Penunggang motosikal maut rempuh tiang lampu isyarat – Nahas & Bencana


KUCHING 27 Jan. – Seorang penunggang motosikal maut setelah merempuh tiang lampu isyarat di Jalan Batu Kawa di sini pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Luqman Hakim Jasman, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berasal dari Kampung Bruit, Daro dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar raya menuju ke arah Batu Kawa.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu isyarat di bahu jalan berkenaan.


“Impak perlanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak jatuh dari motosikalnya dan pasukan petugas perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan dia telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Kerajaan fokus keselamatan penunggang motosikal


KUALA LUMPUR 25 JANUARI 2018. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai diberi penerangan oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya (kiri) selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Kawasaki di Plaza Tol Sungai Besi. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

MO, 25/1/2018, KUALA LUMPUR: Aspek pemanduan selamat oleh penunggang motosikal dan mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan kelompok itu menjadi fokus kerajaan sepanjang Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah ini diambil berikutan statistik kematian membabitkan penunggang motosikal terus merekodkan peningkatan setiap tahun.

Beliau berkata, perlu ada usaha lebih serius oleh pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan serta masyarakat bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan menunggang motosikal, bukan saja kepada kenderaan tapi penunggangnya.

“Tahun ini memang fokus kempen kita adalah kesedaran dalam kalangan motosikal kerana mengikut statistik kemalangan maut 2016, 62 peratus daripadanya membabitkan motosikal.

“Kita tidak boleh ambil ringan isu kemalangan jalan raya sebab itu disarankan semua agensi kerajaan tubuh unit keselamatan jalan raya supaya mereka boleh ingatkan satu sama lain dan bantu rakyat adakan kempen kesedaran,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018, di sini.

Statistik pada 2016 menunjukkan, seramai 7,152 kemalangan maut direkodkan.

Daripada jumlah itu, 4,082 yang maut dari kalangan penunggang motosikal. Rekod itu menunjukkan peningkatan setiap tahun termasuk tahun lalu.

Tiong Lai berkata, pihaknya juga mahu semua pihak menanamkan sikap positif dalam kalangan penunggang motosikal untuk meningkatkan sifat saling bertolak ansur dan hormat-menghormati.

Sementara itu, beliau menjelaskan kementeriannya akan melancarkan Ops Bersepadu dan Ops Selamat bermula 9 Februari hingga 23 Februari ini di seluruh negara, bersempena Tahun Baharu Cina.

Dalam pada itu beliau berkata, kementeriannya juga sedia meneliti secara serius cadangan untuk tidak membenarkan remaja memiliki lesen B (motosikal berkuasa tinggi) jika terbukti golongan itu banyak terbabit dalam kemalangan membabitkan motosikal kuasa tinggi.

“Saya rasa ini cadangan baik. Sekarang kita ada lesen B2 yang boleh dimiliki remaja berusia 16 tahun.

“Ketika ini memang tiada tindakan lagi, sebab kita dapati mereka yang berusia 16 tahun tidak ramai menunggang motosikal berkuasa tinggi.

“Kalau statistik menunjukkan jumlahnya meningkat, cadangan ini memang kita ambil serius tapi belum ada keputusan setakat ini. Kena lihat cadangan dulu dan kajian akan dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.



Source link

read more

Penunggang motosikal warga Malaysia maut kemalangan di Phattalung



PHATTALUNG (Thailand): Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Petchakasem antara Hatyai dan wilayah Phattalung di selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan tadi, mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng motosikal itu cedera parah.

“Mangsa dan isterinya bersama empat rakan yang lain sedang dalam perjalanan ke Koh Samui di wilayah Surat Thani apabila motosikal mereka merempuh sebuah kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya oleh polis di daerah Paborn,” kata sumber di Balai Polis Daerah Paborn di sini.

Isteri mangsa telah dihantar ke Hospital Phattalung untuk mendapatkan rawatan.

Wakil pihak Konsulat Malaysia di Songkhla turut berada di Hospital Phattalung untuk memudahkan urusan anggota keluarga mangsa termasuk untuk membawa balik jenazah Muhammad Arif ke Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Motosikal terhumban ke dalam parit penunggang maut


KUCHING: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara di Padang Merdeka di sini, pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.23 pagi sebelum sepasukan 13 anggota  dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan ambulans EMRS dari Balai Bomba Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa Dina Dzulkarnain Asan, 29, telah dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara di Padang Merdeka di Kuching, Sarawak, pagi tadi. - Gambar ihsan



Source link

read more

TPM seru penunggang motosikal berdisiplin ubah persepsi masyarakat



SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penunggang motosikal agar lebih berdisiplin di jalan raya supaya golongan itu tidak terus menjadi penyumbang kepada peratusan tinggi jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya.

Menyifatkan dirinya juga seorang penunggang motosikal yang aktif sejak 40 tahun lalu, beliau berkata golongan berkenaan harus mengubah persepsi masyarakat yang sering menganggap mereka sebagai penyebab utama berlakunya kemalangan jalan raya.

“Malah saya juga dulu pernah dikatakan dalang utama penyebab kemalangan jalan raya. Saya dilemparkan pandangan yang buruk kerana saya mewakili penunggang motosikal.

“Kali ini saya bersama saudara-saudari membuktikan kepada masyarakat bahawa kita bukan penyumbang kepada peratusan kemalangan jalan raya,” katanya semasa merasmikan program Gegar Anak Seni dan Bikers 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Program anjuran Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Kelab Permotoran RXS RXK RXZ Malaysia itu berjaya menghimpunkan kira-kira 10,000 penunggang motosikal, melebihi sasaran 5,000 yang ditetapkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan amat prihatin terhadap isu kemalangan jalan raya dan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan, antaranya dengan menaik taraf unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata unit itu yang dahulunya diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, dinaik taraf menjadi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada tahun lepas.

“Kenaikan taraf unit itu kepada sebuah jabatan memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan motosikal,” katanya.

Sementara itu, beliau turut bercadang menubuhkan sebuah persatuan baharu bagi menggabungkan semua persatuan motosikal di negara ini, yang dinamakan Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GP Moto Malaysia) pada awal tahun depan.

Ahmad Zahid berharap 20,000 penunggang motosikal dari seluruh negara akan berkumpul pada majlis pelancaran GP Moto Malaysia itu, nanti.

— BERNAMA



Source link

read more

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh lori



IPOH: Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ke Lenggong bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam satu insiden tengah hari ini.

Kemalangan berlaku di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora apabila motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai merempuh lori treler yang berhenti di laluan kecemasan.

Dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu, penunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 itu maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby, mangsa yang berusia 43 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuala Lumpur bersama sembilan buah motosikal lain.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, sebuah lori muatan konkrit bangunan telah berhenti di lorong kiri dan pemandunya turun membuat pemeriksaan di bahagian brek kenderaan.

“Tiba-tiba, pemandu itu mendengar bunyi rempuhan daripada belakang dan melihat motosikal mangsa merempuh bahagian lori di sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Jelasnya, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk serta remuk di bahagian hadapan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Mohd Ali lagi.

Sebelum ini, PLUS melaporkan kesesakan lalu lintas di PLUS arah utara berikutan kemalangan itu yang menyebabkan pengguna jalan raya tersangkut lebih daripada tiga jam.



Source link

read more

Penunggang motosikal ditemukan lemas – Nahas & Bencana


PASIR MAS 30 Nov. – Mayat seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan oleh arus deras di Kampung Kenak di sini hari ini telah ditemukan.



MOHAMMAD ARIF

MOHAMMAD ARIF

Mayat Mohamad Arif Mohd Nor, 26, ditemukan pada pukul 1.50 petang tadi oleh anggota pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pengkalan Kubor.

Mayat mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat dia dikatakan terjatuh selepas dibawa arus deras.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga.

Mangsa berasal dari Kampung Aur Duri, Seberang Pasir Mas, Salor itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Tumpat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, ketika melalui jalan tersebut motosikal mangsa dipercayai dibawa arus deras yang merentangi laluan berkenaan menyebabkan dia terjatuh ke dalam tali air. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penunggang maut rempuh lori – Jenayah


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kemalangan di Kilometer 15.1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini, hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 2.40 petang itu, mangsa, Mohd. Fauzi Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit berusia 62 tahun yang memandu dari arah Damansara ke Subang telah memberhentikan kenderaannya lokasi kejadian bagi membantu sebuah kenderaan lain yang rosak di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, datang sebuah motosikal yang dipandu mangsa dari arah belakang telah melanggar belakang lori tersebut,” katanya.

Mohd. Zani berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

habis



Source link

read more

Penunggang motosikal maut rempuh treler – Johor


KLUANG 14 Nov.- Seorang lelaki maut selepas gagal mengawal motosikal Yamaha 135LC yang ditunggangnya sebelum merempuh sebuah treler di 19.5 Jalan Benut-Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.25 tengahari itu, mangsa, PV. Mahalingam, 30, meninggal dunia akibat cedera parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Benut menuju ke Simpang Renggam.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh bahagian belakang treler yang berhenti akibat tayar meletup.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mohamad berkata, pemandu treler berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penunggang motosikal maut – Nahas & Bencana


TAWAU 3 Nov. – Seorang pemuda maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser di Kilometer 52 Jalan Tawau-Kalabakan di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Asmin Yusri, 24, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang cuba memotong kenderaan lain di hadapannya secara bahaya.


“Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang apabila pemandu kenderaan dalam perjalanan dari arah Kalabakan menuju ke bandar Tawau telah bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.


“Akibatnya, penunggang motosikal tersebut tercampak ke sebelah kiri jalan dan jatuh ke dalam saliran parit konkrit manakala motosikalnya terseret kira 20 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.


Menurut Fadil, pemandu kenderaan itu telah ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons