Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih



LIMA: Beratus-ratus orang berkumpul di jalanan di Lima pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.

Perarakan berkenaan turut bertujuan bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski atas pengampunan Fujimori pada malam Krismas.

Dalam keputusan yang bermakna itu, Fujimori hanya perlu menjalani tempoh separuh daripada hukuman yang dikenakan iaitu 25 tahun atas kesalahan melanggar hak asasi manusia.

Keputusan itu telah mencetuskan bantahan besar di seluruh negara dan mendorong pegawai kanan meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik.

Secara rasmi, pengampunan diberikan atas dasar kemanusiaan yang ekoran kesihatan Fujimori.



Source link

read more

Penyokong teruja, Cheng Hoe mohon mereka bersabar – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Kebanyakan penyokong bola sepak negara memberi reaksi positif atas pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

Dalam tempoh sejam selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan mengenai pelantikan tersebut menerusi Facebook rasmi mereka, ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada peminat.

Rata-rata menganggap Cheng Hoe, 46, adalah pilihan yang tempat untuk menggantikan Nelo Vingada yang meletak jawatan semalam, namun mereka juga menasihati bekas pengendali Kedah itu supaya bersiap sedia daripada segi mental untuk menerima pelbagai tekanan yang menanti.

“Kami sebagai Rakyat Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas pelantikan beliau menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu. Good Luck!

“Harap-harap taktikal beliau ala-ala bekas jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang menjadi! Beliau juga suka kepada ramai pemain muda untuk diserapkan menyertai skuad Harimau Malaya kali ini,” kata pengguna Facebook, Muhammad Hafiz.

“Kami mengharapkan yang terbaik! Tahniah TCH…moga pemain yang mempunyai semangat untuk beraksi buat Malaysia dipilih menyarung jersi kebangsaan. Masa untuk memperbaiki ranking,” kata Julian Kennedy.

“Selamat maju jaya TCH. Sasaran 2018 untuk perbaiki ranking dan separuh akhir Piala AFF. Terapkan corak permainan penguasaan posisi dan kurangkan dibolosi. Bukan mengharap keajaiban sekelip mata, mahu penambahbaikan setiap perlawanan ditempuhi,” tulis Pharm Gan pula.

Tugas terdekat Cheng Hoe adalah membimbing Malaysia menghadapi Lebanon dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 di Beirut pada 27 Mac nanti, namun pasukan negara sudahpun tersingkir dengan menghuni tangga tercorot Kumpulan B.

Tugasan terbesar jurulatih kelahiran Kedah itu adalah Piala AFF 2018 yang akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember, yang mana kali terakhir terakhir Malaysia muncul juara adalah pada 2010.

Sementara itu, Cheng Hoe ketika dihubungi Utusan Online mengakui, agak kertejut ketika diumumkan sebagai pengganti Vingada, namun akan membalas kepercayaan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan sebaiknya.

“Saya menjunjung kasih ke atas Tunku Presiden FAM kerana memberikan peluang kepada saya mengendalikan Harimau Malaya.

“Bagi saya ini adalah satu tugas dan tanggungjawab besar yang harus dijalankan dengan baik. Dalam masa sama berharap penyokong bersabar dan memberi ruang buat saya menjalankan tugas baharu ini,” katanya.

Mengenai penolongnya, Cheng Hoe berkata beliau perlu berbincang dan menunggu arahan daripada Tunku Ismail. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Wisma Tok Guru: Penyokong Pas raikan kemenangan, seru tolak PAN – Politik


KOTA BHARU 16 Nov. – Lebih 2,000 penyokong Pas menyertai Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana di pekarangan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor di sini malam ini.



Video oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

Orang ramai mula berkumpul bagi meraikan kejayaan Pas mendapatkan kembali tanah di kawasan berkenaan sejak pukul 6 petang tadi sebelum mereka bersama menunaikan solat Margrib, Isyak dan hajat yang diimamkan oleh adik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat.

Yang turut hadir dalam himpunan tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Penerangan Pas negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan seluruh barisan kepimpinan Pas negeri ini.

Serentak dengan itu, bendera besar Pas turut dinaikkan sebagai simbolik lokasi yang digunakan oleh Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa dan menjadi pertikaian antara kedua-dua parti tersebut sejak lebih dua tahun lalu kembali menjadi milik Pas.

Dalam pada itu, Nik Razi selepas mengimamkan solat tersebut sempat menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini agar menolak PAN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Mereka (PAN) anak murid Tok Guru derhaka. Jangan bagi undi kepada mereka. Saya juga ingatkan jangan sesekali gunakan nama Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk kepentingan politik,” katanya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Husam terhadap pemilik baharu tanah di Wisma Tok Guru Mohd. Yasin Yusoff.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dalam injunksinya memohon perintah mahkamah agar Wisma Tok Guru tidak diganggu sehingga

status quo pemilikan bangunan berkenaan diputuskan mahkamah hasil perbicaraan bermula 4 Disember ini.

Sebelum ini, Pas menegaskan notis supaya Husam keluar daripada premis berkenaan sudah tamat pada 12 November lalu dan parti itu akan mengadakan satu majlis kesyukuran serta solat hajat malam ini sebagai meraikan kejayaan mendapatkan semula tanah terbabit.

Isu perebutan itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas ADUN Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang dinamakan atas isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd. Yasin yang juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan dengan harga RM700,000. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Penyokong Malaysia tidak puas hati – Bola Sepak


BURIRAM 10 Nov.- Kekalahan Harimau Malaya 1-4 kepada Korea Utara dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2017 di Stadium I-Mobile, Buriram telah mencetus kemarahan hampir 30 peminat setia pasukan negara yang hadir memberi sokongan.



Video oleh ROZAIDI ZULKIFLI

Sebaik sahaja perlawanan berakhir, para penyokong menunggu di luar stadium dan berteriak menyurakan rasa tidak berpuas hati di atas aksi hambar yang dipamerkan skuad kendalian Nelo Vingada ketika pemain menaiki bus untuk pulang ke hotel penginapan mereka. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 5000 penyokong sambut wira JDT



JOHOR BAHRU: Kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul Piala Malaysia musim ini diraikan oleh lebih 5,000 penyokong yang membanjiri Dataran Bandaraya di sini, hari ini.

Kebanyakan penyokong dilihat tiba di dataran itu sejak awal petang bagi menyambut kepulangan pemain dan jurulatih skuad Harimau Selatan yang tiba bersama piala berprestij itu dengan menaiki bas khas tanpa bumbung, kira-kira jam 8.30 malam.

JDT menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas mengalahkan juara bertahan Kedah 2-0 pada perlawanan final di Stadium Shah Alam, semalam.

Sebelum itu, pemain, pegawai serta barisan jurulatih JDT diarak dengan bas berkenaan bermula 7.30 malam dari Plaza Tol Skudai, sebaik tiba dari Petaling Jaya, dengan pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut berada dalam bas tersebut.

Bas khas itu kemudian melalui Lebuhraya Skudai-Johor Bahru dan kemudian bergerak ke kawasan hadapan Istana Bukit Serene melalui jalan di tepian Pantai Lido sebelum berakhir di Dataran Bandaraya dengan pertunjukkan bunga api selama 10 minit.

Ketika bercakap pada majlis itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak terhadap kejayaan JDT membawa pulang piala tersebut khususnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

“Saya bersyukur atas kejayaan JDT beberapa tahun ini. Terima kasih kepada penyokong Harimau Selatan yang sentiasa bersama ketika waktu susah dan senang,” katanya, sambil menyifatkan bola sepak sebagai alat perpaduan.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata fokus beliau bukan hanya terhadap JDT tetapi juga kepada pasukan kebangsaan

Sementara itu, kapten JDT, Safiq Rahim, yang turut berterima kasih kepada Tunku Ismail dan penyokong, pula berkata Piala Malaysia merupakan piala yang belum diperolehi sepanjang kariernya.

“Rasa macam hendak menangis pun ada,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Kali terakhir Johor menjulang Piala Malaysia adalah pada 1991 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

— BERNAMA



Source link

read more

Hujan tak halang penyokong Lang Merah banjiri skrin gergasi – Bola Sepak


ALOR SETAR 4 Nov. – Hujan yang berterusan sejak awal pagi ini tidak menghalang lebih 300 penyokong Lang Merah berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini malam ini untuk memberi memberi sokongan kepada Kedah yang bersaing pada aksi final Piala Malaysia menentang JDT.

Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama MBAS, Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Alor Setar dan Pemuda Bahagian Alor Setar memberi peluang kepada penyokong Lang Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam, Selangor melihat aksi Lang Merah menerusi paparan skrin gergasi.

Difahamkan selain Dataran MBAS, lebih 80 skrin gergasi ditempatkan di semua 15 kawasan Parlimen di Kedah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Muhamad Fahmi Mohd. Fauzi, pihaknya menyediakan dua khemah dan kerusi untuk kira-kira 200 penyokong Lang Merah.

“Bagaimanapun, sambutan yang diterima menggalakkan apabila lebih 300 penyokong Lang Merah datang untuk bersama-sama bersorak memberi sokongan kepada Kedah.

“Malah, bilangan penyokong juga semakin bertambah dari masa ke masa. Selain menonton bola di paparan skrin gergasi ini, pihak kami juga ada menyediakan hadiah untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, penyokong Kedah, Wan Azliza Wan Yusoff berkata, pemasangan skrin gergasi itu memberi peluang kepada peminat Lamg Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam merasai kehangatan perlawanan akhir tersebut.

“Menonton perlawanan akhir ini di rumah mungkin lebih selesa terutama dalam keadaan hujan berterusan ini tetapi kemeriahannya tidak sama.

“Memberi sokongan kepada pasukan Kedah bersama ratusan penyokong Lang Merah yang lain lebih seronok,” ujarnya .

Bagi Shuhaizam Rozali dari Pendang pula, berkumpul beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Lang Merah lebih menyeronokkan berbanding menonton bersendirian di rumah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 1,000 penyokong JDT serbu Restoren E&Y – Sahul – Bola Sepak


JOHOR BAHRU 4 Nov. – Lebih 1,000 penyokong Johor Darul Takzim (JDT) tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia antara Harimau Selatan menentang Kedah di Restoran E&Y (Sahul) di Adda Heights, malam ini.

Sejak pukul 7 malam, pengunjung sudah mula memenuhi ruangan restoran itu yang menyediakan tayangan skrin gergasi bagi menyaksikan perlawanan penting tersebut.

Pengusaha restoran, Sahul Hameed E. Yaccob berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sementara menunggu aksi final berlangsung, antaranya cabutan bertuah, teka bola dalam balang dan teka jaringan gol.

“Penyokong Harimau Selatan bukan hanya dapat menyaksikan perlawanan akhir, malah berpeluang membawa balik pelbagai barangan dan cenderamata JDT seperti jersi, baju T, mafla, topi dan bola.

“Saya tidak sangka mendapat sambutan hebat kerana di lokasi lain turut mengadakan tayangan skrin gergasi bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua Penyokong Kedah Bermotosikal Klasik Ke Stadium Shah Alam – Nasional


KULIM, 3 Nov ( Bernama) — Dua sahabat sanggup meredah perjalanan sejauh 485 kilometer dengan menunggang motosikal klasik Honda C70 ke Stadium Shah Alam, Selangor, semata-mata ingin melunaskan hajat tidak kesampaian tahun lepas.

Tahun ini, kedua-dua penyokong tegar skuad Kedah tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pertembungan final Piala Malaysia menentang Johor Ta’zim (JDT) malam esok.

Muhamad Nizam Sudin, 55, dan Muhamad Shukur Alias, 31, memulakan perjalanan seawal 7 pagi ini dari Kampung Batu 4, Sungai Ular di sini menuju ke destinasi.

Menurut Muhamad Nizam, perjalanan bermotor itu bukan sekadar memberi sokongan tetapi sebagai melunaskan hajat tidak kesampaian beliau dan rakan-rakan lain pada tahun lepas.

“Kami simpan niat menunggang motosikal klasik ke perlawanan akhir Piala Malaysia dari tahun lepas lagi…tahun ini, dengan pasukan Kedah sekali lagi beraksi di pentas akhir, Insya-Allah hajat ini akan tercapai bersama motosikal yang berusia lebih 40 tahun ini, ” katanya kepada pemberita hari ini.

Biarpun mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti berkonvoi, Muhamad Nizam, yang merupakan bekas pesara Majlis Perbandaran Kulim itu, mengakui keterujaan menunggang motosikal klasik ke Stadium Shah Alam pada kali ini sangat berbeza.

“Sudah tentu saya teruja dan bersemangat untuk tiba di stadium dan bersama -sama ribuan penyokong Kedah yang lain. Kami mahu raikannya bersama-sama, “katanya.

Sementara itu, Muhamad Shukur pula berterima kasih kepada semua pihak terutama pihak Pemuda UUMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu yang menjadikan hajat tersebut sebagai kenyataan.

“Paling utama, sumbangan tiket perlawanan akhir. Bagi pihak kami sendiri, kami hanya memastikan keadaan motosikal berada dalam keadaan terbaik.

“Kami cuma berharap, perjalanan kami tidak menghadapi masalah dan dapat bersama-sama penyokong lain dan seterusnya melihat Kedah sekali lagi menjulang Piala Malaysia,” katanya. – BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons