Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis langkah silap – GMM



KUALA LUMPUR: Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu langkah silap kerana ia dilakukan tanpa mengambil kira sensitiviti rantau berkenaan, kata Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

“GMMF terus memperjuangkan serta menghormati konsensus antarabangsa tentang Baitulmaqdis, sebagaimana termaktub antara lain, dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSCR) 476 dan 478,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

UNSCR 476 mengisytiharkan bahawa semua langkah legislatif dan pentadbiran yang diambil oleh Israel untuk mengubah sifat dan status Kota Suci Baitulmaqdis tidak punya kesahihan undang-undang sementara UNSCR 478 mengutuk percubaan Israel untuk merampas Baitulmaqdis Timur dan mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel “yang lengkap dan bersatu”.

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Jerusalem atau Baitulmuqaddis adalah kota yang dianggap suci oleh tiga agama dunia – Islam, Kristian dan Yahudi.

Bagi penganut Islam, kota itu adalah yang ketiga paling suci selepas Mekah dan Madinah.

Presiden AS Donald Trump pada Rabu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan menyatakan AS akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak lama lagi.

— BERNAMA



Source link

read more

AirAsia terima anugerah pengiktirafan khas daripada kerajaan Sarawak



KUALA LUMPUR: AirAsia menerima Anugerah Pengiktirafan Khas untuk Pengendali Syarikat Penerbangan pada majlis Anugerah Pelancongan Sarawak Hornbill 2015/2016 yang berlangsung di Kuching malam tadi.

Dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata AirAsia amat bangga diiktiraf sebagai pengendali syarikat penerbangan utama oleh kerajaan Sarawak.

Beliau yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas penghargaan tersebut, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu akan bekerja lebih keras dalam membangunkan Kuching sebagai hab serantau dan menarik lebih banyak pelancong ke Sarawak.

Beliau berkata syarikat itu melancarkan empat laluan baharu tahun ini, iaitu Kuching-Pontianak, Kuching-Langkawi, Kuching-Shenzhen dan Bintulu-Singapura, selain meningkatkan kekerapan penerbangan ke beberapa laluan utama di Sarawak.

“Sambungan baru ini tentu akan meningkatkan ketibaan pelancong, selain daripada tiga juta penumpang yang telah kami bawa setakat ini tahun ini.

“Antara 2015 dan 2016, jumlah penumpang ke Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu bertambah dengan peningkatan purata 290 peratus.

“Kami bangga dengan pertumbuhan eksponen dan tidak dapat mencapainya tanpa sokongan kerajaan negeri,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

35 pelajar UiTM terima pengiktirafan Google – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Pengiktirafan antarabangsa ‘Google Certified Partner Google Adwords’ yang diterima 35 pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka membuktikan mereka mempunyai daya saing memenuhi kehendak industri pekerjaan terutama dalam bidang Pemasaran Digital.

Pensyarah fakulti UiTM berkenaan, Mohd. Hilmi Bakar berkata, mereka yang terpilih merupakan pelajar jurusan Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawan Kandungan universiti berkenaan bagi menyertai Google Ignite Career Fair di ibu negara baru-baru ini.

“Program anjuran Google Malaysia itu bertujuan memberi penekanan kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Pemasaran Digital. Selain itu, pengiktirafan profesional turut diberikan kepada para peserta yang berjaya menduduki peperiksaan Google Adwords secara dalam talian.

“Pembangunan kandungan laman web dan pemasaran digital merupakan antara kemahiran yang dibekalkan kepada para pelajar dan ia kemahiran yang sangat diperlukan industri pada masa ini. Penyertaan mereka dalam program itu adalah salah satu usaha pihak Google Malaysia dan universiti untuk memberi pendedahan dunia pekerjaan sebenar kepada para pelajar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hilmi, UiTM merupakan satu-satunya universiti awam negara yang menerima undangan ke program tersebut, selain beberapa universiti swasta lain.

“Program diploma ini merupakan program yang ditawar hanya di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Melalui program ini, para pelajar didedahkan kepada kemahiran menghasilkan kandungan yang berkualiti untuk pelbagai media baharu seperti animasi 2D dan 3D, permainan digital, web dan media sosial,” katanya.

Katanya, sepanjang program itu, sesi temubual pantas disertai peserta dan individu profesional dalam bidang Pemasaran Digital.

“Empat orang pelajar UiTM turut memenangi anugerah khas yang melihat kepada padanan sempurna antara keperluan syarikat dan kemahiran peserta terlibat,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons