Samsung Mungkin Memperluaskan Penggunaan Skrin “Infinity Display” Ke Peranti Berspesifikasi Pertengahan – Amanz


Samsung sebelum ini telah hadir dengan peranti nirbingkai hasil penggunaan panel yang mereka panggil sebagai “Infinity Display”. Ia buat masa ini hanya digunakan pada peranti berspesifikasi tinggi sahaja seperti Galaxy S8 dan Galaxy Note 8.

Sebelum ini, pada awal tahun ini, kita telah melihat penggunaan panel rekaan sama pada Galaxy A8 2018, sekaligus membawa panel berkenaan pada peranti berspesifikasi pertengahan.

Kini, menurut laporan TheInvestor, ia dikatakan Samsung akan terus memperluaskan penggunaan panel OLED berkenaan pada peranti berspesifikasi pertengahan.

Sekiranya benar, maka kita mungkin akan melihat penggunaannya meluas pada telefon siri A yang lain daripada Samsung.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan trend industri sendiri yang memperlihatkan pelbagai peranti hadir dengan rekaan seumpamanya dan Samsung turut tidak ingin ketinggalan. Tetapi, sekiranya benar Samsung menawarkan panel OLED pada peranti berspesifikasi pertengahan, ia mungkin menjadi salah satu kelebihan penawaran daripada syarikat Korea Selatan berkenaan dalam memenangi hati para pengguna seluruh dunia.



Source link

read more

Perancis akan serang Syria jika terbukti wujud penggunaan senjata klorin



PARIS: Perancis akan melancarkan serangan ke atas Syria jika terbukti bahawa pentadbiran Presiden Bashar Al Assad menggunakan senjata kimia terhadap orang awam.

Bagaimanapun, kata Presiden Emmanuel Macron pada Selasa, setakat ini, beliau masih belum dapat melihat bukti yang ia telah digunakan.

Sejak awal tahun ini, terdapat laporan serangan yang disyaki senjata klorin di Syria, termasuk di sebuah bandar yang dikuasai pemberontak pada Februari lalu di mana beberapa orang telah dirawat kerana masalah pernafasan.

Perancis mengatakan analisis kimia serangan gas sarin yang digunakan di Syria pada April lepas adalah hasil tangan kerajaan Al Assad.

Terdahulu, naib presiden pertahanan awam Syria, atau White Helmets, berkata Perancis perlu berhenti bercakap dan mula benar-benar bertindak.



Source link

read more

Google Akan Mengintegrasikan Penggunaan AMP Pada GMail – Amanz


Google sebelum ini telah memperkenalkan format web dinamakan AMP atau Accelerated Mobile Pages dalam usaha menawarkan paparan web dengan pantas dan ringan kepada pengguna peranti mudah-alih.

Google menjayakan perkara ini dengan membuang keperluan pelbagai skrip dan kod yang tidak penting – dan hanya memfokuskan kepada beberapa komponen utama sahaja.

Hari ini, Google telah pun mengumumkan beberapa kemaskini untuk projek AMP ini, dimana selain pengenalan AMP Stories, Google kini turut mengatakan akan membawa teknologi berkenaan ke GMail.

Dengan integrasi ini, pembangun web boleh menghasilkan emel yang lebih interaktif kepada pengguna atau penerima – berbeza dengan hari ini. Ini juga akan membolehkan penerima emel dengan integrasi AMP ini melakukan pelbagai perkara tanpa perlu meninggalkan klien emel GMail.

Google baru sahaja mengumumkan integrasi ini hari ini, dan ia masih pada peringkat ujian. Implementasi menyeluruh pada GMail dijangka diperkenalkan kelak pada tahun ini.



Source link

read more

Peruntukan baharu diperlukan, penggunaan bas elektrik di Kuching-Nancy – Nasional


KUCHING 11 Feb.- Peruntukan baharu diperlukan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri menggunakan bas elektrik di sini menerusi projek perintis Skim Transformasi Bas Henti-Henti (SBST).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan tersebut perlu dipohon bagi pengoperasian bas elektrik disamping melibatkan perubahan spesifikasi saiz bas memandangkan terdapat laluan agak sempit.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri mengemukakan surat rasmi bagi dipanjangkan kepada Kerajaan Pusat.

“Perjanjian perkhidmatan pelaksanaan projek SBST ditandatangani November lalu perlu dipinda bagi membolehkan Kerajaan Pusat menyediakan kemudahan yang dapat menyokong penggunaan bas elektrik berkenaan.

“Sekiranya segalanya berjalan lancar, Sarawak bakal menjadi negeri pertama yang menggunakan myBas elektrik sepenuhnya dan dijangka beroperasi pada Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa komitmen Kerajaan Pusat untuk memenuhi permintaan Sarawak dalam membina pelbagai projek pembangunan yang memastikan tiada jurang antara negeri lain. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Maklumat Kernel Snapdragon 670 Menunjukkan Penggunaan Lapan Teras Dan GPU Adreno 615 – Amanz


Jika tahun lepas cip pemprosesan Snapdragon 660 dikatakan antara cip pemprosesan kelas pertengahan dengan 6 teras yang paling berkuasa, tahun ini Qualcomm akan melancarkan Snapdragon 670 pula dengan 8 teras dan lebih berkuasa.

Snapdragon 670 ini dihasilkan menggunakan teknologi 10nm FinFET dan mempunyai GPU dari keluarga Adreno 615. Cip pemprosesan baru ini dilengkapi dua teras berprestasi tinggi dengan kelajuan 2.6 GHz dan enam teras berprestasi rendah dengan kelajuan 1.7 GHz.

Selain itu, cip pemprosesan ini juga menyokong memori dari keluarga UFS 2.1 dan eMMC 5.1. Cip pemprosesan ini juga direka untuk menyokong konfigurasi kamera dua lensa 13+23 Megapixel pada resolusi tinggi. Cip ini juga dikatakan menyokong resolusi skrin sehingga WQHD.

Qualcomm akan melancarkan cip pemprosessan ini pada WMC 2018 dan telefon pintar yang menggunakan cip ini mungkin akan dipasarkan tidak lama lagi.



Source link

read more

Perancis haramkan penggunaan telefon bimbit dalam kereta walaupun ketika berhenti



PARIS: Menggunakan telefon bimbit walaupun selepas memberhentikan kenderaan boleh menyebabkan lesen memandu seseorang digantung di Perancis, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan berita tempatan.

Dalam satu penghakiman mahkamah tinggi pada Februari, pemandu di Perancis dilarang menggunakan telefon bimbit bukan sahaja ketika memandu malah sewaktu enjin kenderaan dimatikan, selagi seseorang itu tidak berhenti di kawasan parkir yang telah ditetapkan, lapor akhbar Le Figaro.

Seorang pemandu yang melanggar undang-undang itu mungkin berdepan penggantungan lesennya secara serta-merta, satu hukuman yang lebih berat berbanding tindakan memotong mata atau denda seperti sebelumnya.

Satu-satunya pengecualian ialah apabila kereta rosak dan ketika seseorang itu terlibat dalam kemalangan, menurut penghakiman baharu tersebut.

Perancis telah memperketat tindakan terhadap pemanduan berbahaya berikutan kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.

Baru-baru ini, ia turut mengurangkan had laju di jalan raya dua lorong dari 90 kilometer kepada 80 kilometer sejam.

— BERNAMA



Source link

read more

Perancis Mengharamkan Penggunaan Telefon Di Dalam Kenderaan Walaupun Ketika Ia Tidak Bergerak – Amanz


Memandu sambil menggunakan peranti adalah antara sebab tertinggi berlakunya kemalangan jalan raya. Ketika zaman kegilaan Pokemon Go!  tahun lalu, ada pemain yang terlibat dalam kemalangan akibat leka dengan permua. Di Perancis undang-undang baru telah digubal di mana penggunaan telefon di dalam kenderaan diharamkan sepenuhnya walaupun ketika ia tidak bergerak.

Undang-undang berkuat kuasa di kawasan parkir, bahu jalan dan di tempat simpanan kenderaan di kawasan kediaman. Mereka yang didapati melanggar undang-undang akan didenda €135 (~RM 654) dan potongan tiga mata demerit. Apa yang dilakukan Perancis ini mungkin yang paling ekstrem dalam menangani masalah menggunakan peranti ketika memandu. Adakah undang-undang yang sama perlu digunapakai di Malaysia?



Source link

read more

Peratusan Penggunaan Android Oreo Akhirnya Mencecah 1.1% – Amanz


Salam Februari dan kini Januari berakhir seperti lagu Glenn Fredly. Seperti biasa pada awal bulan baru, peratusan penggunaan versi Android terkini telah pun dikongsi oleh Google. Akhirnya peratusan penggunaan Android Oreo mencecah 1.1%. Ini adalah peningkatan dari 0.7% berbanding Januari lalu.

Versi Android dengan peratusan paling tinggi ialah Nougat (28.5%) diikuti oleh Marshmallow (281.%) dan Lollipop (24.6%). Kadar peningkatan peratusan penggunaan Android Oreo masih lagi amat perlahan tetapi mungkin kerana beberapa pengeluar menjanjikan kemaskini bulan ini. Peranti kami sendiri masih menggunakan Android Nougat. Bagaimana pula dengan Anda?



Source link

read more

ZTE Melangkaui Penggunaan Nama Axon 8 Untuk Peranti Utama Dan Memperkenalkan Terus Axon 9 – Amanz


Peranti utama ZTE Axon 7 dilancarkan pada tahun 2016. Peranti ini mempunyai rekaan kekisi pembesar suara stereo yang menarik dengan sokongan Dolby Atmos. Dalam ulasan yang kami berikan, peranti ini mempunyai kemampuan yang baik tetapi dijual pada harga yang mampu milik. Tiada Axon 8 dilancarkan tahun lalu walaupun amat dinantikan peminat ZTE.

Di dalam sebuah temubual bersama laman Phoenix Tech, CEO ZTE Cheng Lixin mengesahkan nama peranti utama ini akan melangkau angka lapan dan memperkenalkannya terus sebagai Axon 9. Agak aneh melihat syarikat dari China melangkau angka lapan yang dipercayai membawa tuah.

Sumber Phoenix Tech menerusi Pocketnow



Source link

read more

Indonesia haramkan penggunaan Bitcoin | Astro Awani



JAKARTA: Bank Pusat Indonesia menjadi bank pusat terbaru mengharamkan penggunaan mana-mana matawang kripto termasuk Bitcoin.

Menurut bank pusat itu, nilai matawang kripto seperti Bitcoin adalah sangat tidak menentu dan ia melanggar undang-undang berkenaan penggunaan matawang maya yang diluluskan pada 2016.

The Associated Press mendakwa, Indonesia mengharamkan semua matawang maya untuk mengukuhkan penggunaan dan nilai matawang Rupiah.

Namun nilai Bitcoin yang melonjak tinggi menjadikannya sangat menarik untuk pelaburan.

APTN mendakwa lebih 700,000 warga Indonesia terlibat dalam transaksi Bitcoin.

Di Malaysia, sebuah portal berita atas talian melaporkan Bank Negara dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan penggunaan matawang kripto pada akhir tahun ini.

Ketika ini berdasarkan kenyataan pada Januari 2014, Bank Negara tidak mengiktiraf Bitcoin dalam mana-mana transaksi di Malaysia.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons