Tun M bawa pengaruh Mahathirism dalam pembangkang


KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2018. Penceramah, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard memberi pandangan pada Forum ‘Adakah Mahathir Solusi Untuk Rakyat Malaysia Yang Lebih Baik?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

MO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam pakatan pembangkang disifatkan dapat merosakkan gabungan terbabit.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, berkata kehadiran Dr Mahathir yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat turut sama membawa pengaruh Mahathirism dalam pakatan itu.

“Belum pun Mahathir berkuasa, beliau sudah memijak pemikiran rakyat apabila mempertahankan sistem tol memberitahu kadar tol Malaysia masih rendah.

“Malah beliau berkata, sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) beliau mahu menubuhkan Proton yang baharu.

“Kehadiran Mahathir seperti mahu pemimpin pakatan hanya mengikut petunjuk beliau saja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai ahli panel dalam forum Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini.

Forum itu dianjurkan Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ahli panel lain adalah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.

CheguBard juga berkata, rakyat tidak dapat menerima permohonan maaf oleh Dr Mahathir diatas ‘dosa’ yang dilakukan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

Malah beliau turut menempelak pihak yang memaafkan Dr Mahathir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerima permohonan maaf itu.

“Kami turun ke jalanan pada tahun 1998 bukan semata-mata kerana individu bernama Anwar, tapi Anwar dilihat yang mampu melawan Dr Mahathir ketika itu.

“Tapi dengan keputusan mengangkat Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang, jangan rakyat pula yang tidak memaafkan Anwar,” katanya.

Sementara itu, Nathaniel Tan berkata, pembahagian 53 kerusi oleh pakatan pembangkang kepada PPBM dilihat tidak wajar.

Beliau berkata, rakyat sendiri kurang mengenali pemimpin PPBM untuk diangkat dalam PRU-14 nanti.

“Rakyat hanya mengenali segelintir saja seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Malah pendirian mereka juga dilihat tidak jelas terhadap dasar yang diperjuangkan oleh pakatan. Jadi pembahagian kerusi ini perlu dilihat semula,” katanya.



Source link

read more

Model maut terjatuh dipercayai di bawah pengaruh syabu – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 9 Dis. – Model warga Belgium yang maut selepas dikatakan terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Jalan Dang Wangi di sini petang kelmarin dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah syabu.

Mayat Ivana Esther Robert Smit, 19, ditemukan tersangkut di balkoni sebuah unit kediaman di tingkat enam kondominium tersebut dalam keadaan berbogel pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Difahamkan, malam sebelum kejadian, mangsa telah keluar berhibur di pusat hiburan bersama pemilik kediaman di tingkat 20 itu yang merupakan seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan isterinya warga Kazakhstan.

Oleh kerana telah mabuk, pasangan tersebut mengajak mangsa untuk bermalam di rumah mereka dan model itu telah tidur di ruang tamu manakala pasangan berkenaan tidur di bilik mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kematian mangsa klasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

“Hasil siasatan awal dan bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah. Kami percaya dia di bawah pengaruh syabu.

“Buat masa ini kami masih tidak mengetahui tempat tinggal mangsa dan apa pekerjaan sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil ke mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.

Smit sebelum ini pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ‘Malaysia Supermodel Search 2014’ ketika berusia 15 tahun. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Laporan autopsi Chester Bennington dedah tiada pengaruh dadah



BEBERAPA bulan selepas penyanyi Linkin Park Chester Bennington ditemui mati di rumahnya, keputusan autopsi mendedahkan bahawa penyanyi itu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

Dokumen autopsi dan toksikologi yang difailkan oleh Pejabat Koroner Daerah Los Angeles menunjukkan bahawa terdapat sedikit alkohol dalam aliran darah penyanyi itu sebelum dia menggantungkan diri.

Penemuan itu seakan menyokong barang yang ditemui penyiasat di tempat kejadian termasuk segelas bir Corona, botol kosong Stella Artois dan botol preskripsi Zolpidem dari jenis Ambien.

Berdasarkan ujian darah, tubuh Bennington didapati ‘positif’ bagi ujian MDMA – juga dikenali sebagai ekstasi – tetapi dua lagi ujian air kencing tambahan gagal mengesan dadah.

Maka, autopsi menyimpulkan bahawa penyanyi itu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika dia meninggal dunia.

Bennington ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Los Angeles, California, pada 20 Julai lalu.

Bennington berusia 41 tahun meninggalkan seorang balu, dan enam anak hasil daripada dua perkahwinan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons