[VIDEO]Pakaian pengantin rekaan Fatimah Mohsin – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Nama Fatimah Mohsin dalam dunia rekaan pakaian atau gaun pengantin dikenali di negara kelahirannya Singapura.



Pakaian pengantin rekaan Fatimah Mohsin

Fatimah Mohsin

Memulakan karier sebagai jurusolek dan penata gaya selama lebih 20 tahun bersama stesyen penyiaran, wanita berdarah kacukan India ini didedahkan dengan pengalaman fesyen dan rekaan sehingga mendorongnya untuk memperbaiki diri dengan mengikuti kursus rekaan fesyen.

Usaha gigih Fatimah yang juga seorang ibu disokong bukan sahaja oleh keluarga tetapi rakan-rakan sekeliling bagi merealisasikan nama Fatimah Mohsin berdiri sebagai seorang pereka pakaian atau gaun pengantin yang gah di negara jiran, Malaysia.

Malam tadi Fatimah memperlihatkan 34 helai gaun pengantin rekaannya di atas pentas peragaan yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Usai showcase fesyen, ketika ditemui wartawan Utusan Online, Fatimah memberitahu mengapa rekaan gaun pengantin menjadi pilihannya untuk diperagakan oleh peragawati pilihannya.

“Perjalanan saya sebagai seorang pereka fesyen berdasarkan kerjaya yang pernah saya ceburi di stesyen penyiaran di Singapura.

“Sebagai seorang pereka fesyen bukannya saya tidak melahirkan rekaan fesyen yang lain-lain namun hati saya lebih cenderung dan dekat kepada rekaan gaun pengantin,” katanya.

Fatimah turut melahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada para hadirin yang hadir untuk menyaksikan showcase peragaan fesyen gaun pengantinnya seperti selebriti Datuk Khadijah Ibrahim, aktres Janna Nick dan penyanyi, Ezzlyn kerana membakar semangatnya untuk melangkah lebih jauh lagi dalam industri fesyen.

Menjelaskan kelainan showcase malam tadi, Fatimah berkata, kehadiran dua penyanyi, Shakira dan Aishah Aziz yang bergilir-gilir menyanyi secara live mengiringi peragawati-peragawati berjalan sepanjang pentas peragaan adalah bagi menghilangkan rasa bosan hadirin yang hadir untuk melihat rekaan-rekaan yang diperagakan.

Tidak salah jika showcase peragaan fesyen dijalankan di luar kotak kelaziman namun apa yang penting, tumpuan mata setiap hadirin tetap kepada gaun-gaun pengantin bermotifkan moden sambil dikekalkan ciri tradisional yang dihasilkan oleh rekaan Fatimah.

Kata Fatimah lagi, rekaan yang dihasilkannya untuk showcase malam tadi adalah berdasarkan inspirasi India dan Mediterranean.

“Kali pertama dahulu ketika saya mengadakan showcase rekaan saya lebih ke arah modern wear.

“Kali ini saya mempertontonkan detail atas fesyen seperti jahitan manik-manik tanpa kompromi ke atas kualiti dan gaya.

“Fabrik yang digunakan datangnya dari Dubai dan Paris. Bagaimanapun saya juga menggunakan fabrik dari Jakarta kerana di Singapura agak sukar untuk mendapatkan material,” katanya.

Dengan jahitan yang kemas pada rekaan Fatimah, hasilnya bukan sahaja bergaya kepada si pemakai tetapi juga menampakkan harga yang mahal.

Langkah seterusnya ujar Fatimah, beliau berhasrat untuk membuka sesuatu di Kuala Lumpur.

“Terus terang saya katakan di sini, di Singapura agak sukar untuk mencari mereka yang berkemahiran dalam kerja tangan seperti menjahit manik.

“Saya menggunakan pekerja menjahit manik di Johor. Jadi, hasrat saya adalah untuk membuka worksyop selain daripada mengembangkan lagi perniagaan yang saya jalankan secara dalam talian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Video oleh HASNURUL MOHAMED



Source link

read more

10 pasangan pengantin diraikan di Bera – Pahang


BERA 22 Dis. – Seramai 10 pasangan pengantin diraikan dalam majlis Raja Sehari Mega Parlimen Bera 2017 di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini.

Majlis dimulakan dengan akad nikah di Masjid Darul Fikri di sini sebelum kesemua pasangan pengantin dibawa berarak ke Dewan Kompleks Rakan Muda Bera.

Majlis anjuran Puteri UMNO Bahagian Bera berkenaan diserikan dengan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut merenjis air mawar dan meraikan pengantin baharu berkenaan.

Ketua Puteri UMNO Bera, Salmiah Abdul Rahman berkata, majlis julung kali itu bertujuan membantu golongan muda yang mahu mendirikan rumah tangga.

“Dalam program ini, pengantin hanya perlu membayar RM2,000 dan rata-rata pengantin begitu teruja dengan majlis ini.

“Kita berterima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang turut meraikan pengantin hari ini dan kita menyasarkan lebih ramai pasangan pengantin pada penganjuran seterusnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pengantin berang busana tidak siap di hari persandingan


SETIAP pasangan raja sehari mengimpikan persalinan sedondon yang menawan pada hari bersejarah mereka.

Malah, rata-rata mahu menjadi lime light di hari persandingan mereka selain suka menerima pujian bahawa busana mereka kelihatan cantik.

Tapi berbeza dengan pasangan pengantin ini apabila mereka naik berang sebaik sahaja mendapat tahu persalinan pengantin mereka tidak siap.

Ekoran itu, mereka bertindak ‘menyerang’ butik pengantin itu apabila busana raja sehari mereka gagal disiapkan sehari sebelum majlis persandingan di utara Semenanjung.

Pihak butik pula memberitahu gagal menyiapkan busana itu pada malam Ahad.

Insiden itu diluahkan salah seorang ahli keluarga pengantin di laman sosial Facebook hingga menjadi tular di media sosial.

Malah, video dan gambar yang dimuat naik ahli keluarga pengantin itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap pihak butik berkenaan tidak bertanggungjawab.

Status yang dimuat naik kakak kepada pengantin di laman media sosial.

Dakwa ahli keluarga, pemilik butik itu juga memberi jawapan tidak berasas dan mengecewakan apabila pihaknya bertanyakan mengenai busana pengantin.

Selain busana pengantin, pelamin yang dipersetujui juga tidak ditunaikan malah boleh dikatakan indah khabar dari rupa.

“Pelamin tak semegah harga RM1500, janji lain, dapat macam jahanam,” kata pelanggan itu melalui komennya di media sosial.

Tambah ahli keluarga pengantin, mereka terpaksa mencari karpet sendiri apabila pihak butik tidak menyediakan perkara berkenaan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik berlaku pertelingkahan dipercayai di antara pihak butik dan beberapa ahli keluarga pengantin.

Situasi menjadi lebih tegang apabila salah seorang kakitangan butik membaling objek ke arah ahli keluarga pengantin dan tidak lama kemudian tiba seorang lelaki berbaju merah dilihat seperti mahu bergaduh dengan mereka.

Difahamkan, pihak pengantin akan membuat laporan mengenai kejadian itu kepada pihak polis dan tribunal pengguna.



Source link

read more

Bakal pengantin hilang sudah ditemukan – Nasional


KOTA BHARU 15 Nov. – Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Geting, Tumpat sejak Jumaat lalu, ditemukan di Jertih, Terengganu, petang ini.

Difahamkan, gadis tersebut merayau seorang diri sebelum ditemukan orang awam yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Jertih kra-kira pukul 4.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, Nur Zulaikha dihantar ke balai polis sebelum ahli keluarganya datang dan membawa gadis itu pulang ke Tumpat.

“Mangsa berada dalam keadaan lemah. Dia seterusnya dibawa ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya setakat ini belum pulih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat ini, kehilangan Nur Zulaikha kekal misteri kerana ahli keluarganya enggan mengulas lanjut kes tersebut.

Kelmarin, gadis itu yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya pada 28 November depan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk ke pasar pagi, Jumaat lalu.

Ketika hilang, dia hanya tinggal sehelai sepinggang termasuk tidak membawa telefon bimbit bersamanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pasangan suami isteri berlari dengan persalinan pengantin



MELAKA: Setiap pasangan pengantin pastinya akan ‘mencipta’ memori indah pada awal perkahwinan sebagai kenangan untuk diabadikan.

Bagi pasangan suami isteri Cho Kar Kuien, 32 dan Lim Chua Sia, 32 mereka memilih untuk mengabadikan kenangan perkahwinan mereka dengan berlari sejauh enam kilometer (km) dengan menggayakan persalinan pengantin dalam acara larian ‘Giving is Living Charity Run 2017’ di Kota Laksamana Melaka.

Lebih mengujakan apabila larian yang dilakukan pasangan pengantin itu turut mendapat sokongan seramai 17 rakan mereka yang sama-sama memakai skirt warna-warni.

Kar Kuien yang bekerja sebagai pakar IT di sebuah syarikat swasta di Melaka berkata, pada awalnya dia agak terkejut apabila isterinya yang sememangnya aktif dengan acara larian menyatakan hasrat untuk menyertai acara itu, lebih -lebih lagi dengan memakai baju pengantin.

Katanya, meskipun minatnya lebih kepada dunia teknologi, dia bersetuju dengan cadangan itu dan secara tidak langsung ianya adalah kenangan yang cukup berharga bagi dirinya dan isteri yang baru sehari melangsungkan majlis perkahwinan.

“Sebab isteri kata hendak cuba (berlari menggayakan persalinan pengantin) saya pun setuju. Ada juga perasaan segan tetapi tidak apa kerana saya anggap ini adalah kenangan perkahwinan kami,” katanya kepada pemberita selepas larian itu di sini.

Pasangan pengantin itu antara 500 peserta yang menyertai acara berkenaan yang diadakan seawal jam 6.30 pagi di Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka.

Sementara itu, bagi Chua Sia, kenangan itu merupakan kenangan paling bermakna dalam hidupnya yang meminati sukan larian sejak kecil.

Katanya, pada awalnya agak sukar untuk memujuk suaminya dan idea untuk berlari dengan memakai gaun pengantin itu datang daripada ahli – ahli kumpulan lariannya iaitu ‘Malacca  Skyhawk Marathon’.

Jelas Chua Sia, cinta kedua mempelai itu berputik empat tahun lepas dan dia berasa sangat gembira apabila hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons