuk Donald Mojuntin, Ketua UMNO Penampang Datuk John Ambrose, dan Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun.



Source link

read more

Tun M bawa pengaruh Mahathirism dalam pembangkang


KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2018. Penceramah, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard memberi pandangan pada Forum ‘Adakah Mahathir Solusi Untuk Rakyat Malaysia Yang Lebih Baik?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

MO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam pakatan pembangkang disifatkan dapat merosakkan gabungan terbabit.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, berkata kehadiran Dr Mahathir yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat turut sama membawa pengaruh Mahathirism dalam pakatan itu.

“Belum pun Mahathir berkuasa, beliau sudah memijak pemikiran rakyat apabila mempertahankan sistem tol memberitahu kadar tol Malaysia masih rendah.

“Malah beliau berkata, sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) beliau mahu menubuhkan Proton yang baharu.

“Kehadiran Mahathir seperti mahu pemimpin pakatan hanya mengikut petunjuk beliau saja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai ahli panel dalam forum Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini.

Forum itu dianjurkan Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ahli panel lain adalah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.

CheguBard juga berkata, rakyat tidak dapat menerima permohonan maaf oleh Dr Mahathir diatas ‘dosa’ yang dilakukan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

Malah beliau turut menempelak pihak yang memaafkan Dr Mahathir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerima permohonan maaf itu.

“Kami turun ke jalanan pada tahun 1998 bukan semata-mata kerana individu bernama Anwar, tapi Anwar dilihat yang mampu melawan Dr Mahathir ketika itu.

“Tapi dengan keputusan mengangkat Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang, jangan rakyat pula yang tidak memaafkan Anwar,” katanya.

Sementara itu, Nathaniel Tan berkata, pembahagian 53 kerusi oleh pakatan pembangkang kepada PPBM dilihat tidak wajar.

Beliau berkata, rakyat sendiri kurang mengenali pemimpin PPBM untuk diangkat dalam PRU-14 nanti.

“Rakyat hanya mengenali segelintir saja seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Malah pendirian mereka juga dilihat tidak jelas terhadap dasar yang diperjuangkan oleh pakatan. Jadi pembahagian kerusi ini perlu dilihat semula,” katanya.



Source link

read more

MalaysiaMemilih Pembangkang terdesak cari sokongan masyarakat India – Sivarraajh


KUALA LUMPUR: Kerjasama pembangkang bersama Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan Parti Generasi Baru (NewGen) membuktikan kekontangan inisiatif pihak itu dalam merangka pelan serta dasar masa depan yang jelas bagi masyarakat India, kata MIC.

Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, langkah itu tidak akan berjaya menarik sokongan pengundi India memandangkan dasar parti pembangkang sendiri yang tidak jelas selain bergelut untuk mendapatkan kerusi sesama sendiri.

Jelasnya, ia berbeza dengan langkah Barisan Nasional (BN) dalam merangka satu dasar yang konsisten terhadap masyarakat India selama ini.

“BN menerusi Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) memberi pendekatan dan dasar masa depan yang holistik, komprehensif dan menyeluruh serta mampu mengubah lanskap kehidupan masyarakat India dalam pelbagai bidang meliputi pendidikan, pekerjaan, sosio ekonomi dan pemilikan equiti.

“Semua inisiatif yang diperkenalkan MIC dan BN di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ini terbukti mula memberi impak yang sungguh positif daripada masyarakat India untuk terus menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Penerimaan yang baik masyarakat India terhadap BN inilah yang menyebabkan pembangkang mula rasa goyang, terutama dalam menarik sokongan pengundi. Pembangkang semakin terdesak mahu mencari sokongan masyarakat India,” katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.

BACA: Pelan Induk Masyarakat India hak masyarakat India – Dr Subramaniam BACA: Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong – PM Najib

Pengerusi NewGen Rajaretinam Armuggan, sebelum ini mengumumkan hasratnya untuk bergabung dengan Pakatan Harapan, menjanjikan bantuan kepada gabungan itu untuk memenangi sehingga 25 kerusi Parlimen yang BN menang tipis.

Mereka turut membuat permohonan pertukaran nama kepada parti Tindakan Hak Minoriti (MIRA).

Pada masa sama, Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy turut mengesahkan sedang melakukan rundingan dengan Pakatan Harapan untuk memastikan pakatan itu memenangi PRU akan datang.

Sebelum ini, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam menjelaskan MIB bukanlah milik MIC atau kerajaan tetapi ia hak masyakarat India yang tidak boleh dikritik dengan pemikiran negatif.

Justeru, beliau menggesa masyarakat India agar mempunyai kepercayaan dan berharap kepada pelan induk itu ke arah memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup kaum berkenaan.

Dalam pada itu, tegas Sivarraajh, pengundi muda khususnya pasti dapat membandingkan janji-janji retorik pembangkang dengan Pelan Tindakan (Blueprint) Masyarakat India dan juga rekod pencapaian Najib untuk masyarakat itu sendiri.

“Masyarakat India kini sudah matang dalam politik negara, terutama mainan dan janji palsu pembangkang.

“Ini ditambah lagi dengan keadaan status quo masyarakat India di Selangor dan Pulau Pinang yang tidak menunjukkan perubahan dari aspek pembangunan sosioekonomi seperti yang dijanjikan pada PRU yang lalu oleh pembangkang,sehingga membuatkan mereka konsisten untuk kembali yakin kepada Najib dan BN.

“Namun, kita tidak harus mengambil ringan isu pengundi-pengundi ini dan haruslah bijak mengurus serta memastikan janji-janji dipenuhi untuk orang muda, supaya mereka terus menjadi penyokong tegar BN,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Sivarraajh yang juga Penyelaras Parlimen Cameron Highlands berkata, penduduk di kawasan itu bersyukur dengan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM246.5 juta untuk melestarikan Cameron Highlands melalui Op Gading sejak tahun 2014 sehingga tahun lepas.

“Ia memberi dimensi baru kepada penduduk di sini selain membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap isu di Cameron Highlands sendiri.

“Penduduk di sini juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dengan pelan pemulihan terbaik dalam semua aspek demi meningkatkan taraf kehidupan selain infrastruktur kepada mereka,” jelasnya.

Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah perbelanjaan RM246.5 juta tersebut termasuk RM88 juta yang dibelanjakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam projek untuk mendalamkan empangan sebagai langkah mencegah banjir.

Secara keseluruhannya jelas Ahmad Zahid, tindakan pemulihan Cameron Highlands melalui Op Gading pada tahun 2017 telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat operasi.



Source link

read more

PEMBANGKANG UMPAMA PIL KURUS | Merdeka Online


index

MO, 12/1/2018 – KEHIDUPAN hari ini sebenarnya adalah jauh sangat mudah berbanding zaman dahulu. Tiada apa yang rumit, kompleks atau sukar. Hanya kita sajalah yang membuatkan hidup kita tidak gembira, rumit, tegang dan bermasalah.

Sikap dan pandangan kitalah yang membuat kehidupan kita menjadi rumit. Kita menjadi emosional dan menyalahkan faktor sekeliling, sedangkan masalah itu sedia ada dalam diri kita. Masalah itu adalah kita sendiri, Jika apa yang ada dalam diri kita tidak diubati, ke mana pun kita pergi, kita akan tetap bermasalah.

Ambil sahaja contoh dalam isu-isu politik semasa. Kita menyibukkan diri dengan pelbagai isu negara yang kita tidak faham pun. Kita seperti dihasut, dirangsang dan diprovokasi untuk memberi reaksi emosi marah dan negatif, sedangkan kita tidak tahu pun apa sebenarnya sesuatu isu itu.

Minda bawah sedar kita seolah-olah meletakkan segala masalah kita akan selesai dengan pertukaran kerajaan. Kita setiap hari didedahkan dengan pelbagai salahlaku dan penyelewengan kerajaan yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya.

Kerana ramai orang mempercayainya dan ia pula selalu diulang-ulang, maka anda juga turut mempercayainya sebagai benar.

Saya fikir hidup ini mudah sahaja jika kita tahu caranya. Jangan sakitkan kepala dengan perkara-perkara yang kita tidak faham, yang tiada kaitan, dan yang tidak mampu kita ubah secara langsung. Hiduplah dalam realiti. Kawallah lingkungan yang anda mampu kawal.

Mendengar cakap-cakap pembangkang tentulah mereka tidak akan memuji atau menyokong kerajaan. Itu perkara normal kerana pembangkang itu kerjanya membangkang. Mereka sebaliknya akan memberikan pelbagai janji dan tawaran yang mempesona.

Saya ambil contoh keadaan ini dengan suatu anologi yang mudah dan sinis. Di dalam negara ini, yang kononnya rakyat tertindas, ramai orang menghadapi masalah obesiti.

Banyak pula ubat-ubatan untuk mengatasinya yang dipromosikan. Ubat-ubat yang kononnya berkesan untuk menguruskan badan dengan tidak perlu mengawal permakanan. Harganya tidaklah murah.

Bolehkah tubuh kita kurus dengan ubat-ubat itu? Mungkin boleh. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya bergantung pada diri anda juga. Adakah anda akan kurus dengan mengambil ubat-ubat sebegitu, sedangkan dalam masa yang sama anda tidak menjaga permakanan anda dari segi kuantiti dan jenis makanan?

Tentulah tidak.

Kita selalu mendengar ramai orang yang mengambil ubat-ubatan ini menghadapi pelbagai masalah sampingan. Mereka mahu kurus dengan cara yang mudah, maka mereka mengambil ubat-ubat seperti ini.

Begitu juga dengan masalah negara. Anda mahukan kehidupan yang lebih baik. Kononnya kerajaan hari ini tidak mentadbir dengan baik, maka kerana itu kehidupan anda terjejas. Itu kesimpulan anda.

Cara mudah yang anda fikir ialah dengan menukar kerajaan. Semudah itu pula penyelesaian anda.

Saya fikir keadaan ini sama seperti pengambilan ubat kurus tadi. Anda ingin mengubah nasib anda dengan mengubah negara. Mungkinkah ia berlaku? Apa yang sepatutnya anda ubah adalah gaya hidup anda.

Sekalipun kerajaan bertukar, ia tidak dapat mengubah apa-apa selagi anda sendiri tidak berubah.

Ia adalah perkara yang mudah untuk dikaitkan persamaan. Sama seperti ubat kurus, anda boleh mengambilnya, tetapi anda tidak akan kurus jika anda tidak mengubah gaya hidup anda. Tidak ada perkara yang mudah dalam dunia ini melainkan anda kena sedikit berusaha untuk mendapatkannya.

Sesuatu yang segera itu selalunya banyak yang tidak eloknya.

Bukanlah saya katakan anda tidak perlu mengambil tahu langsung berkenaan politik. Sama seperti saya juga tidak menolak pengambilan ubat kurus, tetapi anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ubat tersebut.

Dalam konteks negara hari ini, janji-janji pembangkang ini boleh dikatakan seperti iklan-iklan ubat kurus. Pengeluarnya mempromosikannya habis-habisan. Begitu jugalah pembangkang, mereka menjanjikan banyak perkara yang kelihatan menyeronokkan kepada orang ramai. Tawaran-tawaran yang menarik bagi yang tidak mahu berfikir panjang. Ya, siapa yang tidak mahu perkara yang mudah sebagaimana ramai orang mahu kurus dengan cara yang mudah.

Katakanlah anda berkeras menyatakan pembangkang akan berjaya menunaikan semua janji mereka, ia tidak mengubah apa-apa juga dalam hidup anda, melainkan anda mengubah sikap anda.

Anda sendiri telah membaca ramai orang yang menghadapi masalah dengan pelbagai ubat kurus ini. Yang lebih kronik, ada yang meninggal dunia kerana pengambilan ubat-ubatan ini.

Begitu juga anda telah melihat bagaimana keghairahan rakyat sesebuah negara mahu menukar kerajaan telah membawa mudarat dan kerosakan pada negara mereka. Keadaan negara menjadi bertambah buruk. Sebagai contoh anda boleh melihat Iraq, Libya, Mesir, Tunisia. Apakah yang telah berlaku kepada negara-negara ini?

Ini adalah kerana ketidaksabaran dan ketidakbijaksanaan mereka. Mereka mahukan ia berlaku segera. Mereka memilih jalan pintas. Mereka terpedaya dengan hasutan dan khayalan-khayalan indah.

Ringkasnya, jika anda berasa anda gemuk dan tidak sihat, belajarlah bersenam, jalani gaya hidup yang betul, dan jagalah permakanan anda.

Dan jika anda berasa ekonomi anda teruk, belajarlah berhemat dalam berbelanja. Kawallah perbelanjaan anda. Janganlah harapkan ekonomi anda menjadi lebih baik dengan bertukarnya kerajaan baru.

Ia sama seperti anda mengambil ubat kurus, tetapi anda tidak mahu menjaga corak permakanan anda.

Pilihlah pemulihan secara alami, bukan dengan dipaksa-paksa dengan mengambil ubat yang belum tentu terjamin keselamatannya yang boleh menimbulkan kesan-kesan sampingan yang buruk. Bahkan cara ini adalah percuma. Ubahlah cara hidup masing-masing ke arah yang lebih baik.

Bahkan jika setiap individu mengubah pemikiran dan gaya hidup mereka, negara juga akan berubah sesuai dengan pemikiran dan sikap rakyatnya.

Jadilah warganegara yang sihat dan matang. Tidak terpengaruh dengan iklan dan janji-janji yang tidak masuk akal.

Bukan bermaksud memperkecilkan ubat-ubatan dan pembangkang seratus-peratus, tetapi perkara ini adalah kenyataan. Anda sendiri kena mengubah sikap, pemikiran dan gaya hidup anda untuk mengubah kehidupan, bukannya bergantung kepada faktor luaran semata-mata.

Seperti yang kita semua ketahui. banyak perkara yang indah-indah yang akibatnya berakhir dengan perkara yang buruk. Hiduplah dalam realiti.

 

Oleh: AZMAN HUSSIN



Source link

read more

Skandal tanah RM155 juta Pemimpin politik pembangkang bebas reman


KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret Kota Kinabalu membebaskan seorang pemimpin kanan parti politik pembangkang dengan jaminan RM55,000 tanpa deposit selepas tempoh tahanan remannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir hari ini.

Tahanan reman yang dikenakan kepada ahli politik itu bermula 6 Januari lalu adalah susulan siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah ladang sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod.

Penetapan pembebasan ahli politik berpangkat Datuk itu dilakukan oleh Majistret Afiq Agoes.

Terdahulu, beliau hadir ke mahkamah pada jam 9.40 pagi sebelum keluar dari kamar majistret kira-kira sejam kemudian.

Beliau ditemani peguamnya, Martin Tommy, dan sekumpulan penyokong parti.

Pegawai Pendakwa SPRM Sabah, Mohd Faliq Basiruddin, berkata kepada pemberita di perkarangan mahkamah, pembayaran wang jaminan akan dilakukan di pejabat SPRM Sabah dengan seorang penjamin tempatan.

Jelasnya, seorang lagi individu yang dipercayai terlibat dengan siasatan kes itu masih belum dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Pihaknya masih menunggu arahan daripada pihak atasan SPRM untuk tindakan selanjutnya, tambahnya.



Source link

read more

Senjata pembangkang makan tuan | Merdeka Online


FILE PHOTO: Former Malaysian prime minister Mahathir Mohamad smiles during an interview with Reuters in Putrajaya, Malaysia, March 30, 2017. REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo

MO, 10/1/2018 – TIADA siapa menjangka tetapi itulah realiti politik. Pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Ahad lalu, menggelorakan lagi gelombang politik negara.

Pengumuman ini sekurang-kurangnya mengundang beberapa polemik dan implikasi. Pertama, pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dilihat menafikan hak dan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu-satunya calon jawatan nombor satu negara itu.

Sejak gerakan reformasi berlangsung pada 1998, Anwar diuaruarkan sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri. Persoalannya, apakah Dr Mahathir sanggup bekerjasama dengan Anwar selepas beliau dibebaskan Jun depan atau ada kemungkinan Dr Mahathir tidak akan melepaskan jawatan itu.

Perlu diingatkan, Dr Mahathir juga mempunyai pilihan meletakkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk menggantikan beliau. Pemilihan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, membangkitkan bantahan akar umbi khususnya penyokong tegar reformasi. Selain itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sangat kecewa dengan pencalonan itu dan menyifatkan ia hal yang malang dan kejam apabila partinya bekerjasama dengan Dr Mahathir.

Sebaliknya, beliau pernah mencadangkan dalam konvensyen pakatan pembangkang agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diangkat calon Perdana Menteri dan Dr Mahathir sekadar menteri kanan.

Kedua, pencalonan Dr Mahathir membuktikan tidak ada seorang pun pemimpin parti pembangkang layak diangkat menjadi Perdana Menteri, selain Anwar. Perkara ini sangat memalukan lebih-lebih lagi mereka terpaksa menggunakan pengaruh dan populariti Dr Mahathir untuk berdepan parti pemerintah.

Ia juga membuktikan parti pembangkang gagal menawarkan kepemimpinan baharu, sebaliknya masih bergantung kepada pemimpin lama. Ketiga, banyak pihak bertanya, di manakah kedudukan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon lebih sesuai Beliau yang pernah dilantik Timbalan Perdana Menteri dilihat calon lebih sesuai diangkat sebagai calon Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri. Apakah kepemimpinan Muhyiddin ditolak semata-mata beliau pernah memujuk PAS menyertai pakatan pembangkang?

Selain itu, kita tidak harus melupakan dominasi DAP dalam pakatan pembangkang. Nama besar

DAP sememangnya tidak disenaraikan bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi mengelak isu dan sentimen Melayu/Islam di negara, namun penguasaan parti itu tidak boleh dipandang rendah.

Berdasarkan pengagihan kerusi Parlimen dalam PRU-14, DAP dijangka mendapat kelebihan jumlah kerusi tertinggi, termasuk di Sabah dan Sarawak. DAP pastinya menuntut kerusi Parlimen yang besar berasaskan pencapaian mereka dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Melihat kepada senario semasa ini, jelas pembangkang sangat teruja berdepan PRU-14. Strategi demi strategi diumumkan, mungkinkah ia umpama senjata makan tuan? Kita tunggu dan lihat.

 

Penulis ialah Prof Madya di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Bersekutu, Majlis Profesor Negara (MPN)



Source link

read more

Tahniah Tun Mahathir kerana berjaya mempergunakan pembangkang – Anina


KUALA LUMPUR: Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.

Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata, ia sebenarnya pembuka jalan bagi perpecahan Pakatan Harapan (PH) yang semakin menyerlah selepas pengumuman tersebut.

“Sebelum berlangsung konvensyen, Amanah Johor memboikot Konvensyen Harapan. Difahamkan Amanah Perak juga memboikot konvensyen tersebut.

“Terdapat sumber dalaman memberitahu sudah mula suara tidak berpuas hati dalam kalangan pemimpin serta ahli Amanah yang rasa tertipu sebaik pengumuman Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

“Ternyata Tun Mahathir adalah satu-satunya pemimpin yang hebat dalam PH, bukan mana-mana pemimpin PH yang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bukan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jauh ketinggalan dari bapanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

BACA: Pakatan dalam keadaan bercelaru – Musa Aman

BACA: Tun M calon PM: Usaha PH untuk tawan kubu UMNO – Penganalisis

Tegasnya, kenyataan mengkritik oleh PKR Selangor juga membuktikan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat.

“Takziah kepada pembangkang, nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri.

“Pengumuman tersebut sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan tetapi sebaliknya memberikan implikasi buruk kepada mereka sehingga menambah kecelaruan dan tidak mustahil bakal mengundang perpecahan dalaman dalam kalangan rakan parti dalam gabungan itu.

“Nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ainina berkata, meletakkan Tun Mahathir membuktikan Harapan ketandusan ‘winnable candidates‘ yang diharap mampu mengemudi negara jika mereka menang kelak.

“Sekarang PPBM boleh tersenyum dengan kerusi Parlimen di Semenanjung paling banyak mereka peroleh, namun perlu diingat tanpa kerjasama dan persefahaman dengan rakan parti lain mustahil mereka mampu bergerak bersendirian untuk berdepan pilihan raya kerana jentera yang dimiliki tidak sekuat rakan parti seperti Amanah dan PKR.

“Jika Amanah Johor dan Perak serta PKR kecewa dengan keputusan pencalonan semasa konvensyen itu, rakyat di bawah ini pastinya lebih kecewa apabila mereka meletak calon yang sudah banyak kali melakukan onar kepada negara,” jelasnya.

Beliau yang juga bekas Ketua Srikandi PPBM berkata, pemilihan Mahathir juga memberikan petunjuk, anaknya, Mukhriz hanya mampu berdiri di belakang ayahnya.

“Ternyata Tun Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin hebat dalam Harapan, bukan mana-mana pemimpin lain termasuk Muhyiddin.

“Bukan juga Mukhiz yang jauh ketinggalan dari bapanya. Pada usia Tun Mahathir 93 tahun juga Mukhriz gagal mengatasi bapanya,” katanya.

Ainina turut menyifatkan Mukhriz sebagai pemimpin muda paling gagal dan tidak layak mendepani masa depan generasi milennial Malaysia.

“Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Besar namun terpaksa berpaut di belakang bapanya apabila lemas dalam survival politiknya sendiri.

“Syabas sekali lagi untuk Tun Dr Mahathir. Tahniah juga kerana berjaya mempergunakan pembangkang untuk meletak anaknya, Mukhriz sebagai perdana menteri baharu nanti dan takziah kepada pembangkang kerana dipergunakan.

“Kepada seluruh pengundi Malaysia, tepuk dada tanyalah selera marhaen. Jangan terpedaya selera ahli politik di depan mata,” ujarnya.



Source link

read more

Golongan wanita kurang tempat dalam pembangkang?  – Politik


SHAH ALAM 7 Jan. – Pakatan Harapan yang diketuai DAP seolah-olah kurang memberi perhatian terhadap suara dan penglibatan kaum wanita apabila seorang pemimpin mereka merayu supaya parti itu memberikan lebih perhatian serta peluang kepada golongan berkenaan. 

Tuntutan itu dibangkitkan oleh Pengarah Pilihan Raya Wanitanya, Haniza Talha yang mana beliau mahu kepimpinan gabungan pembangkang itu tidak menganggap golongan itu hanya sekadar jentera parti semata-mata. 

“Kita mahu dikuatkuasakan tindakan afirmatif bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan dalam politik dan kerajaan. 

“Golongan wanita adalah rakan kongsi dalam bangunkan parti gabungan (pembangkang) ini. Beri kami peluang tersebut kerana kami ada keupayaan. Jangan hanya suruh kami buat kerja sahaja,” katanya. 

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR Selangor itu ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini. 

Yang hadir sama dalam konvensyen itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden gabungan pembangkang itu, Lim Guan Eng. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons