Twitter Mengubah Polisi Pengguna Sistem Automasi Dan Multi-Akaun Bagi Membanteras Masalah Bot – Amanz


Penggunaan bot di media sosial mula dipandang berat di Amerika Syarikat kerana ia digunakan untuk menyebarkan berita palsu yang seterusnya mendatangkan impak ke atas pilihanraya presiden 2016. Bot dari Russia digunakan secara massal untuk memberikan kemenangan kepada Donald Trump. Pelbagai platform media sosial mula mengubah polisi bagi membanteras masalah ini.

Twitter mengeluar polis baru mereka mengenai penggunaan sistem automasi dan multi-akaun. Melalui polisi baru ini, penggunaan API Twitter akan dihadkan bagi mengelakkan penyalahgunaan bagi menghantar multi-tweet secara pukal dari pelbagai akaun secara serentak.

Penghantaran Tweet yang sama atau hampir sama berkali-kali tidak lagi dibenarkan. Ini termasuklah menggunakan fungsi menghantar tweet berjadual melalui aplikasi Tweetdeck. Malahan hari ini fungsi menghantar tweet yang sama secara berjadual melalui Tweetdeck tidak lagi boleh digunakan.

Pembangun aplikasi Twitter perlu mematuhi arahan baru ini pada aplikasi mereka sebelum 23 Mac. Kegagalan mematuhi garis panduan baru boleh menyebabkan penggantungan aplikasi dan akaun Twitter pembangun.

Melakukan aksi Like dan Retweet secara pukal, serentak serta automatik juga tidak lagi dibenarkan. Sekiranya anda menggunakan Tweetdeck, anda akan sedari hari ini anda hanya boleh memilih satu akaun pada satu-satu masa untuk melakukan retweet. Sebelum ini Tweetdeck membenarkan multi-akaun dipilih bagi melakukan retweet.

Pilihanraya Umum Malaysia dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat. Dengan penguatkuasaan polisi baru ini, sekurang-kurangnya penyebaran berita palsu di atas talian melalui Twitter dapat dikurangkan.



Source link

read more

Android Enterprise Recommended Menyenaraikan Peranti Terbaik Untuk Pengguna Perusahaan – Amanz


Terdapat ratusan peranti Android di pasaran masing-masing dengan fungsi dan spesifikasi yang berbeza. Suatu ketika dahulu, Blackberry ialah peranti yang digunakan oleh pengguna perusahaan kerana sistem keselamatan yang terbaik. Dengan penarik diri Blackberry dari penghasilan peranti, wujud vakum peranti yang benar-benar boleh diandalkan oleh pengguna perusahaan.

Oleh itu Google melancarkan Android Enterprise Recommended yang menyenaraikan peranti yang sesuai untuk perusahaan. Kesemua 21 peranti yang disarankan oleh Android Enterprise Recommended  memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan. Antaranya ialah menerima kemaskini keselamatan dalam masa 90 hari selepas ia dikeluarkan Google, menggunakan sekurang-kurangnya Android Nougat dan zero touch enrolment. Peranti-peranti yang disarankan adalah seperti di bawah.

  1. BlackBerry KEYone
  2. BlackBerry Motion
  3. Google Pixel
  4. Google Pixel XL
  5. Google Pixel 2
  6. Google Pixel 2 XL
  7. Huawei Mate 10
  8. Huawei Mate 10 Pro
  9. Huawei P10
  10. Huawei P10 Plus
  11. Huawei P10 Lite
  12. LG V30
  13. LG G6
  14. Motorola Moto X4
  15. Motorola Moto Z2
  16. Nokia 8
  17. Sony Xperia XZ1
  18. Sony Xperia XZ1 Compact
  19. Sony Xperia XZ Premium
  20. Sony Xperia XA2
  21. Sony Xperia XA2 Ultra

Dengan beberapa kriteria yang ditetapkan, Android Enterprise Recommended berharap dapat memberikan kepercayaan kepada syarikat untuk menggunakan peranti Android untuk kegunaan kakitangan mereka.



Source link

read more

Facebook Didenda RM1.2 Juta Sehari Di Belgium Kerana Melanggar Privasi Pengguna – Amanz


Setiap negara mempunyai peraturan mereka tersendiri terhadap Internet dan juga sosial media. Laporan terbaru mengatakan Facebook disaman sebanyak €250,000 (~RM 1.2 juta) sehari kerana didapati melanggar privasi pengguna. Sistem cookies Facebook didapati menjejak pergerakan pengguna ketika melayari web tanpa kebenaran mereka. Data yang dikumpul kemudian digunakan untuk tujuan pengiklanan.

FacebookDenda ini perlu dibayar dan boleh meningkat ke €100 juta (~RM 483 juta) selagi Facebook tidak berhenti menjejak pergerakan pengguna dan memadam data yang telah dikumpul di Belgium. Pihak Facebook kecewa dengan keputusan mahkamah dan akan mengemukakan rayuan.

Sebelum ini mereka didenda sebanyak€110 juta (RM 530 juta) oleh Kesatuan Eropah kerana berkongsi data pengguna WhatsApp dengan Facebook tanpa kebenaran pengguna selepas aplikasi pemesejan ini diambil alih.



Source link

read more

Pengguna Pixel 2 Menerima Akses Sebalik Tabir Filem Isle Of Dogs Dalam Format Realiti Maya – Amanz


Mungkin ramai sudah lupa, telefon pintar Google Pixel 2 daripada Google ini mempunyai ciri dan kemampuan menjalankan permua dan juga video berformat AR serta VR. Pengguna Pixel kini mempunyai akses eksklusif di sebalik tabir filem AR berjudul Isle of The Dog Behind The Scenes. Filem ini akan dilancarkan pada awal Mac kelak melalui YouTube VR. Kandungan eksklusif untuk pengguna Pixel ini boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Spotlight Stories.

Isle of The Dog adalah filem animasi stop-motion dari Jepun mengenai seorang lelaki yang  mengembara bersama anjing peliharaannya. Filem ini sudah menerima markah sehingga 95% di Rotten Tomatoes dan menerima banyak komen positif.

 

Video si sebalik tabir ini akan lebih seronok ditonton melalui Pixel 2 kerana pembesar suara stereonya, skrin AMOLED yang agak baik dan juga Pixel 2 ini juga mempunyai kemampuan AR dan VR yang lebih menakjubkan.



Source link

read more

AMD Akan Menghantar APU Kepada Pengguna Untuk Mengemaskini BIOS Papan Induk AM4 Dengan Sokongan APU Ryzen – Amanz


APU AMD Ryzen baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas, dan ia hadir dengan sokongan untuk papan induk AM4 yang pada asalnya hadir untuk CPU AMD Ryzen pada tahun lepas.

Syarikat-syarikat pembina komponen komputer kebanyakannya sudahpun hadir dengan kemaskini untuk memastikan bahawa papan induk AM4 ini boleh menyokong APU terbaru ini, Akan tetapi, bagi mereka yang lebih gemar memasang komputer sendiri, ini merupakan suatu masalah kerana sebelum BIOS papan induk tersebut dikemaskini, komputer tersebut tidak dapat dihidupkan.

AMD sedar akan masalah ini, dan baru-baru ini telahpun mengumumkan bahawa pembina komputer yang telah membeli APU Ryzen ini boleh menulis laporan pada laman web tuntutan jaminan AMD untuk meminta pihak AMD menghantarkan sebuah Boot Kit, iaitu sebuah unit cip pemprosesan yang boleh digunakan untuk menghidupkan komputer tersebut untuk memasang kemaskini BIOS tersebut.

Menurut AMD, mereka akan menghantar satu unit APU A6-9500 dan penyejuk CPU untuk tujuan tersebut, dan pengguna juga diminta menghantar balik APU tersebut setelah tugas kemaskini tersebut selesai.

Untuk memastikan para pembeli Ryzen APU yang sah sahaja mendapat APU tersebut, mereka juga diminta memasukkan nombor siri produk APU mereka untuk mengurangkan masalah penipuan.

Buat masa ini, AMD tidak menyatakan secara khusus negara-negara manakah yang boleh menerima APU ini, tetapi nama Malaysia tersenarai di laman tersebut. Jika anda menghadapi masalah untuk menghidupkan komputer Ryzen APU anda, mungkin anda boleh mencuba nasib untuk mendapatkan Boot Kit tersebut.



Source link

read more

Pengguna Pixel 2 Melaporkan Masalah Pemanasan Dan Hayat Bateri Pendek Selepas Kemaskini Februari – Amanz


Peranti Android dengan kemaskini sistem operasi dan sekuriti terpantas ialah Pixel. Dalam kebanyakan kes berbulan lebih awal berbanding pengeluar lain. Tetapi bagi pengguna Pixel 2 dan Pixel 2 XL yang baru menerima kemaskini bulan Februari, mereka melaporkan masalah yang agak menjengkelkan.

Mereka melaporkan masalah pemanasan dan hayat bateri yang lebih pendek berbanding sebelum kemaskini. Sebagai pengguna Pixel 2, kami sendiri menyedari hayat SOT kini hanya sekitar 4 jam berbanding sekitar 6 jam sebelum ini. Pihak Google sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini.



Source link

read more

Twitter Bookmarks Mula Diperkenalkan Kepada Beberapa Pengguna – Amanz


Twitter sebelum ini telah mengumumkan sebuah ciri baru yang sedang diuji mereka, dinamakan Bookmarks. Melaluinya, pengguna boleh menyimpan sesuatu tweet untuk bacaan pada kemudian masa. Berbeza dengan “Like”, Twitter Bookmark hanya boleh dilihat oleh anda sahaja – bermakna anda sahaja boleh melihat apakah Tweet yang disimpan, dan tidak boleh dilihat pihak ketiga seperti Twitter Like.

Twitter Bookmark

Buat masa ini, ciri ini dilihat diperkenalkan secara berperingkat kepada beberapa pengguna. Daripada ujian kami sendiri, ia telah hadir pada akaun Twitter @amanz kami, tetapi tidak terdapat pada akaun Twitter peribadi.

Berkemungkinan Twitter ingin mengujinya secara berperingkat, dan mengaktifkan ia kepada semua pengguna secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi anda yang menggunakan Twitter, adakah anda telah mula menerima ciri Bookmarks ini?



Source link

read more

Pengguna Samsung Galaxy S8/S8+ Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo – Amanz


Samsung kini telah mula menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo dengan antaramuka Samsung Experience terkini kepada semua pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S8/S8+ di Malaysia.

Samsung Galaxy S8

Bersama-sama dengan naik-taraf kepada sistem operasi baru, kemaskini ini turut menawarkan kemudahan untuk menguruskan notifikasi untuk setiap aplikasi, Notification Badges, sokongan papan kekunci GIF, penawaran masa bertahan bateri lebih baik, sokongan Samsung Dual Messenger, penggunaan Game Launcher di Samsung DeX, dan sejumlah perkara baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Samsung Galaxy S8/S8+, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini. Kemaskini yang ditawarkan ini bersaiz 1.3GB, dan anda digalakkan membuat salinan pendua data sebelum memulakan proses naik-taraf perisian ini.



Source link

read more

Petisyen Mengembalikan Antaramuka Lama Snapchat Sudah Ditandatangani Lebih Setengah Juta Pengguna – Amanz


Aplikasi Snapchat popular di kalangan pengguna muda kerana ia lebih mudah digunakan berbanding Facebook. Snapchat turut memperkenalkan fungsi baru terlebih dahulu sebelum ditiru oleh Facebook. Baru-baru ini antaramuka aplikasi ini diberi nafas baru. Reaksi sebahagian besar pengguna setakat ini adalah negatif.

Oleh itu laman petisyen supaya antaramuka lama dikembalikan semula telah dibuka di laman Change.org. Ketika artikel ini ditulis, seramai 655,252 pengguna telah menurunkan tanda tangan mereka bagi menyokong petisyen ini. Antara komen yang diberikan ialah antaramuka baru sukar digunakan berbanding versi terdahulu. Fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pula dikatakan tidak berguna.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersetuju antaramuka baru Snapchat kurang mesra pengguna berbanding versi terdahulu?



Source link

read more

mySamsung Akan Ditamatkan Pada 1 Mac – Pengguna Diminta Beralih Ke Samsung Members – Amanz


Samsung kini melalui laman mySamsung telah mengumumkan yang mana aplikasi mySamsung akan ditamatkan operasinya bermula 1 Mac 2018 kelak. Sebagai ganti untuknya, pengguna diminta untuk beralih ke aplikasi baru yang ditawarkan pada peringkat global, dinamakan sebagai Samsung Members.

mySamsung merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengguna, disamping turut membolehkan anda menyimpan jaminan serta menyemak sokongan khidmat pelanggan dan sebagainya menggunakan aplikasi berkenaan.

mySamsung

Ia sebelum ini ditawarkan terhad untuk pengguna di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara lain.

Kini, dalam usaha menawarkan satu aplikasi sama untuk semua pengguna seluruh dunia, Samsung menghimpunkan segalanya dibawah aplikasi Samsung Members.

Menggunakan Samsung Members, pengguna boleh menyemak pelbagai bentuk ganjaran terkini, mendapatkan jawapan untuk pelbagai perkara, mendaftar produk Samsung, dan memastikan peranti Samsung anda kekal beroperasi dibawah prestasi yang baik.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi mySamsung, anda boleh beralih ke aplikasi Samsung Members, dan kekal menikmati pelbagai ganjaran dan penawaran menarik melaluinya.

Muat-Turun Samsung Members untuk Android



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons