Penyanyi Nita Hamzah nikah 29 April



PENYANYI Nita Hamzah telah menghubungi meja Hiburan Sinar Harian bagi mengundang ke majlis pernikahannya bersama pasangannya Mohd Fareez Shamsul Bahari pada 29 April depan. Nita atau nama lengkapnya Norhanita Hamzah kini sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis bersejarahnya yang bakal diadakan di Selayang Height, Batu Caves.

“Majlis nikah ini jemputan tak ramai hanya dalam 500 orang sahaja.  Ada mini pelamin sahaja untuk sesi bergambar.  Kami bernikah pagi dalam jam 11 dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada bulan Ogos manakala di pihak saya, akan difikirkan tarikh selepas itu,” kata Nita yang telah empat tahun berkenalan dengan tunangnya itu.

Nita dan Fareez telah mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos tahun lalu.

“Keluarga kedua-dua belah pihak juga gembira dengan keputusan itu memandangkan mereka memang nak kami cepat-cepat bernikah,” katanya kepada Sinar Harian.

“Alhamdulillah dah alang-alang ada rezeki untuk kami bernikah, kami akan langsungkan saja. Bersanding tu nanti boleh buat kemudian,”katanya.

Nita merupakan pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua dan kini aktif membuat persembahan di majlis-majlis tertutup.



Source link

read more

Penyanyi hamil 6 bulan maut ditembak peminat ketika persembahan



LARKANA: Seorang penyanyi di selatan Sindh, Pakistan ditembak mati hanya kerana enggan berdiri untuk melayan permintaan tetamu semasa persembahannya.

Samina Samoon, 24, didakwa dibunuh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama.

Menurut media tempatan, suspek yang dipercayai mabuk ketika kejadian berang apabila ajakannya ditolak.

Kejadian tersebut yang berjaya dirakam menyaksikan Tarique melempar wang kepada mangsa yang hamil enam bulan itu sebelum menembaknya.

Rakaman insiden tersebut dikongsi di platform Twitter milik seorang aktivis hak asasi manusia, Kapil Dev.

Samoon yang dikejarkan ke Hospital Chandka bagaimanapun gagal diselamatkan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Laporan polis telah dibuat suami Samoon atas pembunuhan isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan.

“Isteri saya yang sedang hamil enam bulan dan suspek perlu didakwa atas dua kesalahan membunuh.

“Samoon enggan menari kerana dia hamil tetapi suspek tetap membunuhnya kerana enggan menari,” kata suami mangsa, Ashiq Ali.



Source link

read more

Merah-merah di badan Keena Mentor dakwa rakan penyanyi hantar santau angin


Penyanyi Keena Mentor mendakwa ada beberapa rakan penyanyi yang menghantar santau angin kepada dirinya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Keena di laman Facebook miliknya, penyanyi itu turut menunjukkan kesan merah yang timbul di sekitar badan selepas santau angin itu berjaya dibuang.

Facebook Keena Mentor II

Facebook Keena Mentor II
Terkejut dengan berita tersebut, peminat Keena mendoakan agar penyanyi ini segera pulih.

“Terus berjuang dik. Hanya Allah yang maha berkuasa,” pesan seorang peminat bernama Azhar Abdul Aziz.

“Banyak bersabar my sis Keena Mentor. Saya mendoakan Keena sentiasa dilindungi oleh Allah daripada perbuatan khianat dari manusia yang iri hati. Cepat sembuh dan sihat seperti sediakala,” tulis Arom Shaharom.

“Kenapa ada lagi manusia macam tu di zaman sekarang ni. Mereka tu tak takut Allah adik Keena Mentor. Adik banyak-banyak bersabar. Doa banyak-banyak. Doa orang yang teraniaya tiada hijabnya adik. Akak doakan adik cepat sembuh,” tulis Zarina Abdul Rahim.

Facebook Keena Mentor II

Keena atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab merupakan peserta program Mentor musim ketiga. Dalam program tersebut, Keena mendapat didikan penyanyi terkenal Datuk Awie.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: FB Keena



Source link

read more

Penyanyi Aishah mengamuk Banyak duit agaknya Mamat ni…



PENYANYI terkenal, Aishah berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan palsu membabitkan namanya.

Lebih memburukkan lagi, katanya, kenyataan itu membabitkan hal-hal politik.

“Berita palsu begini sangat merbahaya dan boleh merosakkan reputasi I.

“So, selagi nama tertera di atas tidak membuat apa-apa kenyataan sebaliknya I anggap ini penyebaran berita palsu,” tulisnya di Instagram (IG).

Malah, pelantun lagu Janji Manismu ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia masih berterusan.

“Banyak duit agaknya mamat ni suka suki ja buat statement palsu. Awal tahun lagi dah ada syarikat cari pasal buat testimoni palsu kena bayar ganti rugi.

“Mungkinkah mamat ini akan jadi pihak kedua yang kena keruk dalam-dalam poketnya untuk bayar pampasan.

“… dan tindakan susulan akan diambil. I tak support penyamun-penyamun duit rakyat OK … hahaha sendiri mahu faham,” kongsinya lagi.

Awal tahun ini, juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini bengang apabila mengetahui ada syarikat makanan tambahan menggunakan nama dan wajahnya tanpa keizinan dalam mempromosikan produk mereka.



Source link

read more

Penyanyi popular Indonesia Opick ada tiga isteri



RUMAH tangga penyanyi yang terkenal dengan lagu Rapuh, Opick, terus menjadi perhatian ramai.

Biarpun isteri keduanya, Wulan Mayasari sudah meninggal dunia, namun isteri pertama, Dian Rostaningrum, tetap meneruskan hasrat untuk bercerai dan kes mereka kini sedang berjalan di  Pengadilan Agama Jakarta Timur.

Tidak berakhir setakat itu, Opick kini, dikhabarkan sudah memiliki tiga orang isteri dan khabar itu mula bertebaran beberapa hari selepas berita pemergian Wulan.

BACA: Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia

BACA: Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai

Berita perkahwinan kali ketiga itu diketahui umum selepas Opick diminta memberi keterangan berkaitan dakwaan itu semasa kes penceraiannya baru-baru ini.

Menurut beberapa sumber, wanita yang dikenali dengan nama Yulia Muhammad dikatakan seorang ahli politik yang usianya lebih muda daripada Opick.

Bagaimanapun beberapa teman Opick menidakkan khabar tersebut dan menjelaskan, Opick kini banyak menghabiskan masa dengan anak yatim dan mereka tidak pernah melihat kelibat perempuan lain bersama penyanyi itu



Source link

read more

Anda mahu jadi penyanyi Serlahkan bakat anda di Kugiran SINAR


ANDA mempunyai bakat menjadi penyanyi dan minat mendalam dalam bidang muzik?

Radio SINAR membuka peluang untuk anda merealisasikan impian menjadi penggiat seni dan membuat persembahan secara langsung di khalayak ramai melalui kempen ‘Kugiran SINAR’.

Kugiran SINAR akan memulakan penjelajahan ke tiga lokasi seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang dan Selangor pada 23 Mac untuk mencari bakat terpendam yang bakal diangkat sebagai juara dan berpeluang mempersembahkan bakat nyanyian dengan iringan pemuzik legenda tahun 90-an.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kempen ini, anda perlu memuat naik sebuah video nyanyian tanpa muzik (unplugged) di laman sosial Instagram dengan hashtag #kugiranSINARIJMLAND.

Sepuluh peserta terpilih akan bertanding untuk gelaran juara dalam acara on-ground Kugiran SINAR bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

Menurut Pengurus Kandungan SINAR, Rasidah Khasim, idea ini tercetus setelah melihat sendiri bakat terpendam dalam kalangan rakyat Malaysia. 

“Setelah beberapa tahun kami membuat penjelajahan seperti ini, saya berani berkata bahawa rakyat Malaysia merupakan antara yang berbakat dalam aktiviti hiburan nyanyian ini. Ke mana sahaja kami pergi, pasti akan ada yang mengagumkan kami dengan alunan suara mereka. 

“Oleh itu, Kugiran SINAR menggalakkan penyertaan secara dalam talian untuk kami saringkan kepada Top 10, dan dari situ kami ingin mengajak pendengar setia kami untuk bertemu kami di lokasi terpilih,” katanya dalam satu kenyataan media.  

Dalam pada itu, penyampai-penyampai SINAR seperti Jep, Rahim, Angah, SY, Adi, Abby dan Jamal akan turut memeriahkan penjelajahan ini.

Sumber: www.sinar.my

Lebih peluang untuk menang

SINAR turut mengadakan satu lagi kempen yang diberi nama ‘Silangkata SINAR’ yang bakal bermula 9 April nanti.

‘Silangkata SINAR’ yang diilhamkan oleh permainan latihan minda traditional itu akan menguji kepantasan cara pemikiran para pendengar untuk menjawab soalan dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Pendengar yang berjaya memberikan jawapan tepat berpeluang merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai RM16,000. Bagi setiap jawapan yang salah, wang terkumpul akan dibawakan ke segmen seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.sinar.my atau ikuti laman media sosial SINAR di Facebook, Twitter dan Instagram.



Source link

read more

Cayalah Penyanyi Wani Kayrie peroleh 7A SPM



TAHNIAH kepada adik-adik yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Khamis.

Salah seorang yang turut meraikan kejayaan hari ini ilaah penyanyi Wani Kyrie, 18, yang telah berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM.

Menerusi laman Instagramnya, Wani yang popular menerusi lagi Aku Suka Kamu ini  telah memuat naik gambarnya bersama keputusan yang diperolehi.

“Alhamdulillah.. didn’t  expect anything, but getting  7A’s out of 9 subjects are good enough for me.

“Tahniah semua batch 2000! This is for you mama..” tulisnya pada kapsyen.

Wani atau nama penuhnya Syazwani Abdullah merupakan pelajar  aliran seni Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya.



Source link

read more

Saya terbuka berduet dengan mana-mana penyanyi lelaki – Wany Hasrita



PENYANYI Wany Hasrita mengakui tiada masalah untuknya berduet dengan mana-mana penyanyi lelaki lain untuk single terbaharu selepas ini.

Wani atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 24, berkata, dia memilih untuk bersikap profesional dan menjadikan gandingan tersebut diterima ramai.

“Saya tidak mempunyai apa-apa masalah jika berduet dengan mana-mana penyanyi lelaki lain asalkan lagu tersebut dapat diterima oleh pendengar.

“Bagi saya soal kerja harus profesional dan melakukan sebaik mungkin kerana tak salah untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Jika kita ikhlas melakukan sesuatu perkara itu, InsyaAllah orang ramai akan terima karya tersebut.

“Saya juga sering mendapat tawaran mengadakan persembahan dan perlu berduet dengan ramai artis lain jadi perkara itu bukan masalah bagi saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Wany berkata dia akan muncul dengan single baru berjudul Ewah-Ewah hasil ciptaan komposer Pak Ngah.



Source link

read more

Gara-gara enggan teman ke parti penyanyi wanita ditembak mati



MARDAN: Gara-gara enggan melayan permintaan untuk menemani mereka ke sebuah parti tertutup, tiga lelaki bertindak nekad menembak mati seorang penyanyi wanita di Pakistan.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu di bandar raya barat laut Mardan negara itu.

Artis yang hanya dikenali sebagai Sumbul itu ditembak beberapa kali di rumahnya selepas lelaki bersenjata itu memecah masuk kediaman beliau dan memaksanya untuk mengikut mereka.

Pihak polis berkata mereka kemudiannya melarikan diri selepas membunuh penyanyi itu dan usaha gerakan memburu kesemua lelaki berkenaan sedang giat dijalankan.

Polis juga mendakwa beberapa serangan terhadap penyanyi dan artis wanita lain di beberapa bahagian negara itu yang mirip kejadian yang menimpa Sumbul turut dilaporkan sebelum ini.



Source link

read more

Jangan risau saya okay – Penyanyi cantik Didi Astillah kemalangan bengkak muka



PENYANYI Didi Astillah meminta agar peminat tidak terlalu risaukan kondisi dirinya yang terlibat dengan kemalangan pada Isnin.
 
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami bengkak di bahagian mukanya.
 
Didi mendedahkan foto wajah terbarunya itu di akaun Instagram (IG)nya semalam.
 
“Bukan selalu post selfie kan, accident semalam tapi jangan risau DD okay je. Syukur Alhmdulillah, be safe out there guys!” tulisnya.
 



Source link

read more